Nasionalisme Di Asia Tenggara - Kertas3 Sej 2017
Nasionalisme Di Asia Tenggara - Kertas3 Sej 2017
Nasionalisme Di Asia Tenggara - Kertas3 Sej 2017
A) MAKSUD NASIONALISME
- Perasaan cinta akan bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air
daripada penjajah.
- Melibatkan pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.
- sistem birokrasi Barat tiada peluang utk rakyat tempatan dlm pentadbiran moden.
- Masih kekal dlm ekonomi tradisional yg serba kekurangan.
- Dasar penindasan penduduk peribumi dlm ekonomi penjajah sistem Tanaman Paksa (Indonesia) &
sistem Polo (Filipina).
- Wujudkan sistem kelas golongan elit dgn golongan rakyat wujud jurang sosial di kalangan rakyat
tempatan.
- Dasar keterbukaan penjajah terhadap imigran yg kuasai ekonomi tempatan.
2. Pengaruh agama berjaya menyatukan rakyat tempatan utk hadapi penindasan dan pengaruh
kebudayaan Barat dan agama Kristian.
- Gerakan Islah di Indonesia & TM serta penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma.
- Gerakan Islah perjuangkan Pan-Islamisme penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.
- Agama kristian yg diperkenalkan oleh Sepanyol satupadukan penduduk peribumi utk menentang
Sepanyol yg anggap penganut kristian tempatan kelas kedua.
3. Karya kesusasteraan berjaya sampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan
penjajah yang membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap negara.
- Filipina novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal cetuskan gerakan nasionalisme jadi inspirasi
terhadap gerakan nasionalisme di rantau AT.
- Indonesia cerpen Kerikil-kerikil Tajam Ke Makam Bonda Chairil Anuar.
- T. Melayu - Puteri Gunung Tahan Pak Sako.
4. Mengamalkan sikap pilih kasih dlm menyediakan kemudahan pendidikan utamakan sekolah yg
gunakan bahasa penjajah sbg bahasa pengantar.
- Rakyat peringkat rendah, pendidikan Barat terhad kpd golongan elit & penduduk bandar.
- Indonesia anak golongan priyayi pendidikan tersendiri & diasingkan drpd org kebanyakan tujuan
pecahkan perpaduan rakyat tempatan.
- Burma pendidikan sekular dan sekolah mubaligh mengancam sekolah Buddha.
- T. Melayu lepasan sekolah vernakular sukar dpt pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
5. Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendidikan di Barat & Asia Barat didedahkan
dengan idea falsafah Barat dan Islam.
6. Pengaruh media massa akhbar & majalah - sebarkan idea-idea nasionalis & tanam perasaan anti
penjajah kpd rakyat spt
- Vietnam Tribute Indegene & Cloche Felee.
- T. Melayu al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya & Majlis.
7. Perkembangan sistem pengangkutan jalan keretapi & jalan raya mudahkan rakyat dan para
pemimpin bertemu dan berbincang tentang idea nasionalisme.
9. Pengaruh luar kejayaan Jepun tewaskan China (1895) dan Rusia (1905) meyakinkan keupayaan
Negara kecil kalahkan Negara besar.
- Gerakan awal Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan & Mandarin perjuangkan pemulihan
sistem beraja.
- Golongan menengah berpendidikan Barat - perjuangkan pendidikan Barat kpd rakyat pimpinan Phan
Boi Chau gerakan revolusi tp gagal.
- PBC tubuhkan Viet Nam Quoc Phu Hoi (VNQPH)- lancarkan pemberontakan di Tongkin & gerakan
dakyah di V.
- PBC dipenjara & VNQPH diharamkan.
- Tahap kedua secara radikal VNQDD & PKV.
- Perancis tangkap pemimpin VNQDD hukum bunuh Nguyen Thai Hoc & Ho Chi Minh (PKV) larikan
diri ke Hong Kong.
- Gerakan nasionalisme bercorak sederhana pimpinan Maharaja Bao Dai dilarang terlibat dgn
gerakan nasionalisme.
- Ho Chi Minh isytiharkan kemerdekaan Vietnam slps tamat pendudukan Jepun.
- Tahap pertama perjuangan golongan sami Buddha & elit berpendidikan Barat.
- Tubuhkan Persatuan Belia Buddha (YMBA) bertujuan mengekalkan tradisi Buddha dan majukan
pendidikan rakyat.
- Gunakan Isu Kasut Utk bangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
- Pemimpin radikal U Ba Pe (1916) kemudian tubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan
Burma.
- Tahap kedua muncul bila Laporan Montagu-Chelsford Burma masih belum bersedia utk memerintah
sendiri.
- Revolusi Pelajar tercetus kerana menuntut penubuhan sebuah universiti.
- Pemberontakan Saya San pimpinan Saya San (bekas pongyi & pemimpin di Tharawaddy) melalui
Majlis Am Sangha Sametggi. Gagal.
- Liga Antipemisahan anggap pemisahan dgn India akan lewatkan kemerdekaan.
- Perlembagaan Burma 1955 peluang ke arah berkerajaan sendiri.
- Parti Dobama Asiayone ditubuhkan oleh golongan Thakin (siswazah u) utk tuntut kemerdekaan.
- Pemimpin Aung San, Kyaw Nein & U Nu gelarkan diri sbg Tuan.
- PM pertama Dr. Ba Maw menang pilihanraya 1937.
- Rombongan kemerdekaan diketuai Aung San ke Britain & tubuhkan kerajaan baru yg merdeka pd
1948.
I) GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND.
- Tahap pertama kegelisahan rakyat krn penguasaan politik oleh kerabat di raja & penentangan
terhadap raja berkuasa mutlak.
- Pemimpin golongan intelek Thailand yg terdedah dgn fahaman liberal, sistem demokrasi & sistem raja
berperlembagaan.
- Rakyat tidak puas hati dgn kelemahan s. pentadbiran & sikap boros Rj Vajiravudh.
- 1932 penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong & Field Marshall Phibul Songram.
- PR lancarkan Revolusi Thai 1932 tamat sistem beraja mutlak.
- Tahap kedua tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat & org Cina.
- PS (PM) luluskan undang2 sekat kebebasan penguasaan ekonomi org cina.
- Penduduk pribumi digalakkan dlm aktiviti ekonomi.
- Jawatan tertinggi dlm kerajaan penganut Buddha shj.
- 1939 tukar nama Siam kpd Thailand.
- Kerjasama dgn Jepun PD II berjaya dptkan semula wilayah di Indochina dan Tanah Melayu.
soalan 1: Pengenalan [5 Markah]
(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan
mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.
Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah.
Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin
tempatan seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Gerakan
nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan
terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi
tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British
dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan
aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah .
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem
cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British
juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan
mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk
tempatan. Sebagai contoh, di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah
yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk
tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan
budaya masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat
Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat
tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah mengambil
kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk
mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk menjaga hal ehwal
daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-
undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka telah memberi sokongan kepada penentangan
pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan
memberikan kerjasama dalam menentang British.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di
Indonesia
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir Andrew Clarke telah
memperkenalkansistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah
meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar
diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar
sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian
penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang diperkenalkan
pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka
telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang
untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke
Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan
menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang
perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian padi yang
tidak dimajukan oleh British.
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang
Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta
kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah
meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar
bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang
Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk
menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama
dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan
makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah
Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan
menekan kehidupan orang tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah
membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu,
PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa
sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang
Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu
di Perak, Johor, dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong
penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain
idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan kesedaran
semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia
untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas
Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang
dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam
tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia
dan akhirat, disamping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan
dalam majalah al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama.
sia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah
Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini
telah melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824.
Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British
menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka iaitu
1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-
kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said
yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.
Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan British yang
mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan
Naning didalam wilayah mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka.
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang menolak untuk
membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning
pada tahun 1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai 150
tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh.
Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah mendapat bantuan
daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu
Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan
Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini
sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol
Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah sistem cukai yang
telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai
yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun1915, Tok
Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta
rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir
Puteh seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar
Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menentang Tok Janggut.
Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang
H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei 1915
di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan
perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang
dilakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan
kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya jangan berani menentang British.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di
Durian Sebatang untuk menentang undang- undang British pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor,
Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British
dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap Pasir Salak . Dato Maharaja lela dan Dato Sagor
melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum
dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim , syahbandar dan
laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles.
Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk
menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British menghantar tiga pembesar untuk
menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.Ini
memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.
Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan
penduduk tempatan dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke
Makkah.
Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia
Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu
menentang British selama lima tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua, Pada
1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya, pada 1892- menyerang dan menawan semula Lubuk
Terua, 1894- Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895- Akibat
tekanan British, Dato Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan
Kelantan Dato Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di
Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh
Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Dato
Bahaman kemudiannya meninggal di sana.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang
bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya
mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato Syahbandar Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Sungai Ujong dan
menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874. Dato Syahbandar bersetuju meletakkan
jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dengan itu, Dato Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai
Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
Sarawak
Rentap
Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang
Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga
Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas
dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka
diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap
terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
2.2 Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan
menyerang kapalNemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James
Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan
pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
Sabah
Mat Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British
(SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah
Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja
mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat
perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya,
gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun
1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran
itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB
mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh
pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31
Januari 1900.
Dato Bahaman
Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. DatoBahaman menyerang dan
berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
Tok Janggut
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan berjaya
menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku
Besar Jeram telah di lantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai
Daerah.
Rentap
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir
James Brooke dari kawasanya.
Mat Salleh
Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang melakukan serangan mengejut terhadap
Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan
menyerahkan Tambunan kepadanya.
Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad ke-19.
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke-19 ialah kejayaan Dato
Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang
British. Dalam peristiwa ini Sepuntum berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British
terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said
dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said
mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan
tentera British seramai 150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya telah
memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji akan menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya mencabar British. Keberkesanan
perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya.
Malah beberapa pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya.
Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan keberkesanan pada tahap
awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British.
Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.
Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana berjaya menyerang
British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching
bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat
Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Dato Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan mengarahkan
pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.
Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat
tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala Telemong dan tanah milik Tengku
Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala
Berang dan telah berjaya mendudukinya.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir
Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam,
Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah
dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.
Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa masuk pasukan tentera
dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada
bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan
yang menentang British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama sultan Terengganu
dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu
sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang
Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong
ditangkap dan dibuang ke Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar kampung Rentap dan
menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh apabila beliau
membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu
SBUB telah menamatkan penentangan terhadap British di Sabah.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan
ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi
memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.
Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang
melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan oleh
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu.
Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini
turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun
1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan di
kalangan pemuda melayu, meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun menghalau
British, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan
menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan kemunduran orang
Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan
menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah
dan akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang Melayu
dalam persatuan.
Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang Melayu. Persatuan
Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme.
Ditubuhkan pada 193ng dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan
ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak
langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang Melayu di seluruh
semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937),
Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan
negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang
Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah ditubuhkan Persatuan
ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan
perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan
ajaran agama Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat cawangan
Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
Walaubagaimanapun, kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-
anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang menarik dan kreatif
di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin
tempatan
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin tempatan juga
mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan
sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan
masyarakat.
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat nasionalisme
dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan
menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.
Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuang-pejuang terdahulu
serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan
generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara keamanan yang
sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita juga
wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak
walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa
kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak
akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini
kita dapat memupuk semangat cintakan negara.
(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan negara.
Berikan alasan anda.
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu mempertahankan
kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
seterusnya mendorong kepada semangat setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban
untuk negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir
luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan
pemerdagangan orang.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama antara rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan antara
kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada ajaran agama
masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan
mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan diri dengan
segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains
dan teknologi. Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada umum. Hampir
90% maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang
demikian, kebanyakan rakyat Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa
untuk mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat
melalui penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya disampaikan
dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara
ini.
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam mengekalkan
keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej
berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui program-
program radio atau siaran rancangan televisyen.
(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai
semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi
undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui
semangat perkauman dan kenegerian.
Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas
kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka
perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi
panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri
sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang
tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada
ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran
negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan
dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan
negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
sebagai melambangkan penyatuan bangsa.
Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi
dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga
Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam
pembangunan ekonomi negara.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa. Buktinya perjuangan
sehingga ke titisan darah yang terakhir yang ditunjukkan oleh pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat
Salleh dan Rentap sebenarnya telah mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini
yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf
antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi.
Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan kebimbangan pihak
penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin dan kemudian akur untuk membebaskan
Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini
yang akhirnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang akhirnya mampu menghasilkan
kereta nasional yang boleh dipasarkan di luar negara.
Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan mampu melahirkan
ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan
antarabangsa seperti Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela nasib
mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk membawa mereka yang bersalah ke muka
pengadilan.
(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi
mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini?
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang
stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting
supaya rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama dalam
masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang
melibatkan pelbagai kaum di negara ini.
Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi kesedaran tentang
kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi
kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara
pelbagai kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyemarak api
perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu mengekalkan politik yang stabil melalui bahasa.
Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum seperti yang termaktub
dalam perlembagaan 152.
Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta akan bangsa dan
negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk
mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan.
Ini penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil
di Malaysia pada hari ini.
(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, apakah tema
penulisan yang akan anda pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat?
Berikan alasan anda.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema penulisan yang
akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini
kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi
mampu hidup dengan aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonjolkan melalui
pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum yang menyambut perayaan masing-masing pada setiap
tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan
menyuburkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa
Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet
Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan
transformasi besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar.
Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohandas dan Magendran yang berjaya sampai ke
puncak Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan
semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan keistimewaan Malaysia
yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana,
Sabah dan Sarawak mempunyai lebih 32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan adat
tradisi. Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana mempunyai
keunikan yang tersendiri.
Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat
Malaysia akan dikumpulkan dalam Malaysia Boof Of Record untuk dijadikan inspirasi oleh generasi
pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan
Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini,
pastinya akan menyuntik semangat generasi muda untuk terus melakar kejayaan dan seterusnya
menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan
setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan,
Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari
ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup dalam suasana aman damai dan berusaha untuk
menjaga keamanan negara. Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa dan mekar mewangi
setiap masa demi kedaulatan negara tercinta.
Soalan 7: Menjana Idea [10 markah]
7a. Cabaran dan langkah
7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat. [5 markah ]
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan
perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri,
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang
berunsur patriotisme menyebabkan semanagat nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum
masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum
disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses
maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan
tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program
berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana
pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.
7b. Sebab dan kesan
7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi
muda pada hari ini.
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan
generasi muda kinitidak mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka juga tidak memahami
maksud sebenarpatriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir
yang negatif dari media massa ataupun internet.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di samping
itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita.
Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme
semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa
semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini tidak memahami konsep Rukun
Negara.
Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya,kurangnya ilmu
pengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.
7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah.
Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu
yangmementingkan diri sendiri.
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah
dijajahdan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut
meningkat dan sukar dibendung.
Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi muda juga tidak
akanmenghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan
2020 turut tidak akan tercapai.
Soalan 8 : Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]
Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk
mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat
negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding
dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran.
Disamping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara
kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan
dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling
hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai
dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua
perkara yang dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong
perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan
sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga
dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita
juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan
kemerdekaan Malaysia yang sudah
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan
tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang
musuh. Disamping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar.
Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.
Akhirnya kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan
diri.
Unsur Patriotik
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi dan berkorban
nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat
kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara.