Kertas Penerangan: (Information Sheet)

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 12

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
PROGRAM’ S CODE AND Z-009-3:2015 KEBOLEHAN TERAS
NAME

TAHAP / LEVEL TIGA (3)


NO. DAN TAJUK
KEBOLEHAN TERAS /
CORE ABILITY NO. AND CA05 KEMAHIRAN PENTADBIRAN
TITLE

NO. DAN PENYATAAN 05.01 PAMERKAN KESEDARAN PENGGUNAAN ASET


KEBOLEHAN / KERJA
05.02 RUNDINGKAN PENERIMAAN DAN SERAHAN
ABILITY NO. AND
PRODUK/SERVIS
STATEMENT 05.03 LAKSANAKAN AMALAN SUMBER TENAGA KERJA

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD /CODE NO. Z-009-3:2015–M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

TAJUK/TITLE : KESEDARAN PENGGUNAAN ASET KERJA

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis aset,


penempatan sumber dan pelaksanaan pelan kerja.

1
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

PENERANGAN/INFORMATION :

1. Jenis Aset

Aset adalah sumber yang dikawal oleh entiti atas kesan peristiwa lalu dan manfaat
ekonomi pada masa akan datang yang dijangka akan mengalir kepada entiti tersebut
(Rangka kerja IASB). Dalam erti kata yang mudah, aset adalah sesuatu yang dimiliki
atau dikawal oleh perniagaan untuk mendapat manfaat daripada penggunaannya. Ia
mungkin sesuatu yang secara langsung menghasilkan pendapatan untuk entiti
tersebut (contoh: mesin, inventori) atau sesuatu yang dapat menyokong operasi
utama organisasi (contoh: bangunan pejabat).

1.1 Klasifikasi
Aset boleh dikelaskan kepada Aset Semasa dan Aset Tetap. Perbezaan dibuat
berdasarkan kecairan dan tempoh masa manfaat ekonomi daripadanya diterima
oleh entiti tersebut.
i. Aset Semasa adalah aset sama ada tunai atau sumber yang dijangka
diubah kepada tunai dalam masa satu tahun.
ii. Aset Tetap adalah aset yang dibeli untuk kegunaan jangkamasa panjang
dan tidak dijangka diubah kepada tunai dalam masa singkat seperti tanah,
bangunan, dan peralatan.

1.2 Jenis dan Contoh


Berikut adalah jenis-jenis aset dan klasifikasi serta faedah-faedah ekonomi yang
diperoleh daripada aset tersebut.

Aset Klasifikasi Faedah Ekonomi

Mesin Aset Tetap Digunakan untuk pengeluaran


barang-barang untuk dijual kepada
pelanggan.

Bangunan Pejabat Aset Tetap Tempat untuk pengurusan hal-ehwal


syarikat.

2
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

Aset Klasifikasi Faedah Ekonomi

Untuk kegunaan harian dan


Kenderaan Aset Tetap
pengangkutan produk syarikat.

Tunai dijana daripada penjualan


Inventori Aset Semasa
inventori.
Tunai Aset Semasa Tunai
Membawa kepada kemasukan aliran
Penghutang Aset Semasa
tunai.

1.3 Aset kerja


Dalam organisasi, pekerja atau kakitangan merupakan aset paling berharga
kepada organisasi. Sumber manusia ini adalah suatu komponen yang penting
kerana menjadi pelaksana utama aktiviti pengurusan dan operasi dalam
organisasi tersebut. Aset-aset yang lain seperti wang tunai, mesin, modal dan
sebagainya, tidak dapat berjalan dengan baik tanpa campur tangan daripada
sumber manusia.

2. Prosedur Penempatan Sumber

Sokongan proaktif strategi kerja dan pengurusan oleh eksekutif bahagian sumber
manusia amat penting. Sokongan ini mustahak kepada kejayaan organisasi dalam
perancangan strategik dan proses penempatan sumber tersebut. Penempatan
strategik bagi sumber adalah integrasi penuh dan penjajaran semua strategi syarikat,
matlamat dan fungsi. Penyelidikan dan pembangunan, pengilangan, sumber
manusia, kewangan, pemasaran, kualiti, dan matlamat perkhidmatan pelanggan akan
dimasukkan ke dalam satu penyatuan visi, misi dan strategi utama. Semua yang
terbabit dalam organisasi bergerak sehala dan mereka boleh menjangkakan bentuk
sumbangan yang mereka boleh berikan dan bagaimana ia akan diukur.

Kejayaan gabungan bahagian sumber manusia dengan proses penempatan strategik


sumber akan:
i. Mengurangkan kos operasi
ii. Meningkatkan kepuasan pelanggan dan nilai pemilikan saham
3
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

iii. Mewujudkan satu sistem kerja yang responsif, fleksibel dan berdisiplin
iv. Menggalakkan kerjasama antara jabatan
v. Menghasilkan peluang-peluang perintisan dalam prosedur operasi
vi. Memberi kuasa kepada pengurus dan kakitangan untuk menyelesaikan kerja.
vii. Menyingkirkan pembaziran usaha-usaha ke atas inisiatif dan projek yang
bukan dalam perancangan strategik
viii. Mengelakkan konflik dalam rancangan-rancangan untuk teknologi, pembuatan
dan pemasaran
ix. Fokus sumber-sumber ke arah mencapai matlamat kewangan.

2.1 Langkah melaksanakan strategi


9 langkah-langkah untuk melaksanakan strategi ke dalam budaya dan operasi
penuh sesebuah organisasi. Bahagian sumber manusia perlu laksanakan semua
langkah-langkah tersebut sebagaimana yang telah digariskan.

i. Mewujudkan visi
Penempatan strategik bermula dengan fokus terhadap pelanggan. Visi yang
sama menjelaskan faedah yang boleh jangka oleh pelanggan, pekerja,
pemegang saham, atau masyarakat daripada sesebuah organisasi. Jika ada
persetujuan mengenai hala tuju keseluruhan, cara-cara untuk mencapainya
boleh fleksibel. Bahagian sumber manusia perlu mengambil bahagian dengan
menyediakan maklumat mengenai kebolehan organisasi menyampaikan visi.

ii. Persetujuan terhadap Misi


Kekeliruan sering berlaku terhadap visi. Penyataan Misi menerangkan jenis
kerja yang dilaksanakan dan tujuan organisasi ditubuhkan. Bahagian sumber
manusia boleh memainkan peranan utama dalam menentukan sama ada
budaya organisasi berkenaan menyokong misi tersebut.

iii. Membangunkan Strategi Utama


Langkah pertama dalam menukarkan visi kepada rancangan yang boleh
dicapai ialah pembangunan empat atau lima strategi yang menyumbang
kepada keseluruhan visi. Mendapatkan, mengesahkan dan menilai data dalam
lima bidang: kesetiaan dan kepuasan pelanggan , kos kualiti yang rendah,
budaya syarikat dan kepuasan kakitangan, proses kerja-kerja dalaman

4
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

termasuk pembekal, dan penanda aras berdaya saing . Bahagian sumber


manusia bertanggungjawab ke atas strategi-strategi pekerja untuk
membolehkan visi dicapai dengan memastikan budaya penerapan tersedia.

iv. Membangunkan Matlamat Strategik


Khusus, boleh diukur dan dalam masa yang ditetapkan - biasanya 1 - 2 tahun.
Tujuh kawasan mesti diteliti: prestasi produk, prestasi daya saing, peningkatan
kualiti, kos terhadap kualiti yang rendah, prestasi proses kerja, kepuasan dan
kesetiaan pelanggan, dan pengekalan kakitangan. Bahagian sumber manusia
bertanggung jawab untuk menentukan pendidikan, matlamat prestasi dan
pengekalan kakitangan untuk membolehkan strategi lain disempurnakan.

v. Mewujudkan Nilai-Nilai
Nilai-nilai adalah pegangan dan kepercayaan sesebuah organisasi, disokong
oleh tindakan dan perbuatan pihak pengurusan. Latihan dan komunikasi
mengenai nilai-nilai murni untuk semua kakitangan adalah satu keperluan
asas. Ini adalah salah satu misi bahagian sumber manusia yang paling kritikal
dalam pembangunan strategik. Bahagian sumber manusia boleh membuat
penilaian ke atas nilai-nilai dan menyelaraskan pekerja ke dalam sistem nilai.

vi. Mengkomunikasi Dasar Syarikat


Pengisytiharan dasar sebagai panduan kepada tindakan pengurusan adalah
perlu semasa perubahan, dan hasil daripada pertimbangan menyeluruh oleh
pengurusan dengan kelulusan pada peringkat tertinggi. Terdapat satu lonjakan
dalam penerbitan dasar-dasar yang berdasarkan kualiti dan fokus pelanggan.
Komunikasi dengan kakitangan adalah satu komponen bahagian sumber
manusaia. Bahagian sumber manusia perlu mencari jalan secara pantas
dalam menapis maklumat daripada pekerja dan menyediakan pihak
pengurusan dengan gambaran perasaan dan idea-idea mereka.

vii. Kepimpinan Pihak Pengurusan Atasan


Satu langkah asas dalam mewujudkan mana-mana pelan strategik adalah
penyertaan pengurusan kanan yang bertindak sebagai badan eksekutif. Badan
ini bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan strategik kerja dan
memantau petunjuk prestasi utama. Eksekutif sumber manusia dan yang

5
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

berkaitan seharusnya tidak hanya mendapatkan pekerja untuk bersedia.


Mereka patut hadir di mesyuarat strategik yang penting untuk memastikan
keseimbangan antara projek-projek teknologi dan projek-projek kebudayaan.

viii.Penerapan Matlamat
Penerapan matlamat jangka panjang dan jangka pendek adalah pertukaran
kepada rancangan operasi dan projek - mensubbahagi matlamat dan
mengagih matlamat kecil dengan memberi perhatian teliti terhadap butiran,
peserta, jadual, dan pencapaian. Projek boleh berdasarkan pendekatan yang
digunakan untuk metodologi kualiti yang dipanggil Enam Sigma untuk
mengurangkan kos, bahan buangan, atau pembangunan prestasi proses dan
produk. Sumber manusia juga harus menyediakan proses dan kakitangan
mereka sendiri untuk memenuhi strategi dan matlamat baharu.

ix. Semakan Kemajuan


Satu semakan rasmi akan meningkatkan kebarangkalian bagi organisasi untuk
mencapai matlamat. Organisasi harus melihat jurang antara pengukuran
keadaan semasa dan keadaan sasaran. Alat asas yang penting bagi pihak
pengurusan adalah audit atau penyemakan bebas ke atas prestasi. Pihak
pengurusan mesti mengesahkan bahawa sistem yang digunakan tersedia,
beroperasi dengan betul, dan keputusan yang diingini dicapai. Sumber
manusia perlu membuat tindakan susulan setiap tahun untuk menilai
keberkesanan rancangan.

2.2 Faedah melaksanakan penempatan sumber


Antara faedah melaksanakan penempatan sumber aset adalah:
i. Matlamat menjadi jelas - hilang kekaburan. Sumber manusia dilihat
sebagai satu sumber nilai tambah .
ii. Merancang membuat matlamat boleh dicapai. Perancangan boleh
mengurangkan keperluan untuk pengambilan kakitangan.
iii. Mengawal proses untuk memastikan matlamat boleh dicapai.
iv. Mengurangkan pembaziran kronik.

6
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

3. Pelaksanaan Pelan Kerja

Proses pelaksanaan pelan kerja memastikan aktiviti kerja-kerja yang dirancang


dijalankan dengan cara efektif dan cekap disamping memastikan pengukuran
terhadap kerja-kerja pelan, spesifikasi, dan konsep kebolehlaksanaan kerja-kerja asal
terus dikumpul, dianalisis dan digunakan sepanjang kitaran hayat kerja. Tanpa proses
pelaksanaan kerja-kerja yang ditetapkan setiap pasukan kerja akan melaksanakan
kerja-kerja yang menggunakan amalan terbaik mereka sendiri, pengalaman, dan
kaedah-kaedah; membenarkan kawalan tertentu, pengesanan dan tindakan
pembetulan patut di lepaskan.

Pengenalan Perancangan

Pelaksanaan Pengawalan

Penutup

Rajah I: Struktur Pelaksanaan Pelan Kerja

Pelaksanaan kerja bergantung kepada rancangan yang dibangunkan semasa fasa


perancangan. Banyak kerja perlu dibuat dalam tempoh Fasa Pelaksanaan kerja. Oleh
itu mencari jalan untuk menangani risiko, menukar permintaan, latihan dan isu-isu
sumber, dan halangan-halangan lain semasa fasa ini untuk bergerak adalah tidak
praktikal dan tidak diingini.

Melaksanakan tugasan
yang diberi

Fasa Pelaksanaan
Memantau dan
mengawal pelaksanaan

Rajah 2: Fasa Pelaksanaan

7
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

Sokongan dan pemantauan Pengurus Kerja ke atas pelaksanaan pelan kerja lain
yang penting seperti Pelan Komunikasi, Pelan Risiko dan Pelan Perolehan melalui
pergaulan seharian dengan pasukan kerja dan pihak berkepentingan adalah penting.

3.1 Perancangan untuk Pelaksanaan Pelan Kerja


Pihak pengurusan lebih terlibat dan teruja dalam fasa ini untuk melihat perkara-
yang dihasilkan. Persediaan untuk memulakan kerja-kerja pelan kerja melibatkan
tugasan berikut:
i. Memberi tugasan kepada kakitangan
Mengesahkan individu yang akan melaksanakan kerja-kerja pelan kerja, dan
berunding persetujuan dengan mereka dan Pengurus mereka untuk
memastikan mereka boleh bekerja dalam pasukan kerja.
ii. Memperkenalkan ahli-ahli pasukan kepada ahli-ahli yang lain dan kepada
tugasan.
Membantu kakitangan untuk membangunkan hubungan interpersonal antara
satu sama lain. Membantu mereka untuk menghayati matlamat keseluruhan
tugasan dan bagaimana bahagian yang berbeza akan berinteraksi dan
menyokong antara satu sama lain.
iii. Memberikan dan menjelaskan tugasan kepada setiap ahli pasukan.
Menerangkan kepada semua ahli-ahli pasukan kerja tugasan masing-
masing dan bagaimana menyelaraskan usaha-usaha mereka.
iv. Mentakrifkan bagaimana pasukan ini menjalankan fungsi pentingnya.
Tentukan bagaimana pasukan ini kendalikan komunikasi rutin, membuat
keputusan kerja yang berbeza dan menyelesaikan konflik. Bangunkan
prosedur-prosedur yang memerlukan bimbingan pelaksanaan fungsi-fungsi
tersebut
v. Menubuhkan sistem pengesan yang perlu.
Tentukan dan tetapkan elemen yang digunakan untuk mengesan jadual,
usaha-usaha kerja, dan perbelanjaan.
vi. Umumkan pelan kerja kepada organisasi.
Maklumkan kepada kakitangan kewujudan pelan kerja, apa yang ia akan
hasilkan, dan bila ia akan bermula dan berakhir.

8
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

3.2 Membuat Pelaksanaan yang Efektif


Tiga keputusan yang anda boleh buat sebagai seorang pemimpin untuk
memastikan keberkesanan pelaksanaan pelan kerja adalah mengetahui hasil
daripada pelaksanaan pelan kerja tersebut, kenal kakitangan yang terlibat dalam
pelan kerja dan mewujudkan garis masa pelaksanaan langkah-langkah untuk
mencapai matlamat yang jelas.

i. Mengetahui hasil kerja


Wawasan disampaikan kepada ahli-ahli pasukan supaya mereka tahu arah
tuju pada akhir tugasan. Sentiasa berkomunikasi mengenai wawasan ini dan
pastikan ahli pasukan menjadikan ia sebagai sandaran.

Berkeupayaan memberi bayangan visi dan membantu ahli pasukan tahu


rupa kejayaan yang dapat dicapai setelah semua tugasan selesai. Tidak
mempunyai visi atau sasaran yang jelas akan mengundang bencana.
Amatlah mengeciwakan jika mengikuti seseorang yang tak dapat
menerangkan dengan jelas arah tujuan yang mereka mahu anda turut.

ii. Mengenali Kakitangan Utama yang terlibat

Seorang pemimpin perlu tahu kakitangan utama yang terlibat dalam tugasan
dan tugas utama mereka. Ini kerana kepimpinan adalah satu proses yang
melibatkan kakitangan bawahan. Mengenali mereka akan dapat membantu
anda menentukan peranan mereka dalam mengurangkan potensi kekeliruan
dan kehilangan jam manusia semasa tugasan berjalan.

Tuliskan nama mereka yang terlibat dan peranan yang mereka akan pegang
dalam keseluruhan pelan tindakan anda. Kita bersemangat untuk bekerja,
tetapi dengan tujuan. Sebagai pemimpin, sebahagian daripada peranan
anda adalah mengariskasarkan peranan ahli pasukan dalam pelan kerja. Ini
membantu semua yang terlibat sentiasa bersikap bertanggungjawab dan
menyumbang kepada visi yang dikongsi.

iii. Buat Garis Masa Langkah yang boleh dilaksanakan


Tidak ada yang lebih penting daripada mengetahui apa yang paling penting
apabila kita memulakan tugasan. Garis masa bagi keutamaan langkah-
9
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

langkah yang boleh dilaksanakan selalunya dapat membezakan sama ada


sesuatu pelan itu berjaya atau gagal. Memecahkan kerja dalam bentuk yang
mudah diurus, langkah-langkah yang boleh dilaksanakan, akan membantu
anda membina hala tuju untuk berjaya dan membantu anda sentiasa berada
di landasan ke arah mencapai visi rangkuman yang diperlukan untuk
memastikan organisasi bergerak ke hadapan.

10
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

SOALAN / QUESTIONS:

1. Senaraikan dan jelaskan empat (4) jenis aset dengan contoh-contoh.


… .… … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … …
……………………………………………………………………………………………………….

2. Senaraikan dan jelaskan empat (4) fungsi-fungsi sumber manusia yang paling
berkesan.
… .… … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … …
……………………………………………………………………………………………………….

3. Nyatakan empat (4) faktor-faktor dan terangkan bagaimana merancang pelaksanaan


pelan kerja.
… .… … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … …
……………………………………………………………………………………………………….

4. Nyatakan tiga (3) faktor-faktor yang diperlukan untuk membuat pelaksanaan yang
efektif.
… .… … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … … …
……………………………………………………………………………………………………….

11
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M05/P(1/3)
Drpd / of : 12

Rujukan

1. Gopalaswamy Ramesh and Mahadevan Ramesh. (2010). The Ace of Soft Skills,
Attitude, Communication and Etiquette for Success. Dorling Kindersley Pvt Ltd.
ISBN: 978-81-317-3285-4.
2. Matthew McKay, Martha Davis and Patrick Fanning (2009), Messages: The
Communication Skills Book. New Harbinger Publications. ISBN-13 978-
1572245921
3. Eric Doughlas, (1998), Straight Talk: Turning Communications Upside Down for
Strategic Results at Work, Davies Black Publishing, ISBN-13 978-0891061175.
4. Karen Jacobs (2015). Managemenr and Administration for OTA : Leadership and
Application Skills. Slack Incorporated,1st Edition. ISBN-13 : 978-1630910655

12

Anda mungkin juga menyukai