Tugasan 3

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 3: PENULISAN LAPORAN (KEUSAHAWANAN)

1.0 Pengenalan
Dalam dunia globalisasi yang kian mencabar, bidang keusahawanan telah bersignifikan
dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Usahawan dan keusahawanan ini
adalah merupakan istilah yang seringkali dibincangkan oleh penyelidik dan golongan
akademik sejak akhir abad ke-21. Menurut Kao (1995) dalam Tam et.al (2014)
menyatakan keusahawanan adalah satu proses mencipta sesuatu yang baru dan berbeza
bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat.
Dalam hal ini, kerajaan melalui agensinya telah melancarkan banyak program
pembangunan keusahawanan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang
berketerampilan dan berwawasan. Selain sebagai pemangkin pembangunan ekonomi
negara, bidang keusahawanan juga dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah
pengangguran di negara kita (Adnan, 1992).
Menurut Norasidah et. al (2009) bidang keushawanan telah diperkenalkan dalam
pendidikan seawal peringkat menengah persekolahan dan seterusnya di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini menunjukkan kerajaan telah mengambil beberapa
langkah proaktif bagi mencapai hasrat yang ingin dicapai dan menjadikan IPT sebagai
platform untuk memperkembangan ilmu keusahawanan ini. Antaranya adalah seperti
memperkenalkan kursus keusahawanan dengan harapan memupuk budaya
keusahawanan di kalangan pelajar.
Oleh hal yang demikian, dalam tugasan kursus Keusahawanan KUWS3013 dan
pensyarah kursus ialah Encik Loh Leh Chiong, terdapat beberapa kriteria yang akan
dihuraikan oleh saya seperti pemilihan idea dan peluang perniagaan, persekitaran
perniagaan, memulakan perniagaan dan rancangan perniagaan selaras dengan soalan
tugasan yang telah ditetapkan. Diharapkan, agar tugasan ini dapat menilai tahap
pengetahuan saya dan juga dapat dijadikan panduan pada masa akan datang sekaligus
memberikan gambaran secara asas agar siswa dan siswi pendidik dapat menyelami
bidang keusahawanan sebagai langkah pengenalan kepada disiplin ini, khasnya mereka
bukan jurusan pengurusan perniagaan.

1
2.0 Pemilihan Idea dan Peluang Perniagaan

Sebeleum seseorang usahawan memulakan sesuatu perniagaan, mereka perlu menentukan


jenis perniagaan yang ingin diceburi. Menurut Norashidah et.al (2009) mengatakan usahawan
perlu mengetahui sumber-sumber yang boleh memberikan pemilihan idea perniagaan yang
baru seperti pelanggan, produk atau syarikat yang sedia ada, saluran pengedaran dan lain-lain
lagi. Setelah itu, barulah seseorang usahawan membuat proses pemilihan peluang-peluang
perniagaan.

2.1 Pemilihan Idea

Menurut Mohd. Salleh (2005), pemilihan idea ini adalah merupakan buah fikiran yang
datang daripada seseorang usahawan untuk mencapai cita-cita perniagaan yang
diingininya. Di sini, terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan oleh seseorang
usahawan dalam pemilihan idea iaitu seperti berikut:

Kreativiti dan inovasi

Mengenal pasti daya


kemungkinan idea di Sumber-sumber idea
peringkat awal

Rajah 1: Menunjukkan tiga perkara yang perlu diberikan perhatian oleh seseorang
usahawan dalam pemilihan idea perniagaan

Merujuk kepada Rajah 1, sebelum memulakan perniagaan seseorang usahawan


amat signifikan untuk mempunyai daya kreativiti dan inovasi. Menurut Barriger dan Ireland
(2008) dalam Tam et.al (2014) kreativiti adalah merupakan suatu proses mengeluarkan
idea yang berguna dan inovasi sebagai kejayaan mengeluarkan produk-produk baru oleh
sesebuah firma. Terdapat empat fasa dalam proses kreativiti yang akan dilalui oleh
seseorang untuk mendapatkan kreativiti sebelum memulakan perniagaan.

