Surat Lantikan
Surat Lantikan
Surat Lantikan
………………………………………………………..
SK SRI SELAMA
Jalan Sir Chulan,
34100 Selama, Perak
Tuan / Puan,
2. Adalah dengan ini saya melantik tuan sebagai ahli dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang
ditubuhkan di sekolah ini bagi tahun 2019 seperti senarai yang terkandung di dalam Buku Maklumat
dan Takwim Sekolah ini.
3. Selaku Ahli Jawatankuasa, atau Bendahari, atau Setiausaha, atau Ketua Panitia, atau Jurulatih,
atau guru mata pelajaran, atau guru kelas, atau guru bertugas, atau guru disiplin, atau guru data,
komitmen dan kompetensi tuan amat diperlukan terhadap organisasi yang dianggotai dalam
menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan / klien di sekolah ini, sekaligus memenuhi
tuntutan dokumentasi oleh pihak Naziran / PPD / JPN / KPM.
4. Sehubungan dengan itu, tuan digalakkan agar dapat menjadikan Tatacara Pengurusan, Fail Meja
dan Manual Prosedur Kerja sebagai sumber rujukan utama dalam melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan.
5. Tuan juga dinasihatkan agar dapat mematuhi segala kod amalan yang terkandung di dalam
Akujanji Perkhidmatan Awam, Etika Keguruan Malaysia, Perintah-perintah Am, Pekeliling
Perkhidmatan, Pekeliling Ikhtisas, dan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa, serta
arahan-arahan ketua jabatan dari semasa ke semasa.
...………………………….....
( )
Guru Besar