Sejarah Bab 2

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 25

Bab 2

Kebangkitan Nationalisme
2.1 Nasionalisme
- Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

- Semangat yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan perjuangan menentang penjajahan serta
pembelaan terhadap bangsa dan negara.

- Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.

Pendapat Tokoh

Hans Khon

-Satu Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang kepada negara atau bangsanya.

Prof. William R.Roff

-Nasionalisme Melayu wujud disebabkan ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan ekonomi.
Bimbang terhadap sekularisme dan imperialisme.

Dato’ Onn Jaafar

-Menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan kuat, berdikari dan mengambil tempat sebenar disisi bangsa-
bangsa lain.

Dr. Burhanuddin alHelmi

-Mesti ada persatuan dan perpaduan (National Fronts). Tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan
bangsa Melayu dan agama Islam.

Dr. S. Suntharalingam

-Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negara sendiri dan
memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa
itu.

Prof. Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

-Kesetiaan kepada raja. Orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke “Tanah Melayuan”

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

-Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan (1688) (Glorious Revolution)

- Raja James II membelakangkan parlimen.

- Ahli parlimen bangkit dan sokong Mary II dan suaminya, Raja William of Orange.

- Raja James II lari ke Perancis.

- Revolusi Keagungan berjaya.

- Mary II dan suaminya, Raja William of Orange – keadulatan parlimen dan raja berperlembagaan
dimantapkan.

- Bill of Rights – hak parlimen menggubal undang-ungdang dan mengutip cukai.

- John Locke – Two Treatises of Goverment – persetujuan antara raja dan pemerintah, undang-undang perlu
digubal.

REVOLUSI AMERIKA (1776)

- Jamuan Teh Boston – penentangan orang Amerika terhadap cukai dan monopoli British dalam perdagangan
teh di Amerika.

- Membuang teh ke laut di pelabuhan Boston.

- Tindak balas British mencetuskan Revolusi Amerika.

- Rakyat Amerika menentang penjajahan British.

- Menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.

- Tiada Cukai Tanpa Perwakilan – tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.

- Kongres – Georange Washington ketua kongres dan meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika (tulisan
Thomas Jefferson)

- Jika kerajaan gagal menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagian – maka kerajaan membentuk
kerajaan sendiri.

- Revolusi Amerika berakhir 1783 dan 13 buah bekas jajahan digabungkan menjadi Amerika Syarikat.
REVOLUSI PERANCIS (1789)

- Idea pemikir Perancis Jean Jacques Rousseau dan Voltaire

- Jean Jacques Rousseau – Social Contract – suara rakyat merupakan “Hasrat Umum” kedaulatan suara rakyat
lebih tinggi daripada raja dan birokrasi.

- Menetang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan.

- Rakyat terbeban dengan pelbagai cukai.

- Golongan revolusi mengempur penjara Bastile dan membebaskan tahanan politik dan menggulingkan Raja
Louis XVI. Muncul Republik Perancis.

2.3 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

NASIONALISME DI INDIA

- Dahagi India 1857 – pemberontakan oleh sepoi @ askar upahan British berbangsa India terhadap pengaruh
British terhadap adat, budaya dan agama masyarakat setempat.

- Isu Sosioagama – Brahmo Samaj dan Arya Samaj.

- Penghujung abad ke-19 - Kemunculan golongan intelektual – Konges Kebangsaan India / Indian National
Congress (INC) 1885 / Liga Muslim 1906

- Radikal – Militan – Bal Gangadhar Tilak Bipin Chandra Pal.

- Selepas Perang Dunia 2 – INC tidak kerjasama dengan British – Mahatma Gandhi (Satyagraha-berpegang
teguh keapada kebenaran dan penentangan tanpa keganasan)

- Seelpas Perang Dunia 2 - INC & Liga Muslim – Jawatankuasa pembahagian India.

- 14 Ogos 1947 – Pakistan – Muhammad ali Jinnah (gabenor Jeneral Pakistan)

- 15 Ogos 1947 – India – Jawaharlal Nehru – Perdana Menteri India

NASIONALISME DI CHINA

- Mengukuhkan peradaban China dari ancaman kuasa asing

- Menentang Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) – gagal menghalang pengaruh Barat

- Dr Sun Yat Sen – Tiga Prinsip Rakyat – (San Min Chu-i) Nasionalisme, Demokrasi, Sosialisme.

- Revolusi China 1911 – menumbangkan Dinasti Manchu dan diganti pemerintahan republik di China.
NASIONALISME EMPAYAR UTHMANIYAH DAN MESIR

- Mempertahankan pemerintahan Islam agama Islam dari ancaman barat – lahir gerakan Pan-Islamisme dan
gerakan Islah

GERAKAN ISLAH

a. Gerakan pemulihan Islam – Sayyid Jamal al-Din al-afghani, Sheikh Muhammad Abduh.

b. Menyeru umat Islam berpegang kepada al-Quran , Hadis

GERAKAN PAN-ISLAMISME

a. 1883 – kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang kuat) – memperkuat rasa persaudaraan dan membawa
kemajuan.

b. Akhbar al-Urwah al-Wuthqa – Idea Pan -Islamisme - bangkit menentang kuasa barat di seluruh dunia.

c. 1914- fatwa empayar Uthmaniyah – umat Islam yang ditindas bangkit bersama empayar Uthmaniyah.

d. Khalifah Abdul Hamid II – penggerak idea Pan-Islamisme.

NASIONALISME DI JEPUN

- Maharaja Mikado Meiji (gerakan pemulihan Jepun) – pemodenan mengikut model Barat.

- Prinsip dan semangat bushido – sikap sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita
dan berkorban untuk ketua dan negara.

- Pemulihan Meiji – Jepun menjadi negara perindustrian dan kuasa tentera – awal abad ke-20.

- Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau – Jepun menjadi kuasa imperialis di Asia.
2.4 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Tahap Perkembangan Nasionalisme

Tahap 1

- Sederhana

- Terbuka

- Setempat

- Tidak beroranganisasi

- Isu budaya / agama / hak peribumi sebagai pencetus

- Dipimpin golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat

- tekankan kesedaran politik daripada tindakan politik

- tuntut hak² mereka dikembali dan taraf hidup dibaiki

- Tidak tuntut merdeka

Tahap 2

- Radikal

- Beroranganisasi

- Sebab : kegagalan tahap 1 yang sederhana gagal

- Dipimpin golongan pendidikan/pengetahuan luas budaya dan ilmu Barat

- sedar perubahan yang dibuat penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara

- Perjuangan lebih luas

- tuntut kemerdekaan

- Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat


FILIPINA (mendahului negara lain)

a. Gerakan dakyah

- Dipimpin Jose Rizal

- Disokong golongan pertengahan berpendidikan Barat

- Tuntutan

i. Filipina dijadikan wilayah sepanyol

ii. bangsa Filipina diberi hak sama dengan bangsa Sepanyol

iii. diberi kebebasan bersuara - tuntutan kurang mendapat tindakbalas Sepanyol

b. Liga Filipina (1892)

- Tujuan mendesak Sepanyol buat pembaharuan politik, eko, sosial

- Tindakan Sepanyol

i. Sepanyol rasa terancam lantas tangkap Jose Rizal dan buang negeri ke Dapitan Mindanao

ii. Jose Rizal dihukum bunuh atas tuduhan terlibat pemberontakan

- Kesan: gerakan dakyah berakhir tapi mencetuskan gerakan lebih radikal

a. Katipunan

- Ditubuh oleh Andres Bonifacio

- Radikal

- Matlamat

i. Menyatukan bangsa Filipina

ii. Mencapai merdeka dengan revolusi

- Cara: guna media cetak sebar fahaman revolusi

- Akhbar : Kalayan

- lancar Revolusi Filipina 1896 tapi gagal Katipunan makin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio
Aguinaldo
b. Peranan Aguinaldo

• Dilantik Datuk Bandar di Cavite 1895

• Bersama Andres Bonifacio lancar pemberontakan

• Presiden Kerajaan Revolusi Filipina 1897

- Mengadakan kerjasama dengan Amerika dan berjaya usir Sepanyol

- Kesan: mula penguasaan Amerika

- Aguinaldo buat Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina 1899 tapi tak sah

- buat revolusi dan ditangkap

c. Penubuhan Parti Pltk Sederhana

- Amerika benarkan tubuh politik sederhana

- Sergio Osmena dilantik ketua Dewan Perhimpunan apabila Parti Nasionalis menang pilihanraya 1907.

d. Perjuangan nasionalis Filipina

- Tahun 1930an nasionalis Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pimpinan Amerika
bertukar kepada lebih liberal
Burma

Tahap 1

Perjuangan oleh

i. Golongan sami Buddha (pongyi)

ii. golongan elit berpendidikan Barat

iii. (Thakin) Siswazah universiti

Peranan Persatuan Belia Buddha (1906)

- ditubuhkan oleh golongan sami Buddha / kelas pertengahan berpendidikan Barat.

- tujuan penubuhan

a. mengekalkan tradisi Buddha

b. memajukan pendidikan rakyat

c. mengekalkan kebudayaan Burma

isu digunakan - ISU KASUT

- sikap orang Inggeris yang datangkan kemarahan orang Burma kerana pakai kasut semasa masuki kuil Buddha
di Burma

- 1916 dipimpin oleh nasionalis lebih radikal U Ba Pe

- Mereka tubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma (1920) yang lebih radikal

Tahap 2

Sebab kemunculan

- Apabila Laporan Montagu-Chelsford menyetakan bahawa Burma masih belum bersedia memerintah sendiri

Revolusi Pelajar (1920)

- tuntut tubuh 1 universiti untuk mereka

Pemberontakan Saya San

- Gerakan oleh golongan sami Buddha

- Melalui Majlis Am Sangha Samagyi.

- Diketuai Saya San (bekas pongyi) dan pemimpin di Tharawaddy

- Disokong oleh golongan. petani kerana pelbagai cukai.


Liga Anti Pemisahan (Perlembagaan Burma 1935)

- Anggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan

- Pengenalan perlembagaan Burma memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri

Peranan golongan Thakin (siswazah universiti)

- Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (1935) (Kami Orang Burma) untuk menuntut kemerdekaan

- Pemimpin

i. Aung San

- Aktif dalam gerakan Blok Pembebasan yang tuntut merdeka

- Ketua Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis kerana kecewa dengan sikap Jepun

- Ketua rombongan merdeka dan tubuhkan kerajaan baru Burma –

Burma mesti bertuankan orang Burma.

i. Kyaw Nein

ii. U Nu

• Gelaran “Tuan”

- Dr Ba Maw menang pilihanraya 1937 dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama
IndoChina

Tahap 1

- Tertumpu di Vietnam

- Golongan pejuang

i. Golongan bangsawan

Memperjuangkan pemulihan sistem beraja

ii. Golongan Mandarin

Memperjuangkan pemulihan sistem beraja

iii. Golongan menengah pendidikan Barat

Ketua gerakan Phan Boi Chau

- Memimpin revolusi tapi gagal - Menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi

- Akhbar – Tribune Indige / Cloche Felee. - Melancarkan pemberontakan di Tongkin

- Melancarkan gerakan dakyah di Vietnam - Tindakan Penjajah pada beliau

i. Dipenjara

ii. VNQPH diharamkan

Tahap 2

- Sebab radikal: parti² politik sederahana mendapatkan kerjasama Perancis gagal

- Parti

i. Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) – demokrasi, nasionalisme, dan sosialisme. – Pemberontakan pada
tahun 1930 dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam.

ii. Menangkap pemimpin VNQDD

iii. Hukum bunuh Nguyen Thai Hoc

i. Parti Komunis Vietnam (PKV) -bRepublik Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara. (Presiden Pertama –
Ho Chi Minh)

Ii. Vietnam Selatan (Saigon) – Perancis dan Amerika Syarikat.

iii. Cuba tangkap Ho Chi Minh mnybbkan terpaksa lari ke Hong Kong

- Kesan sikap keras Perancis menybbkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana sehingga
terbentuk Republik Vietnam 1976.
Indonesia

Tahap 1

- Tumpu isu pendidikan yang boleh mengubah nasib rakyat

a. Raden Adjeng Kartini

- usaha majukan pendidikan wanita

- Karya

i. Habis Gelap Terbitlah Terang 1911 – Letter of Javanese Princess

Peranan Karya tersebut

i. dedah kemunduran rakyat I’sia

ii. penindasan penjajah Belanda

- perjuangannya beri inspirasi pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan tersusun

b. Muhammadiyah

- Matlamat

i. sebarkan Islam yang sebenar ii. menghindari ancaman sekularisme Barat iii. hindari ancaman agama Kristian

Tahap 2

- perjuangan parti politik radikal

a. Sarekat Islam

b. Partai Komunis Indonesia

c. Partai Nasionalis Indonesia

- Parti menuntut merdeka sekalipun dengan cara kekerasan

Peranan Soekarno

- tubuh Partai Nasionalis Indonesia 1927

- 1928 – Kongress Pemuda Indonesia – Sumpah Pemuda – 1 tanah air, 1 bangsa, 1 bahasa.

- Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)- gabungan organisasi/parti politik –


menuntut kemerdekaan

- Pejuang radikal - Dipenjarakan Belanda 1929-1931 - Dibuang ke Flores (I’sia) 1934

- Istihar merdeka Indonesia 17 Ogos 1945 - Presiden Indonesia I 1949

Tindakan Belanda terhadap pejuang

i. Tangkap pemimpin radikal

ii. Mengharamkan PNI


Thailand –Tidak dijajah Birokrasi Barat diperkenal sendiri oleh Raja

- Lantik 80 penasihat Barat ketuai pelbagai jabatan

- Melantik pegawai tempatan

a. Britain

- Penasihat Kewangan

- Penasihat pelabuhan

- Polis

- Guru – pendidikan barat

b. Amerika - Kastam

c. Perancis - Ketenteraan

Memperkenalkan

Majlis Penasihat Rendah

Merupakan Penasihat raja dalam pentadbiran

Majlis Mesyuarat Tertinggi

Merupakan Penasihat raja dalam pentadbiran

Kabinet Menteri

Terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang ketuai kementerian

- Pegawai Barat

Britain

- Juruaudit untuk perbendaharaan negara

- Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden
berdasarkan tahap pendidikan

- Sistem Raja Berpelembagaan ganti sistem raja kuasa mutlak

- Kesannya

i. mengurangkan pengaruh pembesar tradisional

ii. mengurangkan pengaruh institusi raja

iii. Thailand kekal merdeka


Thailand-berbeza dengan gerakan nasionalisme negara lain di AT yang bersifat antipenjajah

Tahap 1

- Merupakan kegelisahan rakyat terhadap

i. penguasaan politik oleh kerabat diraja

ii. penentangan terhadap raja berkuasa mutlak

iii. Kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh.

- perkembangan pendidikan Barat memberikan pendedahan terhadap golongan intelek terhadap

i. fahaman liberal

ii. sistem demokrasi

iii. sistem raja berpelembagaan

- sebab rakyat tidak puas hati

i. kelemahan sistem pentadbiran

ii. sikap boros Raja Vajiravudh

- kesan Penubuhan Parti Rakyat 1932

- Peranan Parti Rakyat o dipimpin

i. Nai Pridi Panomyong

ii. Field Marshall Phibulsongkram

o melancarkan Revolusi Thai 1932 yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak dan pentadbiran dijalankan
oleh Perdana Menteri.

Tahap 2

Sebab rakyat tidak puas hati

- cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina

Peranan Phibul Songram

- Perdana Menteri - Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan

- Meluluskan udg² sekat kebebasan dan penguasaan ekonomi orang Cina

- Peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi

- Jawatan dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha

- 1939 menukar nama Siam kepada Thailand (Tanah Bebas)

- Bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia ke 2

- Berjaya dapatkan semula wilayah² di IndoChina dan Tanah Melayu


2.5 KESEDARAN NASIONALISME DI NEGARA KITA
- bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

- Sultan Muzaffar Shah cuba mendapatkan kembali Melaka dari Portugis – gagal

- Sultan Abdullah Mukarram shah cuba mendapatkan kembali Pulau Pinang dari SHTI – gagal

- Pejuang tempatan spt Dato Maharaja Lela, Dol Said dsbg – penentangan setempat ttapi gagal.

- Awal abad ke 20 - Gerakan Islah, penulisan kreatif dan akhbar, pertubuhan sosioekonomi menggerakkan
semangat nasionalisme.

2.6. FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME


Pengenalan sistem politik Barat

- 1874 Sir Andrew Clarke memperkenal sistem politik Barat dan musnahkan politik tradisi

- Residen ambil kuasa pembesar - Pembesar diberi pencen dan diganti pegawai British

- Ini mencabar amalan tradisi dan jatuhkan maruah

Perkembangan sistem pendidikan

- Pendidikan Moden Islam – madrasah al-Attas (JB-1914), Madrasah al-Masyhur PP-1916, Madrasah al-
Idrisiyah (K.Kangsar 1926) – kunjungan ulama Kaum Muda (Sumatera Barat) Pelajar dr Mesir – idea kemaujuan
dan pemodenan.

- Pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu lahirkan golongan intelek Melayu yang mampu fikir tentang
kemajuan bangsa

- Raffles Institution di SG, MCKK, SITC – menuntut hak untuk pendidikan, mendesak British melakukan
perubahan.

- Mereka guna idea baru untuk maju dan menolak British

Dasar British

- British galakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu

- Kemasukan imigran timbulkan persaingan pada penduduk

- Mereka kuasai ekonomi dalam lombong timah (Cina), getah (India – buruh kasar / ladang), perniagaan

- Orang Melayu kekal tanam padi yang tdk dimajukan British

- British buka bandar baru (pusat pentadbiran) sedangkan Melayu tinggal miskin di kampung.

- Kemajuan ekonomi (perniagaan / prasarana) meningkatkan taraf hidup di bandar

- Kesan wujud jurang luar bandar dengan imigran / penduduk di bandar

- Melayu mundur

- Disedari golongan intelek dan jadi isu nasionalisme


Pendudukan Jepun

- Konsep Kawasan Kesemakmuran Asia yang tekankan kebebasan negara² Asia untuk kemajuan dan
persaudaraan

- Jepun galakkan orang tempatan bekerjasama dan janji akan beri merdeka

- Tapi kesengsaraan / kekejaaman Jepun sebabkan penduduk benci penjajah Barat / Timur

- Semua penjajah zalim / menekan hidup penduduk

- Orang Melayu menentang British apabila ingin memperkenalkan Malayan Union

Penguasaan Parti Komunis Malaya

- PKM berkuasa selama 14 hari bangkitkan semnagat dan memulakan penyebaran idealogi komunis

- PKM kuasai balai² polis dan kejam (bunuh / tangkap sesiapa sokong Jepun)

- Ia mencetuskan konflik perkauman

- Orang Melayut erbunuh / rumah dibakar komunis

- Serangan mereka dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, N9, Pahang

Kemunculan mesin cetak

- Ilmu pengetahuan disebarkan dan mendorong penentangan

- Melalui buku, majalah, kitab agama idea disebarkan

Peranan Agama

- Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk pemahaman tentang Islam untuk menentang
penjajah Barat ke atas negara Islam

- Di dokong pelajar Islam seluruh dunia

- Gerakan reformis dimulakan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Rashid Rida, Syeikh Muhammad Abduh
(pensyarah U. Al-Azhar)

- Tulisannya mengupas tentang Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia akhirat

- Tulisan beliau disebarkan dalam akhbar al-Manar

- Gerakan Wahabi di Arab Saudi matlamatnya sama


Kesedaran politik serantau

- Kesedaran politik di Indonesia

- Indonesia rapat dari segi geografi dan budaya

- Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia lebih matang melahirkan ramai golongan intelektual

- Mereka terdiri daripada penulis dan karya mereka jadi bahan bacaan masyarakat Tanah Melayu terutama
golongan pendidikan vernakular Melayu

- Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajah dalam tulisan mereka tersebar dan dihayati masy
tempatan

- Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan kegiatan nasionalisme Indonesia di
Tanah Melayu

2.7. PERKEMBANGAN NASIONALISME


GERAKAN ISLAH DALAM MENINGKATKAN MINDA BANGSA

Maksud

Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu spy membetulkan pandangan terhadap Islam

Penggerak

i. Sheikh Tahir Jalaludin

- Menulis akhbar al-Manar

- Pendukung al-Imam

ii. Syed Syeikh al-Hadi

- Menubuhkan Jelutung Press

- Menerbitkan Saudara

- Dirikan Madrasah al-Masyhor di P. Pinang

- Menulis Hikayat Faridah Hanum

iii. Dr. Burhanuddin al-Helmy

Gelaran

Kaum Muda
Akhbar / majalah

i. Al-Imam

ii. Neracha

iii. Idaran Zaman

iv. Pengasuh

Idea

i. sampaikan idea / menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia

ii. Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan, politik, sosial orang Melayu

iii. Menyematkan sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam

iv. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu

Masalah

i. Ditentang Kaum Tua

- Kaum Tua terdiri dr golongan ulama

- Mereka menguasai masyarakat dengan fahaman bahawa Islam adalah tentang akhirat dan menekankan fardu
ain shj

- Sukar untuk Kaum Muda pengaruhi masyarakat Melayu

ii. Tekanan British/ Undang²

- Gerakan dpt bergerak di Negeri² Selat shj

- menghalang gerakan bergerak di Negeri² Melayu

- tidak benarkan kegiatan dakwah dilakukan tanpa kebenaran Sultan

- tidak membenarkan risalah dan buku kaum muda di bawa masuk ke Negeri² Melayu

Kejayaan

- menubuhkan madrasah

- madrasah menjalankan sistem pendidikan dunia dan akhirat spt fardu ain, ilmu hisab, bhs Inggeris

- beri peluang pelajar perempuan mendapat pendidikan

- tekanan British dan Kaum Tua tdk dapat halang sepenuhnya gerakan terutama bentuk pendidikan
AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL : P’GERAK KESEDARAN KEBANGSAAN
AKHBAR

Wartawan

1) Zainal Abdin bin Ahmad (Za’ba)

2) Dato Onn Jaafar

3) Abdul Rahim Kajai

4) Penulis2 di Sarawak

Tulisan mereka

- Membangkitkan kesedaran majukan diri dan bersatu padu

- Mengkritik dasar British yang menekan orang Melayu

Persoalan

- Sosial/pendidikan, Ekonomi, Politik

Tujuan

- Menyedarkan dan memajukan bangsa Melayu

Nama akhbar

- Warta Malaya

- Lembaga Malaya

- Majlis

- Utusan Melayu

- Warta Negara

- Fajar Sarawak
Sosial / pendidikan

1) Pendidikan tinggi Melayu

2) Pendidikan anak perempuan

3) Seru Melayu tinggal sikap negatif (pilih kerja / tidak mahu usaha)

4) Tabungan untuk pendidikan anak²

5) Kemahiran tradisonal Melayu (pertukangan / kerja tangan)

6) Pendidikan Inggeris untuk maju

7) Taraf sek melayu dibaiki dan diberi taraf ekonomi

8) Martabatkan bahasa Melayu sebagai bahas rasmi dalam pentadbiran British

9) Seru orang Melayu tidak tinggalkan pendidikan Islam

10) Kekalkan nilai baik Melayu

Ekonomi

1) Galak syarikat kerjasama

2) Minta British kurangkan kemasukan orang dagang kerana boleh ancam ekonomi tempatan

3) Galakkan perniagaan orang Melayu

4) Larang orang Melayu jual tanah

5) Seru orang Melayu berjimat

6) Minta British adakan kg khas Melayu di Kuala Lumpur

Politik

1) Kritik British kerana kurangkan kuasa raja² Melayu

2) Kritik pembesar / raja kerana tdk laksana kepimpinan sewajarnya untuk rakyat

3) Tolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan

4) Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk lindungi orang Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan

5) Seru orang Melayu bersatu dalam pertubuhan kebangsaan

6) Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan


MAJALAH

Fokus

Memajukan bangsa melalui rencana dan puisi

Jumlah terbitan

1940an terdpt 120 buah majalah

Isu

Kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera, politik antipenjajahan dan orang asing

Majalah Guru

Pengarang

i. Muhamad Dato’ Muda Linggi ii. Yusuf Ahmad

iii. Mohd Saidin Rashid

Isu

- Pendidikan anak² Melayu - Perpaduan orang Melayu

-Semnagat cinta negara dan menentang penjajah - Baiki taraf hidup Melayu

- Majukan bahasa dan sastera Melayu - Galakkan perpaduan guru sebagai pemimpin bahasa

Pengasuh

Pengarang

Dato’ Nik Mohamad

Isu

- Soal pentafsiran Islam yang progresif bg kemajuan ummah

- Galak pendidikan Melayu - Gesa Melayu jauhkan diri dr sifat buruk

- Perluas ilmu dalam semua bidang - Beri tafsiran kepada persoalan orang Islam

Bulan Melayu

Pengarang

Zainon Sulaiman

Isu

- Galak perpaduan guru perempuan Melayu Johor - Galak wanita jadi obor kemajuan bangsa

- Galak wanita mendpt pendidikan untuk maju diri

- Dorong wanita jaga kesopanan dengan nilai² Islam dan budaya Timur
NOVEL

Perkembangan

- Awal abd 20 dan rancak 1930an

Mesej

- Semangat kebangsaan yang patut dimiliki generasi muda masa itu

- Sikap menentang penjajah dalam apa bentuk sekalipun dituntut untuk bela maruah bangsa

- Wanita digalakkan bersikap positif untuk memajukan diri bagi membangunkan negara

Keris Melaka Ahmad Bakhtiar

Tema

- Semangat juang menentang penjajah spt Portugis

- Hargai sumbangan tokoh² Melaka spt Hang Tuah

- Guna sejarah sebagaiinspirasi untuk dorong semangat juang bangsa bagi generasi Muda

Anak Mat Lela Gila Ishak Haji Muhammad

Tema

- Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan

- Hargai warisan bangsa sendiri

- Mencintai tanah air

- Menolak kesenangan demi maruah bangsa

Putera Gunung Tahan Ishak Haji Muhammad

Tema

- Semangat wira pemuda tempatan dalam m’jaga maruah bangsa

- Mencintai tanah air

- rasa bangga dengan kebolehan sendiri

- 1 gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah kerana tdk mahu jatuhkan maruah bangsa

Melor Kuala Lumpur Harun Aminurashid

Tema

- Emansipasi / kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan

- Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya

- buang pandangan negatif yang boleh halang kemajuan bangsa


PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU
Isu

- Ekonomi - Sastera

- Perpaduan - Bahasa

- Pembelaan politik bangsa - Pendidikan

KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS)


Tahun

1926

Pengasas

i. Mohammad Eunos Abdullah iii. Embok Suloh

ii. Tengku Abdullah Kadir

Golongan

Pendidikan Inggeris

Tujuan

Menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura

Peranan

- Mohammad Eunos menjadi wakil Ahli Majlis Perundangan Negeri² Selat sebagaiwakil orang Melayu

- Melalui desakannya kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British

Kejayaan

- Beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura

- Mendorong penubuhan cawangan di Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Melayu lain.
PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM)
Tahun

1934

Pengasas S.M Zainal Abidin B.A

Golongan

Cerdik pandai Pulau Pinang

Tujuan Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa

Kejayaan

- galakkan perpaduan/ persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Sem Tanah Melayu

- Mendapat sambutan kerana oranganisasinya yang kemas dan mempunyai perlembagaan sendiri

- Tidak bersifat politik tapi kegiatan sosialnya menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu

PERSATUAN NEGERI
Negeri

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Tahun

Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) , Pahang (1938)

Tujuan

Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincnagkan nasib orang Melayu dalam ekonomi,
pendidikan, perkhidmatan kerajaan

Kesan

Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu


SARAWAK (perkembangan lebih baik dr Sabah)
PERSATUAN MELAYU MIRI (SARAWAK) 1936
PERSATUAN MELAYU SARAWAK 1939
Idea

Hasil dr pengaruh persatuan² negeri Semenanjung

Ketua Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

Perkembangan

- Idea penubuhan timbul sejak 1937 tapi gagal dilaksana kerana dibantah oleh Brooke

- Hanya naungan Datu Patinggi Abang Abdillah Brooke setuju mendaftarnya

- Pernah hadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura

Tujuan

- Mengeratkan perpaduan Melayu - Menggalakkan pendidikan

- Menjaga budaya dan maruah bangsa - Menegakkan ajaran Islam

Kejayaan

Mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching

SABAH

CAWANGAN PERSATUAN SAHABAT PENA

Tempat

- Jesselton (Kota Kinabalu)

- Labuan - Tawau

Kegiatan

- Mirip kegiatan persatuan di Semenanjung

Anggota

- Pegawai rendah kerajaan - Guru sekolah Melayu

Kejayaan

- Kegiatan tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana

i. kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan masih rendah


KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) 1939

Pemimpin

Ibrahim Haji Yaakob (wartawan akhbar Majlis di KL)

Ilham

- ilham Sultan Djenain (pelarian politik Indonesia)

Objektif utama

i. menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung

ii. meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu

Daftar

Didaftarkan oleh Mustapha Hussein (Naib Ketua KMM) pd Disember 1940

Tujuan

Lebih bersifat politik

Perkembangan

- bekerjasama dengan Jepun untuk halau British

- tindakan KMM

i. menjadikan KMM salah sebuah badan propaganda Jepun

ii. membeli Warta Malaya sebagaialat propaganda anti-British

iii. mengelilingi T. Melayu mencari sokongan

iv. penubuhan cawangan KMM bg meluaskan propaganda menentang British

v. menjadikan Maahad II Ihya Assyariff (Gunung Semanggol Perak) jadi penyokong KMM dengan menyediakan
kader² (tentera semut) untuk menentang British

Kesan

ahli ditangkap British pd akhir 1941

i. Ibrahim Haji Yaakob

ii. Ishak Haji Muhammad

iii. 150 penyokong KMM

Hukuman

Mereka dipenjarakan di Changi, Singapura

Anda mungkin juga menyukai