Aktiviti Kemahiran Membaca

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 9

AKTIVITI

KEMAHIRAN
MEMBACA

KANDUNGAN BACAAN TERARAH


• Bacaan terarah Aktiviti Membaca Berfikir Terarah
Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA)
• Bacaan berpandu Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA),
diperkenalkan oleh Russel Stauffer, (1969/1975).
• SQ3R Teknik ini membolehkan pelajar membina satu set
tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan
• KWLH (teks, imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan
menguji jawapan dengan mengambil bahagian
dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal
• CHATT dan mengesahkan isi/ maklumat yang dibaca.

Tujuan DR-TA:
Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/teks secara
kritis dan reflektif.
Menghalatujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.
Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca.
Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham
bahaan bacaan/teks yang dibaca.
Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.
Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.
Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan
membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.
Fasa Bacaan Terarah
DR-TA
Fasa I: Fasa Kitaran
Proses Membaca-
Berfikir
Proses yang
menjelaskan
tujuan pembaca
bahan bacaan
menyesuaikan
kadar bahan
bacaan dan
untuk memenuhi
tujuan membaca
membaca untuk
mengesahkan
tujuan (objektif)
membuat
BACAAN TERARAH
hentian untuk
menilai
kefahaman.
meneruskan
pembacaan
untuk tujuan Langkah Pelaksanaan Bacaan Terarah DR-TA
yang sama atau Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.
tujuan lain. Guru menggalakkan pelajar membuat ramalan teks/hipotesis
tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas.
Fasa II Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar. Ramalan
Fasa II ialah
yang tidak tepat disanggah.
hasilan/produk DR-
Mencatat segala ramalan.
TA iaitu peluasan
Soalan guru:
dan pemurnian
pendapat dan (i) Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah
pemikiran murid. ditunjukkan,
(ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan
atau ditayangkan.
(iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafsirkan.
(iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?
(v ) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda
ramalan yang paling baik/benar. Hujahkah/berikan sebab.
Pada masa ini guru tidak memperkenalkan perbendaharaan kata
dan tidak memaklumkan tujuan membaca teks yang dipilih itu.
Langkah 2 : Pembacaan Senyap Terarah
Pelajar dikehendaki membaca secara senyap pada awal bahagiaan teks yang dipilih.
Tujuan bacaan senyap ialah untuk mengesahkan ramalan.
Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya pelajar menghadapi masalah
menyebut perkataan/frasa/ayat dengan menggunakan strategi ‘klu konteks’ atau analisa
stuktur, atau kedua-dua sekali.
a. menyoal pelajar berdasarkan teks - makna perkataan dan sebagainya.
b. Memberi cadangan kepada pelajar:
(i) membaca bahagian seterusnya ayat dan memikirkan perkataan yang boleh
memberi maksud.
(ii) pelajar membaca ayat dari awal hingga akhir,
(iii) pelajar mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang yang dikosongkan, dan
pelajar diminta untuk mengisi ruang tersebut dengan perkataan yang sesuai.
(iv) pelajar memberi sinonim,
(v) membaca ayat sebelum, ayat yang mengandung masalah, dan ayat selepasnya,
(vi) meneruskan pembacaan bahagian seterusnya,
(vii) menganalisa stuktur teks.

Langkah 3 : Menyemak Kefahaman dan membina kecekapan


Guru meminta pelajar menyatakan sejauh mana ramalan mereka tepat, betul.
Pelajar diminta membuktikan bahawa ramalan mereka betul berdasarkan teks, dan
membacakan bahagian teks tersebut sebagai bukti.
Soalan guru:
1. Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata begitu?
2. Mengapa ramalan anda tidak/kurang tepat?
3. Berikan pendapat anda apakah yang akan berlaku seterusnya peristiwa dalam teks
tersebut?
4. Berikan alasan mengapa anda meyatakaan demikian.

Langkah 4 : Mengulang Fasa 1,2 dan 3


Di samping guru menghabiskan bacaan teks, pelajar diminta membuat ramalan/hipotesis,
ramalan baru, menyemak ramalan dan menilai ramalan mereka sama ada tepat atau sebaliknya.
Pelajar diminta memurnikan ramalan dengan bertambahnya maklumat baru yang terdapat
dalam teks yang dibaca.
Langkah 5 : Menambah, Memurnikan Idea dan Pemikiran
Strategi yang digunakan seperti berikut:
membaca kuat
menjawab soalan kefahaman
menganalisa watak dan perwatakan
menulis puisi, surat, melakar
melakonkan
menghassilkan resepi
membaca ekstensif
mengkaji perkataan/frasa – memberi makna
melukis peta cerita
melukis peta minda

Kelebihan DR-TA
Penggunaan Teknik DR-TA secara Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator
Individu semasa soal jawab, bukan penilai.
Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar
Selepas pembacaan, pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu,
berkongsi hasil dengan membuat teknik ini menggalakkan supaya pelajar
poster, laporan, berdrama, dan sedar tentang proses membaca dan
menjalankan aktiviti yang sesuai. membuat ramalan.
Pelajar memperoleh konsep membaca,
Pelajar menyimpan rekod cerita yang strategi metakognitif dan dapat
dibaca, aktiviti selepass pembacaan, berkomunikasi secara makna.
dan kecekapan-kecekapan yang Menggalakkan pelajar menggunakan klu
diperoleh untuk melihat konteks untuk memahami makna dalam
perkembangan pencapaian. frasa atau perkataan.
DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua
pelajar mencapai satu pencapaian yang
dikehendaki
BACAAN Langkah-langkah Pelaksanaan Bacaan Berpandu

BERPANDU Elemen 1: Sebelum Membaca


Guru memilih teks yang sesuai untuk kumpulan
murid
Sediakan pengenalan kepada cerita yang akan
mereka baca.
Bacaan berpandu Ceritakan kisah ringkas kepada pelajar
diperkenalkan sebagai Sediakan beberapa soalan yang tidak dijawab yang
kaedah pengajaran boleh dijawab sepanjang cerita.
membaca di England dan Murid membina jangkaan mengenai teks.
Wales pada tahun 1993.
Elemen 2: Semasa Membaca
Bacaan berpandu adalah
Semasa murid sedang membaca, guru
satu kaedah untuk memberikan bantuan yang diperlukan, serta
membantu pelajar membuat pemerhatian
meningkatkan kemahiran Guru berinteraksi dengan pelajar dan membantu
membaca dan memahami . apabila diperlukan.
Guru memerhatikan pelajar dan mencatat nota
Peranan guru adalah tentang pelajar secara individu.
memberi sokongan kepada Murid membaca teks itu sendiri dengan senyap
kumpulan kecil pelajar dan meminta bantuan guru jika memerlukannya
dengan menggunakan
pelbagai strategi membaca Elemen 3: Selepas Membaca
untuk membimbing mereka Guru dan pelajar berbincang tentang apa yang
berjaya dalam pembacaan. baru dibaca.
Pelajar menjelaskan tentang apa yang mereka
Terdapat tiga elemen baca , menyemak ramalan dan bertindak balas
tehadap teks, membaca teks untuk menjawab
penting dalam Membaca
soalan yang diminta oleh guru dan menceritakan
Berpandu, iaitu:
semula apa yang dibaca kepada rakan atau
sebelum membaca, semasa
kumpulan.
membaca, dan selepas Pelajar diminta untuk memberi respons atau
membaca. menambah butiran.
Kembali ke teks untuk mencari jawapan kepada
soalan.
Guru menilai pemahaman pelajar.
Guru mengembangkan aktiviti bacaan dengan
menyediakan aktiviti tambahan untuk murid
melanjutkan pembelajaran tentang bahan bacaan
seperti menulis, melukis, dan sebagainya.
SQ3R
SQ3R ialah bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941)dan
dikembangkan kepada SQ4R pada tahun 1972.SQ3R ialah teknik membaca
perlahan yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang
BACAAN
terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan.
BERPANDU

-
Tujuan KWLH :
KWLH Pelajar dapat mengaitkan
KWLH (Know, Want, Learned, pengetahuan sedia ada dengan bahan
How) atau teks yang beri untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Membaca KWLH adalah
Pelajar sendiri dapat menentukan
singkatan bagi yang berikut;
apa yang diperoleh daripada bahan
K (know)
atau teks yang sediakan dalam proses
Apa yang telah diketahui pengajaran dan pembelajaran.
(sebelum membaca) Pelajar dapat menentukan maklumat
W (want) tambahan yang perlu dicari daripada
Apa yang hendak diketahui sumber lain, selain sumber yang telah
(sebelum membaca) sediakan.
L (learned) Pelajar dapat mengetahui apa yang
Apa yang telah diketahui diperoleh daripada bahan yang
(selepas membaca) sedang berikan.
H (how)
Bagaimana untuk mendapat
maklumat tambahan yang
berkaitan (untuk membaca
seterusnya)

Teknik membaca KWLH menerangkan bahawa murid perlu:


Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat
pembacaan seterusnya)

Teknik ini membolehkan murid:


Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan
maklumat tambahan

Langkah Pelaksanaan KWLH


Catat maklumat dalam lajur K carta KWLH berdasarkan tajuk, subtajuk dalam teks.
Bina soalan mengenai maklumat yang ingin diketahui tentang tajuk tersebut dalam
lajur W .
Murid melakukan pembacaan. Semasa dan selepas membaca teks, murid mengisi
lajur L untuk menjawab soalan yang tersenarai dalam lajur W.
*Tidak semua jawapan bagi soalan dalam lajur W terdapat dalam teks.
Catat maklumat yang tidak terjawab dalam Lajur H. Murid merujuk bacaan
tambahan daripada sumber lain untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan
yang belum terjawab

Contoh BorangKWLH
CHATT
CHATT adalah singkatan bagi yang berikut:

C: Circle (Bulatkan kata kunci)


H: Highlight (Serlah atau garisi idea penting)
A: Asterisk (Tandakan asterik* pada isi sampingan/sokongan)
T: Transfer (Pindahkan maklumat dalam borang CHATT)
T: Teacher (Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam
borang CHATT)

Contoh Borang CHATT

Anda mungkin juga menyukai