Score 1

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

NAMA :

Latihan Score Bahasa Malaysia


a) Tulis perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
supaya mengekalkan susunan isi dalam perbualan ini.

Iqmal : Apa yang kaufikirkan, Man?


Iman : Kalau ya pun, bagailah salam dulu. Aku tengah fikir tentang bidang
Aku nak ambil di universiti nanti, sama ada bidang perubatan atau
Kejuruteraan.
Iqmal : Oh, itu senang sahaja! Tepuk dada tanya selera.
Iman : Aku memang minat bidang kejuruteraan, tapi ayah aku suruh aku jadi
Doctor.
Iqmal : Beginilah, Man. Baik kau jumpa guru kaunseling di sekolah kita tu.
Ceritakan masalah ini kepadanya. Mesti beres.
Iman : Baik juga cadangan kau itu. Aku rasa, esok aku nak jumpa guru
kaunseling.

b) Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan


imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan
betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur
dan maksudnya asalnya.
1. Puan Jamilah menyuruh anak lelakinya membelikan sekilo taugeh di kedai
itu.
2. Penduduk Kampung Sejahtera menggembeleng tenaga untuk pembinaan
sebuah surau.
3. Encik Razak terpaksa redha atas penentuan takdir setelah mendengar
berita kematian ibunya.
4. Guru harus bertanggungjawab untuk membentukkan anak muridnya supaya
menjadi insan yang bersakhsiah mulia.
5. Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia pada malam tadi telah dicemari
oleh sikap penyokong kedua-dua pasukan yang melampau taksup.
6. Kajian itu telah dapat mengenal pasti mikro organisma yang menyebabkan
merebaknya penyakit jangkitan itu.
7. Mesin faksimili yang baru dibelinya itu terletak di dalam pejabat baharunya.
8. Keindahan flora dan fiona di hutan-hutan Malaysia amat mengkagumkan
para pelancong asing.
9. Pertunjukkan lawak jenaka oleh peserta Raja Lawak amat terhibur hati para
penonton.
10. Budak itu mengidap penyakit leukimia sejak enam tahun yang lalu.
11. Heliza suka makan mee rebus yang dimasakkan oleh neneknya.
12. Rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri peringkat daerah
Raub mendapat sambutan yang mengalakkan .
13. Aktiviti beristirehat bersama-sama keluarga dikatakan dapat menenang
minda dan perasaan.
14. Masjid harus dijadikan sebagai wahana untuk mengeratkan jalinan
silaturrahim sesame umat Islam, dan bukannya sebagai alat untuk
pecahbelahkan umat.
15. Semasa solat, Sakinah sering berdoa kepadaNya agar negara Malaysia
terus makmur dan diberkat Tuhan.
16. Pelbagai kursus dan bengkel teknik menjawap soalan diadakan oleh pihak
sekolah apabila musim pemeriksaan hampir tiba.
17. Kami dihidangkan semangkuk ais krim sebagai hidangan mencuci mulut
semasa makan di hotel itu.
18. Projek pembinaan pasaraya di kawasan penempatan baharu itu akan terus
dilaksanakan walaupun pengusahanya mengalami masalah kewangan.
19. Semangat setiakawan dapat dipupukkan dalam semua aktiviti Program
Latihan Khidmat Negara.
20. Dewan Melor di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub itu akan perasmian oleh
Ketua Polis Pahang.
21. Tanjong Sepat sering dikunjung orang ramai yang gemar memancing ikan
pada setiap hujung minggu.
22. Dia mendapatkan tempat ke-tiga dalam pertandingan syarahan peringkat
daerah Raub.
23. Ibu bapa yang terlalu pentingkan kerjaya akan mengabaikan kebajikkan
anak-anak mereka.
24. Definasi setiap perkataan boleh dirujukkan dalam Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka.

c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu
dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksud asalnya.
1. Maniam sedang mengerat kayu-kayu api itu dengan sebatang kapak.
2. Rumah tua itu masih boleh dibaik pulih demi untuk mengekalkan nilai
kesenian yang ada pada rumah itu.
3. Penduduk Flat Seri Labuan menghadapi kesulitan kerana lif yang baharu
dibaiki itu masih tidak dapat berfungsi.
4. Amboi, tingginya bangunan ni! Kata Pak Ajis sambil menunjukkan jarinya
ke arah Menara Berkembar Petronas itu.
5. Adik tidak berkata apa sewaktu kakak menanya tentang pasu bunga yang
pecah itu.
6. Oleh kerana ketakutan, penagih-penagih dadah itu lari lentung-lentang
apabila dihambat oleh pihak polis.
7. Pesalah itu masih tidak memahami akan persoalan yang dikemukakan oleh
pegawai pendakwa raya itu.
8. Pengeluaran kad kredit tanpa kawalan akan menyebabkan pemegang kad
tersebut dibebani banyak hutang.
9. Pelajar pintar itu boleh mengeluarkan pendapat yang paling bernas semasa
sesi sumbang saran dijalankan di dalam kelasnya.
10. Fakta utama berlakunya kecelakaan jalan raya adalah disebabkan kecuaian
pengguna jalan raya.
11. Saya menggunakan RM6000 agar membaik pulih dapur rumah ibu saya di
kampung.
12. Anda mesti menyalin semula ayat itu sewaktu membetulkan kesalahan
bahasa dalam ayat tersebut.
13. Halim telah ditugaskan sebagai penyusun cara program komputer selama
sepuluh tahun di syarikat yang tersohor itu.
14. Kerja rumah yang diberikan oleh Profesor Zamri, saya telah dapat
selesaikan pada hujung bulan lepas, kata Muthu kepada rakannya, Mei
Ling.
15. Bila mendekati kandang kambing milik Pak Maman itu, Maimun tercicir bau
hapak.
16. Berbagai kemudahan prasarana telah disediakan oleh kerajaan,
terutamanya di kawasan pendalama.
17. Pilihan raya di kawasan Ijok telah menyaksikan pertandingan dua sudut di
antara calon parti Barisan Nasional dan calon parti Keadilan.
18. Jabatan agama negeri Selangor telah berjaya dalam usaha menahan tujuh
puluh orang penganut ajaran sesat ketika mereka sedang manakala amalan
meditasi di rumah ketua mereka di Sungai Buloh.
19. Wah, istimewa betul reka cipta rumah tradisional di Taman Mini Malaysia
itu, kata Pak Ngah kepada ahli keluarganya.
20. Budak itu hanya menaikkan bahunya bila ditanya soalan berkaitan masalah
peribadinya.
21. Penyerang pasukan lawan telah menghantuk bola di gawang gol pada
minit-minit terakhir perlawanan.
22. Nah, ambil balik pakaian awak ini, kata Milah kepada rakan eratnya itu.
23. Ada sebuah jalan sahaja yang dapat menggabungkan kampung itu dengan
pekan itu.
24. Antara sebab-sebab kecuaian kempen kerajaan ialah sikap masyarakat
yang acuh tak acuh terhadap usaha kerajaan.

d) Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif tanpa mengubah


maksud asalnya.
1. Tugasan yang telah diberikan oleh Profesor Zamri telah kami serahkan
pada minggu lepas.
____________________________________________________________
____________________________________________________________

2. Sajak yang berjudul Wanita Itu, Ibuku telah dideklamasikan oleh Hanis
dengan nada yang sangat melankolik.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. Tembok rumah Pak Mamat telah dilanggar oleh treler yang sarat dengan
muatan itu.
____________________________________________________________
____________________________________________________________

e) Tukarkan ayat bentuk cakap ajuk di bawah kepada ayat bentuk cakap
pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Syabas, kerana awak menjadi olahragawan sekolah buat kali yang kedua
ni! ucap Cikgu Zakaria kepada Paramasivam.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
2. Lu ada banyak wang? Boleh gua pinjam sikit? tanya Pak Cik Wong
kepada rakannya.
____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. :Kau tunggu saja aku kat situ. Mesti aku datang punya, pesan Haziq
kepada Dafi.
____________________________________________________________
____________________________________________________________

f) Tentukan jenis ayat-ayat berikut sama ada ayat perintah, ayat penyata,
ayat seruan atau ayat tanya.
1. Syabas, anda berjaya dalam pertandingan ini!
____________________________________________________________
2. Berapakah harga sekampit beras wangi ini?
____________________________________________________________
3. Kejadian bencana alam kerap berlaku kebelakangan ini.
____________________________________________________________
4. Usah dikotori lantai yang baru dicuci dan dimop itu.
____________________________________________________________
5. Ke manakah perginya anak tunggal kamu itu?
____________________________________________________________
6. Kerajaan telah menganjurkan kempen Tahun Melawat Malaysia.
____________________________________________________________

g) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat-ayat itu dan
klasifikasikan jenisnya.
1. Mengapakah pelajar kini kurang minat untuk membaca artikel-artikel ilmiah>
2. Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50.
3. Wah, terdapat taman botani di tengah-tengah lapangan terbang itu!
4. Jangan menyampuk semasa orang tua bercakap, tegur Mak Limah
kepada Lina, anak perempuan tunggalnya.
5. Telah meninggal dunia seniman yang serba boleh itu.
6. Sila dapatkan nombor giliran, dan beratur di situ, kata pengawal
keselamatan itu.

h) Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

Pantai Teluk Batik sungguh indah sekali. Banyak pengunjung yang datang
bercuti di pantai itu untuk menikmati keindahan semula jadi yang ada di situ
bersama-sama keluarga. Kerajaan Negeri Perak telah menaiktarafkan
kemudahan yang ada di pantai itu untuk menggalakkan pelancong bercuti
di situ.

1. Berikan dua contoh kata nama khas dalam petikan di atas.


2. Berikan satu contoh frasa adjektif yang terdapat dalam petikan.
3. Nyatakan jenis ayat yang dihitamkan dan berikan dua kata hubung yang
tedapat dalam ayat itu.

i) Tukarkan ayat-ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat susunan


songsang.
1. Puan Marina Chin pengetua sekolah baharu itu.
___________________________________________________________
2. Ladang tanaman kantan itu berhampiran dengan sungai.
___________________________________________________________
3. Sambutan Hari Guru di sekolah itu amat meriah.
___________________________________________________________

j) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian lengkapkan ayat


tersebut dengan satu peribahasa yang menggambarkan situasi dalam
ayat itu.
1. Sudah berkali-kali ibu Amirul menasihatinya supaya bersedia untuk
menghadapi peperiksaan SPM tetapi tidak diendahkannya. Nasihat ibunya
itu bagai ____________________________________________________
2. Walaupun Maria bekerja di luar negara dan hidup mewah di sana, tetapi dia
tetap ingin pulang dan berkhidmat di tanah airnya pada suatu hari nanti
kerana _____________________________________________________
3. Keindahan pantai itu hanya _____________________________________
kerana banyak berlaku pencemaran alam akibat perbuatan para
pengunjungnya.
4. Usaha gigih yang dilakukan oleh Amirul dalam menghadapi peperiksaan
SPM, akhirnya berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
dan amat membanggakan dirinya kerana Amirul berpendirian
___________________________________________________________
5. Akhirnya, penjenayah yang berbahaya dan licik itu dapat ditangkap oleh
pihak polis kerana _____________________________________________
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

i) apa
___________________________________________________________
___________________________________________________________

ii) apa-apa
___________________________________________________________
___________________________________________________________

iii) siapa
___________________________________________________________
___________________________________________________________

iv) siapa-siapa
___________________________________________________________
___________________________________________________________

v) mana
__________________________________________________________
__________________________________________________________

vi) mana-mana
___________________________________________________________
___________________________________________________________

vii) bila
___________________________________________________________
___________________________________________________________

viii) bila-bila
___________________________________________________________
___________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai