Aqidah Mantap
Aqidah Mantap
Aqidah Mantap
Teruk betul masalah akhlak masa kini. Tapi… bagaimana aqidah mereka?
Mari kita singkap satu per satu permasalahan ini melalui tajuk perbincangan kita hari ni iaitu “Aqidah
Mantap, Lestari Sahsiah"
Bismillahirrahman nirrahim
Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan…..izinkan saya (nama)
mendefinisikan tajuk ideology saya ini….
“Akidah mantap” bermaksud kepercyaan dan keyakinan yang betul dan sahih serta tidak goyang dan
stabil yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan rasul.
“Lestari Sahsiah” pula bermaksud keperibadian atau personaliti yang kekal dan tetap serta tidak
berubah-ubah.
Dengan ini “Aqidah Mantap, Lestari Sahsiah” boleh diterjemahkan sebagai Pegangan agama yang
kuat dapat melahirkan seseorang yang berbudi pekerti yang terpuji dan berakhlak mulia.
Terdapat 3 contoh amalan pemantapan aqidah yang boleh dilakukan untuk membentuk sahsiah
terpuji.
Yang pertama ialah melalui amalan solat. Solat dari segi bahasa ialah doa. Manakala dari segi istilah
ialah ucapan dan perbutan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Pengamalan
solat dalam kehidupan seharian dapat menjadi benteng dan membentuk sahsiah terpuji. Apabila
seseorang individu itu menjaga solatnya, maka imannya dijaga. Dengan iman, mereka dapat
membezakan hala dan haram. Apabila kesedaran seperti ini tertanam dalam diri, ia menjadi benteng
dalam kehidupan seharian dan dapat membentuk sahsiah terpuji. Ini bertepatan dengan ayat al-
Quran yang berbunyi dari surah Al -Ankabut : 45
Amalan kedua dalam perbincangan ini adalah dengan pembaacaan Al-quran. Al-quran merupakan
panduan dan petunjuk kepada manusia. Melalui amalan membaca al-quran ia mampu menjadi
inspirasi dan penyuntik dalam membentuk sahsiah mulia. Dengan amalan membaca Al-quran serta
memahami terjemahannya, kita boleh mengambil banyak iktibar tentang kejadian yang telah
berlaku terhadap umat terdahulu. Seperti kisah Firaun yang ditenggelamkan oleh ALLAH di Laut
Merah kerana kesombongannya. Kisah ini dirakamkan di dalam Al-quran Surah Yunus Ayat: 90-92
Ertinya :
Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya,
dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam
berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang
dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
(10:90)
Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari
dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan
kerosakan?. (10:91)
Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak
ernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya
mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada
(memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". (10:92)
Terakhir sekali adalah Amalan Husnuzon terhadap ALLAH iaitu bersangka baik terhadap Allah. Ini
bertepatan dengan kisah Nabi Nuh yang masih berdakwah selama 950 tahun namun hanya segelintir
umat Islam yang mengikut ajarannya. Namun nabi Nuh tetap meneruskan dakwah baginda dengan
sentiasa bersangka baik dengan setiap ketentuan Allah. Berdasarkan kisah tadi, amalan Husnuzon
terhadap ALLAH ini dapat membentuk sifat sabar, tawakal dan redha atas perancangan dan
ketentuan ALLAH. Ia dapat membentuk personaliti yang sentiasa positif terhadap apa jua keadaan
yang berlaku sesungguhnya ALLAH itu sebaik-baik perancang sesuai dengan firman ALLAH dalam
surah Al-Imran Ayat: 54
Dan mereka (orang-orang kafir) membuat tipu daya, maka Allah pun membalas tipu daya. Dan Allah
sebaik-sebaik pembalas tipu daya.
Kesimpulannya sekali lagi ingin saya menegaskan bahawa sekiranya kita mempunyai akidah yang
mantap dan sahsiah yang terpuji pastinya kita akan menjalani kehidupan yang lebih tenang dan baik.
Kita tidak akan mudah terpedaya dengan anasir-anasir luar yang memesongkan.
علَيْك ِْم َو َر ْح َمةِ للاِِ َوبَ َركَاته َّ َوبِاللِِ التَّ ْوفِيْقِ وال ِهدَايَةِ َِو ال
َ ِسالَم