Pergi ke kandungan

Honda CR-V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5314106 pada 03:57, 28 September 2021 oleh InternetArchiveBot (bincang | sumb.) (Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Honda CR-V
2018 Honda CR-V
Maklumat
PengilangHonda
Pengeluaran1996-sekarang
KelasSUV "crossover" padat
Gaya badanSUV 4 pintu
Reka letakEnjin hadapan melintang, pacuan roda hadapan / empat roda

Honda CR-V merupakan sebuah SUV "pindah silang" padat keluaran syarikat automotif Jepun Honda sejak tahun 1996. Ia direka bentuk berasaskan Honda Civic untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan produk SUV keluaran Honda. Terdapat percanggahan mengenai maksud "CR-V", dengan beberapa sumber Honda dari beberapa negara lain memberikan maksud berbeza. Misalnya, Honda UK mentakrifkan "CR-V" sebagai "Compact Recreational Vehicle" (Kenderaan Rekreasi Padat), manakala beberapa sumber rujukan Honda yang lain (termasuklah Buku Fakta Rasmi Honda CR-V Jepun[1] dan Honda Sedunia[2]) mentakrifkannya sebagai "Comfortable Runabout Vehicle" (Kenderaan Persiaran Selesa). Ia dikeluarkan dalam kedua-dua versi pacuan roda hadapan dan pacuan empat roda, tetapi kebanyakan negara hanya mengeluarkan versi pacuan empat roda

Sepintas lalu

[sunting | sunting sumber]

Diperkenalkan di Jepun pada tahun 1996, CR-V merupakan SUV pertama rekaan Honda dan asalnya bertujuan sebagai kenderaan niche sahaja. Honda pada awalnya keberatan untuk memasarkan kenderaan tersebut, memandangkan ramai yang merasakan kereta tersebut tidak berpotensi untuk dijual bersama-sama Honda Passport serta mengambil peranan sebagai SUV permulaan Honda. Di Amerika Syarikat, ia dipamerkan pertama kalinya semasa Pameran Kereta Chicago 1996. Penjualan kukuh oleh model pesaing Toyota RAV4 semasa pelancarannya menyebabkan model CR-V akhirnya dibawa masuk pada Februari 1997.

Generasi pertama (1996–2001)

[sunting | sunting sumber]
Generasi pertama
Honda CR-V (AS)
Pengeluaran1996—2001
PemasanganSwindon, England
Sayama, Jepun
Hsinchu, Taiwan
Enjin2.0 L B20B I4
2.0 L ' 'B20Z I4
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 4 kelajuan
Tapak roda2,620 mm (103 in)
Panjang4,510 mm (178 in)
Lebar1,750 mm (69 in)
Tinggi1,675 mm (65.9 in)
Muatan bahan api15.3 US gal (58 L; 13 imp gal)
BerkaitHonda Civic
Honda Integra
Honda HR-V

Model CR-V asal dikeluarkan dari tahun 1996 hingga 2001. Ia digerakkan oleh enjin 2.0 L 4 sebaris B20B yang menghasilkan 126 hp (94 kW) dan 133 lb·ft (180 N·m) kilasan. Dimensi luaran enjin ini hampir menyamai enjin Integra 1.8 L, tetapi enjin tersebut mempunyai lubang 84 mm yang lebih besar untuk menghasilkan lebih kilasan. Enjin ini menggunakan proses penghasilan satu sarung silinder yang berlainan daripada enjin siri B yang lain berikutan ruang kebuk pembakaran yang bertindih.

Generasi kedua (2001–2007)

[sunting | sunting sumber]
Generasi kedua
2002–2004 Honda CR-V EX
Pengeluaran2001—2007
PemasanganSwindon, England
Ayutthaya, Thailand
Wuhan, China (pasaran China sahaja)
Suzuka, Jepun
Ping-Tung, Taiwan
Enjin2.0 L I4
2.2 L turbodiesel I4
2.4 L I4
TransmisiManual 5 kelajuan
Manual 6 kelajuan
Automatik 4 kelajuan
Automatik 5 kelajuan
Tapak roda2,620 mm (103 in)
2,625 mm (103.3 in) (post-facelift)
Panjang4,535 mm (178.5 in)
4,600 mm (180 in) (post-facelift)
Lebar1,785 mm (70.3 in)
Tinggi1,680 mm (66 in)*
Muatan bahan api15.3 US gal (58 L; 13 imp gal)
BerkaitHonda Civic
Honda Element
Honda Integra

