Kertas Kerja Sudut PSV

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

SUDUT INFO
PENIDIKAN SENI VISUAL
2019

1. PENDAHULUAN
Dalam pemantapan pencapaian prestasi Pendidikan Seni Visual SK St
Mary Papar 2019, panitia PSV akan menyediakan sudut-sudut PSV di
setiap kelas dan tempat-tempat strategik seperti dewan untuk
mempamerkan info-info serta hasil karya murid yang terpilih. Tujuan
untuk penyediaan sudut PSV ini adalah untuk memberi maklumat
berkaitan ilmu Pendidikan Seni Visual dan juga untuk menghargai hasil
karya murid.

2. RASIONAL
Penyediaan sudut ini perlu dilaksanakan untuk memberi apresiasi
terhadap karya-karya murid SK St Mary serta guru-guru untuk
dipamerkan di ruangan-ruangan yang terdapat di dalam kawasan
sekolah.

3. MATLAMAT
Penyediaan sudut ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran tentang
kepentingan seni visual terhadap kehidupan murid. Sudut PSV ini
adalah untuk memberi pengiktirafan dan apresiasi terhadap semua
murid SK St Mary Papar yang telah bertungkus-lumus menghasilkan
karya masing-masing. Di samping itu, sudut PSV ini juga dapat
memberi kesedaran tentang kepentingan asas seni visual dalam
menyampaikan sesuatu mesej secara lebih positif. Sudut PSV ini
dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta berpotensi untuk sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri dalam mengekspresikan diri melalui kreativiti
hasil karya mereka.

4. OBJEKTIF
Melalui penubuhan sudut seni ini, guru-guru, murid-murid dan ibu
bapa akan mendapat:

i. Sifat kecintaan terhadap karya seni visual.


ii. Nilai apresiasi dan pengiktirafan terhadap karya seni visual.
iii. Melahirkan murid dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis,
kreatif dan menyeronokkan.

5. NAMA SUDUT:
“Sudut Informasi PSV“

6. TEMPAT:
Dewan Minda
Setiap Kelas
Bilik Pendidikan Seni Visual

7. PENGELOLA
Jawatankuasa Pelaksana iaitu guru-guru Panitia Penidikan Seni
Visual
8. SASARAN
Semua guru, murid dan ibu bapa SK St Mary Papar.

10. AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK / INDUK

Pengerusi : Pn Sabella Alixius (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn Asmah Salleh (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn Daria Juanis (PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn Haslinda Midy (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : En Basnih Maidin (PK Petang)

Setiausaha : Pn Faridah Naza (Ketua Panitia PSV)

Bendahari : Pn Dg Junaidah Ag Osman (Kerani Sekolah)

AJK : Pn Norhayah Hakim

Pn Rosalind Micheal

Cik Nabilah Nazihah Abd Ghaffar

Pn Nurasikin Mat Kassim

11. ANGGARAN BELANJAWAN

SUMBER: Panitia Pendidikan Seni Visual, SKSM

BIL PERKARA HARGA/KUANTITI JUMLAH


1 Cat dinding RM 40.00 x 1 RM 40.00
2 Double side tape RM 10.00 x 2 RM 20.00
Cat pelaka
3 RM 15.00 x 3 RM 45.00
(biru, merah, kuning)
4 Laminating Film A3 saiz RM 88.00 x 1 RM 88.00
JUMLAH RM 193.00

12. PENUTUP
PSV bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, dan
kreatif menerusi pemupukan bahasa seni visual. Kandungan DSKP
berupaya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Oleh itu, diharapkan agar pewujudan sudut informasi PSV
ini dapat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh

.................................... ................................... ..............


...................

Pn Faridah Naza Pn Asmah Salleh Pn Sabella Alixius

Ketua Panitia PSV PK Kurikulum Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai