Laras Bahasa

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat


1. Pengenalan 2
2. Menganalisis dan Menilai Jenis-Jenis Laras Bahasa yang Digunakan
dalam Rakaman Video Majlis Anugerah Kecemerlangan Peringkat
Sekolah

2.1 Laras Bahasa Agama


2.2 Laras Bahasa Kreatif
2.3 Laras Bahasa Panggilan 3-7
2.4 Laras Bahasa Himbauan
2.5 Laras Bahasa Undang-Undang
2.6 Laras Bahasa Iklan

3. Kesimpulan 8
4. Rujukan 9

1.0 Pengenalan

1
Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan
seharian. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi
sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya dengan siapa dia bercakap, tajuk yang
diperkatakan, suasana formal ataupun tidak formal dan penggunaan medium, sama ada
secara lisan atau tulisan. Menurut Nik Safiah Karim (1989), laras bermaksud gaya ayau cara
penggunaan sesuatu bahasa. Menurut Abdullah Hassan (1997) pula, pemakaian kata-kata
tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa.
Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik.

Bahasa pula bermaksud sistem yang terdiri daripada pembangunan,


pengambilalihan, penyelenggaraan dan penggunaan sistem komunikasi yang kompleks,
terutamanya keupayaan manusia untuk melakukannya. Menurut Safir (1921), bahasa
merupakan sebagai suatu kaedah yang bukan naluri manusia untuk menyampaikan idea,
perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedar. Selain itu,
Bloch dan Trager (1942) juga mendefinisikan bahasa merupakan suatu sistem lambang-
lambang bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk
berkomunikasi.

Laras bahasa dapat didefinisikan sebagai suatu gaya atau cara penggunaan sesuatu
bahasa dituturkan.Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini
disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain
melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan
untuk bergurau senda adalah berbeza dengan kata-kata yang digunakan untuk
menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan
bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat,
disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang
berbeza-beza berdasarkan faktor geografi disebut sebagai dialek daerah.

Laras bahasa juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu laras bahasa agama,
laras bahasa kreatif, laras bahasa himbauan, laras bahasa peanggilan, laras bahasa
ekonomi, laras bahasa klasik, laras bahasa iklan dan laras bahasa undang-undang.
Kesemua jenis laras bahasa ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan sifat-sifat yang
tersendiri.

2
2.0 Menganalisis dan Menilai Jenis-Jenis Laras Bahasa yang Digunakan

dalam Rakaman Video Majlis Anugerah Kecemerlangan Peringkat Sekolah

2.1 Laras Bahasa Agama

Laras bahasa agama ini bermaksud terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu
agama yang digunakan semasa bertutur mahupun menulis. Sebagai contoh, melalui
tontonan video Hari Anugerah Kecemerlangan, unsur agama Islam dapat dilihat melalui
pemberian salam yang dilakukan oleh pengacara majlis dengan mengucapkan
Assalamualaikum. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh pengacara majlis sahaja tetapi
dilakukan oleh pengetua dan tetamu kehormat yang lain sebelum mereka memulakan
ucapan mereka. Selain itu, laras bahasa agama juga dapat dilihat ketika bacaan doa.
Pembaca doa memulakan doa dengan memuji Allah SWT iaitu dengan mengatakan Ya
Allah Ya Rahman dengan sifat Keagunganmu.

Pembaca doa juga memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana
mengizinkan mereka untuk meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Sultan Abdul
Hamid 2018. Selain itu, pembaca doa berdoa bahawa mereka berhimpun untuk meraikan
kecemerlangan yang telah dicapai oleh anak-anak didik mereka. Mudah-mudahan setiap
kejayaan yang dikecapi menjadi pendorong dan pentas kegemilangan yang lebih bererti
demi agama, bangsa dan negara. Pendoa juga mendoakan agar disematkan dalam hati
guru-guru keikhlasan jiwa, kekuatan fikiran dan minda serta kebaikan budi bagi mendidik
generasi muda harapan bangsa demi mencapai matlamat Pendidikan Negara.

Seterusnya, ucapan tuan pengetua, Tuan Haji Zakariya bin Othman juga menyelitkan
sedikit doa kepada pelajar-pelajarnya iaitu beliau mendoakan pelajarnya agar melakar lebih
banyak kejayaan demi kejayaan untuk kecemerlangan diri, keluarga, bangsa dan tanah air.
Di samping itu, ketika Collegian of The Year berucap iaitu Datuk Jayabudiman, beliau ada
mengeluarkan kata-kata daripada Ibnu Umar yang berbunyi didiklah anakmu kerana engkau
nanti akan ditanya, apa yang engkau telah didik dan ajarkan kepada anak-anak kamu. Anak-
anakmu pula akan ditanyakan tentang bakti dan taatnya kepada kamu (Riwayat al-Baihaki).

Selain itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Datuk Ahmad
bin Kassim juga ada menyebut sesuatu yang merupakan laras bahasa agama. Beliau
menyebut dalam feqah berbeza pandangan antara mazhab-mazhab, terdapat pandangan
yang berbeza-beza. Tetapi bagaimana mereka beradab ditulis oleh Profesor Dr. Yusuf al-
Qaradawi dalam satu kitab yang cukup baik, ada adab dalam kita berbeza pandangan
dalam islam. Ini bermakna berbeza pandangan dalam Islam dibenarkan. Berbeza

3
pandangan akan membuahkan hasil yang terbaik serta dapat mencambah buah fikiran kita.
Beliau juga menggunakan laras bahasa agama ketika beliau merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Kolej Sultan Abdul Hamid dengan melafazkan Bismillahirrahmanirrahim.

2.2 Laras Bahasa Kreatif

Laras ini menggunakan struktur ayat aktif dan pasif. Bahasa yang digunakan juga
merupakan bahasa pelambangan dan kiasan. Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan
bunga bahasa dan bahasa hiasan. Laras ini juga tidak mempunyai ciri khusus bahasa
teknikal dan penggunaan ilustrasi. Contoh yang paling sesuai adalah seperti pantun, syair
dan sajak. Melalui pemerhatian saya terhadap video Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej
Sultan Abdul Hamid, saya mendapati terdapat pelbagai pantun yang digunakan untuk
menceriakan lagi majis pada hari itu. Pantun yang pertama adalah daripada pengacara
majlis yang berbunyi :

Lenggang bertapak seni memandang,


Silat sinding menyusun jari,
Salam sembah selamat datang,
Sudi tuan ke majlis kami.

Pantun yang disampaikan oleh pengacara majlis ini adalah untuk menambahkan lagi seri
majlis apabila majlis dimulakan dengan serangkap pantun pembukaan yang menarik.
Semasa Tuan Pengetua, Tuan Haji Zakariya bin Othman menyampaikan ucapan juga,
beliau ada menyampaikan pantun beliau yang berbunyi :

Madah diungkap santun bicara,


Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Mohon diampun seikhlas hati.

Pohon sireh pohon selasih,


Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman,

4
Pantun yang disampikan oleh Tuan Pengetua itu tadi adalah digunakan untuk memohon
kemaafan kepada tetamu yang mendengar ucapannya dan beliau memberi penghargaan
kepada orang yang telah mengharumkan nama sekolahnya suatu ketika dahulu.
Seterusnya, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah juga ada menyampaikan pantunnya
yang berbunyi :
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar payah puyuh berlari,
Tautan kasih bertambah erat,
Undangan tuan amat dihargai.

Subur tualang ditanah merah,


Hinggap di dahan burung melati,
Pencapaian cemerlang meraih hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dihayati.

Daun sugi dibuat jamu,


Bunga tanjung di hujung laman,
Kini rakyat di Malaysia baru,
Tetapkan perjuangan sepanjang zaman.

2.3 Laras Bahasa Panggilan

Laras bahasa panggilan ini merupakan laras bahasa yang menggunakan panggilan oran-
orang tertentu berdasarkan pangkat, darjat serta kedudukan seseorang itu. Melalui
pemerhatian saya terhadap video Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Sultan Abdul
Hamid, pengacara majlis menggunakan panggilan-panggilan kehormat kepada tetamu-
tetamu jemputan. Contoh yang pertama ialah Yang Berhormat Datuk Ahmad bin Kassim,
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah. Seterusnya, Tuan Haji Abdul Aziz bin Yahaya,
Penolong Pengarah Kanan Projek Khas Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Selain itu, Yang
Berbahagia, Datuk Jayabudiman, Collegian of The Year. Di samping itu, Yang Berbahagia,
Datuk Wira Othman bin Haji Aziz, Yang DiPertua PIBG. Akhir sekali, Yang Berusaha, Tuan
Haji Zakariya bin Othman, Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid. Susunan-susunan panggilan
ini adalah berdasarkan pangkat dan kedudukan yang disandang oleh setiap individu. Laras
bahasa ini amat penting kerana ini adalah salah satu protokol majlis rasmi yang perlu
dipatuhi oleh mana-mana pihak yang melaksanakan. Tanpa menggunakan laras bahasa ini,

5
sesuatu majlis tersebut pasti akan menampakkan kekurangan serta ketidaksempurnaan
dalam menjayakan sesuatu majlis.

2.4 Laras Bahasa Himbauan

Laras bahasa himbauan ini adalah untuk mendorong atau menarik perhatian orang supaya
melakukan sesutau perbuatan yang mungkin berbentuk positif mahupun negatif. Laras ini
banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah. Selain itu, laras ini
juga menampilkan faedah-faedah sesuatu perbuatan serta menampilkan akibat buruk
sesuatu perbuatan. Laras ini terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Melalui pemerhatian
saya terhadap video ini, saya mendapati terdapat beberapa unsur laras bahasa himbauan
digunakan semasa ucapan diberikan. Contohnya seperti Tuan Pengetua mengajak
pelajarnya agar meneruskan legasi kecemerlangan serta mengajak semua pihak
bekerjasama termasuk bekas pelajar, ibubapa dan guru agar dapat mencorak masa depan
kolej yang lebih gemilang. Beliau juga mengingatkan generasi kini perlu berganding bahu
untuk meneruskan kehebatan yang pernah dicapai sejak sekian lama. Pelajar juga
diingatkan supaya sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang agar tidak ketinggalan dalam arus globalisasi yang serba mencabar ini.

2.5 Laras Bahasa Undang-Undang

Laras undang-undang merupakan sejenis laras teknikal. Laras ini mempunyai ciri-ciri
kelainannya tersendiri seperti tidak mengandungi gambar, jadual, simbol dan sebagainya.
Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan
diakhiri oleh keputusan undang-undang. Melalui pemerhatian saya terhadap video ini, saya
mendapati terdapat beberapa laras bahasa undang-undang yang digunakan oleh
sesetengah individu untuk menyampaikan ucapan. Sebagai contoh, Speaker Dewan
Undangan Negeri Kedah, Datuk Ahmad bin Kassim menyatakan bahawa jika dahulu,
pelbagai akta demi akta yang mengongkong kita sehinggalah kita tidak berani untuk
bergerak termasuklah pensyarah dan pelajar university yang tidak dinamik untuk bergerak
menyuarakan pandangan mereka yang berbeza.
Selain itu, beliau juga ada menyatakan bahawa kelonggaran bersuara secara mutlak
juga mempunyai pelbagai kesan negatif. Sebab itulah kebebasan yang mutlak ini tidak
dibenarkan kerana kita mempunyai undang-undang, etika serta adab yang perlu dipatuhi.
Seterusnya, beliau juga ada menyentuh mengenai isu rasuah yang kian melanda tampuk
kepimpinan negara kita. Beliau mengatakan rasuah merupakan sesuatu perkara yang

6
dilarang. Kita juga mengetahui berlakunya rasuah dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Oleh sebab itu, kerajaan baru berani meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia di bawah Parlimen bukannya di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti sebelum
ini.

2.6 Laras Bahasa Iklan

Laras bahasa iklan ini adalah untuk memperkenalkan dan menjual barangan atau
perkhidmatan yang dilakukan. Dalam konteks Pendidikan, kebiasaannya dilakukan oleh
pihak sekolah untuk mempromosikan sekolah mereka kepada masyarakat di luar
terutamanya ibu bapa yang ingin menghantar anaknya menyambungkan pengajiannya di
sekolah rendah mahupun menengah. Melalui video ini, saya dapati tuan pengetua, Tuan
Haji Zakariya bin Othman mempromosikan sekolahnya dengan mengemukakan beberapa
pelan dan perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolahnya. Beliau menyatakan
pihak sekolahnya akan menambah baik pengurusan sumber dan prasarana kolej. Selain itu,
beliau juga menyatakan bahawa beliau akan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
kewangan. Di samping itu, beliau akan meningkatkan kemenjadian murid dalam kurikulum
melalui pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Seterusnya, beliau akan meningkatkan
kemenjadian murid dalam bidang kokorikulum khususnya dalam bidang sukan dan
permainan.

7
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, laras bahas merupakan cara penggunaan sesuatu bahasa untuk


disampaikan kepada seseorang. Laras bahasa amat penting kerana laras sesuatu bahasa
menggambarkan keadaan bahasa itu dan bagaimana seseorang itu menggunakan
penggunaan laras bahasa dengan betul. Penggunaan laras bahasa yang betul juga
digunakan untuk memastikan pendengar memahami maklumat yang ingin disampaikan.
Laras bahasa juga boleh digunakan dalam situasi formal dan tidak formal. Laras bahasa
juga boleh berubah mengikut faktor geografi dan daerah. Penutur-penutur bahasa Melayu
seharusnya mengetahui antara laras formal dan tidak formal supaya tidak menimbulkan
sebarang tanda tanya kepada pendengar. Oleh itu, laras bahasa ini seharusnya diterapkan
sejak sekolah rendah lagi. Pendedahan terhadap kemahiran penggunaan laras bahasa ini
terhadap pelajar-pelajar seklah rendah akan memudahkan mereka untuk terus
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

8
4.0 Rujukan

Ab.Razak Ab. Karim. (2008). Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Akademi

Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar. (1987). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei Lain. Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Habibah Mohd Samin & Hasnah Awang. (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk

PPISMP. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (1989). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Rozali Rajab. (2012). Kepentingan Laras Bahasa. Diperoleh pada 13 Mac 2019 daripada :

http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/kepentingan-laras-bahasa-terhadap.html

Ghani Sani. (2009). Laras Bahasa. Diperoleh pada 10 Mac 2019 daripada :

http://yunimaha5-lestaribestari.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-2.html

Anda mungkin juga menyukai