Kertas Kerja HUDPH 2018
Kertas Kerja HUDPH 2018
Kertas Kerja HUDPH 2018
KERTAS KERJA
HARI UCAPAN
DAN
PENYAMPAIAN
HADIAH SKTAS
2018
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan atau Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah (
HUDPH ) merupakan majlis tahunan yang disambut untuk memuji para pelajar yang
cemerlang dalam akademik dan bukan akademik. Majlis ini disambut dengan tujuan
memberi semangat kepada para pelajar yang berjaya dalam pendidikan dan sukan. Ia
juga merupakan dorongan bagi bagi pelajar yang ingin berjaya. Selain itu, majlis ini
diadakan sebagai penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang berusaha
meningkatkan nama sekolah dikalangan masyarakat. Majlis ini memilih semua pelajar
yang mendapat kedudukan terbaik dalam pelajaran di kelas masing-masing,
kedatangan pelajar yang memuaskan, pelajar terbaik UPSR serta dalam bidang ko-
kurikulum. Sehubungan dengan itu, majlis penyampaian hadiah ini juga, memberikan
peluang untuk para pelajar menunjukkan bakat mereka. Akhirnya, majlis ini juga dapat
memupuk semangat kebudayaan dan perpaduan dikalangan guru dan pelajar apabila
mereka bersama membuat persediaan bagi majlis ini disamping menghargai jasa para
pelajar. Adalah menjadi harapan, sambutan majlis penyampaian ini akan meriah dan
berjalan lancer serta berjaya mencapai objektifnya.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama sambutan majlis HUDPH ini adalah untuk menunjukkan penghargaan
pihak sekolah kepada para pelajar atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam
bidang pendidikan dan sukan. Penghargaan ini dibuat kepada para pelajar kerana
mereka mengharumkan nama baik sekolah dikalangan masyarakat. Selain itu, majlis ini
merupakan sesuatu medan bagi para pelajar menonjolkan bakat mereka. Ia juga
merupakan sesuatu motivasi kepada para pelajar untuk terus maju dalam pendidikan
dan sukan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peneguhan kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan.
3.2 Menghargai usaha yang telah dicurahkan oleh para pelajar untuk mendapatkan
keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
3.3 Melahirkan para pelajar yang berani menonjolkan bakat-bakat mereka.
3.4 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim dikalangan pihak sekolah dan ibu bapa.
3.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja bersama dikalangan guru untuk
menjayakan majlis ini.
4.0 RASIONAL
5.1 Tarikh yang dirancang ialah 15 November 2018 iaitu pada hari Khamis.
5.2 Masa pelaksanaan bermula pada pukul 09.00 pagi hingga 02.00 petang.
6.0 TENTATIF PROGRAM
MASA ACARA/PERSEMBAHAN
Ajk protokol : En. Rozlan Razaly / Cik Nur Ayuni Binti Abd. Rahman
8.7 Sijil
8.7.1 Sijil Pengawas Sekolah Tahun 6
8.7.2 Sijil Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 6
8.7.3 Sijil Pengawas Kebersihan dan Keceriaan Sekolah Tahun 6
8.7.4 Sijil Ketua dan Penolong Ketua Kelas
8.7.5 Sijil Penghargaan mewakili sekolah, daerah dan negeri
8.7.6 Sijil PAFA
8.7.7 Sijil kelas paling ceria, tahap 1 dan tahap 2 dan bilik khas
9.0 ANGGARAN PERUNTUKKAN KEWANGAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN
HADIAH 2018
10.0 PENUTUP
Majlis HUDPH adalah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar. Dalam
penyediaan kertas kerja ini,aspek yang dititik beratkan ialah senarai VIP, peruntukan
perbelanjaan, senarai penerima hadiah, buku program, protokol, dan sebagainya.
Aspek-aspek ini saling berkaitan di antara satu sama lain. Oleh yang demikian,
pertimbangan oleh guru besar untuk meluluskan kertas kerja ini adalah amat
diharapkan.
………………………. ……………………………
(PN. FARIDAH BINTI HJ SANTUNG) (ROHANA BINTI ABU BAKAR)
Penolong Kanan Guru Besar
SK Tanjong Aru SK Tanjong Aru.