2
Penilaian
perlaksanaan
Pengalaman
idea

Proses inkubasi

Pengumpulan
pengetahuan atau latar
belakang

Rajah 2: Menunjukkan empat fasa dalam proses kreativiti

Pada pringkat fasa satu iaitu pengumpulan pengetahuan atau latar belakang,
seseorang usahawan dipercayai akan mendapatkan kreativiti melalui pembacaan,
perbualan dengan rakan niaga, menghadiri mesyuarat dan bengkel. Sebagai contoh,
seseorang usahawan akan mendapatkan pemikiran yang kreatif apabila berlakunya
interaksi dan saling bertukar pendapat bersama rakan berkenaan penubuhan sesebuah
perniagaan yang baru dan berkelainan dari perniagaan sedia ada. Seterusnya, pada
peringkat fasa dua iaitu proses inkubasi seseorang usahawan cuba merehatkan minda
mereka daripada proses persediaan di fasa satu dengan melakukan senaman,
bermeditasi, bersukan, relaks dan melakukan aktiviti rutin seperti memasak dan berkebun.
Pada peringkat fasa tiga iaitu pengalaman idea, dipercayai idea yang berkreativiti akan
datang dengan cepat semasa seseorang usahawan berangan-angan, mempunyai hobi
dan menyediakan buku nota. Manakala di peringkat terakhir iaitu fasa terakhir, seseorang
usahawan amat ditekankan untuk cekal dan tidak menyerah kalah dan cuba mengatasi
kekangan yang ada seperti membuat perancangan perniagaan, mempercayai gerak hati,
mempelajari teknik-teknik jualan dan mendapatkan nasihat (Thomson Edison dalam
Syahremie, 2016).

Rentetan daripada itu, seseorang usahawan juga perlu untuk mengambil kira
pelbagai sumber-sumber idea perniagaan ini melalui proses menjana dan mengenal pasti
idea perniagaan di peringkat awal. Menurut Abdul Aziz (2011) mengatakan usahawan
memerlukan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi membantu menjana dan
menguji idea berkenaan. Kaedah-kaedah menjana idea tersebut adalah sumbangsaran

3
(brainstorming), kumpulan fokus dan analisis inventori masalah. Ini bermaksud seseorang
usahawan sewajarnya menggunakan ketiga-tiga kaedah menjana idea ini sebelum
memulakan perniagaan. Kelebihan kaedah menjana idea ini adalah berorientasikan
kaedah berkumpulan yang melibatkan sekumpulan individu di antara lapan hingga empat
belas orang bagi mendapatkan idea dan penyelesaian baru sebelum ianya dapat
direalisasikan. Sebagai contoh, produk yang telah dikenal pasti bermasalah akan
mewujudkan idea produk baru dengan mendapatkan keseluruhan idea secara
berkumpulan tanpa secara sendiri.

Walaupun sedemikian, keserasian idea perniagaan dengan diri jupa perlu


dititikberatkan oleh seseorang usahawan yang ingin menceburi bidang perniagaan.
Menurut Abdul Aziz (2002) menyatakan seseorang usahawan itu menjalankan
perniagaan sesuai dengan pengalaman yang dimilikinya. Dengan kata lain, dapat
dirangkulkan dalam konteks ini seseorang usahawan tersebut perlulah mempunyai
pengalaman, pengetahuan, kemahiran, kemampuan modal dan minat yang mendalam
dalam bidang bernigaan yang ingin diceburi. Contohnya, tukang ukir yang
berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran mampu menhgasilkan ciptaannya
dalam tempoh yang singkat dan bermutu tinggi. Bahkan, dapat memasarkan produknya
dengan skala pasaran yang besar kesan daripada kemampuan modalnya sendiri.

Selain daripada itu, dalam pemilihan idea perniagaan seseorang usahawan juga
perlu mengenal pasti daya kemungkinan idea perniagaan di peringkat awal. Sudut yang
perlu dipertimbangkan oleh usahawan adalah aspek undang-undang, pesaing, keperluan
modal dan risiko. Aspek ini amat penting bagi mengesahkan sesebuah pernigaan
usahawan dijalankan secara sah di sisi undang-undang. Dari aspek pesaing, usahawan
akan berupaya memilih idea perniagaan yang masih belum dimonopolikan oleh orang lain
seperti Astro merupakan perniagaan yang tidak ada peniaga lain boleh membuat
perniagaan tersebut. Dengan ini, usahawan akan berupaya mempertimbangkan risiko
yang bakal dihadapi dengan mengambil kira peratusan kejayaan dan kegagalan dalam
risiko perniagaan seperti kemelesatan ekonomi dan risiko kewangan seperti tahap
kecairan wang tunai, pinjaman dan kredit. Dari aspek modal, seseorang usahawan perlu
mempunyai modal asal yang diperlukan dalam urusniaga iaitu modal tetap, modal kerja
dan modal tumbuh.

4
2.2 Pemilihan Peluang Perniagaan

Rajah 3: Menunjukkan dua faktor yang menyumbang kepada peluang perniagaan


Baharuddin et.al (2006) dalam Tam et.al (2014)

Menurut Baharuddin et.al (2006) dalam Tam et.al (2014), terdapat dua faktor perlu
diketahui oleh seseorang usahawan yang menyumbang kepada peluang perniagaan
dalam pasaran. Pertama, seseorang usahawan perlu memastikan produk dan
perkhidmatan tersedia dalam pasaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna. Keperluan ini adalah merujuk sesuatu yang asas dan mesti dimiliki dalam
hidup seperti makanan dan pakaian manakala, kehendak adalah keiginan peribadi
pengguna yang ingin lebih sempurna seperti makanan yang lebih sedap.

Kedua adalah membuat analisis tentang persekitaran, penilaian diri dan penilaian
masyarakat. Dalam aspek persekitaran ini, seseorang usahawan perlu menawarkan
peluang perniagaan yang boleh dimajukan. Misalnya, industri penternakan mampu
menyediakan peluang-peluang perniagaan secara khusus seperti melibatkan kegiatan
ternakan haiwan, pemprosesan haiwan mahupun sebagai pengedaran haiwan. Bukan itu
sahaja, seseorang usahawan juga perlu membuat penilaian diri iaitu mengetahui tentang
kedudukan kewangan, pengetahuan dan kemahiran, pengalaman, jaringan perhubungan
dan minat sebelum memulakan perniagaan. Tidak ketinggalan, penilaian masyarakat
dalam bidang perniagaan yang dijalankan wajar diambil kira dalam mewujudkan peluang
perniagaan yang memberansangkan. Sebagai contoh, walaupun perniagaan kelab malam
sah di sisi undang-undang dan menguntungkan namun ia tetap bertentangan dengan nilai
norma masyarakat Melayu beragama Islam.

5
Secara kesimpulannya, sebelum memulakan perniagaan amat penting seseorang
usahawan mengambil berat tentang beberapa perkara dalam pemilihan idea dan peluang
perniagaan seperti yang telah dihuraikan. Ini adalah untuk menjamin perniagaan yang diceburi
dapat dijalankan dengan berkesan dan bermanfaat kepada masyarakat dan pengguna atau
pelanggan (Azman azwan, 2001 dalam Tam et.al , 2014)

3.0 Persekitaran Perniagaan

Berdasarkan teori sistem, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Hal ini
kerana organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi
dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Menurut Shaari et.al (1999),
faktor persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu faktor persekitaran
dalaman dan persekitaran luaran.

Melihat kepada faktor persekitaran dalaman, faktor ini boleh dinilai dari aspek penilaian
diri sendiri. Penilaian diri seseorang usahawan adalah seperti menilai kelebihan dan kesediaan
diri mereka sebelum mencari peluang-peluang yang wujud dalam persekitarannya. Menurut
Hoe et.al (2005) dalam Tam et.al (2014), terdapat kriteria perlu dipertimbangkan oleh
usahawan seperti pengalaman bekerja, jenis pekerjaan dan kemahiran yang dimilikki oleh
seseorang usahawan. Hal ini demikian kerana tanpa kriteria tersebut sifat tanggungjawa dan
komitmen kerja yang tinggi tidak akan dapat disumbangkan sepenuhnya oleh usahawan dalam
perniagaannya.

Sehubungan dengan itu, faktor persekitaran luaran juga perlu dipraktikan oleh
seseorang usahawan. Terdapat empat persekitaran luaran merangkumi aspek ekonomi, politik,
undang-undang, sosial dan teknologi. Menurut Norita (2007) dalam Tam et.al (2014) faktor
ekonomi penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah syarikat baru kerana
ekonomi yang stabil tidak akan menjanjikan kemerosotan perniagaan. Faktor politik dan
undang-undang juga penting kerana akan mempengaruhi aktiviti keusahawanan dijalankan
secara sah di sisi syarat-syarat dan polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Aspek
sosial pula akan mempengaruhi usahawan membuat keputusan terutama tentang jenis produk
yang sesuai dengan sasaran pasaran. Seterusnya, faktor teknologi seperti perdagangan
elektronik iaitu dikenali e-dagang (Electronic Commerce) perlu ditekankan oleh seseorang

6
usahawan untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak
ketiga seperti bank, syarikat kewangan dan syarikat kad kredit.

4.0 Memulakan Perniagaan

Dalam peringkat memulakan perniagaan ini, seseorang usahawan perlu mengetahui bentuk-
bentuk perniagaan yang ingin diceburi. Misalnya, perniagaan perseorangan (milik tunggal),
perniagaan perkongsian seperti rakan kongsi aktif, rakan kongsi lelap, rakan kongsi nominal
dan rakan kongsi berhad serta syarikat seperti Syarikat Berhad Menurut Saham, Syarikat
Berhad Menurut Jaminan dan Syarikat Tidak Berhad. Di sini juga, seseorang usahawan boleh
memulakan perniagaannya dengan cara membeli perniagaan francais dimana seseorang
usahawan yang membeli dan dikenali ‘francaisi’ boleh menggunakan tuan punya perniagaan
(francaisor) setelah diberikan kebenaran, hak atau keistemewaan seperti nama perniagaan
dan cop dagangan sama ada kepada seseorang individu atau syarikat (francaisi) untuk
menjalankan perniagaan mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh
francaisor. Bukan itu sahaja, seseorang usahawan juga boleh memulakan perniagaannya
secara membeli dan mengambil alih perniagaan yang sedia ada. Dalam konteks ini, seseorang
usahawan membeli sesebuah perniagaan dari usahawan lain yang sememangnya sedia ada
disebabkan kemungkinan penjual pernigaan usahawan tersebut bosan atau hilang minat,
bersara dan faktor kesihatan, potensi menurun serta faktor-faktor yang lain.

5.0 Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah dokumen bertulis yang bertujuan memperkenalkan dan


menjelaskan peluang-peluang peenigaan serta bagaimana peluang tersebut dapat
dimanfaatkan oleh kumpulan pengurusan dan seluruh ahli organisasi. Menurut Hisrich, Peters
dan Shepherd (2010) dalam Tam et.al (2014) rancangan perniagaan merupakan dokumen
bertulis yang menerangkan semua elemen dalaman dan luaran serta strategi memulakan
sesuatu perniagaan. Terdapat dua kepentingan rancangan perniagaan ini (Barringer dan
Duane, 2008). Pertama, rancangan perniagaan ini penting sebagai dokumen dalaman yang
memaksa usahawan pasukan pengurusan atau pekerja syarikat berfikir dengan lebih kritikal
dan objektif tentang peluang perniagaan yang hendak diceburi. Kedua, rancangan perniagaan
ini adalah berkepentingan dalam memainkan peranannya sebagai dokumen jualan bagi

7
sesebuah syarikat. Dengan kata lain, rancangan ini merupakan satu alat komunikasi bagi
sesebuah syarikat dalam usaha menerangkan peluang perniagaan kepada pihak-pihak yang
berkepentingan seperti pelabur berpotensi, pembekal, pelanggan, rakan niaga dan bank.
Secara tidak langsung, ini akan dapat meyakinkan pembaca tentang idea perniagaan yang
dilaksanakan mempunyai masa depan yang cerah.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, menjadi seseorang usahawan terdapat kriteria-kriteria yang perlu


dipertimbangkan dengan sebaiknya. Sebelum memulakan perniagaan amat penting seseorang
usahawan untuk memberikan pertimbangkan dari aspek pemilihan idea dan peluang
perniagaan, persekitaran perniagaan, memulakan perniagaan dan rancangan perniagaan. Hal
ini demikian adalah untuk menggalakkan supaya sesebuah perniagaan seseorang usahawan
akan teguh lebih-lebih lagi dalam menangani cabaran-cabaran yang berlaku dalam
pembangunan ekonomi era moden ini. Secara tidak langsung, ini akan menggalakkan
seseorang usahawan berupaya bersaing dengan usahawan yang lain lebih berkreativiti dan
berinovasi tinggiseiring dengan perubahan pasaran.

8
7.0 Rujukan

Adnan Alias. (1992). Konsep keusahawanan. In MEDEC, Asas keusahawanan. Shah Alam:
Biroteks.

Abdul Aziz Yusof. (2011). Usahawan dan keusahawanan: Satu penilaian. Kuala Lumpur:
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Yusof. (2002). Prinsip keusahawanan. Selangor: Prentice Hall.

Barringer & Duane. (2008). Keusahawanan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Norasidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Mohd. Salleh Hj. Din et.al. (2009). Asas Keusahawanan.
Kuala Lumpur: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Tam Yin Ling Adeline, Chiew Tung Moi, Dyana Chang Mui Ling et.al. (2014). Asas
Keusahawanan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Mohd. Salleh Din. (2005). Asas Keusahawanan. Selangor: Thomson Learning

Syahremie Teja. 10 Ogos 2016. Bab 4: Kreativiti dan Inovasi Dalam Keusahawanan. Diperoleh
pada 3 Februari 2019 dari laman web:
file:///C:/Users/Owner/Downloads/kreativitidaninovasidalamkeusahawanan-
160810032401.pdf

Shaari A Hamid, Yaakob Ibrahim & Badriyah Minai. (1999). Menguruskan perniagaan (2nd ed.).
Kuala Lumpur: Institut Pengurusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai