Teks Pengacara Majlis Pelancaran Nilam 2024-2025

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & PELANTIKAN WARTAWAN CILIK TVPSS


PERINGKAT SEKOLAH bagi Sesi Akademik 2024/2025

KATA ALU-ALUAN Assalaamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh dan salam sejahtera,


Ke Pekan Kuala membeli bingka,
(SHA) Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bunga tanjung di tengah pekan,


Tiupan bayu mencelah suria,
kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.

-Yang Berusaha, En. Rostam bin Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri
Duyong.
-Yang dihormati, Pn. Zurina binti Meri, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
-Yang dihormati, Pn. Hasni binti Karim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
-Yang Dihormati, En. Azrul bin Ali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

-Barisan Guru dan anak-anak didik yang dikasihi sekalian

Salam Malaysia MADANI


Salam Melaka Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia,
Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Mendidik daripada hati,
dengan penuh integriti.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah Rahmat serta


perkenanNya, kita dapat Bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi
memeriahkan

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & PELANTIKAN WARTAWAN


PERINGKAT SEKOLAH bagi sesi akademik 2024-2025

Hadirin yang dimuliakan,

Program NILAM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang


bermatlamatkan pembinaan tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah
rendah sehingga ke sekolah menengah.

Manakala matlamat TVPSS diwujudkan di sekolah pula adalah bagi memupuk,


mengasah dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang kewartawanan.
Selain sebagai pendedahan awal dalam kerjaya di masa hadapan untuk murid-
murid khususnya di SK Seri Duyong.

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


(AMIRAFAZIRA) Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan


munajat kepada Allah, semoga majlis ini berjalan dengan sempurna hingga ke
akhirnya.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Muhammad


Firdaus bin Abu Bakar untuk menerajui bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

(Bacaan Doa)
--------
Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa sebentar tadi, diperkenankan
Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Firdaus.

NYANYIAN LAGU- Hadirin sekalian,


LAGU PATRIOTIK
Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan 3 buah lagu iaitu
(AMIRAFAZIRA) NEGARAKU
MELAKA MAJU JAYA
DAN LAGU SEKOLAH: BACALAH

Para hadirin diminta berdiri.

UCAPAN Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya menjemput Pn, Fadillah
PENYELARAS NILAM Binti Yusuf untuk memberi ucapan selaku Penyelaras Program Nilam.

(SHA) Dipersilakan

-----------

Terima kasih Puan Fadillah binti Yusuf atas ucapan itu tadi.

UCAPAN Sudilah tuan jalan berlapan


PERASMIAN Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
(AMIRAFAZIRA) Kata perasmian pemanis kalam

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Iaitu Perasmian …

PROGRAM NILAM & PELANTIKAN WARTAWAN CILIK TVPSS PERINGKAT


SEKOLAH bagi sesi akademik 2024-2025

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha En. Rostam bin Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Duyong
untuk merasmikan

PELANCARAN PROGRAM NILAM & PELANTIKAN WARTAWAN CILIK TVPSS


PERINGKAT SEKOLAH bagi sesi akademik 2024-2025

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


-----------------------

Terima kasih En. Rostam Bin Jalil atas kesudian tuan merasmikan Program Nilam
pada hari ini.

GIMIK Seterusnya, Tuan guru besar diminta terus berada di pentas. Dijemput barisan
PELANCARAN pentadbir mengiringi tuan perasmi bagi menyempurnakan Gimik….
(SHA)
PELANCARAN PROGRAM NILAM & PELANTIKAN WARTAWAN CILIK TVPSS
PERINGKAT SEKOLAH bagi sesi akademik 2024-2025 pada hari ini.

Untuk itu Guru Besar dan para pentadbir dikehendaki untuk mengimbas kad PSS
pada mesin pengimbas yang telah disediakan. Dalam kiraan 3…. 1….2….3…..

---------------------

Berikan tepukan yang gemuruh atas Gimik Pelancaran itu tadi.

-----------------------

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir.

-----------------------

Untuk makluman semua, Guru-guru dan murid-murid perlu mengimbas kad PSS
untuk masuk ke perpustakaan. Pengawas PSS atau guru perpustakaan akan
membantu mendapatkan kad tersebut. Selepas itu, kad akan disimpan dikaunter
pendaftaran.

NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian, Sempurnalah sudah Pelancaran Program kita pada hari ini.
NILAM Seterusnya mari kita saksikan persembahan pengawas-pengawas Pusat Sumber
(KOIR PENGAWAS Sekolah. Oleh itu, mari sama-sama kita mengalunkan lagu tema Program NILAM.
PSS)
Dipersilakan
(AMIRAFAZIRA) --------------------

Terima kasih atas persembahan koir yang sungguh bersemangat itu tadi.
PELANTIKAN Baiklah. Acara seterusnya adalah Pelantikan Wartawan Cilik TVPSS.
WARTAWAN CILIK
Seramai 4 orang Wartawan Cilik baru dan 4 orang wartawan yang telah dilantik
(SHA) bagi menjalankan tugas sebagai wartawan sekolah.

Dengan itu, majlis sekali lagi mempersilakan, Yang Berusaha, En. Rostam bin
Jalil tampil menyampaikan Watikah Pelantikan kepada Wartawan Cilik ini.
Dipersilakan.

(Senarai nama Wartawan Cilik)

---------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Encik Rostam bin Jalil atas kesudian
menyampaikan watikah itu tadi dan Tahniah kepada Para Wartawan Cilik yang
telah dilantik.

PENYERAHAN Sebagai makluman, bagi mendukung PROGRAM NILAM, Pusat Sumber Sekolah
POSTER telah menyediakan 62 KIT NILAM untuk kegunaan murid di dalam kelas.
PENARAFAN
BINTANG NILAM Pelbagai aktiviti juga telah dirancang untuk murid sepanjang tahun. Selain itu,
pihak Pusat Sumber Sekolah telah menyediakan poster penarafan BINTANG
(AMIRAFAZIRA) nilam serta file rekod aktiviti Nilam untuk setiap kelas bagi memberikan galakan
kepada murid-murid untuk membaca.

Untuk itu, pihak majlis mempersilakan Yang Berusaha, En. Rostam bin Jalil
menyampaikan POSTER PENARAFAN BINTANG NILAM kepada para
penyelaras aliran.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penyelaras Aliran
TAHUN 1, TAHUN 2, TAHUN 3, TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6

-----------------------

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada En. Rostam bin Jalil atas
penyempurnaan majlis pada hari ini.

PENUTUP Hadirin sekalian,

(SHA) Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,


Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan kami mengundur diri

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan
majlis kita pada hari ini. Semoga berjumpa di lain kali.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatulahhi


wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai