Kertas Kerja Latihan Kebakaran (2020)

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANDREW (M)

84000 MUAR
JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA
LATIHAN KEBAKARAN
TAHUN 2020

TARIKH : 25 MAC 2020


HARI : RABU
MASA : 10.30 PAGI

KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN SK ST ANDREW (M), MUAR DENGAN


KERJASAMA BALAI BOMBA MUAR JOHOR
1.0 PENGENALAN

Latihan kebakaran ialah proses dan tatacara penghuni (mangsa) menyelamatkan diri
dalam keadaan sehelai sepinggang semasa berlaku peristiwa kebakaran. Latihan kebakaran ini
sangat penting kerana ia melibatkan nyawa murid dan guru di sekolah. Latihan ini diadakan
sebanyak sekali setahun bagi menyediakan kemahiran kepada murid dan juga guru dalam
menghadapi bencana kebakaran. Selain itu, ia juga penting bagi proses mengajar murid dan guru
berkaitan tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul secara efektif.

2.0 TEMA

“ Ke Arah Sekolah Selamat”

3.0 RASIONAL

3.1 Warga sekolah masih belum biasa dengan istilah latihan kebakaran

3.2 Pengalaman simulasi pengosongan bangunan di sekolah masih kurang

3.3 Murid kurang mengambil endah tentang pentingnya menghindari kebakaran

3.4 Kesedaran tentang risiko kebakaran di sekolah masih di tahap rendah

3.5 Pengetahuan warga sekolah tentang kegunaan alat pemadam api masih belum kukuh

4.0 MATLAMAT

4.1 Meningkatkan kepekaan warga sekolah terhadap elemen keselamatan

4.2 Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran

berlaku di sekolah

4.3 Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam

menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

5.0 OBJEKTIF

5.1 mangsa mematuhi tempoh maksimum tujuh minit untuk proses pengosongan
bangunan

5.2 Mangsa mematuhi segala arahan Jawatankuasa Keselamatan Sekolah

5.3 Mangsa menerima taklimat dan tatacara melawan kebakaran


5.4 Murid sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kebakaran

5.5 Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri keetika berlaku kebakaran

5.6 Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran

6.0 TARIKH / HARI / MASA

25 Mac 2020 / Rabu / 10.30 Pagi

7.0 TEMPAT

Padang sekolah / Pusat Sumber SK St Andrew

8.0 BIDANG PROGRAM

8.1 Proses pengosongan bangunan

8.2 Demostrasi penggunaan alat pemadam api

8.3 Taklimat Khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

9.0 SASARAN TERLIBAT

9.1 Semua murid SK St Andrew (M)

9.2 Semua guru dan kakitangan SK St Andrew (M)

10.0 PEGAWAI JEMPUTAN

10.1 Bahagian Latihan, Balai Bomba Muar, Johor

11.0 PERBELANJAAN

11.1 Cenderamata RM 25.00

11.2 Jamuan pegawai bomba RM 50.00

11.3 Minyak Diesel RM 15.00

11.4 Alat tulis / Keperluan lain RM 10.00

Jumlah : RM 100.00

12.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Puan Normah binti Sulaiman (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : Tuan Haji Hashim bin Abd Rahman (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Puan Rohidah binti Hamzah (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Encik Mohd Radzi bin Ramli (GPK KOKO)
Penyelaras : Encik Rustam Afandi Bin Abdul Rahman
Pen. Penyelaras : Encik Ahmad Zaki bin Ishak
AJK Kerja
Pembunyi loceng - Encik Ahmad Zaki bin Ishak
Kawalan Murid - Semua Guru Kelas
Pengacara Majlis - Guru Bertugas Mingguan
Perakam Peristiwa - Puan Sabrina binti Suhaimi
Sijil & Cenderamata - Puan Saadah binti Mazelan
Jamuan - Puan Haslena binti Taib

13.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran 1

14.0 PENUTUP
Pelaksanaan latihan kebakaran di sekolah memerlukan kerjasama dan sokongan seluruh
warga sekolah, khususnya murid. Ketertiban dalam pergerakan dari lokasi insiden ke tempat
berhimpun dan pelaporan yang tepat menjadi kayu ukur kejayaan simulasi berkenaan. Pihak
sekolah mengharapkan agar program latihan ini mencapai segala objektif sebagaimana yang
telah ditetapkan.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

……………………………….. ………………………………..
(RUSTAM AFANDI ABD RAHMAN)
Penyelaras Program
Latihan Kecemasan & Kebakaran
SK ST Andrew (M) Muar

Disahkan Oleh

………………………………..

Lampiran 1
Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran

TARIKH : 25 MAC 2020 (RABU)


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PADANG SK ST ANDREW (M) MUAR

MASA Butir-ButirAktiviti
8.30 pagi  Persiapan Tempat
 Ketibaan Pegawai & Pasukan Bomba
9.00 – 10.00 pagi  Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
 Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan
menuju ketempat berkumpul seperti yang terdapat dalam plan
kecemasan
 Guru kelas memeriksa kehadiran murid.
 ‘ Post mortem’ oleh pengawai bomba.
 Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak Bomba dan
Penyelamat Malaysia
 Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran
(Jentera Bomba)
10.00 – 11.00 pagi  Rehat & Minum Pagi
11.00 pagi – 1.00 Tgh Hari  Ceramah ringkas latihan kebakaran dan keselamatan
 Ucapan Guru Besar SK ST Andrew (M) Muar
 Penyampaian Cenderahati
 Bersurai

Anda mungkin juga menyukai