Etika Profesion Kaunseling

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 26

PRINSIP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING:

Etika dalam bimbingan dan kaunseling

Dr. Nabisah Ibrahim


Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Polisi dan Kerja Sosial
Kolej Sastera Dan Sains
Universiti Utara Malaysia
Definisi Etika

Menurut Shahidin (2015) :


■ Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus kepada
‘character’ ataupun perwatakan dan keperibadian.
■ Etika merupakan panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai
kaitan rapat dengan kehidupan.
Menurut Gladding (2000) dlm Asma’, Hayati, Sakinah & Mariyah (2013) :
■ Etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi
mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak sama ada
perlakuan ataupun nilai.
Menurut Mohd Nasir Omar (2010) dlm Asma’, Hayati, Sakinah & Mariyah (2013):
■ Etika adalah suatu penggubalan kod
atau peraturan moral yang baru untuk dijadikan panduan hidup oleh golongan manusia
tertentu.
Definisi Kod Etika

Menurut Gladding (2000) dlm Asma’, Hayati, Sakinah & Mariyah (2013) :
■ Satu set standard, atau piawaian dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah
organisasi bertujuan untuk memberi panduan kepada ahli mengenai tingkah
laku berinteraksi antara ahli dengan orang luar organisasi berkenaan.

Menurut Othman (2005) dlm Asma’, Hayati, Sakinah & Mariyah (2013) :
■ Kod etika juga boleh ditakrif sebagai tatasusila yang menentukan
peraturankawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli dalam
sesesuatu profession dan ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan
suatu praktis profesional.
Kepentingan etika kaunseling

■ Memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada


sebarang tindakan yang boleh menyebabkan “ public
condemnation”(penghinaan masyarakat).

■ Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan


yang tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.

■ Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri.

■ Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku


perkara-perkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor
itu sendiri.
Menurut Nikalila (Mac, 2012)

■ Dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan


(Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).
■ Dapat membantu seseorang kaunselor dapat menjalankan tugas dan peranan
mereka dengan lebih baik.
■ Untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang digariskan, jika
etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan
dapat dijalankan dengan cekap dan baik.
■ Menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion
kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will)
kepada mereka yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009).
■ Klien akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai nama baik
dan rekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling
mereka.
Fungsi kod etika
Menurut Mohd Rosli (Mei, 2015)

Pencegahan Dan Disiplin


Pedoman · Kod etika · Kod etika digunakan
menggariskan standard tingkah badan-badan professional
laku yang harus dipatuhi dan atau pihak tertentu
diamalkan sepenuhnya bagi (seperti Kerajaan) sebagai
menjaga kepentingan semua
pihak yang terlibat. Kod etika
asas untuk menyiasat
professional mengelaskan sebarang penyelewengan
pelbagai perkara yang boleh ahli-ahlinya.
dilakukan dan yang mana tidak
boleh dilakukan.
Mengelakkan Berlakunya
Konflik: Kod etika dapat
Memelihara Maruah Profesion: · Kod etika mengelakkan daripada berlakunya
memelihara maruah profesion dengan memberi konflik dan rasa tidak puas hati di
imej positif kerana setiap ahli terikat dengan satu kalangan ahli-ahli sesuatu
standard etika yang tinggi. Masyarakat lebih profesion atau pihak lain yang
yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat kod berkaitan. Jika seseorang ahli
etika yang menjelaskan tingkah laku yang boleh didakwa atau diragui oleh pihak
dilakukan dan tidak boleh dilakukan. tertentu tentang apa yang
dilakukan, maka dia boleh
menggunakan kod etika untuk
menyokong tindakannya. Iaitu,
meyakinkan yang terlibat bahawa
perkara yang telah dia lakukan
tidak salah disisi kod etika.
Tujuan Kod Etika ACA
Kod Etika ACA menekankan Enam (6) tujuan utama:

1. Untuk menetapkan kewajipan etika anggota ACA dan memberi


panduan bertujuan untuk memaklumkan etika amalan
kaunselor profesional

2. Mengenalpasti pertimbangan etika yang berkaitan dengan


kaunselor profesional dan kaunselor pelatih.
Samb:

3.Untuk membenarkan pertubuhan menjelaskan kepada ahli-ahli


terkini dan ahli akan datang dan juga mereka yang berkhidmat
kepada ahli tentang tanggungjawab-tanggungjawab yang beretika
dipegang oleh ahli-ahlnya.
4. Sebagai panduan etika yang direka untuk membantu ahli-ahli dalam
membina sebuah tingkah laku yang mengandungi perkhidmatan
terbaik, serta menetapkan jangkaan tingkah laku dengan penekanan
utama pada peranan kaunselor profesional
5. Digubal untuk membantu menyokong misi ACA, iaitu
meningkatkan kualiti kehidupan dalam masyarakat dengna
menggalakan pembanngunan kaunselor profesional, memajukan
profesion kaunseling, dan menggunakan profesion dan amalan
kaunseling bg menjamin kehormataan maruah manusia.

