KRTS Kerja Bumbung

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MEMBAIKPULIH BUMBUNG KELAS 4 HASSAN


SRA BUKIT SENTOSA FASA 1

1.0 PENDAHULUAN

Persekitaran kelas dan sekolah yang ceria dan bersih dapat memberi keselesaan dan
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah.
Keceriaan dan kebersihan kawasan kelas dan sekolah amatlah penting bagi meningkatkan
mutu pendidikan kerana iklim kelas dan sekolah yang ceria, tenang dan selesa
kearahtercapainya visi dan misi sekolah.

Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap kelas dan sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi
kelas.

2.0 RASIONAL

Keadaan bumbung kelas yang agak dhaif serta tidak pernah diselenggara sejak dari
mula ditubuhkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membaiki kerosakan pada bumbung di kelas yang terlibat

3.2 Memberi keselesaan kepada pelajar dan juga guru

3.3 Menyediakan persekitaran kelas yang kondusif bagi seluruh warga sekolah
4.0 GAMBAR KEROSAKAN

Disertakan di bahagian lampiran

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Menukar salur air (20 meter) 1m x RM20.00 RM 1600.00
2 Menukar Perabung (35 meter) 1m x RM60.00 RM 2100.00
3 Menukar syiling, kayu bumbung, papan 1 lot RM 5000.00
manis dan kerja-kerja berkaitan
4 Kerja-kerja pembersihan 1 lot RM 500.00
5 Upah bagi membuka atap sedia ada dan 1m x RM50.00 RM 14000.00
memasang atap baru (280 meter)
JUMLAH KESELURUHAN RM 23,200.00

6.0 PENUTUP

Kerja membaikpulih bumbung kelas ini sangat diperlukan oleh sekolah kami supaya
persekitaran kelas yang kondusif untuk keperluan semua pelajar.

Di Sediakan Oleh ; Di Semak Oleh ; Di Sahkan Oleh ;

(MARDIAH BT MOHD NOOR) (EN BAKARI BIN ABU BAKAR) (PN ZAHRIAH BT JAJULI)

SETIAUSAHA 2 PIBG YDP PIBG PENASIHAT PIBG


SRA BUKIT SENTOSA FASA 1 SRA BUKIT SENTOSA FASA 1 SRA BUKIT SENTOSA FASA 1

Anda mungkin juga menyukai