Asil
Kelompok asil ialah kelompok berfungsi yang diturunkan melalui pembuangan satu atau lebih kelompok hidroksil daripada oksoasid,[1] termasuk asid tidak organik. Kelompok ini mengandungi satu kelompok karbonil wajib dan satu kelompok alkil.
Dalam kimia organik, kelompok asil (nama IUPAC: alkanoil) biasanya diturunkan daripada asid karboksilik. Maka, kelompok tersebut mempunyai formula RCO-, dengan R mewakili kelompok alkil yang disambungkan dengan kelompok CO dengan satu ikatan tunggal. Sungguhpun istilah ini hampir selalui digunakan untuk sebatian organik, kelompok asil juga, dalam prinsip, boleh diturunkan daripada jenis asid lain seperti asid sulfonik, asid fosfonik. Dalam susunan paling am, kelompok asil disambungkan dengan cebisan molekul lebih besar, yang dalam kes itu, atom-atom karbon dan oksigen dipatukan dengan satu ikatan ganda dua.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "Acyl groups". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.