Nilai Nilai Tamadun India

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

NILAI- NILAI

• TAMADUN INDIA
Ajaran Bhagavadgita dan isi kandungan karya Tirukkural mengutarakan
nilai-nilai hidup yang penting.

• Segala perilaku manusia yang bercorak norma-norma hidup


diterangkan secara terperinci dalam teks-teks ini.

• Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk


membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan
sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat.

• Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-


unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma,
Ahimsa, Satya, dan Perpaduan.
DHARMA
• Konsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan
masyarakat.

• Dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana


sesuatu itu wujud atau berlaku).

• Dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi


menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa.

• Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang


mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan

• Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut


kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus
dilakukan walaupun ia tidak sempurna.
• Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan
dengan sesuatu kumpulan seperti vamadharma (bagi
vama),jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja)
dan stridharma (bagi isteri).
• Sadharna dharma menekankan sifat-sifat am seperti
kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda,
tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman,
kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah,
yang perlu ada bagi semua manusia.
KARMA
• Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan

tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam

kelahiran semula.

• Perbuatan yang baik membantu seseorang individu mengumpulkan punya karma

dan perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpul & npava karma.

• Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir

semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan

meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik.

• Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia

ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah

selesa.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• Iaitu kepercayaan kepada satu entiti yang
melampaui batasan pemikiran dan kesedaran
manusia yang merupakan asas sistem pemikiran
agama orang-orang Hindu.
• Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat
manakah konsep ketuhanan itu penting dengan
merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak
Zaman Vedik.
AHIMSA
• Ahimsa bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip

asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme.

• Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari


kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan
keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan.

• Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi


juga makhluk-makhluk lain.

• Dalam prinsip ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang,


simpati, betas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Sifat- sifat
ini haruslah diperkukuh supaya mengelakkan diri daripada melakukan
kekejaman atau melukakan hati orang lain.
SATYA (kebenaran)
• Iaitu undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir
duniawi dan terdapat dalam sifat semulajadi manusia.
• Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan
kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan
iaitu satya.
• Juga bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan,
tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti
mutlak atau Tuhan.
• Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan
ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya.
PERPADUAN
• Negara India mengandungi masyarakat daripada
pelbagai kaum dan agama, dan adalah penting kepada
kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan
keharmonian masyarakat.
• Sejarah India menggambarkan pemerintah- pemerintah
mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim dan
pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya.
SIFAT TOLERANSI TAMADUN INDIA
• Pandangan semesta organik ini mengalami perubahan
selepas kedatangan kuasa British ke India.
• Dasar pendidikan Inggeris dan usaha-usaha yang
dijalankan oleh mubaligh Kristian telah mempengaruhi
pemikiran dan perasaan orang India.
• Mereka mulai menyedari beberapa kelemahan dalam
masyarakat terutama dalam aspek sosial dan agama
lalu mengambil tindakan untuk memperbaharui
masyarakat.
• Masyarakat India beransur-ansur menerima pandangan
semesta atomistik yang mementingkan persamaan,
persetujuan dan keharmonian
• Pandangan semesta ini menyatakan dua benda
utk wujud bersama tidak boleh mempunyai
unsur-unsur kontradiksi.
• Penyebaran idea-idea baru seperti kebebasan,
persamaan, kesetiaan, keadilan, rasionaliti,
kebenaran dan kesedaran batin.
• Sifat toleransi menjadi intipati pandangan
semesta.

Anda mungkin juga menyukai