Ulasan PT3

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

ULASAN

Keperluan jawapan:
1. Ulasan hendaklah mempunyai pendahuluan,
isi dan penutup.
2. Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi
tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya
dua isi tersurat dan dua isi tersirat)
3. Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam
arahan.

CONTOH SOALAN ULASAN


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya
antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Langkah-langkah

menulis

ulasan:

Kenal pasti isi tersurat dan isi tersirat yang terdapat dalam bahan
grafik yang diberi.

Isi tersurat

Isi tersirat

Menziarahi jiran tetangga.

Amalan menziarahi dapat


dilakukan tanpa mengira
masa, agama dan kaum.

Bertegur sapa dengan jiran

Masyarakat Malaysia
terkenal dengan sikap yang
ramah.

Menolong jiran yang ingin


berpindah

Kita dapat mewujudkan


masyarakat yang
bekerjasama pada setiap
masa.

Melawat jiran yang sakit

Sering bertanya
perkhabaran orang yang
berada di sekeliling kita.

Tulis ulasan seperti menulis karangan biasa :


Contoh jawapan :
Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita.
Amalan kejiranan perlu disuburkan demi menjamin
kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu
amalan kejiranan yang telah sebati dalam kehidupan
masyarakat Malaysia adalah amalan menziarahi jiran
tetangga. Amalan tersebut amat mudah dipraktikkan
kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan
kaum. Selain itu, masyarakat di negara ini juga sudah
terkenal dengan sikap peramah.
Oleh itu, amalan
bertegur sapa sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan
kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan
akan dihulur untuk bersalaman sambil bertanya khabar.
Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian
daripada rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan
hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.
(105 patah perkataan)

Keburukan Merokok
ISI TERSURAT

ISI TERSIRAT

Membahayakan kesihatan.

Kesihatan akan terjejas


kerana individu yang
menghisap rokok akan
menghisap asap.

Mendorong kepada
penagihan dadah.

Kandungan rokok akan


membuatkan individu
ketagih, lalu mendorong
mereka untuk mencuba
dadah.

Membazirkan wang.

Individu yang merokok


sanggup membeli rokok
walaupun harganya sangat
mahal.

Mencemarkan persekitaran.

Asap rokok boleh


mencemarkan persekitaran
dan puntung rokok yang
dibuang di merata-rata

KARANGAN

Kebaikan amalan gotongroyong


1. Mengindahkan tempat tinggal.
2. Menjauhi penyakit kerana kawasan bersih
dan peluh dapat dikeluarkan semasa
aktiviti gotong-royong dijalankan.
3. Memupuk perpaduan antara kaum.
4. Memupuk nilai murni dalam diri.
5. Menghidupkan semangat kejiranan.
6. Memudahkan kerja yang dilakukan.
7. Menjimatkan masa dan tenaga.

Usaha mengurangkan kemalangan


jalan raya
1. Memastikan kenderaan berada dalam keadaan
yang baik.
2. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya.
3. Mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan
raya.
4. Memperbaiki sikap pemandu.
5. Kerajaan perlu membina sistem jalan raya yang
selamat.
6. Pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan
undang-undang.
7. Peranan media massa untuk membuat iklan yang
bermutu.

Yang Tua Dihormati, Yang Muda


Disayangi
Di rumah
Peranan anak : Anak muda hendaklah menghormati insan yang lebih tua
daripada mereka, seperti ibu bapa, datuk, nenek, abang, kakak dan lainlain.
Peranan ibu bapa : Manakala orang tua atau ibu bapa hendaklah menjaga
kebajikan anak-anak meraka.
Di sekolah
Peranan murid : Menghormati pengetua, guru, kerani sekolah, tukang
cuci, pekerja asrama dan warden asrama sekiranya berada di asrama.
Peranan guru : Menjaga kebajikan murid di sekolah, mendidik murid agar
berjaya, dan menjadi pendengar kepada murid.
Dalam kehidupan bermasyarakat
Peranan orang muda : Membantu golongan yang kurang berkemampuan
melintas jalan, mengangkat barang, atau memberi tempat duduk dalam
pengankutan awam. Orang muda juga janganlah sombong dengan orang
tua.
Peranan orang tua : Menghormati orang muda dengan bertukar
senyuman dan jangan merendah-rendahkan orang muda di hadapan
orang lain.

Anda mungkin juga menyukai