Kertas Kerja Kem Bestari Solat Fasa 2

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN POS PIAH 31100 SUNGAI SIPUT (U)

KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT


FASA 2

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DI BAWAH PROGRAM j-QAF
SESI 2023 / 1445 H

TARIKH :
21 OKTOBER 2023 (SABTU)

TEMPAT :
SURAU AS-SHAFIE
SEKOLAH KEBANGSAAN POS PIAH 31100 SUNGAI SIPUT (U)

TEMA :
“IBADAH CEMERLANG PELAJAR GEMILANG”
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi
murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek
solat di kalangan pelajar. Pelaksanaan seawal umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan
dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10 tahun adalah sebagai
latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid.

2.0 MATLAMAT
2.1 Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun
1,2,3,4,5 dan 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam
kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan
dan penghayatan solat.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul
berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3.2 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat
dengan betul dan lancar.
3.3 Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah.
3.4 Murid dapat melafaz Azan dan Iqamah dengan betul.
3.5 Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai
ibadat yang wajib dalam kehidupan harian.
3.6 Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama
ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah.

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1 Semua pelajar tahun 1,2,3,4,5 dan 6 yang beragama Islam.
5.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEM BESTARI SOLAT 2023

Penasihat : Encik Khairul Anuar bin Yoep Ahmad ( Guru Besar )

Pen. Penasihat 1 : Encik Zukhiri bin Mohd Yusoff (PK Pentadbiran)

Pen. Penasihat 2 : Encik Mohd Yunos bin Chulan ( PK Hal Ehwal Murid )

Pen. Penasihat 3 : Encik Halilur Rahman bin Sahul Hameed ( PK Kokurikulum )

Pengerusi : Ustaz Mohd Jamil bin Ismail


Setiausaha : Ustaz Mujahid Nur Khair bin Ahmad Shukri
Penyelaras Program : Ustaz Iskandar Zulkarnain bin Mohd Zaini

FASILITATOR

1. Ustaz Iskandar Zulkarnain Bin Mohd Zaini


2. Ustaz Mohd Jamil bin Ismail
3. Ustaz Mujahid Nur Khair bin Ahmad Shukri
6.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 : Pendaftaran peserta

8.30 : Ucapan Guru Besar (Perasmian Pembukaan)


: Taklimat dan riadah kepada peserta kem

9.45 : Penerangan umum


i. Teori wuduk
ii. Bacaan dalam solat

10.15 : LDK 1 : Wuduk dan bacaan niat

11.45 : REHAT

12.00 : LDK 2 : Bacaan dalam solat

12.30 : AMALI : Perlakuan wuduk dan solat

1.30 : Solat Zohor berjemaah


: Penyampaian hadiah
: Bersurai

7.0 KEWANGAN

7.1 Peruntukan kewangan kerajaan RM 98.00

*Anggaran perbelanjaan sila lihat lampiran A

8.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Diharapkan juga program ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang
telah ditetapkan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa warga pendidik
yang terlibat.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… .........................................
(MUJAHID NUR KHAIR BIN AHMAD SHUKRI) (MOHD JAMIL BIN ISMAIL)
Setiausaha KBS Ketua Panitia Agama Islam
SK POS PIAH SK POS PIAH

Disahkan oleh,

....................................................
(ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN YOEP AHMAD)
GURU BESAR
SK POS PIAH
LAMPIRAN A

SEKOLAH KEBANGSAAN POS PIAH


ANGGARAN BELANJA MENGURUS

Tahun 2023

PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT

ANGGARAN PERUNTUKAN : RM 98.00

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)

1. Bahan cetakan 4 bundle A4 x RM 10 = RM 40.00

2. Hadiah = RM 58.00
JUMLAH RM 98.00

Anda mungkin juga menyukai