Nota T4bab22-4

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

2.

4 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA


TENGGARA
Nasionalisme di Filipina
• Untuk menghapuskan penjajahan asing.
• Tokoh penting: Jose Rizal, Andres Bonifacio, Emilio Aguinaldo.
• Gerakan Propaganda
: Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol dan hak yang sama seperti
bangsa Sepanyol.
: Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina 1892 dan mendesak Sepanyol
melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial
: Gerakan Propaganda menemui kegagalan.
•Katipunan
: Menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebar idea revolusi
: melancarkan Revolusi Filipina 1896 untuk menyingkirkan Sepanyol
namun gagal.
: Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya usir
Sepanyol.
: Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo 1899 tidak
diiktiraf Amerika Syarikat sebaliknya di bawah Amerika Syarikat
•Dibawah penjajahan Amerika Syarikat.
: Nasionalis ubah strategi dengan mengguna saluran diplomasi
melalui parti politik sederhana.
: Membolehkan Sergio Osmena (Parti Nasionalis) dilantik anggotai
Dewan Perhimpunan Filipina 1907
: Gerakan kemerdekaan diteruskan nasionalis sehingga Perang
Dunia ke-2
Nasionalisme Burma (Myanmar )
Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti)
dan petani .
• Peranan Persatuan Belia Buddha 1906 : Untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan
dan kebudayaan Burma dengan menggunakan isu kasut untuk membangkitkan
nasionalisme (Dianggap mencemari kesucian agama Buddha).
• Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma : Memperjuangkan bangsa Burma
• Berlaku revolusi pelajar : menuntut penubuhan university.
• Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am : mencetuskan Pemberontakan Saya
San. Pemberontakan mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai.
• Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 : memisahkan Burma dan India dan
merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri
• Peranan Golongan Thakin:
- Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone untuk memperjuang kemerdekaan Burma.
- Pemimpin parti spt Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin”
(Tuan) dan menegaskan org Burma mesti bertuankan org Burma.
- Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.
Nasionalisme di Vietnam
Nasionalisme muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis
selepas 1918.
• Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai dari golongan Mandarin yang memperjuangkan pemulihan
sistem beraja
• Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis melalui akhbar Tribune
Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Aliran ideologi.
• Selepas perang Duni Pertama : gerakan nasionalisme bercorak revolusi yang didokong dua aliran ideologi
)Nasionalisme dan Komunisme) :
: Nasionalisme - Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam
pimpinan Nguyen Thai Hoc.
: Komunisme - Diterajui Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
• Perjuagan VNQDD
- Berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme
- Melancarkan pemberontakan 1930 untuk mengusir Perancis dan menubuhkan republik Vietnam.
- Perancis melumpuhkan gerakan - menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai
Hoc
 • Perjuangan Parti Komunis Vietnam
- Ho Chi Minh berjaya isytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam dan dilantik sebagai presiden
pertama.
- Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah Perancis dan Amerika Syarikat.
- Gerakan menentang Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk pada 1976.
Nasionalisme Di Indonesia
• Berkisarkan Isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar Belanda
• Perjuangan Adjeng Kartini : untuk memajukan pendidikan wanita melalui hasil
karya (Hilang Gelap Terbitlah Terang/Letters of Javanese Princess) tentang
diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran.
• Penubuhan Muhammadiyah :Lebih tersusun untuk mempertahankan agama
Islam dari ancaman sekularisme Barat.
• Penubuhan parti politik seperti :
- Sarekat Islam (lebih radikal): memperjuang kemerdekaan
- Partai Nasionalis Indonesia ( PNI ) – Sebuah parti yang berpengaruh di bawah
pimpinan Soekarno.
- Kongres pemuda Indonesia : ikrar “ sumpah pemuda “ yang menjadi tonggak
nasionalisme dengan 3 Asas Sumpah (satu tanah air, satu bangsa dan satu
Bahasa)
• Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI) :
- gabungan organisasi dan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan
Indonesia.
Nasionalisme di Thailand
• Gerakan nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan dan menuntut penglibatan
rakyat dalam pemerintahan.
• Perjuangan Raja Thailand: untuk diplomasi dan pemodenan
- Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn berjuang untuk pemodenan negara dengan
melaksanakan birokrasi Barat iaitu
1.melatih pegawai tempatan
2.membawa masuk guru dari Barat untuk melaksanakan sistem pendidikan Barat.
• Perjuangan rakyat : penguasaan politik oleh kerabat diraja menimbulkan keresahan
-matlamat perjuangan :
1.mempertahankan kemerdekaan Thailand
2.menentang kuasa mutlak raja - Revolusi Thai menamatkan pemerintahan raja berkuasa
mutlak
3.menuntut penglibatan rakyat dalam politik
4.menentang penguasaan politik oleh kerabat diraja
5.menyekat penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang cina - undang-undang
menyekat penguasaan ekonomi oleh orang Cina
6.meningkatkan kedudukan ekonomi penduduk pribumi
• Dasar kerjasama dengan Jepun semasa WW2 - Thailand tidak dijajah Jepun

Anda mungkin juga menyukai