Sukan Renang

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 69

1.

0 PENGENALAN

Renang merupakan aktiviti yang memerlukan kemahiran yang tinggi untuk melakukannya.
Antara asas kemahiran yang perlu dipejari ialah, apungan, pernafasan, kayuhan dan ayunan.
Oleh kerana tubuh manusia mengandungi cecair lebih kurang 70%, maka ketumpatan tubuh
manusia hampir sama dengan air. Apabila kita melakukan renangan maka air akan mengenakan
daya apungan ke atas tubuh manusia, dan kita hanya memerlukan sedikit daya untuk bergerak
atau terapung dengan menggunakan tangan dan kaki. Selain itu, tenaga yang digunakan
semasa berenang dalam air masin (laut) adalah sedikit berbanding dalam air tawar (kolam)
disebabkan perbezaan ketumpatan air. Air laut lebih tumpat berbanding air tawar (kolam)
Sukan renang yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal serta latihan yang
sistematik. Sukan ini melibatkan keseluruhan anggota tubuh badan atas dan bawah (melibatkan
semua kumpulan otot utama). Kurang risiko kecederaan- tiada tekanan pada tulang dan sendi.
Meningkatkan perjalanan darah serta menghalang tekanan darah tinggi. Mengurangkan stress.
Aktiviti yang menenangkan kerana ia membolehkan lebih oksigen untuk mengalir ke otot dan
meransang pernafasan.

1
1.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN RENANG

1.1.1 Sejarah Sukan Renang Dunia

Sukan renang dikenalpasti apabila terdapat lukisan-lukisan yang dijumpai semasa zaman batu
lagi. Lukisan ini berbentuk manusia dengan gaya seperti berenang yang tertulis pada dinding-
dinding gua. Penemuan ahli geologi ini menandakan wujudnya sukan renang sejak 2000 tahun
masihi. Manakala pada tahun 1538 penulis dari Jerman iaitu professor Nicolas Wynman telah
menghasilkan sebuah buku tentang aktiviti renang iaitu “Colymbetes”.
Sekitar tahun 1800, sukan renang buat pertama kali telah diperkenalkan di eropah. Pada
masa tersebut, beberapa acara dipertandingkan seperti Gaya kuak dada, dan gaya bebas.
Sukan renang juga telah menjadi satu acara dalam sukan olimpik musim panas pada tahun
1896 dan beberapa buah negara telah menjadikan sukan renang sebagai korikulum wajib.
Antara negara terlibat ialah Denmark, Norway, Finland dan Sweden. Baju renang yang dipanggil
Bodyskin telah dicipta bagi meningkatkan prestasi kelajuan perenang.
Pada tahun 1828, kolam renang pertama telah dibuat di Liverpool, England dan negara ini
menjadi penganjur pertama sukan renang ini. Manakala pada tahun 1900, satu lagi acara dalam
bentuk gaya kuak lentang telah dimasukkan dalam sukan olimpik. Gaya Trudgen telah
diperkenalkan oleh John Atthur Trudgen. Seterusnya pada tahun 1902, Gaya Trudgen (gaya
bebas) telah dipertingkatkan oleh Richard Cavill dengan kaedah tendangan keribas. Seterusnya
pada tahun 1952, satu lagi acara renang dengan kaedah gaya kupu-kupu telah disahkan dan
diterima sebagai acara renang dalam sukan olimpik. Apabila sukan renang ini semakin popular
dalam kalangan penduduk dunia maka persatuan renang dunia telah ditubuhkan iaitu
FEDERATION INTERNATIONALE DE NATION (FINA).

2
1.1.2 Sejarah Renang Di Malaysia

Sejarah sukan renang di Malaysia telah bermula pada tahun 1903 yang dikendalikan oleh
pertubuhan Penang Swimming Club. Selepas itu beberapa kelab ditubuhkan seperti Penang
Chiness swimming Club pada tahun 1928 dan European Swimming Club pada tahun 1930. Pada
masa tersebut pertubuhan-pertubuhan ini telah bergiat aktif dalam mengadakan pertandingan
di Malaysia di bawah kelolaan Malayan Chinese Olympiad (MCO) pada tahun 1931, dan
beberapa negeri telah menyertai pertandingan renang ini. Contohnya negeri Perak, Pulau
Pinang, Singapura dan Kuala lumpur. Kegiatan sukan renang diteruskan sehingga tahun 1937.
Apabila tercetusnya perang dunia pertama, maka beberapa kelab renang tidak aktif, selepas
perang dunia pertama berakhir, semua kelab renang di malaysia telah aktif kembali sehingga
pada tahun 1955, Malaysia telah menubuhkan Persatuan Renang Amatur Malaysia (Amateur
Swimming Union Malaysia) (ASUM), dan pertandingan antara kelab telah digantikan dengan
pertandingan antara negeri-negeri di Malaysia. Pada tahun 1956 sukan olimpik telah diadakan
di Melbourne, dan Malaysia buat pertama kalinya menyertai sukan tersebut selepas setahun
ASUM ditubuhkan. Kini ASUM telah menjadi ahli dalam persatuan renang dunia iaitu Federatin
Internationale de nation Amateur (FINA). Negara Malaysia kini aktif menyertai pertandingan
renang diperingkat sukan Olimpik, sukan SEA, sukan Asia dan sukan Komanwel.

3
1.2 APLIKASI SUKAN RENANG

1.2.1 Pertandingan Sukan Renang

Tujuan pertandingan renang adalah untuk memilih individu yang mempunyai prestasi paling
cepat berenang bagi sesuatu jarak yang diberikan. Pertandingan renang menjadi popular
pada abad ke-19 dan kini terdiri daripada 34 buah acara, iaitu 17 buah acara bagi setiap
jantina. Renang juga merupakan acara yang popular dalam Sukan Olimpik Musim Panas,
dengan setiap jantina ahli olahraga masing-masing bertanding dalam 13 buah acara yang
diiktirfaf. Acara-acara Sukan Olimpik diadakan di dalam kolam yang 50 meter panjangnya.
Badan pentadbiran antarabangsa renang pertandingan ialah FINA (Fédération Internationale de
Natation) iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.

Keempat-empat gaya pertandingan dalam Sukan Olimpik ialah gaya kuak kupu-


kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada, dan gaya bebas (gaya rangkap depan). Gaya-gaya
ini boleh direnang secara perseorangan atau bersama-sama dalam lumba rampaian. Urutan
lumba rampai ialah: 1) gaya rama-rama, 2) gaya lentang, 3) gaya dada dan 4) gaya bebas.
Terdapat dua jenis lumba berganti-ganti: lumba rampai dan gaya bebas. Urutan lumba rampai
ialah : 1) gaya kuak lentang, 2) gaya kuak dada 3) gaya kuak kupu-kupu dan 4) gaya bebas.
Setiap empat perenang dalam renang lumba berganti-ganti berenang pada jarak yang tertentu,
bergantung kepada jarak keseluruhan lumba berganti-ganti. Ketiga-tiga jarak lumba berganti-
ganti ialah 200 meter atau ela, 400 meter atau ela, dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini
hanya berenang dengan menggunakan gaya bebas). Untuk kolam 50 meter, setiap perenang
dalam lumba berganti-ganti berenang dari hujung ke hujung kolam renang bagi perlumbaan
200 meter, dua jarak hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 400 meter, dan empat jarak
bagi lumba 800 meter. Bagi kolam 25 meter atau ela, setiap perenang dalam lumba berganti-
ganti berenang dua jarak bagi lumba 200 meter, empat jarak bagi lumba 400 meter, dan lapan
jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam pertandingan yang bersaiz penuh di Amerika
Syarikat adalah 50 meter panjangnya dan 25 ela lebarnya. Ini membenarkan kedua-dua lumba
jarak pendek (kolam 25 m atau 25 ela) dan lumba jarak panjang (kolam 50 m) diadakan.

4
Terdapat beberapa jenis pengadil:

 Pemula yang memulakan perlumbaan

 Para pengadil pusingan yang memastikan bahawa pusingan perenang adalah menepati
peraturan

 Para pengadil renang yang memeriksa gaya renang peserta

 Para penjaga waktu yang menentukan masa yang diambil oleh para peserta

 Ketua pengadil (umpire) yang memastikan bahawa segala aspek perlumbaan


dikendalikan dengan lancar.

Jika seseorang pegawai menangkap sesiapa antara peserta-peserta yang melanggar peraturan
gaya renang, peserta itu akan disingkirkan dan renangannya dianggap tidak sah. Komuniti-
komuniti Amerika Syarikat dan United Kingdom menaja liga-liga renang pertandingan yang
terdiri daripada pasukan-pasukan renang kanak-kanak dan remaja. Liga-liga ini sebahagian
besarnya menepati peraturan-peraturan renang yang diiktiraf dan berenang dengan gaya
piawai, tetapi pada jarak yang lebih pendek, sebagai acara-acara dalam temasya sukan renang.
Liga-liga itu yang biasanya bergiat pada bulan-bulan yang lebih panas tidak dikaitkan secara
langsung dengan sebarang pertubuhan renang negara atau dunia. Bagaimanapun, perenang-
perenang yang memulakan pengalaman renang pertandingan mereka dalam pasukan-pasukan
renang tempatan tersebut kekadangnya akan menyertai pasukan peringkat negara.

5
1.2.2 Renang Sebagai Sukan Rekreasi

Tujuan renang yang paling umum adalah sebagai rekreasi. Renang rekreasi dianggap oleh
banyak orang sebagai cara melegakan diri serta senaman penuh badan yang baik. Banyak gaya
renang adalah sesuai untuk renang rekreasi; kebanyakan perenang rekreasi lebih menyukai
gaya yang mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan lengan di
bawah air. Gaya dada, gaya sisi, dan ‘gaya anjing mengayuh‘ merupakan gaya yang paling
biasa digunakan dalam renang rekreasi, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas
atau gaya rama-rama membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan antara
udara dengan air.
Gaya rama-rama yang terdiri daripada pemulihan di luar air, dengan simetri pergerakan
badan yang sama rata, adalah paling sesuai untuk renang di dalam air yang bergelora.
Umpamanya, dalam suatu contoh renang ketahanan yang mencipta rekod, Vicki
Keith menyeberangi Tasik Ontario yang bergelora dengan menggunakan gaya rama-rama.
Kebanyakan renang rekreasi diadakan di dalam kolam-kolam renang yang tenang airnya. Oleh
itu, gaya bebas yang tidak begitu berkesan di dalam air bergelora adalah sesuai. Selain
daripada kolam renang, tempat-tempat untuk renang rekreasi termasuk pantai, tasik, lubang
renang, sungai,anak sungai kecil, dan kekadangnya terusan.

6
1.2.3 Sukan Renang Sebagai Pekerjaan

Sebilangan pekerjaan memerlukan pekerjanya berupaya untuk berenang. Umpamanya,


juruselam abalone dan mutiara berenang dan menyelam untuk mencari rezeki, sebagaimana
dengan pelembing ikan. Renang digunakan untuk menyelamatkan perenang-perenang lain yang
lemas. Terdapat sebilangan gaya renang yang khusus bagi tujuan penyelamat. Teknik-teknik itu
dibelajar oleh para anggota penyelamat dan pengawal pinggir laut. Latihan teknik-teknik
tersebut juga telah berkembang menjadi pertandingan-pertandingan seperti menyelamat nyawa
buih ombak. Renang telah digunakan dalam bidang biologi laut untuk mencerap tumbuh-
tumbuhan dan haiwan-haiwan di dalam habitat semula jadi.

Bidang-bidang sains yang lain juga menggunakan renang, umpamanya Konrad


Lorenz berenang bersama-sama angsa sebagai sebahagian kajiannya tentang tingkah laku
haiwan. Renang juga digunakan untuk tujuan ketenteraan. Renang ketenteraan biasanya
dilaksanakan oleh para anggota tentera khas seperti Tentera Laut SEAL. Ia digunakan untuk
mendekati sesuatu tempat, mengumpul maklumat perisikan, melakukan sabotaj dan
pertempuran, serta untuk meninggalkan sesuatu tempat. Ia juga merangkumi pemasukan ke
dalam laut dari udara atau peninggalan kapal selam di bawah air melalui hac atau tiub torpedo.
Renang juga telah menjadi sebuah sukan profesional.

Syarikat-syarikat seperti Syarikat Speedo dan Tyr Sports, Inc. menaja perenang-


perenang dengan cara yang sama seperti syarikat Nike menaja pemain-pemain bola keranjang.
Hadiah-hadiah wang tunai juga diberikan untuk memecah rekod dalam banyak pertandingan
utama.

7
1.2.4 Sukan Renang Untuk Bersenam

Renang ialah sejenis senaman yang terbaik. Oleh sebab ketumpatan tubuh manusia adalah


lebih kurang sama dengan ketumpatan air, tubuh disangga oleh air dan oleh itu, tekanan
pada sendi dan tulang dikurangkan. Justeru renang sering digunakan sebagai senaman untuk
pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami kehilangan upaya.

Renang rintangan merupakan sejenis senaman renang yang bertujuan untuk latihan. Ia


mengekalkan perenang dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau untuk
membolehkan renang dilakukan dalam ruang yang terbatas atas alasan olahraga atau terapi.
Renang rintangan boleh dilakukan baik dengan menentang arus (sering diistilahkan
sebagai mesin renang ) mahupun dengan mengekalkan perenang dalam keadaan pegun melalui
ikatan-ikatan kenyal.

Renang ialah sejenis senaman aerobik kerana tempoh senaman ini yang panjang


memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot, kecuali semasa pecutan singkat yang otot
berfungsi secara anaerob. Sebagaimana dengan kebanyakan senaman aerobik, renang
dipercayai mengurangkan kesan tekanan yang buruk.

8
1.2.5 Risiko Renang

Renang umumnya dianggap sebagai suatu kegiatan kesihatan yang berisiko rendah, berbanding
dengan banyak sukan yang lain. Bagaimanapun, terdapat sebilangan risiko kesihatan renang
yang termasuk:

 Mati lemas dan penyedutan air yang diakibatkan oleh:

o Keadaan-keadaan air yang buruk yang melanda perenang atau mengakibatkan


penyedutan air.

o Keapungan negatif ketika tersangkut kepada sebuah objek yang berat,


umpamanya kapal yang sedang tenggelam.

o Penolakan orang-orang lain di bawah air, baik secara sengaja mahupun tidak.

o Keletihan atau ketaksedaran.

o Ketakupayaan, akibat pitam air cetek, serangan sakit jantung, sinkope sinus


karotid atau angin ahmar.

 Kesan buruk perendaman:

o Mati lemas sekunder yang diakibatkan oleh sedutan air masin mencipta buih-buih
di dalam paru-paru yang menyekat pernafasan.

o Sindrom Pernafasan Air, SWAS.

o Kejutan terma selepas terjun ke dalam air yang mengakibatkan denyutan


jantung berhenti.

o Eksostosis yang merupakan pertumbuhan saluran telinga yang tidak normal,


akibat mencepuk-cepuk air ke dalam saluran telinga secara kerap dan pada
jangka panjang (dikenali sebagai telinga perenang).

9
 Pendedahan kepada kimia:

o Disinfektan klorin menaikkan pH air dan jika tidak dibetulkan, akan


mengakibatkan kerengsaan mata dan/atau kulit.

o Penyedutan gas klorin pada jumlah yang kecil dari permukaan air semasa
berenang buat jangka panjang boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada
paru-paru, khususnya bagi mereka yang menghidap asma. Masalah ini boleh
diatasi dengan menggunakan kolam yang mempunyai pengudaraan yang lebih
baik, khususnya kolam luar.

o Klorin juga mengakibatkan kesan kosmetik yang negatif selepas pendedahan


yang lama dan berulang. Ia menghijaukan rambut perang muda dan
menghapuskan segala warna daripada rambut perang supaya menjadi keputih-
putihan. Klorin juga merosakkan struktur rambut dan menjadikannya “berkeriting
halus”.

 Jangkitan:

o Air merupakan persekitaran yang baik untuk banyak bakteria, parasit,kulat,


dan virus yang menjejaskan manusia, bergantung kepada mutunya.

o Jangkitan kulit yang berasal daripada bilik-bilik renang dan mandi boleh
mengakibatkan kutu air. Cara yang paling mudah untuk mengelakkannya adalah
dengan mengering ruang antara jari-jari kaki selepas berenang.

o Sesetengah parasit mikroskopik seperti Cryptosporidium tahan klorin dan


mengakibatkan penyakit cirit-birit apabila para perenang apabila tertelan air
kolam.

o Jangkitan telinga, otitis media, (otitis eksterna).

10
 Perbuatan perenang sendiri:

o Kecederaan, akibat berenang berketerlaluan, boleh berlaku. Umpamanya:

 Para peserta pertandingan gaya rama-rama boleh menghidap sakit


belakang, termasuk fraktur vertebra (walaupun jarang) serta sakit bahu,
akibat latihan bertahun-tahun;

 Para perenang gaya dada boleh menghidap sakit lutut serta sakit pinggul;


dan

 Para perenang gaya bebas dan gaya rentang boleh menghidap sakit
bahu, sejenis tendonitis yang biasanya dirujuk sebagai bahu perenang.

o Hiperventilasi dalam percubaan untuk melanjutkan masa di bawah air akan


mengurangkan karbon dioksida darah yang mengakibatkan penahanan dorongan
untuk bernafas serta kehilangan kesedaran pada akhir junaman.

 Kesan buruk yang diakibatkan oleh air dan cuaca:

o Arus, termasuk arus pasang surut dan arus sungai, boleh mengakibatkan


keletihan, serta memindahkan perenang dari keadaan selamat, atau menarik
perenang ke dalam air.

o Angin menambah kekuatan ombak dan mengakibatkan perenang tidak mengikut


haluan kerana ditiup angin.

o Hipotermia yang diakibatkan oleh air sejuk boleh berlaku dengan cepat


mengakibatkan keletihan serta ketaksedaran.

o Selaran matahari boleh diterukkan oleh pantulan di dalam air serta kekurangan


pakaian yang dipakai semasa berenang. Pendedahan jangka panjang kepada
cahaya matahari boleh menaikkan risiko barah kulit.

11
 Barang-barang di dalam air:

o Kerosakan baling-baling merupakan punca kemalangan yang utama, baik kerana


berlanggar dengan kapal mahupun kerana tersangkut ketika memanjat ke dalam
kapal.

o Pelanggaran dengan perenang yang lain, dinding kolam, batu, atau kapal.

o Terjun ke dalam objek tenggelam, atau ke dasar, seringnya di dalam air yang
keruh.

o Tersangkut pada objek tenggelam, khususnya dahan atau kapal yang ranap.

o Memijak pada benda yang tajam seperti kaca pecah.

 Hidupan akua yang berbahaya:

o Sengatan: ampai-ampai dan sesetengah karang

o Tembusan: landak laut, kupang zebra (Dreissena Polymorpha), ikan pari

o Gigitan: yu serta ikan-ikan yang lain, ular, udang kara, atau ketam

o Kejutan elektrik: ikan pari elektrik, belut elektrik.

 Aspek undang-undang

o Undang-undang yang berkait dengan perkara-perkara di atas atau dengan


kesopanan

o Pelanggaran hak pemilikan.

12
1.3 PERALATAN DAN KEMUDAHAN SUKAN RENANG

Peralatan renang merupakan aspek dalam menjalankan aktiviti renang. Antara peralatan renang
tersebur ialah, papan renang (swimming board/kickboard). Papan renang membantu
seseoarang perenang terapung diatas air terutama kepada individu yang baru belajar berenang.
Papan renang juga sesuai digunakan dalam semua stroke seperti gaya bebas,gaya punggung
(backstroke) dan breaststroke. Papan renang (kickboard) diperbuat daripada EVA foam dan
terdapat beberapa papan renang diperbuat daripada Durable HDPE. Papan renang juga
digunakan untuk memberi posisi badan perenang dalam keadaan terapung dan perenang dapat
belajar asas berenang dengan baik. Selain itu, pelampung (swimming float) juga antara
peralatan renang yang popular dalam kalangan kanak-kanak atau individu yang baru belajar
berenang.

Gambar 1.0 Pool boy Gambar 1.1 Papan renang (kick board)

Gambar 1.2 Pelampung Gambar 1.3 kanta mata (goggle)

13
Gambar 1.4 Swim fin Gambar 1.5 Jaket keselamatan

1.3.1 Topi renang (swimming cap)


Topi renang biasanya diperbuat daripada silikon,lateks dan likra. Topi renang ini digunakan oleh
perenang yang menjalankan aktiviti renang dan pertandingan renang pelbagai peringkat.
Pemakaian topi renang bertujuan untuk mengurangkan rintangan air kolam. Selain itu topi
renang juga memastikan rambut perenang daripada gugur dan mengelakkan daripada terkena
klorin dalam kolam. Peraturan English channel menyatakan bahawa topi renang yang khas
untuk catatan rasmi English channel.
Topi renang perlulah mempunyai ciri-ciri seperti solid rubber, tank, styleswim caps dan
molded rubber swim caps. Peraturan ini perlu dipatuhi untuk memastikan penggunaan topi
renang dalam kalangan perenang adalah wajib terutama dalam pertandingan renang seluruh
dunia.

Gambar 1.6 Topi renang (swimming cap)

14
1.3.2 Kanta mata renang (goggle)
kanta mata (goggle) merupakan alata renang yang sangat penting untuk cara pertandingan
renang. Kanta mata ini digunakan bertujuan untuk memberi perlindungan kepada mata
perenang. Hal ini kerana kolam renang mengadungi zarah dan partikel kecil yang boleh
mengganggu penglihatan sekiranya tidak memakai kanta renang. Selain itu, kanta mata juga
dapat memastikan pandangan mata perenang pada garisan kolam renang dan dinding kolam.
Contoh kanta mata seperti Sweedish goggle. Dan terdapat beberapa jenis kanta goggle serta
warna kanta tersebut antaranya berwarna biru, putih, hitam dan hijau.

Gambar 1. 7 Kanta renang (goggle)

1.3.3 Pakaian renang (swimming suit)


Pakaian renang menjadi faktor pengurangan rintangan apabila berenang. Pakaian yang
digunakan ialah swimming trunks dan ianya terdiri daripada bordshorts, jammers, speedo-style
briefs, thong atau g-string. Pakaian ini biasanya digunakan oleh perenang lelaki sahaja.
Manakala pakaian bagi perenag wanita pula ialah burgini yang mempunyai ciri menutupi
seluruh badan dan kepala perenang wanita. Pakaian burgini direka khas untuk perenang wanita
muslim. Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada getah juga digunakan oleh perenang
kerana pakaian ini mempunyai perlindungan daripada haba. Pakaian yang popular dalam
kalangan atlit renang ialah seperti, bodysuit,racerback style, jammers dan seluar dalam.
Pakaian renang seperti ini dapat mengurangkan rintangan air dan memberi kelebihan dalam
aspek kelajuan pergerakan perenang.

15
Gambar 1.8 Pakaian renang

16
1.3.4 Penutup telinga (Ear band)
Penutup telinga merupakan alat yang berfungsi untuk mengelakkan kemasukan air kedalam
telinga perenang. Penutup telinga juga memberi perlindungan kepada telinga daripada suhu
kolam dan melindungi gegendang telinga perenang.

Gambar 1.9 Penutup telinga

1.3.5 Kaki renang (swim fin/monofin)


Peralatan ini digunakan sebagai sirip pada bahagia kaki dalam aktiviti renang dan selam.
Monofin diperbuat daripada fiber karbon. Penggunaan monofin ini membantu memberi kelajuan
kepada individu yang baru belajar berenang dan membantu dalam aspek dorongan penyelam
ketika memulakan aktiviti selaman. Monofin telah diperkenalkan di USSR pada tahun 1972 oleh
kelab perenang sirip yang berasal daripada Ukranie. Dan telah mula digunakan dalam
pertandingan menofin yang mencapai kelajuan 12 kilometer sejam.

Gambar 2.0 Kaki Renang

17
1.3.6 Kemudahan aktiviti renang
Kemudahan yang terdapat disediakan dalam aktiviti renang seperti kolam renang (swimming
pool) yang digunakan sebagai tempat pertandingan dan latihan perenang. Selain itu
kemudahan terjun papan anjal.

Gambar 2.0 Kemudahan kolam renang

Gambar 2.2 Kemudahan terjun papan anjal pelbagai ketinggian

18
1.4 KEPERLUAN ATLIT SUKAN RENANG
1.4.1 Keperluan Fizikal
Dalam sukan renang fizikal adalah amat penting dan amat dititiberatkan tidak kira sama ada
kecergasan fizikal mahupun atropometrik (fizikal) seseorang individu atau atlit. Kecergasan
fizikal adalah merangkumi semua aspek yang terbahagi kepada dua iaitu kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan atau perlakuan motor. Keadaaan fizikal seseorang atlit renang perlu
bagi memenuhi kriteria sebagai atlit renang terutama sekali jika ingin memperoleh prestasi
yang cemerlang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara ciri-ciri fizikal yang
diperlukan adalah faktor ketinggian, berat badan, panjang tangan (arm span), lebar tapak
tangan, panjang kaki dan sebagainya. Manakala komponen daya tahan otot, daya tahan
kardiovaskular, kelembutan (fleksibiliti), komposisi badan juga sangat mempengaruhi prestasi
mahupun teknik yang dihasilkan semasa melakukan aktiviti renang.
Bagi komponen seperti koordinasi, masa reaksi, ketangkasan, imbangan, kuasa dan
kelajuan juga perlu dititikberatkan kerana sangat mempengaruhi prestasi renang yang akan
dihasilkan sama seperti komponen kecergasan yang lain keadaan fizikal seperti ketinggian,
panjang tangan (arm span), lebar tapak tangan dan panjang kaki (tigh), lebar badan/pinggang
(girth) memberi kelebihan kepada mana-mana individu/atlet yang memiliki keadaan fizikal yang
lebih daripada populasi orang biasa. Namun tidak dinafikan komponen kecergasan juga penting
dan perlu seimbang dengan fizikal yang dimiliki. Tidak berguna jika memiliki fizikal yang luar
biasa jika faktor kecergasan diabaikan.

1.4.2 Pemakanan
Komponen keperluan atlit sukan renang juga adalah sama seperti atlit sukan yang lain hanya
terdapat sedikit perbezaan terhadap kuantiti (kalori) yang diambil. Komponen makanan atlit
asasnya terbahagi kepada empat iaitu sumber karbohidrart, sumber protein, air serta sumber
mineral dan vitamin. Sukan renang memerlukan tenaga yang banyak kerana sukan renang
memerlukan seluruh tubuh badan untuk bergerak dalam air. Maka pengambilan karbohidrat
yang tinggi amat diperlukan bagi membekalkan tenaga yang mencukupi sama ada semasa
latihan atau pertandingan. Sumber protein yang berterusan juga penting untuk atlit sukan
renang membina otot serta membaiki tisu otot yang rosak semasa latihan dan pertandingan
terutama sekali sekiranya berlaku sebarang kecederaan.

19
Pengambilan makanan juga adalah berbeza semasa latihan dan pertandingan kerana
terikat dengan jadual pertandingan dan latihan. Disyorkan setiap atlit hendaklah makan
selewat-lewatnya 30 minit sebelum menjalankan latihan atau sesuatu pertandingan dijalankan
bagi mengelakkan simptom hipoglisemia mahupun masalah gastro semasa pertandingan dan
latihan supaya tidak merencatkan prestasi. Penyususan diet makanan yang diperlukan oleh atlit
sukan renang amat penting terutama sekali pengambilan komponen utama dalam makanan atlit
bagi menghasilkan pertumbuhan yang seimbang. Yang pasti sumber karbohidrat adalah yang
penting sekali untuk membekalkan sumber tenaga yang berterusan semasa
latihan/pertandingan.

Gambar rajah 1.0 Piramid makanan

1.4.3 Psikologi
Komponen psikologi atlit dalam sukan renang sering tidak
diambil perhatian sedangkan komponen psikologi seperti
kekuatan mental, kebangkitan, imageri, keyakinan diri, efikasi diri, lokus kawalan/penyebab,
motivasi dan sebagainya perlu diambil kira serta dibangunkan dalam diri setiap atlit sukan
renang yang menjadi komponen keperluan utama dalam menghasilkan atlit sukan renang
berprestasi tinggi.
Semua komponen psikologi yang telah dinyatakan di atas sangat berguna semasa
latihan mahupun pertandingan bagi mengawal perasaan takut, gementar, risau dan sebagainya
yang akan mengganggu pretasi yang akan dihasilkan. Komponen psikologi tersebut perlu
diterapkan lebih awal dan selalu dipraktikkan semasa latihan untuk membiasakan atlit dengan
teknik-teknik menangani masalah psikologi yang boleh diaplikasikan. Sebagai permulaan bagi
atlit sukan renang faktor keyakinan adalah amat penting kerana untuk melawan perasaan takut
apabila berada dalam air terutama sekali dalam kolam renang yang dalam.
2.0 KEMAHIRAN DALAM SUKAN RENANG

2.1 Penyesuaian /Keyakinan Air

20
Penyesuaian air merupakan langkah pertama dalam menjalankan latihan renangan terutama
kepada individu yang baru belajar berenang. Penyesuaian air memberikan keyakinan kepada
perenang untuk berenang. Jurulatih perlu melatih penyesuaian air kepada individu sebagai
langkah awal sebelum berenang dan faktor penting penyesuaian air seperti berikut:
1. Kesesuaian suhu air
2. Kebersihan air dan bebas daripada benda asing yang berbahaya.
3. Persekitaran yang sesuai seperti lokasi kedalaman air.
4. Memahami keselamatan air
5. Menggunakan peralatan keselamatan.

2.1.1 Peralatan latihan awal renang


1. Kickboard
2. Permainan air
3. Bola
4. Botol
5. Gelang plastik.

2.1.2 Langkah penyesuaian air

Pertama (first experience)

I. Duduk ditepi kolam dan merendamkan kaki sambil menghayunkan kaki.


II. Mencaluk air menggunakan tangan
III. Mempercik air
Kedua (entering the water)
I. Memegang tepi kolam dan mula masuk dalam air secara menegak separuh badan
II. Turun kedalam air secara mengiring.
III. Menggunakan tangga di tepi kolam untuk turun kedalam air.

21
Ketiga ( leaving the water )
I. Gunakan langkah pertama seorang diri tanpa bantuan kawan sambil memegang tepi
kolam.
II. Naik semula menggunakan tangga di tepi kolam dan turun semula.
III. Minta pertolongan dengan rakan ketika turun dan naik dalam kolam.
Keempat ( moving the water )
I. Masuk kedalam kolam dengan memegang tepi dinding kolam dan melepaskan tangan
serta mula menggerakkan badan ke depan dan belakang.
II. Melompat kangaru,merendamkan separuh badan.
III. Meniup dalam air (bubbles)
IV. Berjalan dengan tangan di atas kepala.
Kelima (menyelam)
I. Menyelam dengan mencapai objek di dasar kolam.
II. Memegang rakan sambil menyelam.
III. Menyelam sambil membuka mata
Apabila kemajuan dicapai dalam keyakianan renang, perenang kurang menggunakan
pelampung. Sekiranya individu sudah dapat menyesuaikan diri dalam air maka secara perlahan-
lahan biarkan kanak-kanak bergerak dalam air secara bebas dengan pemerhatian kumpulan
orang dewasa atau jurulatih renang

Aktiviti keyakinan air

Gambar 2.3 Aktiviti penyesuaian dan keyakinan air

22
2.2 Pernafasan
Kawalan pernafasan semasa melakukan aktiviti renang adalah aspek penting dalam aktiviti
renang bagi memberi gaya renang yang konsisten dan efisyen. Pernafasan bukan sahaja
dilakukan oleh perenang namun, pernafasan juga dipelajari oleh pemyelam di lautan. Hal ini
penting dalam aktiviti yang melibatkan air seperti snorkeling dan selam.
Dalam aktiviti renang, kaedah bubbling adalah cara yang digunakan sebelum
memulakan renangan. Hal ini kerana dengan menggunakan kaedah ini, kadar keletihan agak
berkurangan. Kaedah bubbling dimulakan dengan menarik nafas melalui mulut dan
menghembuskan nafas melalui hidung di dalam air kaedah ini dilakukan beberapa kali untuk
memberi persediaan sepenuhnya kepada perenang.

trakea

Paru-paru

diaphragma

Gambar 2. 4 Anatomi sistem pernafasan

23
2.2.1 Kaedah/cara pernafasan.
Terdapat dua kaedah pernafasan yang perlu dipelajari oleh perenang iaitu:
1. Kaedah pernafasan luar paras air kolam renang
2. Pernafasan ketika berada dalam air kolam renang

 Pernafasan permukaan air adalah dengan menarik nafas selama 1 saat dan
menghembuskan nafas dalam kiraan 3 saat. Pernafasan ini dilakukan dengan tarikan
nafas melalui mulut dan menghembuskannya melalui hidung. Kaedah ini dipraktikkan
secara ulangan untuk memberi persediaan kepada sistem paru-paru supaya
menjalankan proses yang lebih baik. Selain itu, kaedah ini menjadi pemanasan atlet
renang sebelum memulakan acara renangan.
 Pernafasan semasa berada di bawah paras air kolam renang, perenang perlu menarik
nafas selama satu saat melalui mulut ndann menghembuskannya melalui hidung di
dalam air. Kaedah ini lebih dikenali sebagai “bubbling atau blowing”. Kaedah ini penting
untuk memastikan air kolam renang tidak memasuki lubang hidung ketika berenang
terutama dalam acara renang gaya kuak lentang,gaya dada dan gaya kuak rangka.
Aktiviti pernafasan dilakukan secara berulang – ulang untuk memastikan paru-paru lebih
bersedia sebelum berenang.

24
2.2.2 Teknik aktiviti pernafasan
langkah 1
berdiri dan membengkokkan badan selari dengan paras air kolam renang. Muka menghadap ke
hadapan dengan keadaan tangan yang lurus ke depan. Selain itu, bagi perenag yang belum
mahir berenang perlu memegang dinding kolam renang dan kepala diturunkan ke dalam air dan
diangkat keluar pemukaan air kolam renang. Cara ini dikenali sebagai ‘bubbles’. Lakukan
pernafasan ini 5-10 kali.

Gambar 2. 5 Teknik pernafasan (bubbling)


Langkah 2
Pernafasan dilakukan apabila kepala dipusingkan ke kiri atau kanan dengan sebelah lengan
lurus ke depan selari dengan kepala serta lengan sebelah membuat ayunan ke belakang
sehingga mencapai bahagian belakang.

Langkah 3
Lakukan pernafasan mengikut kiraan ayunan tangan iaitu 3,4,5,atau 6 ayunan dengan 1
ambilan nafas,

Gambar 2. 6 Teknik pernafasan semasa berenang

25
2.3 Apungan

Apungan adalah teknik yang penting untuk memastikan renangan lebih berkesan dan mantap.
Apungan juga kaedah yang mudah di pelajari oleh seseorang.sesetengah individu lebih banyak
menghabiskan tenaga kerana anggota tubuh badan yang tidak terapung dalam air. Hal ini
mempercepatkan keletihan pada sistem otot. Badan yang terapung bersifat semulajadi, namun
terdapat kira-kira 3% daripada jumlah penduduk yang mempunyai otot yang besar dan isi
kandungan paru-paru yang terhad sahaja dan menyenbabkan tubuh mereka tenggelam apabila
menjalankan aktiviti air seperti berenang.sekiranya seseorang ingin terapung, maka mereka
perlu mempelajari teknik apungan dengan sekiranya mereka menggerak – gerakkan tangan
mereka secara perlahan. Belajar mengawal keapungan semula jadi tubuh menjadikan tubuh
anda sangat mudah terapung dalam sebarang posisi yang anda suka.Tiga unsur yang
mengawal keapungan ialah kawalan nafas ( jumlah udara di dalam paru-paru), posisi tubuh
(mengimbangkan tubuh pada posisi yang anda suka) dan kesantaian (berat tubuh anda adalah
kekal sama ada semasa anda berada dalam keadaan tertekan atau rehat).

Setiap benda yang bergantung dengan air untuk hidup adalah tertakluk kepada satu
daya ke atas tindakan melalui pusat keapungan dan satu tindakan menurun melalui pusat
graviti. Terdapat dua penyanggahan kuasa yang bergerak kepada lokasi-lokasi yang berlainan
dalam badan dan seterusnya menghasilkan putaran kuasa-kuasa yang mengakibatkan satu
putaran jasad kecil. Umumnya, kaki perenang-perenang akan tenggelam lebih rendah daripada
anggota tertinggi badan.Ini adalah kerana badan mereka adalah lebih padat daripada air.
Apabila kedudukan jasad berhenti dan terapung di air,kita akan dapati bahawa
pengaruh tengah badan(pusat graviti)menjajarkan sendiri secara menegak dengan digantikan
pusat air ( pusat keapungan). Perlulah diambil perhatian bahawa, jika badan terapung-apung
dalam satukeadaan yang mendatar, kedua-dua pusat keapungan dan pusat graviti mungkin
masih menjadi secara menegak .Keadaan ini boleh berlaku di kalangan anak-anak muda dan
wanita orang dewasa .Sesetengah,lelaki orang dewasa juga boleh mengalami keadaan ini,
tetapi jumlahnya dalah sedikit.

26
Kedudukan di mana satu jasad akan terapung-apung dalam air adalah hasil kuasa-kuasa
pusat keapungan dan pusat graviti, manakala keupayaan sebuah badan untuk mengapungkan
adalah ditentukan oleh ketumpatan badan berbanding dengan ketumpatan air. Seseorang yang
mampu untuk mengapungkan dirinya dengan senang adalah berkemungkinan lebih bersedia
mempelajari renang daripada seseorang yang mempunyai kesukaran dalam mengapungkan
diri.Sebarang pergerakan atau putaran yang berlaku semasa mengapungkan diri menjadi hasil
pusat graviti dan pusat keapungan dalam keadaan yang selari.Faktor-faktor yang menyebabkan
keadaan ini boleh berlaku termasuklah bentuk dan simetri.
Dari segi bentuk, kedudukan anggota badan dan kepala boleh berubah secara drastik
mengubah kedudukan keapungan badan.Perubahan dalam bentuk badan yang mengimbangi
badan mempengaruhi kedudukan arah kepala dan seterusnya mengakibatkan anjakan pusat
graviti ke arah yang sama.Ini membantu badan untuk mencapai satu keadaan yang
mendatar,kedudukan keapungan yang tidak bergerak sebagai pusat apungan dan pusat graviti
menjadi sejajar.
Perenang – perenang perlulah membuat eksperimen dengan memvariasikan bentuk
tubuh yang dapat menyokong mereka, depan dan tepi untuk mendapatkan satu penghargaan
bagaimana bahagian badan lain dapat membantu dalam membuat apungan.Satu cara baru
untuk membolehkan pelajar baru mempelajari bentuk-bentuk baru adalah dengan
menggalakkan mereka membentuk sebanyak mana huruf yang mungkin (contohnya : X, Y, I, T,
O, L, A.)
Dari segi asimetri dan simetri pula, simetri adalah faktor yang menjejaskan cara di mana
badan terapung.Satu simetri ,badan yang sama rata berposisi yang tetap di bentuk boleh
terapung-apung dalam sebuah kapal terbang yang seimbang.Sebuah badan yang tak simetri
tidak akan menjadi posisi yang sama rata dan tidak dijangka boleh terapung-apung dalam
sebuah kapal terbang yang rata. Badan-badan manusia kebanyakan telah mempunyai beberapa
bentuk asimetri.
Sebagai contoh, seorang pemain tenis yang baik hendaklah mempunyai perkembangan
otot yang lebih besar di bahagian lengan daripada yang lain manakala, seseorang dewasa yang
sudah berumur mempunyai pinggul tak simetri.Dalam kedua-dua kes, kedudukan pusat graviti
akan menjadi berkesan dan akan memerlukan satu perubahan dalam bentuk badan untuk
mengekalkan satu kedudukan imbangan dalam air. Putaran pula berlaku, apabila pusat graviti
dan pusat keapungan tidak berada dalam keadaan yang selari.

27
Putaran kadangkala tidak boleh menstabilkan tetapi semasa keapungan, ia boleh
dikawal dan digunakan daripada menggunakan sebiji pelampung.Putaran menegak adalah
pergerakan ke hadapan atau ke belakang kira-kira satu pangsi pusat.Arah putaran ini adalah
diperlukan apabila bertukar dari arah depan atau latar kedudukan yang terapung. Putaran sisi
berlaku dari sisi ke sisi sekitar paksi panjang badan.Badan berputar dengan cepat sekeliling
paksi ini disebabkan oleh rintangan kecil sebenar daripada air.Putaran ini boleh dikawal oleh
perubahan bentuk badan.

2.3.1 Teknik apungan

kembali keposisi asal


Tolak ke bawah dengan tangan menghadap ke bawah. Dongakkan kepala dan bengkokkan
lutut ke depan. Apabila badan mula menegak, tolak kaki ke bawah untuk mengambil posisi
berdiri sambil menggunakan tangan untuk mendapatkan keseimbangan badan.

Gambar 2. 7 Teknik apungan kembali ke posisi asal

28
Posisi lentang
Memulakan denagn mengangkat kepala ke depan dan tangan menekan ke bawah serta pada
masa yang sama lutut hendaklah diangkat ke dada. Apabila bada berpusing kepada kedudukan
menegak atau berdiri, maka lakukan kuak air ke depan dan ke atas bagi membantu pergerakan
sebelum menolak kaki ke bawah untuk berdiri semula.
Sekiranya perenang sudah menguasai keupayaan untuk berdiri daripada kedua-dua
kedudukan terapung, iaitu apungan tiarap dan apungan lentang maka perenang akan ke
peringkat menolak dan meluncur. Hal ini akan membolehkan perenang mengharungi air dalam
keadaan menentang dan lurus yang mana ini penting dalam semua gaya renang.

Gambar 2.8 Teknik apungan posisi lentang

29
Luncur ke depan
Bermula dengan kedudukan berdiri dengan sebelah kaki ke depan sedikit, tangan diluruskan ke
depan dan bahu berada di bawah paras air kemudian condongkan badan ke depan dan tolak ke
permukaan dan meluncur ke depan. Pastikan kedudukan kepala selari dengan tubuh badan
supaya bada sentiasa berada pada paras air ( streamline). Untuk menambhakan jarak renangan
posisi belakang perenang perlu menghadap ke kolam renang dan meletakkan sebelah tapak
kaki sepenuhnya pada dinding kolam renang untuk mendapatkan tolakan kedepan yang lebih
kuat.

Gambar 2.9 Teknil luncur (streamline)

30
Luncur lentang
Daripada kedudukan berdiri, dengan sebelah kaki ke belakang sedikit,turunkan badan sehingga
bahu berada di dalam air. Luruskan tangan untuk mendapatkan posisi badan yang lurus.
Kemudian bengkokkan badan ke belakang secara perlahan-lahan sambil menolak untuk
meluncur ke depan.belakang kepala lurus dan letakkan tangandi sisi badan.

Gambar 3.0 Teknik luncur gaya lentang

Bagi mendapatkan renangan yang lebih jauh, mulakan dengan memaut kedua-dua
tangan pada bahagian tepi kolam renang dan kedua-dua kaki pada dinding kolam renang
seterusnya apabila perenang melepaskan tangan daripada tepi kolam renang, kedua-dua kaki
menolak dinding kolam. Luncuran diperolehi daripada kedudukan badan yang mendatar.
Tolakan tangan dan tendangan kaki perlu kuat dan jangkauan tangan melepasi kepala
(streamline).

31
Kayuhan
Apabila keyakinan untuk berenang berkembang, maka perenang perlulah mempelajari asas
gerakan dorongan pada kedudukan meniarap dan terlentang. Gerakan seperti ini merupakan
gerakan ke hadapan.

Gambar 3.1 Teknik kayuhan gaya kuak dada (stroke)

Kayuhan hadapan
Perenang perlu berada pada kedudukan apungan tiarap. Gerakan kaki yang sama seperti gaya
rangkak.dan gerakan tangan adalah di bawah paras air kuakan tangan dilakukan dengan
berselang-seli pada kedudukan meniarap atau rangkak dan pemulihan dilakukan dengan
menjangkau tangan ke depandaripada bahagian dada ke titik melebihi bahu. Gerakan ini seperti
gambar 3.1 di atas.

32
Kuak kayuh belakang
Perenang perlulah berada pada posisi terlentang. Pergerakan kaki adalah sama seperti rangkak
belakang. Pada peringkat permulaan, pergerakan tangan biasanya merupakan gerakan sapuan
atau menyapu yang dilakukan secara serentak menghala ke kaki. Gerakan ini lebih memberi
kekuatan tenaga dan ketahanan yang baik semasa kembali ke posisi awal. Letakkan kedua-dua
tangan pada sisi paha secara perlahan-lahan supaya gerakan akan konsisten. Pergelangan
tangan berputar untuk menukar kedudukan tapak tangan. Sementara lengan tetap pada
kedudukan lurus dan tidak tegang.

Gambar 3. 2 Teknik kuak kayuh belakang

2.3.2 Aplikasi Prinsip Pergerakan Dalam Renang

33
Keberkesanan teknik dalam melakukan kuak dalam renang adalah bergantung kepada
pengaplikasian prinsip rintangan (resistance) dan kayuhan (propulsion). Setiap individu akan
mempunyai kaedah dan cara kuak nya yang tersendiri oleh itu seorang guru itu harus
memahami semua aspek positif dan negatif dalam prinsip-prinsip ini untuk membolehkan
kemahiran individu dalam renang itu berkembang dengan potensi yang maksimum dan tenaga
yang kurang.

Berikut merupakan faktor-faktor yang penting dalam prinsip gerakan renang

 Kedudukan atau posisi kepala amat menentukan posisi badan ketika di air.
 Amat penting bagi perenang untuk belajar berenang dengan berenang dalam posisi
yang lurus untuk mendapatkan rentak kuak yang betul.
 Semua tangan,bahu dan kaki akan digunakan untuk mendapatkan tujahan dan
pergerakan yang kuat untuk bergerak di dalam air.
 Keadaan tangan dan kaki ketika berenang memainkan peranan dalam menentukan arah
pergerakan yang sama dan lurus.

34
3.0 KAEDAH PERGERAKAN DALAM RENANG

3.1 Gaya Bebas (Free Style)

Pengenalan

Gaya bebas merupakan gaya renangan yang muda untuk dipelajari dan lebih laju berbanding
dengan gaya kupu-kupu. Namun gaya ini menggunakan tenaga secara berterusan. Gaya bebas
juga sangat efesyen kerana pengekalan kedudukan badan yang lurus (streamline) dengan
dorongan yang kekal menggunakan tendangan kibas.

Ansur maju gaya bebas

1. Gabungan tendangan kibasan,pergerakan pusingan lengan dan rima pernafasan.


2. Sokongan apungan badan menggunakan kaedah tendangan kibas dan ayunan lengan
secara bergiliran.
3. Kedudukan kepala yang lurus dan pusingan sedikit ke tepi untuk menarik nafas dan
memusingkan kepala kedalam air untuk menghembuskan nafas.
4. Tendangan membantu member propulsi dorongan ke hadapan tanpa menggunakan
lengan.
5. kedudukan tendangan kaki tidak terlalu berada pada permukaan air.
6. Putaran kehadapan atas lantai
7. Berdiri atas lantai dan membuat putaran kehadapan
8. 3 kayuhan atas lantai
9. Berenang gaya bebas dengan memegang dinding tolak dan tarik kaki dengan tendangan

Gambar 3. 3 Ansur maju latihan renang gaya bebas

35
Drill

1. Tendangan gaya bebas dengan pelampung – dagu diatas permukaan air


2. Tendangan gaya bebas dengan pelampung – kepala dalam air, bernafas disisi
3. Tendangan gaya bebas dengan pelampung – sebelah lengan memegang pelampung dan
bernafas disisi
4. Tendangan gaya bebas tanpa pelampung – satu lengan di depan, bernafas disisi
5. Kayuhan satu lengan dengan pelampung – tendangan seperti biasa
6. Empat kayuhan pada setiap lengan
7. Tiga kayuhan pada setiap lengan
8. Dua kayuhan pada setiap lengan
9. Membuat gaya bebas secara keseluruhan
10. Kayuhan 4kanan,4kiri,3kanan,3kiri,2kanan,2kiri.
11. 10 tendangan disis,1 kayuhan dan 10 tendangan disisi
12. Gaya bebas yang laju dengan pernafasan 2,3,4,5,atau 6 kayuhan.

Gambar 3. 4 Teknik renang gaya bebas

Titik pusat Renang gaya bebas

36
Posisi Badan

badan lurus (streamline) diperlukan dengan lengan lurus menutupi telinga dan kehadapan
kepala. Keadaan badan yang lurus dikekalkan sehingga tendangan kibas digunakan

Posisi Kepala

kepala berada dalam keadaan tunduk kebawah garisan dalam kolam. Posisi ini akan
mengurangkan rintangan hadapan. Sekiranya kepala terlalu terangkat keatas, torsa dan kaki
akan turun kebawah dan akan meningkatkan rintangan air.

Putaran Badan

Putaran badan dalam renangan gaya bebas dimulakan oleh tindakan lengan. Pusingan badan
keseluruhan adalah pada paksi jauh daripada tangan perenang apabila tangan masuk kedalam
air. Putaran badan dapat membantu membina banyak tenaga dengan menggunakan otot kaki
khususnya pada kelajuan pada akhir tolakan dalam air. Putaran badan juga mengekalkan posisi
badan yang lurus.

Aksi Kaki

Tendangan kaki berpunca daripada pinggul dan otot atas kaki iaitu rektus femoris.

Pergerakan kaki adalah utama dalam keadaan posisi tegak. Untuk mengekalkan
tendangan yang mudah dan efiesyen ialah pastikan bukulali dan kaki yang longgar serta
fleksibel.

Enam tendangan diperlukan untuk memperoleh dorongan kehadapan dengan kayuhan


lengan yang berterusan. Dengan menggunakan dua tendangan akan mengurangkan kehilangan
tenaga.

Pernafasan

Pernafasan diperlukan untuk mendapatkan renangan yang berkesan iaitu dengan menarik nafas
melalui mulut dan menghembuskannya melalui hidung dalam air. Pernafasan dilakukan apabila
tangan kiri berada didalam air dan tangan kanan lurus kebelakang pinggul.

37
Bebarapa kesalahan/dan penyelesaian dalam aktiviti renangan.

1. Gaya bebas:
 Kesalahan : Wajah berada diatas permukaan air. Keadaan ini akan menyebabkan
bahagian bawah badan cenderung turun ke bawah air. Dan rintanga air lebih besar.
 Pembetulan: pastikan wajah berada dalam keadaan lurus dan dalam permukaan air.
Pandangan muka ke depan untuk memastikan perenang melihat arah dengan betul.
 Kesalahan: kerap mengangkat kepala semasa mengambil nafas, hal ini akan
merosakkan imbangan dan irama renangan.
 Pembetulan: pastikan kepala terangkat sedikit sahaja di atas permukaan air ketika
mengambil nafas, dan hayunan tangan kedepan menyentuh telinga. Ketika mengambil
nafas, pastikan kiraan kayuhan tangan secara berkala. Contohnya, enam kayuhan
dengan satu ambilan nafas.
 Kesalahan: keadaan badan, kaki dan tangan tidak lurus.
 Pembetulan: pastikan kaki dan tangan lurus kedepan( streamline)
 Kesalahan: kaki yang tenggelam
 Pembetulan: pastikan kaki membuat tendangan(kick)

38
Gerakan utama dalam gaya bebas.
1. Ayunan tangan dan kaki (kick)
2. Pemulihan (pernafasan)
3. Fleksi dan ekstensi (pertukaran ayunan tangan kiri dan kanan)
Kaedah renangan yang sempurna:

I. Badan lurus (body streamline)


II. Putaran badan (body rotation)
III. Fasa ekstensi dan fleksi
IV. Kayuhan (kicking)
V. Gerakan kaki

Gambar 3. 5 Badan Streamline

39
3.2 Kuak Dada

Pengenalan

Kuak adalah gaya yang terawal daripada gaya yang lain. Gaya ini dahulunya digunakan oleh
penyelamat semasa menyelamatkan mangsa. Gaya ini juga mudah dipelajari dalam semua
teknik renang.

Ansur Maju Gaya Kuak Dada

1. Kedudukan perenang secara meniarap yang mendatar bahu selari dengan air.
(streammline)

Gambar 3. 6

2. Kepala selari dengan badan dan memandang ke hadapan


3. Memulakan kuakan dengan menarik kedua bela tangan keluar dan ke belakang serta
kebawah hampir dengan bahu.
4. Kaki kekal lurus kebelakang
5. Gerakkan tangan dalam bentuk bulatan. Siku hampir dengan badan dan bersedia untuk
kembali kepada kedudukan tangan kedepan.

Gambar 3. 7

40
Gambar 3.8

6. Pernafasan ketika memulakan kayuhan tangan dengan kepala terangkat ke atas


7. Kaki digerakkan keluar dan melakukan tendangan seperti katak ketika kedudukan
tangan dalam keadaan pemulihan kepada kedudukan asal.

Posisi Badan

Dengan memegang alat apungan atau pelampung di depan dan berenang menguunakan
tendangan kaki.

Gambar 3.9 Posisi Badan

41
Gerakan Tangan

1. Meniarap ditebing kolam dengan keadaan badan lurus dan kaki dirapatkan dan
menggerakkan tangan seperti bentuk love

Gambar 4.0

Drill Gaya Dada

1. Tendangan menggunakan papan tendang tanpa pernafasan (kickboard) sejauh 10


meter.
2. Tendangan menggunakan kickboard dengan pernafasan. Sejauh 20 meter
3. Gerakan secara perlahan dalam keadaan ayunan tangan ke depan dal ke dalam
sehingga ke belakang pusat.
4. Ayunan sebelah tangan
5. Ayunan tangan beserta gerakan kaki
6. Ayunan tangan dan kaki beserta dengan teknik pernafasan.
7. Tendangan kaki melawan rintangan air kolam renang.
8. Tendangan kaki dengan memegang papan luncur.
9. Pergerakan gaya dada dengan jarak per stroke.
10. Pengaplikasian gaya dada dalam kedalaman kolam yang sebenar.

42
Gambar 4.1 Drill gaya dada
Rintangan
Renang kuak dada merupakan jenis renang yang perlahan kerana fasa pemulihan tangan dan
kaki ketika berenang menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi.
Pergerakan di dalam air melibatkan pergerakan peha dan tangan menyebabkan air
menyentuh bahagian peha dan tangan maka rintangan besar terhasil dan menyebabkan
kelajuan berkurang.
Fasa meluncur dalam kuak dada amat penting dengan teknik yang betul maka kuak dan
luncuran itu akan menghasilkan kelajuan yang optimum dengan rintangan yang berkurang.
Bahagian kaki harus bertemu supaya menghasilkan keadaan mendatar dan lurus ketika
meluncur.
Rintangan pusaran yang terhasil juga akan mengakibatkan kelajuan berkurang. Oleh itu,
posisi badan yang tinggi dengan bukaan sudut lutut yang tidak terlalu besar dapat
mengurangkan rintangan pusaran yang terhasil dan juga mengurangkan rintangan hadapan.

43
Pendorong
Dalam fasa meluncur kuak dada, pergerakan luncuran akan bertambah secara apungan. Ini
akan menyebabkan doronagan yang maksimum dan lancar. Bahagian kaki juga akan meluncur
laju dalam fasa ini dan menentang arus serta rintangan dengan minimum.
Dalam fasa pemulihan, renangan akan bertambah perlahan daripada fasa dorongan dan
luncuran. Ini kerana rintangan hadapan terhasil di bahagian kaki dan tangan. Bahagian kaki
menjadi fleksi dorsi kerana otot berehat untuk menghasilkan tenaga kemudiannya. Keadaan
fleksi dorsi ini juga menyediakan posisi badan untuk fasa dorongan ke hadapan atau luncuran.
Dalam fasa pemulihan tangan, keadaan tangan haruslah bersudut seperti membaca doa
atau membuka buku. Ia perlu dilakukan di bawah dagu bagi menghasilkan tujahan dan
luncuran yang laju dengan rintangan hadapan dapat dikurangkan.

Kesalahan Dan Cara Pembetulan

kesalahan
Posisi tangan dan kaki yang tidak seimbang semasa melakukan tendangan dan kuakan
pembetulan
melakukan pergerakan kaki dan tangan dengan seimbang dengan latihan tendangan dan
ayunan dengan menggunakan papan luncur (kickboard)

kesalahan
kepala tidak lurus dan sentiasa terangkat keatas permukaan air kolam renang ketika ayunan
tangan ke depan
pembetulan
ketika ayunan tangan ke depan, kepala perlulah selari dengan badan secara lurus. Dan
mengangkat kepala ketika ayunan tangan ke dalam air.

Kesalahan
Gerakan tangan dan kaki tidak seirama
Pembetulan
Ketika tangan hendak melakukan ayunan kaki dibengkokkan untuk bersedia melakukan
tendangan.

44
3.3 Kuak Lentang

Pada tahun 1900, 3 acara renang telah ditetapkan iaitu acara gaya kuak lentang ( backstroke ).
Dalam pembelajaran permulaan gaya kuak lentang adalah keyakinan dalam gerakan luncur
pada posisi belakang badan selari dengan permukaan air kolam renang. Muka menghadap ke
atas dengan kedudukan kepala bersudut 70 darjah dan badan lurus serta tenang.

Kaedah Kuak Lentang

1. Tendangan (kick)

Perenang yang baru memulakan latihan perlu mengaplikasikan teknik sculling dengan
tangan memegang papan renang. Pada masa yang sama kaki melakukan tendangan. lutut
sentiasa berada di bawah paras air dengan keadaan bengkok sedikit untuk memberi
keselesaaan ketika membuat tendangan.

2. Rintangan

Keadaan badan dalam kuak lentang perlu berada dalam keadaan mendatar di permukaan
air. Seperti dalam gaya bebas, tangan dan lengan memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan kayuhan dan pergerakan dalam kuak lentang. Kayuhan kaki dalam kuak
lentang akan menstabilkan posisi badan supaya sentiasa berada dalam keadaan mendatar
di permukaan air. Rintangan hadapan akan terhasil dan menyebabkan keadaan tidak stabil
dan pergerakan menjadi perlahan kerana jika posisi badan tidak berada dalam keadaan
mendatar atau lurus. Bukaan kayuhan yang melebihi 30 sentimeter juga akan menyebabkan
rintang terhasil.

3. Pendorong

Fasa pertama kayuhan iaitu dengan tangan dimasukkan dalam air untuk kayuhan adalah
amat penting dimana jari kecil dimasukkan dahulu dan diikuti bahagian lengan yang lain.
Tangan perlu dimasukkan dalam air pada keadaan jam 11 dimana bukaan itu dapat
menghasilkan tujahan yang kuat dengan tenaga yang minima. Kaki memainkan peranan
amat penting dalam kuak lentang kerana bahagian kaki menyokong badan dalam
menghasilkan kuasa dan kelajuan. Kayuhan kaki ke atas dan bawah menghasilkan panduan
yang baik dengan tekanan yang dihasilkan melalui otot-otot kaki seperti otot kuardiseps.

45
Drill Gaya Kuak Lentang

1. Memulakan drill dengan tendangan gaya kuak lentang, dan drill di darat dengan kedua
belah kaki berada dalam air kolam untuk membuat tendangan.
2. Memulakan drill kuak lentang berpaut tepi kolam dengan meluaskan lengan.
3. Drill tendangan secara menentang tekanan dengan bantuan rakan
4. Melakukan gaya lentang dengan meletakan papan renang di atas dada sambil membuat
tendangan.
5. Menggabungkan semua stroke dari nombor satu hingga nombor 4.
6. Menggabungkan stroke rangkak dalam kuak lentang dalam keadaan tangan dan badan
terlentang.

46
Kesalahan Dan Pembetulan

Kesalahan Pembetulan

Punggung hendaklah tidak dibengkokkan


Kaki sentiasa membuat tendangan terlalu ke
dan tumit diturunkan kebelakang sedikit
permukaan air.

Membuat kayuhan kaki dan ayunan tangan


Gerakan kaki dan tangan terlalu cepat
secara konsistan dan tidak terlalu laju.

Gerakan kaki dan tangan tidak mengikut Memulakan tolakan kaki dan tangan dengan
rentak yang seimbang mengikut ritma yang betul.

Memulakan dengan mengikat pelampung


Paha terlalu kedalam pada kaki untuk mendapatkan apungan kaki
dan paha dengan baik.

47
3.4 Kuak Kupu-Kupu (Butterfly Stroke)

Pengenalan
Kuak kupu-kupu mempunyai stroke yang istimewa berbanding dengan stroke renangan yang
lain. Keranan gaya ini mempunyai reputasi yang sukar dipelajari. Gaya kuak kupu-kupu juga
menggunakan banyak tenaga dan perenang yang menggunakan gaya kupui-kupu akan mudah
mendapat kelesuan otot.

Gambar 4.2

Rintangan
Jenis renang kuak kupu-kupu ini adalah seperti kuak gaya bebas berganda tetapi lebih perlahan
daripada gaya bebas bukaan kuak yang besar dan keadaan lutut dan kaki menghasilkan
rintangan hadapan yang tinggi. Kekuatan yang tinggi diperlukan dalam jenis renang ini kerana
bahagian atas badan memerlukan kekuatan untuk menghasilkan fasa pemulihan berganda.
Para pelajar perlu mempraktikan pergerakan ikan lumba-lumba kerana ia secara
semulajadi menghasilkan kelajuan yang tersendiri. Pelbagai kemahiran dan teknik diperlukan
untuk menghasilkan kelembutan dari bahagian punggung hingga ke bahagian kaki untuk
menghasilkan dorongan ke hadapan yang kuat dan laju.
Pergerakan punggung yang tinggi dan kepala menghasilkan rintangan hadapan yang
tinggi dan amat menyukarkan bagi seseorang yang baru hendak belajar jenis renangan ini.
Oleh itu, ‘fins’ digunakan untuk seseorang itu mendapat rentak dan teknik tendangan dalam
renang kuak kupu-kupu ini. Bahagian kepala merupakan pusat kawalan utama badan dan
pergerakan kepala yang berlebihan ketika berenang gaya ini akan menghasilkan rintangan yang
tinggi.

48
Pendorong
Bahagian tangan meluncur di dalam air dengan kedalaman 20 sentimeter atau 8 inci dimana
tangan dalam kedaan bersedia untuk menguak keluar. Dalam fasa menguak keluar ini amat
penting dalam menentukan kelajuan yang terhasil daripada menguak ke dalam dan meluncur.
Oleh itu, teknik yang betul dengan pergerakan yang mengikut mekanikal yang betul dapat
menghasilkan tujahan dan kuak yang kuat.
Di dalam air iaitu semasa fasa pemulihan tangan, tangan perlu memasuki ke dalam air
dengan lancar dan dalam keadaan 45 darjah untuk meminimakan rintangan dan tenaga untuk
meluncur.
Dalam fasa tendangan kaki, ianya seperti pergerakan ikan lumba-lumba dimana apabila
bahagian tangan menguak keluar dan ke atas, maka bahagian kaki akan menendang air untuk
menghasilkan gerakan dan panduan badan ke hadapan. Pergerakan di atas dijalankan secara
berterusan dan stabil agar kelajuan dapat dipertingkatkan dan mengatasi rintangan.

49
Kaedah renang gaya kupu-kupu

1. Gerakan kaki
 kaki dan paha berada dalam posisi lurus.
 kedua telapak kaki dalam posisi agak berdekatan (agak rapat) satu sama lain.
 Kemudian gerakkan kedua kaki secara serentak dan keluar sedikit ke atas
permukaan air.
 Kemudian menghayunkan kedua kaki secara serentak ke bawah, sehingga
menghasilkan tolakan ke depan,Dan punggung akan timbul sedikit dan naik ke
depan.
 Gerakan kaki ini perlulah diulang beberapa kali sehingga mahir.

2. Gerakan tangan
 kedua tangan lurus di atas kepala (kedua telapak tangan dirapatkan)
Kemudian tarik kedua tangan ke bawah secara serentak sehingga ke belakang.
 Kemudian angkat kedua tangan secara serentak keluar dari permukaan air dan
ayunkan ke kembali depan
 Gerakan ini juga perlu diulang sehingga mahir.

Gerakan Kombinasi Tangan, Kaki & Mengambil Nafas


Gerakkan kaki, Kemudian gerakkan kedua tangan ke bawah dengan serentak. Semasa gerakan
tangan ke bawah, maka pada masa ini kepala diangkat ke permukaan air sambil mengambil
nafas melalui mulut dan mengghembuskan nafas semasa kepala dalam permukaan air. Kepala
perlulah jangan terlalu masuk kedalam air dan tubuh badan juga perlu senitasa terapung diatas
permukaan air. Semasa tangan di dalam air, hayunan tangan perlu berbentuk ‘S’.

50
Latihan Tendangan Dalam Gaya Kupu-Kupu
1. Lentangkan badan dan rapatkan kedua bela kaki serta membuat tendangan (kick)
dalam beberapa kiraan.
2. Tendangan dolphin membelakang dengan posisi badan dan tangan lurus dan
meluncur, kemudian paha ditenggelamkan sedikit kedalam air dan membengkokkan
kaki untuk persediaan membuat tendangan.
3. Dolphin torpedo yang menggunakan papan renang dihadapan
4. Tendangan dolphin dengan menggunakan papan renang.
5. Melakukan latihan masukkan badan dalam air dan membuat kayuhan tangan iaitu
teknik masuk dan kayuhan.

51
RUJUKAN

Sortwell, A. (2012). Journal of International Society of Swimming Coaching : Strength and Power
Training For 100m Front Crawl Swimmers. Journal of ISOSC : Vol. 1, Issue 1.

Smith, J. (2012). Journal of International Society of Swimming Coaching : The use of


Streamlining, Cycle Counting, Tempo, Tempo Trainers Strategies with
competitive swimmers: A case series. Journal of ISOSC : Vol. 1, Issue 1.

Guzman, R. J. (1998). Swimming Drills For Every Stroke: 91 Drill For Competitive Swimmers,
Champaign, IL. Human Kinetics. Pub. Inc.

Dick Hannula. (1995). Coaching Swimming Succesfully. Leisure Press: Campaign III.

Leonard, J. (1992). Science Of Coaching Swimming. Champaign, IL. Leisure Press.

Thomas, D. G. (1990). Advanced Swimming Step To Success. Champaign, IL. Human Kinetics.
Pub. Inc.

52
PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL SUKAN RENANG

Konsep Apungan (Buoyancy)

Bouyancy adalah kemampuan sesuatu objek terapaung pada permukaan air. Daya apungan
dipengaruhi oleh perbezaan antara jisim objek dan jenis air atau dikenali sebagai densiti.apabila
densiti sesuatu benda itu lebih besar dari densiti airnya maka,objek mudah tenggelam. Keadaan
ini dekenali sebagaidaya apungan negatif (bouyancy negatif). Dan sebaliknya jika densiti objek
itu lebih kecil daripada densiti air, maka objek tersebut berupaya untuk timbul. Keadaan ini
dikenali sebagai daya apungan positif (bouyancy positif) Setiap benda yang bergantung kepada
air adalah tertakluk kepada satu tindakan melalui pusat keapungan, dan satu tindakan secara
menurun melalui pusat graviti bumi. secara umumnya, kaki perenang tenggelam lebih daripada
anggota tertinngi badan. Hal ini kerana tubuh lebih padat daripada air.

Prinsip Archimedes

Prinsip ini menjadi asas kepada analisis keapungan jasad terapung dalam bendalir. Prinsip
Archimedes boleh dinyatakan sebagai Jasad yang terapung dalam bendalir akan mengalami
tujah ke atas disebabkan oleh bendalir. Magnitud tujah ke atas yang dikenakan oleh bendalir
terhadap jasad ini bersamaan dengan berat bendalir yang disesarkan oleh jasad tersebut.

Berat Objek Yang Terapung = Berat Bendalir Yang Disesarkan

KAITAN ANTARA DAYA APUNGAN (BUOYANCY) DENGAN TUBUH BADAN DAN AIR

Terdapat Empat Faktor Tubuh Badan Yang Mempengaruhi Apungan (Buoyancy)


1. Jumlah lemak dalam tubuh.
 Lebih besar atau banyak lemak yang dimiliki oleh seseorang dalam
tubuhnya, maka lebih mudah terapung atas permukaan air.
2. Volume otot pada tubuh.
 Jika lebih besar volume otot yang dimiliki seseorang itu, maka lebih
rendah daya apung yang dimiliki. Dengan kata lain, ia mudah tenggelam.
(Buoyancy negatif).
3. Jisim tulang.

53
 Semakin besar saiz atau kerangka tulang seseorang, maka semakin
rendah daya apung yang dimiliki. Pada kebiasaannya jisim tulang yang
besar dimiliki oleh kaum lelaki. Ini menunjukkan kaum lelaki mudah
tenggelam berbanding kanak-kanak dan kaum wanita.
4. Saiz atau Volume paru-paru
 Lebih besar saiz paru-paru seseorang itu, maka lebih tinggi daya apung
yang dimiliki. Elemen yang kedua pula ialah air. Air laut mempunyai
densiti yang tinggi dan memberi daya apung yang tinggi terhadap tubuh
badan manusia. Manakala, air kolam atau air tawar mempunyai densiti
yang rendah dan tidak membantu bouyancy seseorang itu semasa
berenang. Hal ini menjelaskan bahawa berenang di laut lebih mudah
berbanding berenang di kolam renang biasa.

Tiga Unsur Mengawal Apungan:

1. Kawalan nafas (jumlah udara dalam paru-paru )


2. Posisi tubuh badan ( Imbangan )
3. Ketenangan

Gambar rajah 1.1 Konsep buoyancy

54
Alatan yang dapat menguji keapungan (buoyancy)

1. Kickboard
2. Plastik
3. Botol air
4. Bola

Kemahiran Yang Terlibat Dalam Apungan (Buoyancy)

1. Timbul ke depan, belakang dan tepi pada permukaan air.


2. Menggunakan anggota badan untuk mengekalkan apungan mendatar(horizontal)
3. Gunakan anggota badan untuk mengekalkan apungan menegak(vertikel)
4. Gunakan anggota badan untuk mengekalkan posisi dalam air.
5. Mengamalkan aktiviti pernafasan ( tanpa sokongan,dengan sokongan)
6. Aktiviti keselamatan dalam air menggunakan peralatan apungan.

AKSI DAN REAKSI (HUKUN NEWTON KETIGA )

Hukum newton ketiga telah dikemukakan oleh Sir Isaac Newton. Pergerakan manusia
melibatkan kaedah aksi dan reaksi. Bahagian tubuh manusia mempunyai simetri iaitu bahagian
kanan dan kiri kedua bahagian ini adalah seimbang (Equalbrium position) secara normal tubuh
manusia boleh disifatkan memutar apabila berada dalam keadaan bergerak, berjalan,melompat
atau menghayun tangan. Apabila kaki kanan melangkah ke hadapan, maka tubuh berputar
kearah kiri. Keadaan ini dinamakan sebagai aksi dan reaksi. Hukum Newton ketiga dapat dikaji
melalui mekanik pergerakan tubuh manusia. Dan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
dalam membincangkan perkara berkaitan dengan hukum Newton Ketiga. Antaranya ialah.
1. Maksud aksi dan reaksi
2. Hubungan antara hukum newton ketiga dengan pergerakan linear dan angular.
3. Prinsip-prinsip penting dalam hukum newton ketiga
4. Konsep utama hukum newton ketiga.

55
Definisi Aksi Dan Reaksi
Hukum Newto ketiga menyatakan bahawa setiap tindakan (aksi) terdapat tidank balas (reaksi)
yang mempuyai magnitud yang sama tetapi berlawanan arah.contohnya, apabila tangan
menyentuh air secara tidak langsung tangan telah mengenakan daya keatas air (aksi) dan air
juga mengenakan daya keatas tangan secara bertentangan (reaksi). Dalam konteks daya,
hukum Newton Ketiga menyatakan:-
“Apabila jasad mengenakan daya atau aksi keatas jasad yang lain iaitu jasad kedua, maka jasad
yang kedua tersebut mengenakan daya atapun reaksi yang sama magnitudnya dalam keadaan
bertentangan”.
Daripada keyantaan ini, semakin kuat daya tekanan tangan keatas sesuatu objek
maka semakin besar tekanan yang dialirkan keatas permukaan tangan tersebut. Apabila
sesuatu jasad bergerak, sistem daya juga adalah seimbang.
K=M
Semasa individu berjalan di atas permukaan bumi, daya dari kaki adalah merupakan
aksi, dan wujudnya daya yang sama tetapi bertentangan dengan aksi dari bumi. Oleh itu, K =
M. Daya dari bumi mendatar (Fh) adalah sama dengan daya menegak (FV)

PRINSIP-PRINSIP HUKUM NEWTON KETIGA

1. Dayan yang terlibat saling bertindak antara satu sama lain


2. Daya yang terlibat ( aksi/reaksi),bertindak ke atas jasad berlainan dengan kesan
yang berbeza.
3. Daya tidak wujud secara bersendirian.

HUBUNGAN ANTARA HUKUM NEWTON KETIGA DENGAN PERGERAKAN


Pergerakan yang dilakukan melibatkan aplikasi aksi dan reaksi, dan pergerakan jasad
melibatkan pergerakan Linear dan Angular.
1. Linear – pergerakan seluruh badan dari satu tempat yang lain pada arah dan
kelajuan yang sama. Contohnya, terjun, berenang, berjalan,dan melompat.
2. Angular – pergerakan yang melibatkan putaran contohnya gaya renangan,servis
dalam permainan tenis. Pitching dalam permainan sofbol. Selain itu, semasa ahli
gimnastik merasa dirinya terjatuh, maka dia akan memutarkan lengannya kearah

56
dimana dia akan jatuh (aksi) kesan daripada aksi tersebut maka terhasil satu
putaran yang berlawanan (reaksi).

KONSEP UTAMA DALAM HUKUN NEWTON KETIGA


Prinsip aksi dan reaksi tidak dapat dlihat jika jasad berada diatas sokongan.apabila jasad
mengenakan daya ke atas permukaan, maka jasad tersebut akan kelihatan. Sebaliknya reaksi
tidak kelihatan pada bahagian bumi hal ini kerana jisim bumi terlalu besar.
Prinsip aksi dan reaksi dapat dilihat apabila jasad berada di ruang udara dan bebas
daripada sokongan. Jisim jasad tidak lagi bersatu dengan jisim bumi. Oleh itu, reaksi bumi
dapat dilihat dan dinyatakan.contohnya konsep fleksi (aksi) dan ekstensi (reaksi).

RINTANGAN (RESISTANCE)

Rintangan merupakan halangan yang dihadapi oleh perenang ketika berenang. Rintangan yang
berlaku mengambilkira keadaan bentuk badan seseorang. Semakin besar badan individu maka
semakin besar rintangan yang dihadapinya, berbanding dengan individu yang mempunyai
badan yang kecil. Air merupakan rintangan ketika berenang. Semakin laju pergerakan sesuatu
objek di permukaan air maka semakin tinggi kadar rintangan berlaku. Rintangan adalah
perkara yang berlawanan contohnya, perenang dengan air merupakan dua objek yang
bertentangan ketika perenang melakukan renangan. Bagi perenang yang ingin menambahkan
kelajuan renang sebanyak dua kali ganda maka perenang telah menggandakan empat kali
ganda tentangan (resistance). Sebelum baju renang hidrodinamik yang mempunyai rintangan
air yang rendah dicipta, baju renang yang dperbuat daripada kapas telah memberi kesan
kepada rintangan yang tinggi akibat daripada serapan oleh kain kapas.

DORONGAN (PROPULSI)

Dorongan antara faktor penting dalam biomekanik sukan renang. Dorongan terdapat pada
anggota badan seseorang. Tangan dan kaki boleh dijadikan sebagai pendorong kepada
pergerakan ketika berenang diatas air. Contohnya ketika perenang membengkokkan tangan
dan kaki ketika membuat pergerakan dalam renangan seperti gaya bebas, gaya kupu-kupu
kuak lentang dan lain-lain.pemakaian dalam aktiviti renang mempengaruhi propulsi iaitu apabila
perenang menggunakan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas, maka dorongan yang

57
berlaku adalah kecil bberbanding dengan kain sentetik yang tidak menyerap air yang akan
meningkatkan dorongan perenang. Dorongann juga memberi kesan kepada posisi badan.

Propulsi Menggunakan Lengan Dan Tangan

1. Tolak dan gerakkan badan ke depan


2. Tolak dan gerakkan badan ke belakang
3. Propulsi menggunakan belakang badan dengan gerakan lengan.
4. Gunakan kedua pasang tangan dan menggerakan tangan ke depan dan belakang.

Kayuhan propulsi perenang

PRINSIP BERNOULLI
Prinsip bernoulli telah diperkenalkan oleh Daniel Bernoulli. Prinsip ini menyatakan bahawa
peningkatan pada aliran cecair menyebabkan penurunan tekanan pada aliran tersebut. Prinsip
bernoulli telah diaplikasikan dalam acara renang. Contohnya bahagian anggotta badan seperti
tangan dan kaki boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui tekanan dan aliran air semasa
berenang. Ketika badan ditegakkan, daya tujahan akan menggerakkan tubuh badan keatas air.
Dan apabila badan diluruskan (streamline ) maka daya tujahan kurang.
Prinsip Bernoulli juga adalah sebuah istilah di dalam mekanika fluida yang menyatakan
bahwa pada suatu aliran fluida, peningkatan pada kecepatan fluida akan menimbulkan
penurunan tekanan pada aliran tersebut. Prinsip ini sebenarnya merupakan penyederhanaan
dari Persamaan Bernoulli yang menyatakan bahwa jumlah tenaga pada suatu titik di dalam
suatu aliran tertutup sama besarnya dengan jumlah tenaga di titik lain pada jalur aliran yang
sama. Prinsip ini diambil dari nama ilmuwan Belanda/Swiss yang bernama Daniel Bernoulli
Prinsip ini diguna pakai dalam berenang, Dimana perenang – perenang yang mahir

58
menggunakan prinsip ini.Tangan dan kaki manusia boleh menjadi keras untuk dijadikan sebagai
pendayung semasa berenang.Ramai orang termasuk kanak – kanak dan orang dewasa apabila
berkunjung ke kolam renang akan berasa seronok apabila boleh berenang dan mengapungkan
diri dalam air.

Prinsip Bernoulli Dalam Renang

59
PERTOLONGAN CEMAS CPR DAN EAR
Pengenalan
Pertolongan cemas merupakan langkah awal dalam penjagaan ketika dalam keadaan
berlakunya satu kemalangan atau kecederaan. Pertolongan ini menjadi satu khidmat secara
spontan tidak membataskan sesuatu lokasi. Pertolongan cemas dilakukan sebelum tibanya
ambulans. Kaedah ini menjadi satu elemen penting dalam aspek keselamatan dan bagaimana
melakukannya dalam situasi tenang.

CPR ( CARDIO PULMONARY RESUSCITATION )


Pertolongan cemas melalui kaedah CPR dilakukan apabila mangsa tidak bernafas dan denyutan
nadi tidak berfungsi. Keadah ini adalah kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada
mangsa.penyelamat perlu melakukan bantuan CPR sehingga bantuan ambulans tiba.

Kaedah:
Sebelum melakukan bantuan CPR, sentuh bahu mangsa dengan menggoncangkannya. Dan
penyelamat perlu memberi interaksi seperti menyebut perkataan “ adakah anda OK?. Seterunya
hubungi ambulans.

CPR peringkat awal/prosedur.


1. Saluran udara.
- Baringkan mangsa
- Buka saluran udaranya dengan mendonggak kepala mangsa
- Dagu mangsa ditolak denggunakan tangan dan tolak dahi ke bawah dengan
tangan yang satu lagi.
2. Pernafasan.
 Memastikan pernafasan mangsa
- Lihat pergerakan dada mangsa
- Dengar bunyi pernafasan mangsa.
- Rasa pernafasan mangsa menggunakan pipi.
 Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku
- Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan

60
- Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk
menstabilkannya.
 Jika mangsa tidak bernafas
- Berikan dua hembusan (1= hingga 2 saat bagi setiap pernafasan) atau 12
hembusan dalam seminit.
- Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya
- Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa
- Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut
- Lihat kenaikan dada
- Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan
3. Edaran darah
 Tentukan kehadiran nadi

- Letakkan satu atau dua jari pada halkum(peti suara) mangsa.


- Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot.
- Rasai nadi untuk 5-10 saat
 Jika nadi mangsa masih hadir
- Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja
- Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam
setiap 5 saat)
 Jika nadi mangsa sudah tiada
- Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada
- Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang dada)
- Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci
pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah
- Kira dengan ritma (irama)yang tetap -Satu dan dua dan tiga

61
- Tekan sternum sebanyak 1 = sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100
tekanan dalam seminit.
 Dalam kaedah CPR setiap 15 tekanan, 2 hembusan diberikan( pernafasan bantuan)
 Lakukan dalam 4 kitaran, dan diteruskan dengan pemeriksaan nadi dan pernafasan
mangsa.
 Jika tiada nadi, ulang CPR, bermula dengan tekanan dada.
 Jika ada nadi tanpa pernafasan, berikan satu pernafasan setiap lima saat.

EAR ( Expired Air Resuscitation )


Kaedah EAR merupakan kaedah penyelamatan secara pernafasan kepada mangsa yang terhenti
pernafasannya. Kaedah ini memberi kesan memasukkan udara dan oksigen ke dalam paru-paru
apabila mangsa terhenti pernafsannya tetapi denyutan nadi masih berfungsi. Kaedah ini dikenali
sebagai ‘Resusitasi mulut ke mulut. Terdapat tiga teknik EAR.

1. Mulut ke mulut
- Melekapkan mulut ke mulut dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui
mulut.
2. Mulut ke hidung.
- Teknik ini dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang
meghalang penyelamat menggunakan mulut mangsa. Penyelamat akan menutup
mulut mangsa dan melekapkan mulut ke hidung mangsa.

62
- Beri pernafasan secara perlahan-lahan dan kemudian melepaskan rahang
mangsa untuk membolehakan mangsa menghembuskan nafas keluar.
3. Mulut ke hidung dan mulut.
- Teknik ini dilakukan kepada kanak-kanak. Hal ini kerana mulut dan hidung
kanak-kanak boleh ditutup menggunakan mulut penyelamat.

 EAR mampu memberi pernafasan kepada mangsa sekiranya pernafasan mangsa terhenti
sepenuhnya.
 EAR dilakukan dalam situasi mangsa:
- Tercekik
- Dos pengambilan heroin berlebihan
- Lemas
- Gigitan
- Sengatan
- Asma/emfisema ( udara dalam tisu paru-paru )
Indikasi EAR:
o Sianosis – kepucatan
o Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan kurang daripada 4-5 kali dalam seminit

Prosedur EAR

1. Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.


2. Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran
(contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
3. Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak
tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin
4. Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas
sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian
hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa
memasuki paru-paru.

63
5. Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan
mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang
dewasa. 
6. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
7. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit)
sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.
8. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan
pemulihan seperi dalam kaedah CPR.
9. Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan
pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan
saluran udara.
10. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau
mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada
leher. 
11. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi
masih tidak ada.
12. Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda
perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada
dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin
merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi
kardiopulmonari (CPR).

64
KESELAMATAN AIR ( WATER SAFETY)

Keselamatan air merupakan komponen yang penting dalam program yang melibatkan diri
dengan air. Sepeerti berenang,rekreasi pantai,dan menyelam. Keselamatan perlu diajar kepada
individu terutama kanak-kanak sejak dari kecil lagi.tujuan pembelajaran keselamatan air ini
ialah untuk mempersiapkan diri dalam program akuatik dan dalam keadaan kecemasan.selain
itu, individu yang belajar keselamatan air ini dapat mengetahui tentang kemampuan diri dalam
pelbagai keadaan kondisi air. Latihan keselamatan air, menyelamat , teknik terus hidup
(survival). Dapat memulakan program akuatik dengan sempurna dan selamat latihan ini juga
perlu dilakukan di kawasan terbuka (open water). Ddisamping itu, persediaan awal latihan
keselamatan, dapat menjadikan seseorang lebih yakin dengan keadaan air, dan mengelakan
kes lemas. Secara majoritinya kes lemas berlaku dalam air darat seperti sungai,kolam dan tasik.
Walaupun signifikannya berlaku di di laut.

Aktiviti Keselamatan Air

Aktiviti keselamatan air bermula dengan langkah awal yang menggabungkan prinsip keapungan
(buoyancy) dengan kaedah alternatif seperti propulsi.
 Menunda menggunakan tali penyelamat,dengan bantuan penyelamat menggunakan
tendangan kaki.

65
 Mencuba mengembalikan tali penyelamat dengan posisi badan yang berbeza.
 Gunakan lengan,kaki, atau lengan dan kaki untuk menggerakan mangsa ke atas
permukaan dan mencapai alatan keselamatan aupungan.
 Beri petolongan cemas ketika mangsa telah berada dalam keadaan terbaring di atas
lantai.

SCULLING
Sculling menjadi salah satu asas kemahiran yang penting dalam renangan. Sculling dapat di
rasa apabila kita mengeluarkan tangan ke luar tingkap kereta yang sedang bergerak, dan kita
dapat merasa sentuhan angin pada tapak tangan. Sama juga seperti dalam air,yang mana kita
menghayunkan tangan ketika berenang. Kemahiran sculling dapat mengekalkan posisi badan
ketika berenang.sculling juga merupakan salah satu asas sukan air yang memerlukan
keseimbangan, masa, moordinasi dan daya tahan fizikal yang tinggi.

Gaya sculling seorang perenang

Gerakan Sculling

1. Hayunkan lengan sehingga menyentuh bahu. Siku dibengkokkan sedikit dan tapak
tangan bersudut 45 darjah.
2. Lengan bergerak secara serentak ke hadapan dan menyentuh permukaan air.
3. Apabila tangan telah bertukar separuh ke hadapan, maka tapak tangan bersudut 45
darjah ke belakang dan diikuti oleh lengan ke belakang.
4. Lif terbentuk apabila tapak tangan yang bersudut 45 darjah menghayun untuk
mengapungkan badan.

Latihan Sculling

66
1. Berdiri di atas permukaan tanah dan duduk sambil menghayun tangan ke hadapan dan
belakang.
2. Masuk ke dalam kolam berkedalaman paras bahu dan lakukan gerakan hayunan tangan
ke depan dan belakang.
3. Gerakkan lulut ke arah dada dan membuat gerakan sculling terapung.
4. Mengulangi latihan gerakan hayunan tangan untuk menyokong apungan badan.
5. Apabila individu sudah mahir dalam gerakan sculling, maka perlu mempelajari gerakan
ini di kawasan yang lebih dalam.

Gerakan Asas Sculling

1. Pergerakan pergelangan tangan ke atas


2. Pergerakan pergelangan tangan ke bawah
3. Pergerakan pergelangan tangan secara menegak
4. Pergerakan pergelangan tangan pada kedudukan titik tengah
5. Pergerakan pergelangan tangan di sisi badan.

67
Ukuran Kolam Renang Fina :

1. Panjang kolan 50 m
2. Lebar kolam 25 m
3. Dinding kolam tegak
4. 8 lorong
5. Lebar setiap lorong 2.5 m
6. Suhu air 23 – 45 °C
7. Kedalaman air 1.8 m
8. Garisan dasar kolam.
9. Tempat pelepasan (start board) sudut 10 darjah

68
Gambarajah 1: Ukuran kolan renang FINA

69

Anda mungkin juga menyukai