Guru besar mengeluarkan surat pertuduhan kepada seorang murid wanita kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan kakitangan makmal lelaki di sekolah. Murid diberi masa 14 hari untuk memberikan penjelasan secara bertulis, dan jika tidak menjawab dalam tempoh tersebut, tindakan gantung sekolah akan diambil.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
164 tayangan2 halaman

Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2
Contoh Surat Pertuduhan Untuk Tujuan Gantung Sekolah Sebagai Hukuman
Tatatertib
Later Head Sekolah
Ruj. Kami : SMKT/03/03/03SLT( ) Tarikh : 24 Februari 2009 Aminah Binti Kasim ( No.KP) SMK Tanjung 35500 Tanjung Rambutan
TINDAKAN DISIPLIN GANTUNG PERSEKOLAHAN
Aminah binti Kasim (No.KP:…) Tingkatan 4 S
Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.
2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan
dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut:
“Bahawa kamu, Aminah binti Kasim ( No.KP: 890402338742) pada 15 Februari
2009, lebih kurang jam 1.30 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung, Tanjung Rambutan, telah didapati berkelakuan sumbang dengan Encik Sabtu bin Ahad, kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah melakukan satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2(c) bab XI, Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung, 35500 Tanjung Rambutan.”
3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Guru Besar / Pengetua
bertanggung jawab terhadap disiplin murid-murid, pernah memberi amaran secara bertulis kepada kamu kerana didapati berpegang-pegang tangan dengan Encik Sabtu bin Ahad, kakitangan makmal yang sama melalui surat ……………………….bertarikh ……………………. Kamu juga telah melalui sesi kaunsling dengan guru Bimbingan dan Kaunsling sekolah mengenai perkara yang sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti diharapkan.
4. Di bawah Peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan
sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas. 5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima surat ini.
6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam
tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 di atas, saya akan membuat keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung sekolah.
7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah di alamatkan kepada:
Pengetua SMK Tanjung, 35500 Tanjung Rambutan.
8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan
borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.
……………………………………… (Guru Besar / Pengetua ) SMK Tanjung, 35500 Tanjung Rambutan