3 Bincangkan Teori Penetapan Matlamat Locke Dan Latham Dan Bagaimana Teori Tersebut Boleh Digunakan Untuk Memotivasikan Guru Di Sekolah.

Unduh sebagai txt, pdf, atau txt
Unduh sebagai txt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

3 Discuss Locke and Latham’s Goal-Setting Theory and how the theory can be used to

motivate teachers in schools.

3 Bincangkan Teori Penetapan Matlamat Locke dan Latham dan bagaimana teori tersebut
boleh digunakan untuk memotivasikan guru di sekolah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Lanjutan teori Penetapan Matlamat Locke dan Latham, teori ini turut membincangkan
isu penting keperluan maklum balas, arah tuju, ketepatan, kejelasan matlamat dan
aplikasi Teori Penetapan Matlamat.

Dari aspek keperluan maklum balas, apabila seseorang sedang menjalankan tugas ke
arah matlamat, dia memerlukan maklum balas untuk menentukan sama ada dia berjaya
ataupun perlu berubah kepada cara yang lain.Maklum balas yang diperoleh perlulah
positifi dan memberi motivasi. Dari aspek Arah Tuju, Locke dan Latham juga
berpendapat bahawa arah dan ketepatan matlamat adalah penting. Arah matlamat
menyatakan ke mana kita sepatutnya pergi. Ia memaksa seseorang untuk fokus,
menyempitkan pemikirannya dan memilih kepercayaan yang akan membawa kepada
pencapaian matlamat.

Selain itu isu Ketepatan. Ketepatan adalah penting supaya tidak menyimpang dari
tujuan. Jadi, tidak hairanlah orang ramai melaburkan lebih banyak usaha untuk
mencapai ketepatan
matlamat. Apabila kita mempunyai matlamat yang tepat, kita tidak berhenti pada
sesuatu peringkat tetapi terus mencari penambahbaikan. Isu Kejelasan Matlamat juga
dilontarkan dimana kejelasan matlamat mempunyai beberapa kesan ke atas prestasi.
Ini adalah logik kerana jika seseorang pelajar tidak memahami matlamat yang mereka
cuba capai,
prestasi mereka akan terjejas. Oleh itu, lebih jelas matlamat, lebih besar
kemungkinan seseorang itu mencapai prestasi sepenuhnya.

Yang terakhir iaitu isu aplikasi Teori Penetapan Matlamat.


Teori penetapan matlamat boleh digunakan untuk hampir semua situasi di mana
prestasi seseorang pelajar dinilai untuk menilai kecekapan. Kepuasan pelajar adalah
komponen utama dalam prestasi pelajar. Seseorang tidak akan berpuas hati sehingga
matlamatnya tercapai dan akan terus berusaha mencapai matlamat tersebut

Kesimpulannya, Teori Penetapan Matlamat Locke dan Latham


merupakan teori yang berfokus kepada matlamat dengan pelbagai insiatif. Namun teori
ini juga terhalang disebabkan isu-isu yang dinyatakan dan semua pihak terutamanya
kerajaan perlu memberi perhatian supaya teori ini dapat diaplikasi kepada sektor
pendidikan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai