Kertas Kerja Penyelenggaran 2019

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PENYELENGGARAN KECIL

BAGI MENAIKTARAF KEMUDAHAN


SJK (T) LADANG SEGAMAT, JOHOR

1.0 PENGENALAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukan kewangan demi menaiktaraf
lagi sekolah. Hal ini kerana penaiktarafan ini akan menjadikan sekolah sedia ada
kepada tempat yang lebih kondusif agar melahirkan warga sekolah yang cergas.

2.0 MATLAMAT

Bagi menambahbaik suasana sekolah dan dapat dipergunakan dalam mencapai


objektif pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan demikian dalam menentukan
sekolah yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri dan keperluan asas ruang perlu di
ambilkira untuk dimantapkan dan penambahbaikan di SJK (T) Ladang Segamat.

3.0 Objektif
Objektif pemantapan bangunan sekolah adalah;
i. Memberi suasana ceria kepada murid ketika belajar
ii. Memastikan keselesaan dan keselamatan setiap murid.
iii. Meningkatkan motivasi guru-guru agar bekerja dalam keadaan yang
lebih seronok dengan adanya infrastuktur yang selesa.

4.0 IMPLIKASI

i. Projek ini akan meningkatkan rasa kecintaan yang tinggi bagi mempertingkatkan
nama SJK (T) Ladang Segamat ke tahap yang lebih tinggi,
ii. Memantapkan semangat fizikal dan mental guru dan murid ke arah melahirkan
warga sekolah yang bersemangat tinggi dan optimis.
5.0 SKOP PERMASALAHAN
i. Membaikpulihkan bangunan dan bumbung sekolah..
ii. Pembaharuan tandas guru dan murid.
iii. Pengubahsuaian tempat letak kereta
iv. Membeli Komputer baru bagi penggunaan murid (10)
v. Penghawa Dingin (4)

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut ini merupakan beberapa perkara yang perlu pemantapan dan penambahbaikan
untuk mendukung dalam mencapai tujuan dan objektif P&P dalam bilik darjah di SJK
(T) Ladang Segamat.

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN

01 Membaikpulih bangunan dan bumbung RM 80,000.00


sekolah.

02 Pembaharuan tandas guru dan murid RM 20,000.00

04 Pengubahsuaian Tempat Letak Kereta RM 30,000.00

05 Komputer dan Meja Komputer (10) RM 15,000.00

06 Penghawa Dingin (4 bilik)(2.0 horse power) RM 10,000.00

JUMLAH RM 155,000.00
Adalah diharapkan, projek menaiktaraf kemudahan sekolah merupakan hasrat
murni warga sekolah dan pihak PIBG demi kebaikan anak bangsa di SJKT Ladang
Segamat. Projek ini pasti secara tidak langsung dapat memotivasikan murid-murid,
guru-guru dan masyarakat setempat ke arah kecemerlangan akademik.

Disediakan oleh : Disemak Oleh :

………………………………… ……………………………………
En.Jivendra A/L Pandian Pn.Chandra Devi A/P Subramaniam
Setiausaha PIBG Guru Besar
SJK (T) Ladang Segamat, Johor SJK (T) Ladang Segamat, Johor

Disahkan oleh :

…………………………………
En.Viren A/L Velayutham
Yang DiPertua PIBG
SJK (T) Ladang Segamat, Johor
Lampiran:

Bangunan Sekolah

Tandas Sekolah
Tempat Letak
Kereta
KERTAS KERJA
PENYELENGGARAN
BAGI MENAIKTARAF KEMUDAHAN
SJK (T) LADANG SEGAMAT

Tarikh : 15.3.2019

Anda mungkin juga menyukai