Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Poland
Anjing pemburu Poland
Nama lainAnjing pemburu bau Poland
Negara asalPoland
Trait
Berat 22–26 kilogram (49–57 lb)
Tinggi Jantan 55–59 sentimeter (22–23 in)
Betina 50–55 sentimeter (20–22 in)
Bulu Pendek
Warna Hitam dan sawo matang, perang dan sawo matang atau merah
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Poland atau anjing pemburu bau Poland[a] ialah satu baka anjing pemburu bau jarang yang asli di Poland. Ia dihargai kerana kestabilan, kebingkasan, dan keperluan penjagaan minimumnya.

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Poland ialah anjing pemburu bersaiz sederhana yang biasanya berwarna hitam dan sawo matang. Sebagai keragaman lebih kecil bagi ogar Poland yang lebih umum, ia hampir menjadi pupus selepas Perang Dunia Kedua dan hanya menjadi terkenal di Barat selepas kejatuhan komunisme.[1][2][3] Dengan asal usul dari hutan tebal Poland, anjing pemburu Poland muncul sebagai baka luar biasa yang terkenal kerana kebingkasan, ketangkasan, dan sifat mudah suainya. Anjing tegap dan atletik ini, yang dibiakbakakan untuk pengejaran dan penjejakan buruan besar, mampu mengharungi rupa bumi mencabar dengan mudah sambil menjadi teman penyayang. Anjing pemburu Poland, yang unggul untuk pemilik aktif, bertahan dalam rumah tangga dengan banyak peluang untuk senaman dan pengembaraan. Sungguhpun mempamerkan keserasian dengan kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain apabila tersosialisasi dengan betul, ia mungkin lebih menyenangi rumah tangga dengan seekor haiwan peliharaan melainkan dibesarkan bersama dengan yang lain.[4] Dengan ciri keresponsifan terhadap latihan, anjing pemburu Poland memerlukan bimbingan tegas lagi yakin kerana kecenderungan semula jadinya terhadap kedominanan. Walaupun berpenampilan tegap, anjing ini menuntut usaha pendandanan dan penjagaan minimum, yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai persekitaran kehidupan, daripada laman luas hingga kehidupan pangsapuri. Dengan jangka hayat yang berkisar dari 10 hingga 13 tahun, anjing pemburu Poland Gonczy Polskis menjiwai kefungsian, pendampingan, dan kebingkasan yang menjadikannya tambahan bernilai untuk keluarga dan individu yang mencari teman anjing setia dan berpenjagaan minimum.[4] Ia merupakan baka berani dan berkemampuan. Ia tidak agresif namun kurang percaya kepada orang asing. Ia mempunyai salakan lantang yang biasanya bernada lebih tinggi pada betina.

Poland telah menggunakan anjing untuk perburuan selama berabad-abad. Telah ada kerja yang bertarikh kembali ke abad ke-12 yang telah membincangkan penggunaan anjing untuk perburuan.[5] Khususnya, ada dua baka, iaitu ogar Poland dan anjing pemburu Poland yang kedua-duanya serupa. Anjing pemburu Poland ialah anjing pemburu bau bersaiz sederhana[5] dan digunakan kebanyakannya di Poland timur di rupa bumi bergunung-ganang dan sukar. Ia merupakan anjing bertenaga dan giat yang sempurna untuk persekitaran itu.[5]

Jozef Pawlusiewicz ialah ahli kinologi Poland yang cukup terkenal. Beliau berburu dengan anjing pemburu Poland dan merupakan pembiak baka penting. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Kesatuan Kinologi di Poland untuk anjing pemburu Poland.[5]

Anjing pemburu Poland diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 2017 dan merupakan baka anjing kelima Poland yang pernah diiktiraf sedemikian.[5]

Baka ini diiktiraf oleh The Kennel Club pada 1 April 2024.[6]

Anjing pemburu Poland mempunyai variasi genetik rendah tidak berisiko untuk peningkatan kehomozigotan. Pada tahun 2015, terdapat 1,342 ekor anjing pemburu Poland yang berdaftar di Poland, 432 daripada jumlah itu berdaftar dengan Kesatuan Kinologi di Poland untuk pembiakbakaan.[7] Walau bagaimanapun, jika tiada peningkatan populasi, baka ini berisiko untuk pembiakbakaan dalam yang dapat membawa kepada penyakit genetik.[7]

Perinduk anjing pemburu Poland dianggap agak besar dengan perinduk yang berpuratakan 7.2 ekor anak anjing. Perinduk yang diperhatikan tidak mempunyai kurang daripada 4 ekor anak anjing dan tidak lebih daripada 9 ekor. Berat kelahiran anjing pemburu Poland berlipat sebanyak sepuluh kali ganda apabila menjelang kematangan. Dalam sebuah kajian yang dilakukan yang membandingkan terier Yorkshire, anjing gembala Shetland, corgi Wales, anjing pemburu Poland, bouvier, anjing Newfoundland, dan anjing besar Denmark, anjing pemburu Poland mempunyai kadar pertumbuhan paling pantas dan paling stabil.[8]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤولند; انجيڠ ڤمبورو باءو ڤولند; Poland: gończy polski; bahasa Inggeris: Polish hunting dog; Polish scenthound
  1. ^ Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 114. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
  2. ^ Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 185. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  3. ^ Hancock, David (22 Januari 2014). Hounds: Hunting by Scent [Hound: Perburuan dengan Bau] (dalam bahasa Inggeris) (ed. berilustrasi). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 169. ISBN 9781847976017. OCLC 862761249.
  4. ^ a b "Gonczy Polski Dog Breed » Everything About Gonczy Polski" [Baka Anjing Anjing Pemburu Poland » Semuanya tentang Anjing Pemburu Poland]. www.dog-learn.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2024.
  5. ^ a b c d e "Wayback Machine" (PDF) (dalam bahasa Poland). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 April 2019. Dicapai pada 13 Julai 2024. Cite uses generic title (bantuan)
  6. ^ "Polish Hunting Dog granted recognition by The Kennel Club" [Anjing Pemburu Poland diberi pengiktirafan oleh The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 26 Mac 2024.
  7. ^ a b Goleman, Małgorzata; Balicki, Ireneusz; Radko, Anna; Jakubczak, Andrzej; Fornal, Agnieszka (16 September 2019). "Genetic diversity of the Polish Hunting Dog population based on pedigree analyses and molecular studies" [Kepelbagaian genetik populasi anjing pemburu Poland berdasarkan analisis pedigri dan kajian molekul]. Livestock Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 229: 114–117. doi:10.1016/j.livsci.2019.09.017. ISSN 1878-0490. S2CID 203890876.
  8. ^ Fiszdon, Katarzyna; Kowalczyk, Iwona (2009). "Litter size, puppy weight at birth and growth rates in different breeds of dogs" [Saiz perinduk, berat anak anjing pada kelahiran, dan kadar pertumbuhan pada baka anjing berlainan]. Annals of Warsaw University of Life Sciences – SGGW (dalam bahasa Inggeris). Szkoła Główna Gospodarstwa Wiejskiego w Warszawie (46): 161–168. ISSN 1898-8830. S2CID 84511498.