Surah Al-Qasas
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al-Qasas (سورة القصص) - Cerita-cerita - surah yang diturunkan di Makkah selepas Surah An-Naml. Surah ini mengandungi 88 ayat dan diletakkan dalam susunan surah sebagai surah yang ke-28. Surah ini diberi nama surah Al-Qasas kerana mengambil perkataan dari ayat ke-25 yang bermaksud:
"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: 'Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.'"
Surah ini diturunkan ketika kaum muslimin masih dalam keadaan lemah iaitu ketika mereka masih dibelenggu kekejaman kaum Musyrikin Makkah sebagai kuasa besar, mewah dan kuat. Maka, Allah menurunkan surah ini sebagai perbandingan dengan riwayat hidup Nabi Musa a.s. dengan kekejaman Firaun dan akibat dari kemewahan Qarun serta memberikan janji akan kemenangan Nabi Muhammad SAW kelak.
Intipati Surah
[sunting | sunting sumber]Sebahagian utama surah ini menceritakan tentang riwayat hidup Nabi Musa a.s dari peristiwa yang berlaku ketika kelahiran baginda serta menunjukkan kekejaman Firaun dan pertolongan Allah kepada Bani Israil apabila Nabi Musa a.s. mula menerima wahyu.
Sebahagian yang lain menceritakan:
- kisah nabi-nabi yang terdahulu sebagai bukti kenabian Nabi Muhammad SAW
- kelebihan ahli kitab yang beriman dengan Nabi Muhammad SAW
- pemberian taufik kepada hamba-Nya yang beriman
- Allah menghancurkan penduduk suatu negeri kerana kezaliman mereka sendiri.
- Tidak diazab suatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka.
- Keadaan orang kafir di Hari Kiamat.
- Perselisihan siang dan malam sebagai rahmat kepada manusia.
- Kebaikan akan dibalas Allah berlipat ganda manaka kejahatan dibalas sama seimbang.
- Janji akan kemenangan Nabi Muhammad SAW.
- Kisah Qarun dengan kemewahannya.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikisource mempunyai teks ayat suci Al-Quran beserta terjemahan bagi: |
Surah Sebelumnya: Surah An-Naml |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-‘Ankabut |
Surah 28 |