Contoh Soalan Ulasan
Contoh Soalan Ulasan
Contoh Soalan Ulasan
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Keperluan jawapan:
1. Ulasan hendaklah mempunyai perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
2. Isi ulasan hendaklah terdiri daripada isi tersurat dan isi tersirat. (Sekurang-kurangnya dua isi
tersurat dan dua isi tersirat)
3. Patuhi jumlah perkataan yang diminta dalam arahan.
Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Amalan kejiranan perlu disuburkan demi
menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Salah satu amalan kejiranan yang telah sebati
dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat
mudah dipraktikkan kerana dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakat
di negara ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah. Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah menjadi
lumrah bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali, pasti tangan akan dihulur untuk
bersalaman sambil bertanya khabar.Konklusinya, amalan kejiranan yang menjadi sebahagian daripada
rutin harian rakyat Malaysia telah menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.