Intro Comm Fungsi Media Massa (Group Assignment)
Intro Comm Fungsi Media Massa (Group Assignment)
Intro Comm Fungsi Media Massa (Group Assignment)
Biar apa pun tafsiran yang diberikan kepada sesuatu media massa, ia tetap mempunyai fungsi
tertentu. Lazimnya setiap media massa yang menyasarkan khalayakn umum memainkan
peranan tersendiri kerana sasarannya adalah berbeza dan kadang kala terdapat pihak yang
melihat media tersebut dari pespektif negatif. Misalnya, majalah hiburan yang memaparkan
rutin kehidupan golongan artis dan selebriti agak keterlaluan. Namun demikian, pihak yang
minat golongan tersebut akan gemar terhadap pendedahan yang dilakukan oleh media
berkenaan dan menganggapnya sebagai hiburan biasa. Walau bagaimanapun, sesuatu
golongan yang melihat dari pandangan berbeza akan menganggapnya sebagai keterlaluan
serta bercanggah dengan budaya dan hokum agama.
Antara fungsi dan peranan media massa adalah mengubah gaya hidup dan budaya
masyarakat. Sesuatu perubahan dapat dilaksanakan dalam kalangan masyarakat menerusi
media massa. Media massa seperti laman sesawang internet mampu mempengaruhi cara
berfikir sesuatu pihak supaya menyukai, mengikuti, menerima dan bersetuju tentang sesuatu
perkara yang baharu atau asing bagi mereka. Media massa tersebut berupaya memberi
pengaruh sama ada dari segi positif mahupun negatif. Media massa mempunyai
tanggungjawab yang besar terhadap apa yang disebut sebagai budaya massa atau budaya
popular dan ketika prosesnya berlaku, media massa telah “menjajah” bentuk budaya
lain(McQuail, 2000). Oleh yang demikian, tidak dapat tidak bahawa media massa dapat
menaturalisasikan dan menanam buaday asing yang popular dari negara Barat ke negara
Timur. Sebagai contoh, pelbagai keluaran produk Barat diterima masuk ke pasaran tempatan
hasil daripada promosi dan hebahan maklumat media Barat.
Selain itu, media massa berfungsi sebagai sumber ilmu dan maklumat. Pelbagai
saluran daripada media massa seperti akhbar, buku, internet, dan applikasi sosial telah
menjadi sumber prima kepada masyarakat untuk memperoleh sesuatu informasi. Namun
demikian, media massa tradisional seperti akhbar dan bahan ilmiah kurang mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat. Masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi millennium
telah beralih ke penggunaan teknologi dan gajet yang lebih canggih seperti pencarian melalui
laman sesawang. Hal ini demikian kerana laman sesawang adalah lebih efektif dan efisien
dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Walau bagaimanapun, bahan-bahan ilmiah seperti
buku dan jurnal masih digunakan sebagai bahan rujukan oleh sebab sumbernya lebih asli dan
tulen. Selanjutnya, masyarakat boleh memahami secara tepat dan sepenuhnya terhadap apa-
apa dasar atau program kerajaan kerana media massa mampu memberi penerangan dan
liputan secara meluas dan terperinci. Jika masayaraka tingin mengetahui tentang
pembangunan negara, maka mereka hanya perlu melayari laman sesawang rasmi kerajaan
kerana maklumat kini hanya di hujung jari. Laman ini akan menerangkan segala perihal
perancangan yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan.
Media massa juga memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi. Menurut ahli
falsafah Amerika Syarikat, George Mead(2002) mengatakan bahawa sosialisasi adalah suatu
proses hubungan yang berkesinambungan dari generasi ke generasi. Proses ini akan
berkembang dalam diri seseorang individu menerusi interaksi dengan orang lain. Oleh itu,
dapat dilihat bahawa media massa memainkan peranan sebagai pihak yang melaksanakan
proses sosialisasi ini. Media massa akan menjadi sumber bagi menyampaikan maklumat dar
semasa ke semasa kepada umum secara berterusan. Oleh yang demikian, pihak media massa
seperti golongan wartawan mesti bijak memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dalam
mendapatkan informasi seterusnya menyampaikan mesej atau maklumat tersebut kepada
masyarakat. Agen sosialisasi telah menumpukan terhadap beberapa tujuan dan golongan
seperti kebahagiaan institusi keluarga, keharmonian masyarakat serta kesejahteraan negara.
Misalnya, sesebuah keluarga amat terdedah kepada pengaruh media sosial seperti Facebook
atau Intagram. Hal ini mengakibatkan kadar kes penceraian di Malaysia semakin meningkat
disebabkan kes kecurangan alam siber. Oleh itu, media massa akan berfungsi merapatkan
hubungan sosial dengan wujudnya laman dakwah dan bimbingan supaya dapat mencegah
masyarakat daripada melakukan kesalahan. Hal ini telah membuktikan bahawa media massa
amat penting demi membentuk minda keluarga dan masyarakat yang aman sentosa.
Rujukan
Anto .Y.(2015, Jun). Peranan Media Massa dalam Kehidupan Sosial dan Politik Indonesia.
Dimuat turun daripada
https://www.kompasiana.com/yuhdyanto/552a36486ea834f649552d3c/peranan-media-
massa-dalam-kehidupan-sosial-dan-politik-indonesia
McQuail & Denis.(2000). McQuail’s Mass Communication Theory. New Delhi: SAGE
publications Ltd
Mead.H.G(2002). Mind, Self, & Society. Chicago: The University of Chicago Press
Zainab & Shahira(2014, Disember). MEDIA MASSA PEMBENTUK MINDA. Dimuat turun
daripada https://ekspresi14.wordpress.com/2014/12/10/media-massa-pembentuk-minda/