Kertas Kerja Anugerah Murid Unggul

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAU

JALAN TEBING TINGGI


01000 KANGAR, PERLIS.

KERTAS KERJA
ANUGERAH MURID UNGGUL
PDPR 3.0

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN HAL EHWAL MURID
KERTAS KERJA
ANUGERAH MURID UNGGUL PDPR 3.0
SEKOLAH KEBANGSAAN PANGGAU 2021

1.0 PENGENALAN
Program ini diperkenalkan untuk memberi ganjaran kepada murid yang mempunyai
kehadiran penuh semasa sesi PdPR 3.0 dijalankan. Ia dapat meningkatkan lagi
motivasi murid untuk terlibat dalam sesi PdPR dan seterusnya dapat meningkatkan
peratus kehadiran. Jika setiap murid seronok, aktif dan dapat menyempurnakan
setiap tugasan yang diberikan dengan baik, maka ia dapat menyumbang kepada
kelancaran sesi PdPR yang dijalankan.

2.0 RASIONAL
Program ini dapat membantu meningkatkan lagi kehadiran murid dalam sesi PdPR
dan murid juga dapat dianugerahkan ganjaran sebagai penghargaan hadir penuh,
aktif dan melaksanakan tugasan dengan sempurna semasa sesi PdPR sekaligus
menjadi motivasi untuk murid lain untuk turut serta.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Murid merasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk bersaing sesama
mereka merebut ganjaran bagi meningkatkan kehadiran semasa PdPR.
3.2 Murid dihargai dengan penganugerahan atas usaha mereka.
3.3 Menjadi motivasi untuk murid hadir penuh dalam sesi PdPR.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

4.1 Tarikh : Sepanjang PdPR 3.0


4.2 Masa :-
4.3 Tempat :-
5.0 SASARAN
Semua murid Tahun 1 – 6.

6.0 SENARAI JAWATANKUASA

Penasihat En. Redzuan Bin Ahmad Guru Besar


Pengerusi Pn. Jannyah@Ida binti Jaafar PK Pentadbiran
Setiausaha Cik Syamira binti Md Dahin Penyelaras
AJK 1. Pn. Anita binti Ibrahim Hadiah
2. Pn. Nurfaizah binti Mahmud Sijil Penghargaan
3. Semua Guru Kelas Pemilihan Murid

7.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

7.1 SUMBER KEWANGAN:


a) Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling :RM 262.00

7.2 PERBELANJAAN:
1) Hadiah Alat Tulis (Buku Tulis, Pensel, Pemadam, Pembaris & Pengasah)
a) Tahun 1 (5 x RM 5.00) :RM 25.00
b) Tahun 2 (5 x RM 5.00) :RM 25.00
c) Tahun 3 (5 x RM 5.00) :RM 25.00
d) Tahun 4 (5 x RM 5.00) :RM 25.00
e) Tahun 5 (5 x RM 5.00) :RM 25.00
f) Tahun 6 (5 x RM 5.00) :RM 25.00
2) Kertas Sijil Kosong (1 rim) :RM 30.00
3) Ink Cartridge HP 704 (Hitam dan Colour) :RM 82.00

JUMLAH:RM 262.00
8.0 PELAKSANAAN
8.1 Mengadakan perbincangan dengan Penolong Kanan HEM untuk
pelaksanaan program yang dirancang.
8.2 Membuat kertas kerja program dan menghantar kepada Penolong Kanan
HEM untuk disemak dan disahkan oleh Guru Besar.
8.3 Memohon peruntukan kewangan kepada Guru Besar.
8.4 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan
pelaksanaan kepada murid dan guru.
8.5 Pelaksanaan program.
8.6 Menyediakan laporan program.

9.0 PENUTUP
Diharapkan Anugerah Murid Unggul PdPR 3.0 Sekolah Kebangsaan Panggau ini
dapat berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang hasil kerjasama
semua pihak dan mencapai objektif yang diharapkan.
DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

........................................................... ..............................................................
(SYAMIRA BINTI MD DAHIN) (YUSRIZAL BIN YUSOFF)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Panggau, Sekolah Kebangsaan Panggau,
Kangar, Perlis. Kangar, Perlis.

DISAHKAN DAN DILULUSKAN

............................................
(REDZUAN BIN AHMAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Panggau,
01000 Kangar, Perlis.

Anda mungkin juga menyukai