Etika Kerahsiaan
Etika Kerahsiaan
Etika Kerahsiaan
0 ETIKA
Etika secara umum ialah suatu sistem tingkah laku atau asas dasar akhlak dan
menyentuh persoalan perlakuan betul dan salah. Etika ialah membuat keputusan bersifat
moral mengenai manusia dan interaksi mereka dalam masyarakat. Perlakuan beretika sering
disama ertikan dengan perlakuan bermoral walaupun ada berpendapat kelakuan beretika
bermaksud kelakuan dalam batasan perundangan manakala kelakuan bermoral merujuk
kepada kelakuan yang baik atau tidak. Perlakuan beretika amat relevan dalam profesion
dalam kaunseling. Etika juga ialah proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia
dan interaksi mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan apa yang baik dan tidak baik serta
menilai tindak tanduk manusia, betul atau salah berpandukan kepada tahap normal individu
dan masyarakat.
Etika bukan sahaja untuk mengawal tingkah laku kaunselor tetapi elemen yang
penting dalam menjayakan sesi kaunseling. Etika dalam kaunseling adalah salah satu dalam
rukun kaunseling ialah kaunselor dianggap menolong klien menjalani hidup dengan lebih
berkesan kerana berlaku interaksi psikologi anatara kaunselor dan klien.
Melalui etika dalam kaunseling ini juga dapat mencapai matlamat dengan jalinan
hubungan teraputik dimana mereka yang dibantu mencapai keselesaan dan kesejahteraan jiwa
dengan membuat perubahan dan penyesuaian diri dengan persekitaran atau mengubah
persekitaran demi kesejahteraan diri.
Kod etika ialah satu set standard dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi
bertujuan memberi panduan kepada ahli mengenai tatalaku berinteraksi antara ahli dan
dengan orang luar organisasi berkenan.
1
1.3 FUNGSI KOD ETIKA DALAM KAUNSELING
Kod etika dalam kaunseling berfungsi sebagai perlindungan kepada kaunselor jika
berlaku sesuatu bukan sebab kesalahan kaunselor yang akan mengakibatkan isu dan
permasalahan. Seterusnya, perlindungan kepada klien. Perlindungan kepada klien dari
layanan atau tindakan tidak professional kaunselor serta panduan kepada pengamal
kaunseling. Berfungsi sebagai tingkatkan tahap profesionalisme kaunselor.
2
Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan
fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri
sama ada dalam aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya atau dalam apa bentuk
sekalipun. Kaunselor hendaklah membimbing klien kearah pembentukan sikap
tanggungjawab terhadap tingkahlakunya dan kaunselor juga perlu menghormati keputusan
atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Kaunselor perlu berkhidmat dengan penuh
dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.
Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor
menunjukkan dengan jelas diri klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, kaunselor
hendaklah menggunkan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga
kepentingan klien dan orang lain yng terlibat. Kaunselor juga tidak digalakkan memberi
perkhidmatan kaunseling kepada saudara-mara, kawan karib ataupun kepada mereka yang
mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran
yang berunsurkan penilaian terhadap prestasinya.
Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling
atau menukar kepada kaunselor yang lain dan kaunselor perlu memastikan klien yang diberi
sesi kaunseling tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.
3
Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Professional
4
2.0 NILAI
Nilai ialah kepercayaan dan sikap yang membentuk hala tuju dalam kehidupan
seharian. Nilai merupakan sesuatu yang amat penting supaya dapat menjadikan membentuk
kelakuan yang baik. Selain itu, nilai ialah satu panduan kepada perilaku, sistem kepercayaan
serta pemikiran manusia dan berbentuk dinamik dan sentiasa berubah. Pengangan,
kepercayaan dan amalam individu dengan merujuk kepada garis panduan yang dipersutujui
oleh sekelompok manusia.
Moral ialah suatu nilai yang di tunjukkan oleh seseorang individu sama ada secara
lisan mahupun menerusi perlakuan individu atau sesuatu kumpulan. Contoh nilai yang
dimaksudkan seperti nilai menghormati ibu bapa dan nilai rajin dan malas. Nilai bagi setiap
individu mungkin berbeza dan setiap individu mungkin memahami bahawa nilai itu seperti
berbuat baik kepada orang yang lebih tua dan ada orang lebih memilih mengutamakan nilai
amanah daripada nilai mesra dalam kehidupan mereka.
Nilai dalam kaunseling sangat penting kepada seseorang kaunselor ketika membuat
sesi kaunseling kerana dari situ klien dapat memberi kepercayaan kepada kaunselor untuk
mencerikan masalah mereka. Seorang kaunselor perlu faham dan sedar terdapatnya nilai-nilai
dirinya dan sikapnya yang berbeza dan bagaimana ianya boleh memberikan kesan kepada
klien ketika melakukan sesi kaunseling. Selain itu, kaunselor perlu sedar dan sensitif kepada
warisan budaya diri kaunselor sendiri dan mempelajari untuk menghargai perbezaan nilai
dengan klien.
5
Tambahan lagi, selalunya seorang kaunselor menyampaikan nilai-nilainya melalui
soalan-soalan yang dikemukan kepada klien, atau boleh juga berlaku melalui bahasa badan
seperti kaunselor menunjukkan reaksi berdiam diri terhadap sesuatu isu yang di bangkitkan
oleh klien yang boleh ditafsirkan tidak setuju atau tidak berminat dengan isu tersebut.
Walaubagaimana pun seorang klien mempunyai hak etika untuk mengetahui sama ada
mereka dipengaruhi oleh nilai-nilai kaunselor. Kuasa anatomi klien mesti dikekalkan supaya
klien tidak merasakan dirinya dipaksa untuk menerima sesuatu nilai.
Penerapan nilai-nilai dalam diantara kaunselor dan klien sering berlaku sewaktu sesi
kaunseling terutama bagi kaunselor-kanselor baru. Oleh itu, persoalan yang timbul ialah
adakah kemungkinan nilai-nilai yang diamalkan oleh kaunselor ini mempunyai kesan
terhadap klien atau mungkin nilai-nilai klien itu sendiri boleh memberikan kesan keatas
kaunselor dan yang paling penting sekali konflik yang mungkin timbul jika klien dan
kaunselor mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai yang berbeza. Oleh itu, kaunselor
perlulah mempertimbangkan sewaktu menjalankan sesi kaunseling supaya perkara ini dapat
ditangani dengan baik oleh kaunselor.
Kaunselor perlu menerima kepelbagaian sistem nilai yang diamalkan oleh klien.
Dalam erti kata lain, kaunselor perlu menerima dan melayani orang lain dengan penuh
perasaan kemanusiaan. Tidak bermaksud seseorang kaunselor tersebut terpaksa
mengorbankan nilai mereka dan menerima nilai orang lain atau beliau terpaksa
memendamkan perasaan marahnya terhadap situasi tersebut.
6
Selain itu, amat sukar bagi kaunselor untuk langsung tidak mempengaruhi klien
mereka sewaktu sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah kerana penyataan nilai-nilai tidak
semestinya hanya boleh dilakukan secara verbal. Penyataan nilai juga boleh dilakukan secara
nonverbal dan bahasa tubuh tanpa disedari oleh kaunselor. Ekspresi wajah serta riaksi bahasa
tubuh yang dapat dilihat semasa sesi kaunseling dapat memberi isyarat, maklumat atau ‘cues’
kepada klien mengenai pandangan atau persepsi kaunselor mengenai sesuatu isu.
Akhir sekali, walaupun di dalam sesetengah atau situasi, pernyataan atau pendedahan
nilai kaunselor dilihat dapat membantu klien dalam mengenalpasti sistem nilai mereka
sewaktu proses penerokaan. Namun, ianya juga boleh memberikan kesan negatif kepada
klien. Hal ini kerana, terdapat sesetengah klien akan mengambil tindakan atau keputusan
berdasarkan sistem nilai yang dipegang oleh kaunselor. Oleh hal yang demikian seorang
kaunselor perlulah mengamalkan sikap menerima tanpa syarat apabila melakukan sesi
kaunseling agar klien mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kita untuk menceritakan
masalah yang dihadapi oleh mereka.
7
3.2 KAUNSELOR IDEAL
Klien akan melihat kaunselor sebagai perfect. Ini akan menyebabkan kaunselor akan
takut bertindak dan mencabar klien kerana ingin menjaga hubungan baik antara klien dan
kaunselor. Klien juga melihat kaunselor sebagai tukang tilik. Klien menganggap kaunselor
tahu akan semua perkara dan mempunyai jawapan untuk segala permasalahan klien.Klien
juga beranggapan kaunselor merupakan seorang yang penyayang dan sekiranya klien tidak
berdaya untuk membuat keputusan kaunselor akan bersimpati dan kesian dan akan membantu
klien untuk menyelesaikan masalah.Akhir sekali, terdapat juga kaunselor yang
mengecewakan dimana klien berharap kaunselor akan memberikan nasihat seperti yang
mereka inginkan tetapi kaunselor tidak dapat membantu mereka seperti yang mereka
inginkan.
3.3 KERAHSIAAN
Kaunseling perlu dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara
kaunselor dan klien.Keadaan tempat mestilah bebas dari bunyi bising dan memberikan
keselesaan kepada klien dan kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling.Apa yang
dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan. Kaunselor perlu menjaga
rahsia klien dan hanya boleh diceritakan sekiranya terdapat beberapa perkara seperti perlu
memberi keterangan di mahkmah sebagai saksi dan sekiranya memudaratkan diri sendiri dan
orang lain. Kesemua maklumat klien tidak boleh disimpan di merata-rata tempat dan perlulah
di simpan dengan rapi agar maklumat klien tidak akan bocor. Sekiranya maklumat klien
bocor kaunselor boleh disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana
melanggar etika kerahsiaan sebagai seorang kaunselor.
Kaunselor juga perlu memberitahu kepada klien tentang sesi kaunseling yang akan
dirakam untuk tujuan bukti sekiranya terjadi apa-apa. Sesi kaunseling yang dirakam tidak
akan dibenarkan untuk sesiapa melihat kecuali untuk dilihat oleh penyelia kauselor tersebut
ataupun sekiranya terjadi kes mahkhamah. Akhir sekali, maklumat klien yang telah habis sesi
perlulah dilupuskan.
8
Oleh itu, amat jelas sekali piawaian dalam kaunseling perlu untuk diikuti bagi
memastikan sesi kaunseling akan dapat dijalankan dengan baik. Hal ini penting bagi menarik
minat orang ataupun klien untuk menjalankan sesi kaunseling dengan kaunselor kerana
merekamerasa rahsia yang mereka ceritakan akan terjaga. Jadi amat jelaslah kaunselor itu
terikat dengan etika kerahsiaan.
Di dalam undang-undang Malaysia telah membuat suatu Akta bagi Kaunselor. Akta
tersebut adalah, Undang-undang Malaysia Akta 580, Akta Kaunselor 1998. Suatu akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan kaunselor dan bagi perkara-perkara
yang berkaitan dengannya. Perundangan ini diperbuat oleh Seri Paduka Yang Di- Pertuan
Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang di
parlimen, dan dengan kuasa daripadanya.
Di dalam Akta Kaunselor 1998, bahagian III berkaitan Lembaga Kaunselor. Di dalam
akta tersebut bertulis, “Maka ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang hendaklah
dikenali sebagai “Lembaga Kaunselor” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu
meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama
perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan
boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih
dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik,
memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula,
memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa
urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan
mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.”
9
untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi
apa-apa maksud yang menyentuh profesion kaunseling. Mengawal selia tatalaku profesion
kaunseling, termasuklah menetapkan kod etika bagi profesion kaunseling dan melakukan
apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya
dengan berkesan.
Di dalam Akta telah menyatakan nama dan permulaan kuat kuasa iaitu 1. (1) Peraturan-
peraturan ini boleh dinamakan Peraturan- Peraturan Kaunselor (Kelakuan dan Tatatertib)
1999. (2) Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada 31 Disember 1999. Seterusnya
adalah pada bahagian pemakaian, di dalam akta menyebut berkaitan 2. (1) Peraturan-
peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang kaunselor yang berdaftar yang didaftarkan di
bawah akta ini. Seterusnya, 2. (2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan
ini akan mengakibatkan seseorang kaunselor boleh dikenakan tindakan tataertib.
Didalam akta ini juga telah menyatakan berkaitan tatakelakuan bagi seorang kaunselor,
iaitu 3.(1) Seorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1998 dan
melaksanakan tugasnya dengan sewajarnya. Seterusnya, 3.(2) dalam mempertahankan dan
mengekalkan maruah, taraf dan reputasi seseorang kaunselor. Seseorang kaunselor berdaftar
hendaklah sentiasa mengutamakan kepetingan kliennya dan tidak memperalatkan klien untuk
kepentingan dirinya sendiri. Selain itu, menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan
segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling sebagai rahsia melainkan, jika mengikuti
budi bicara kaunselor maklumat yang diperolehi boleh atau dianggap membahayakan klien
atau orang lain dipersekitarannya.
10
Seterusnya, memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya, serta
memberitahu klien tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan diri dan tingkah
lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh
klien kemudiannya. Selain itu, menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan
implikasi perkhidmatan kaunseling yang diberikan dan merujukkan kliennya kepada pakar
yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar itu mendapati klien tersebut memerlukan
perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran kaunselor berdaftaritu.
Oleh itu, amat jelas sekali bahawa kaunselor juga tertakluk pada Akta yang telah
ditetapkan oleh Undang-undang di Malaysia. Inibermaksud bahawa setiap perkara yang
dilakukan oleh seorang kaunselor akan dinilai dan setiap yang dilakukan itu adalah satu
tanggungjawab yang besar dan akan dipertanggungjawabkan oleh seorang kaunselor itu
sendiri. Jadi amat jelaslah bahawa kaunselor itu amat tertakluk pada etika kerahsiaan.
11
RUJUKAN
Etika, Nilai & Akta Kaunselor, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, 2006
5) https://www.slideshare.net/mohdshahidintinik/etika-kaunselor-44917893, Mohd
6)www.slideshare.net/fido3530/akta-kaunselor-1998-akta-580-dan-peraturanperaturan
Firdaus Zailan, Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan Peraturan-peraturan 2014.
7) https://www.scribd.com/doc/148185324/Kod-Etika-Kerahsiaan-Kaunselor, Nik
23.11.2019
12