Amida
Amida ialah satu sebatian dengan kumpulan berfungsi RnE(O)xNR'2, di mana R dan R' merujuk kepada hidrogen atau kumpulan organik. Jenis amida yang paling biasa ialah "amida organik" (n = 1, E = C, x = 1), tetapi banyak jenis amida lain yang diketahui termasuklah fosforamida (n = 2, E = P, x = 1 dan pelbagai formula berkaitan) dan sulfunoamida (E = S, x = 2). Istilah "amida" merujuk kepada kelas sebatian dan kepada kumpulan berfungsi (RnE(O)xNR'2) di dalam sebatian-sebatin ini.
Amida juga boleh merujuk kepada bes berkonjugat bagi ammonia (anion H2N-) atau bagi amina organik (anion R2N-). Untuk penjelasan lanjut bagi "amida anion" ini, lihat amida logam alkali.
Rencana ini akan menyentuh tentang amida karbonil-nitrogen.
Struktur dan ikatan
[sunting | sunting sumber]Amida yang paling ringkas ialah bahan terbitan ammonia di mana satu atom hidrogen telah digantikan oleh kumpulan asil. Sambungan ini biasanya dinyatakan sebagai RC(O)NH2. Amida yang lebih berkait dan lebih banyak adalah amida yang diterbitkan daripada amina primer (R'NH2) dengan formula RC(O)NHR'. Amida juga biasanya diterbitkan daripada amina sekunder (R'R"NH) dengan formula RC(O)NR'R". Amida biasanya dianggap sebagai bahan terbitan asid karboksilik di mana kumpulan hidroksil telah digantikan dengan amina atau ammonia.
Pasangan tunggal elektron pada nitrogen dinyahsetempatkan ke dalam karbonil, lalu menghasilkan ikatan ganda dua separa di antara N dan karbon dalam karbonil. Oleh yang demikian, nitrogen di dalam amida tidak lagi berbentuk piramid. Dianggarkan yang asetamida dijelaskan melalui struktur resonans A untuk 62% dan B untuk 28%.