Generasi kedua CR-V direka semula keseluruhannya, berasaskan Civic generasi ketujuh, serta digerakkan oleh enjin K20A6 (spesifikasi Malaysia). Sungguhpun kuasa kudanya semakin meningkan, model ini mengekalkan penjimatan bahan api seperti model sebelumnya hasil penggunaan sistem i-VTEC. Kerangka yang baru dibangunkan ini meningkatkan ketegaran kilasan dan lenturan, manakala sistem gantungannya menggunakan topang MacPherson dan gantungan pautan reaktif tetulang berkembar; gantungan belakang yang lebih padat ini meningkatkan ruang kargo kepada 72 ka3 (2,000 l).

Adalah dilaporkan bahawa pada lewat tahun 2003, Honda mengambil tindakan mahkamah terhadap Shuanghuan dari China dengan mengatakan model Laibao SRV keluarannya telah menciplak reka bentuk luaran CR-V.[3]

2005–2007 Honda CR-V Sport (Australia)


Generasi ketiga (2007-2012)

[sunting | sunting sumber]
Generasi ketiga
Pengeluaran2007-2012
PemasanganAyutthaya, Thailand (Asia-Pasifik dan TImur Tengah)
East Liberty, Ohio, Amerika Syarikat (Amerika Utara)
El Salto, Jalisco, Mexico (Amerika Utara dan Amerika Latin)
Melaka, Malaysia(pasaran malaysia sahaja)
Ping-Tung, Taiwan (pasaran Taiwan sahaja)
Sayama, Saitama, Jepun (pasaran antarabangsa)
Swindon, England (Eropah)
Vinh Phuc, Vietnam (pasaran Vietnam sahaja)
Wuhan, China (pasaran China sahaja)
Enjin2.0 L R20A I4
2.2 L N22A turbodiesel I4
2.4 L K24Z I4
TransmisiManual 6 kelajuan
Automatik 5 kelajuan
Tapak roda2,620 mm (103.1 in)
Panjang4,518 mm (177.9 in)
Lebar2007-09: 1,820 mm (71.7 in)
2010-: 71.6 in (1819 mm)
Tinggi66.1 in (1679 mm)
Muatan bahan api58 L (13 imp gal; 15 US gal)
BerkaitHonda Civic
Honda Element
Acura RDX

Model CR-V yang direka semula dikeluarkan sebagai model tahun 2007. Model generasi ketiga CR-V digerakkan oleh enjin siri R 2.0 L 4 sebaris, sebagaimana yang digunakan dalam Honda Accord dan Honda Element. Bagi pasaran Malaysia, enjin ini menghasilkan kuasa kuda setinggi 150 PS (110 kW) pada 6,200 rpm dan kilasan 190 N·m ([convert: unit mismatch]) pada 4,200 rpm.[4] Enjin diesel 2.2 L i-CTDI turut ditawarkan bagi pasaran Eropah dan Asia. Pengenalan kepada transmisi automatik 5 kelajuan menghasilkan penjimatan bahan api yang lebih baik serta telah menyebabkan varian transmisi manual tidak lagi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Tidak seperti model sebelumnya, model 2007 CR-V menampilkan pintu belakang bukaan atas (berbanding pintu bukaan tepi seperti pada generasi terdahulu) dan tayar simpanan tidak lagi diletakkan pada pintu belakang. CR-V baharu ini lebih rendah, lebih luas dan lebih pendek daripada pendahulunya; panjang keseluruhan yang berkurangan adalah disebabkan tayar belakang yang sebelum ini sering menambah panjang keseluruhan kini tidak lagi diapsang di pintu belakang. Titik pusat graviti yang lebih rendah juga adalah hasil daripada penempatan tayar simpanan di bawah ruang kargo. Satu ciri unik berbanding model SUV saingannya ialah ruang laluan tengah di antara tempat duduk baris tengah.

  1. ^ "Factbook: CR-V". Honda.
  2. ^ "Honda Announces a Full Model Change for the CR-V". Honda.
  3. ^ "Lawsuits". ChineseCars.net. Dicapai pada 2010-03-09.
  4. ^ "2007 Honda CR-V Specs". Honda Malaysia official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-22. Dicapai pada 2008-07-24.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]