Cara Menguruskan Tekanan

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

GAYA HIDUP MODEN TIDAK LENGKAP JIKA TIDAK BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI FAKTOR TEKANAN.

KAUM LELAKI PULA KERAP DIKAITKAN DENGAN MASALAH TEKANAN INI. TEKANAN YANG MELAMPAU
MAMPU MEMBERI PELBAGAI KESAN BUKAN SAHAJA TERHADAP MENTAL TAPI JUGA FIZIKAL YAKNI
KESIHATAN.

Tekanan dalam hidup memang tidak boleh dielak tapi jika diurus dengan baik pasti tidak akan memberi kesan
kemudaratan. Oleh itu adalah cukup penting bagi kita mengetahui cara menguruskan tekanan.
Namun begitu tahukah anda bahawa emosi yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perjalanan
hidup seorang individu.
Sama ada gembira atau bersedih, anda yang menentukan. Jika anda memilih untuk gembira, lalui hari dengan ceria.
Bukan sahaja riak wajah anda lebih tenang tetapi juga memudaratkan anda melalui hari tersebut tanpa sebarang
tekanan.
Ramai penyelidik berpendapat bahawa perasaan positif terutamanya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan
mengawal perasaan negatif seperti geram dan marah. Apabila berjaya menghindarkan perasaan negatif, perasaan
positif boleh dipupuk dengan dirangsang.
Untuk mendapat kegembiraan, anda perlu selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kelemahan diri
dengan hati yang terbuka. Tidak Perlu berasa rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki dan yakinlah bahawa
setiap anugerah Allah s.w.t adalah sempurna.
CARA UNTUK GEMBIRA

1Pilih untuk gembira


Anda berupaya untuk menjadi hari-hari anda gembira. Mulakan dengan belajar kemahiran mengurus diri, berinteraksi
dengan baik dan pilih persekitaran yang menyumbang ke arah lebih positif.

2.Sentiasa bersyukur
Tidak ada kesudahannyajika anda asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Namun ada baiknya pula
jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusaha lebih gigih.

3. Menjadi pemaaf
Berfikiran negatif, memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk
terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan orang
lain. Ini mengurangkan ingatan terhadap perkara buruk yang mengundang kepada perasaan marah.Berusaha untuk
melupakan peristiwa buruk tersebut dan elak mengungkitnya semula.

4.Lawan pemikiran negatif


Anda perlu mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal. Tepis pemikiran negatif dan cara sifat positif di
sebaliknya.

5.Tambah sahabat
Bahagianya jika mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat mengenai anda. Walaupun anda lelaki,
tidak salah jika mempunyai sahabat untuk berkongsi cerita. Ada pakar berpendapat, bersikap individualistik antara
punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan.

6.Lemparkan senyuman
Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang
hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.

7.Berbuat baik
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulurkan, ia akan membutkan si penerima akan gembira.

8.Gembira jauhi penyakit


Percaya atau tidak, tekanan yang mampu merangsang kepada penyakit mampu diubati dengan kegembiraan.
Individu yang gembira lebih yakin dengan keupayaan diri dan mempercepatkan kadar penyembuhan. Maka tidak
hairanlah apabila kumpulan sokongan yang membabitkan pesakit, bekas pesakit, keluarga, rakan dan kakitangan
perubatan berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan penyakit.

9.Sertai aktiviti
Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manfaat kepada pihak lain. Misalnya
menyertai badan kebajikan dan menjadi sukarelawan. Melalui cara ini, anda dapat menambah kenalan dan belajar
banyak perkara baru.

10.Bukan mengenai wang


Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

11.Berilah pujian
Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga dan rakan-rakan. Juga berterima kasih atas bantuan yang mereka
hulurkan. Pujian boleh merangsang kepada perkara baik seperti menjadi lebih bersemangat.

12.Terima dugaan
Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka. ia membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat
keputusan dengan baik.

13.Dekatkan diri dengan agama


Ketenagan yang hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. apabila anda berasa
susah hati atau dalam kesukaran, ingatlah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

14.Bersenam
Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi
menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan. Apabila bersenam, kita lebih segar dan tenang dan kajian
mendapati senaman mampu mengurangkan tekanan. Dengan bersenam ia mampu meningkatkan fungsi mental dan
fizikal.

AMALAN gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, kerap
bersenam, cukup tidur dan mendekatkan diri dengan agama antara cara terbaik untuk
menangani tekanan.
Bagaimanapun, kehidupan sukar dimiliki jika tiada kesungguhan untuk melaksanakannya.
Tanpa disedari, tekanan menjadi elemen penting dalam hidup semua orang, termasuk kanakkanak.
Tekanan menjadi pewarna dan perencah kehidupan kerana tanpa tekanan hidup kita jadi
hambar. Namun, tekanan yang berlebihan dan tidak diuruskan dengan baik boleh
mendatangkan kemudaratan.
Tekanan menyebabkan kita cepat letih, resah, risau, tekanan darah meningkat dan ada yang
melegakan perasaan dengan makanan sehingga tidak sedar mereka sebenarnya makan terlalu
banyak.
Sebenarnya, ada banyak cara mudah dan sihat untuk menguruskan tekanan seperti:
Mandi air suam untuk merehatkan otot yang tegang.
Baring dan buat senaman pernafasan iaitu dengan menarik nafas dalam-dalam, tahan beberapa
saat dan hembuskan nafas perlahan-lahan. Ulang beberapa kali hingga anda tenang.
Jika ada keinginan untuk makan, fikirkan dulu apakah makanan yang anda mahu dan
manfaatnya kepada anda. Biasanya dalam keadaan tertekan, kita cenderung memilih makanan
berkarbohidrat kerana ia merangsang otak menghasilkan serotonin yang membuatkan kita rasa
tenang. Namun dalam keadaan tertekan, biasanya ramai tidak sedar mereka makan banyak.
Untuk meredakan tekanan emosi, anda boleh meluahkan masalah dengan bercakap dengan
rakan dipercayai atau menuliskannya dalam buku. Senaman mudah seperti berjalan cepat juga
boleh meredakan perasaan.
Ada orang meredakan tekanan dengan membeli-belah. Walaupun kaedah ini berkesan, ia bukan
cara sihat kerana anda boleh terdorong untuk membeli barang tidak diperlukan atau berbelanja
berlebihan. Cari alternatif lain seperti berbasikal, berjoging, menari atau berenang.

Panduan mengurangkan tekanan:


Makan makanan seimbang. Makanan seimbang membantu badan menangani tekanan dengan
baik. Pilih makanan yang kaya vitamin B, C dan zink. Makan banyak buah-buahan dan sayursayuran. Hadkan pengambilan minuman mengandungi kafein dan kurangkan merokok.
Belajar teknik berehat seperti cara pernafasan, senaman tai chi, yoga dan meditasi.
Mendekatkan diri dengan agama juga boleh menguatkan jiwa dan minda untuk berfikir lebih
rasional apabila menghadapi tekanan.
Tetapkan sasaran (terutama dalam pencapaian kerja) dalam had kemampuan anda. Yakinkan
diri bahawa anda boleh melakukannya dalam waktu ditetapkan tanpa perlu mengorbankan
kepentingan lain, terutama waktu tidur dan rehat.
Luangkan masa untuk bersenam. Senaman sekurang-kurangnya 20 minit sehari memadai untuk
merangsang badan menghasilkan endorfin iaitu bahan yang membuatkan kita berasa tenang
dan selesa.
Pastikan anda mendapat tidur cukup iaitu di antara enam hingga lapan jam sehari.
Usah takut menolak tugasan yang diberi jika anda memang benar-benar banyak kerja.
Imbangkan waktu anda antara masa untuk bersendirian, bersama keluarga dan rakan.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak, anda berhak mempunyai masa untuk
bersendiri. Gunakan masa ini sebaik-baiknya.
Usah bawa balik kerja ke rumah atau membawa masalah peribadi ke tempat kerja. Gunakan
kebijaksanaan anda untuk mengasingkan dua perkara ini.
Kasih sayang adalah penawar keresahan. Pupuk hubungan baik antara adik beradik, ahli
keluarga lain dan rakan kerana mereka boleh menjadi kumpulan sokongan apabila anda
mengalami tekanan.

Lakukan sesuatu yang anda suka dan memberi kebaikan contohnya membaca novel, menonton
wayang, mendengar muzik, melukis, memasak, berkebun atau membersihkan rumah.
Berdialog dengan diri sendiri (iaitu dalam fikiran). Dialog positif boleh membantu anda berasa
lebih yakin dan mampu menyingkirkan pemikiran negatif. Contohnya katakan pada diri
bahawa anda seorang yang tenang, boleh berfikir secara matang dan yakin dengan diri sendiri.
Jika anda terlalu sibuk dan badan mula terasa sakit, ada cara boleh dilakukan untuk merehatkan
badan tanpa meninggalkan tempat duduk iaitu:
Angkat bahu dan cuba rapatkan bahu ke telinga. Tahan beberapa saat dan kembali ke
kedudukan asal. Ulang 10 kali atau sehingga ketegangan di bahu terasa reda.
Goyang dan pusingkan pergelangan tangan selama 30 saat dan ulang beberapa kali. Ini penting
untuk mengelak mengalami kesakitan pada pergelangan tangan akibat terlalu banyak menaip.
Tarik nafas dalam-dalam dan tahan beberapa saat. Lepaskan perlahan-lahan dan ulang lima
hingga 10 kali.
Tegangkan seluruh badan genggam tangan, ketap gigi dan pejamkan mata. Tahan beberapa
saat dan rehatkan seluruh badan. Bagaimanapun, lebih baik jika senaman ini dilakukan ketika
anda bersendirian, bimbang ditertawakan rakan sekerja.
Gosokkan tapak tangan hingga terasa panas. Letakkan tapak tangan pada mata selama
beberapa saat. Kaedah ini boleh merehatkan mata yang letih.

Anda mungkin juga menyukai