6. Untuk membentuk piawaian yang menjadikan asas untuk


memproses aduan dan menjawab setiap persoalan yang wujud
terhadap ahl-ahli ACA.
5 Tujuan utama kod etika Lembaga Kaunselor
Malaysia

1. Menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak


secara profesional. Dengan demikian, mereka dapat memberi perkhidmatan
kaunseling yang terbaik serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling
dengan cara terbaik.

2. Mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta


amalan-amalan yang terbaik.
3. Membolahkan lembaga Kaunselor menjelaskan tanggungjawab
etika semua kaunselor yang berdaftar dengan lembaga.

4. Memberi sokongan kepada misi lembaga.

5 Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai


etika yang ditujukan kepada kaunselor.
6 PRINSIP ETIKA DALAM KAUNSELING
(ACA, 2014)

■ BENEFICENCE
■ NON-MALEFICENCE
■ FIDELITY
■ AUTONOMY
■ JUSTICE
■ VERACITY
Prinsip- prinsip Etika
(Sapora & Hapsah, 2014)

Persetujuan
Prinsip Membuat
Termaklum
Prinsip Autonomi Kebajikan
(Informed
(Autonomy) (beneficence)
-Prinsip beneficence iaitu Consent)
-Prinsip ini melibatkan membuat kebaikan, -Prinsip ini menuntut agar
usaha seseorang bertindak seseorang yang
berasaskan niat melakukan
secara bebas berasaskan berkepentingan diberitahu
sesuatu dengan niat yang
nilai dan kata putusnya. tentang tujuan sesuatu
bersih dan hasrat yang
murni. perkara dijalankan
berkaitan dengan dirinya.
Ciri-ciri Etika Kaunseling

Menurut Melati, Ida, Norfaezah & Azmawaty (2014), terdapat


enam (6) ciri-ciri etika dalam kaunseling iaitu :

1. Kesukarelaan – Kaunselor perlu memastikan sama ada klien dipaksa atau


hadir secara sukarela ke sesi kaunseling.

- Ia penting bagi mewujudkan satu hubungan yang efektif


dan keterlibatan klien secara langsung dalam sesi
kaunseling.
2. Borang persetujuan – Kaunselor dapat memastikan klien bersetuju untuk
mendapatkan kaunseling dengan matlamat yang boleh

dicapai oleh klien itu sendiri.

- Tujuan menandatangani borang persetujuan itu adalah


untuk melindungi hak-hak dan kepentingan klien, dan
juga melindungi hak-hak dan profesion sebagai seorang
kaunselor sewaktu menjalankan tugas.
3. Kerahsiaan – Etika kaunseling menitikberatkan aspek kerahsiaan bagi

melindungi hak peribadi klien itu.

- Di Malaysia, aspek kerahsiaan yang dibolehkan bagi


kaunselor untuk melaporkan kepada pihak yang
bertanggungjawab dan berwajib sekiranya ia
melibatkan jenayah seksual kanak-kanak.
4. Pembuat keputusan – Proses kaunseling melibatkan kedua-dua kaunselor dan
klien untuk mencapai matlamat iaitu perkembangan positif dan
hubungan yang lebih baik dengan diri serta masyarakat sekeliling.

- Tugas kaunselor adalah untuk membantu klien sedar bahawa


mereka yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam
proses kaunseling dan kaunselor tidak meletakkan syarat
mahupun membimbing serta memberi nasihat kepada klien.

- Tujuan utama ialah supaya klien mendapat celik akal dan


memahami teknik-teknik serta mengenal pasti masalah dan
bagaimana untuk menanganinya secara efektif dan berkesan.
5. Sosio-budaya - Dalam konteks kaunseling, kaunselor dituntut agar sedar dan
peka terhadap nilai, pegangan serta aspek sosial dan budaya
klien tersebut.

- Kepekaan yang ada dalam diri kaunselor itu membolehkan


kaunselor memahami klien itu secara dekat dan secara tidak
langsung membolehkan klien berasa selesa dengan kaunselor
walaupun mereka adalah daripada kaum , bangsa dan latar
belakang agama yang berbeza.
6. Tempoh dan cara – Setiap kaunselor mempunyai rekod setiap klien yang melalui proses
penyimpanan kaunseling.
maklumat

- Sudah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk memastikan setiap


rekod klien disimpan di tempat selamat dan berkunci.

- Tempoh penyimpanan maklumat atau rekod klien juga perlu


dititikberatkan bagi memastikan rujukan pada masa hadapan boleh
dibuat dan pelupusan rekod yang lama juga perlu dilakukan
mengikut kaedah pelupusan yang dibenarkan.

- Mengikut standard pelaksanaan yang dilakukan di Jabatan


Kerajaan, pelupusan rekod hanya boleh dibuat selepas lima tahun
penyimpanan.
Kandungan Kod etika ACA dan Lembaga
Kaunselor Malaysia

ACA Lembaga kaunselor


Malaysia
Bahagian A: Hubungan Kaunseling Bahagian A: Perhubungan Kaunseling

Bahagian B: Kerahsiaan dan Privasi Bahagian B: Kerahsiaan, Mengutamakan


Komunikasi, dan Privasi.

Bahagian C: Tanggungjawab Profesional Bahagian C: Tanggungjawab Profesional.

Bahagian D: Hubungan Dengan Profesional Lain Bahagian D: Hubungan dengan Profesional Lain.
Bahagian E: Penilaian dan Tafsiran. Bahagian E: Penilaian, Penaksiran, dan
Pentafsiran.

Bahagian F: Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran. Bahagian F: Penyeliaan, Latihan dan Pengajaran.

Bahagian G: Penyelidikan dan Penerbitan. Bahagian G: Penyelidikan dan Penerbitan.

Bahagian H: Kaunseling jarak jauh, Teknologi Bahagian H: Menyelesaikan Isu-isu Etika.


dan Sosial media.

Bahagian I: Menyelesaikan Isu Etika.


RUJUKAN

1. Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell.
2. Gladding, S.T. (2000). Counseling : A comprehensive profession. New Jersey: Prentice Hall.
3. Haji Mohd. Shahidin Bin Tinik. (Februari, 2015). Etika kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling.
https://www.slideshare.net/mohdshahidintinik/etika-kaunselor-44917893.
4. Izaidah Ida. (Mac, 2014). Kod etika mengikut konteks.
https://prezi.com/yxisk9myx3gf/kod-etika-mengikut/
5. Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid dan Azmawaty Mohamad Nor.
(2014). Teori kaunseling dan psikoterapi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
6. Mohd Nasir Omar. (2010). Falsafah akhlak. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
7. Mohd Rosli. (Mei, 2015). Fungsi kod etika profesional. http://
mohdrosli91.blogspot.my/2015/05/fungsi-kod-etika-profesional.html
8. Nikalila. (Mac, 2012). Rasional mengapa etika profesional sangat ditekankan dalam
perkhidmatan kaunseling.
https://nikalila.wordpress.com/2012/03/26/rasional-mengapa-etika-profesional-sangat-ditekankan-
dalam-perkhidmatan-kaunseling-4
/
9. Niza Irah. (2015). Definisi kaunselor, syarat kelayakan dan bidang tugas kaunselor.
http://urdreamcareer.blogspot.my/2012/05/definisi-kaunselor-syarat-kelayakan-dan.html
10. Nurul Asma’ Binti Wahap, Nurul Hayati Binti Sabri, Sakinah Binti Mohammad &
Mariyah Binti Mohamad. (2013). Etika kaunseling islam. https://
www.academia.edu/5604528/Etika_Kaunseling.
11. Nota Kod Etika Kaunselor, Persatuan Kauseling Malaysia, semakan 2008.
12. Nota ACA Code Of Ethics, American Counseling Association,2005.
13. Othman Mohamed. (2005). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
14. Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2012). Lembaga Kaunselor Malaysia
15. Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling Individu.
Petaling Jaya: Prentice Hall.
16. Sapora Sipon dan Hapsah Yusof. (2014). Pengenalan kepada: Profesion kaunseling. Edisi
kedua. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai