Pergi ke kandungan

Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang
Nama lainCoonhound hitam dan sawo matang
Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang Amerika
Coonhound hitam dan sawo matang Amerika
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 40–75 lb (18–34 kg)
Jantan 50–75 lb (23–34 kg)
Betina 40–65 lb (18–29 kg)
Tinggi 21–27 in (53–69 cm)
Jantan 21–27 in (53–69 cm)
Betina 21–24 in (53–61 cm)
Bulu Pendek dan padat
Warna Hitam arang dengan tanda-tanda sawo matang pekat
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang atau coonhound hitam dan sawo matang[a] ialah satu baka anjing pemburu. Dengan perkembangan di Amerika Syarikat daripada silangan antara anjing pemburu darah dengan anjing pemburu rubah hitam dan sawo matang Virginia, anjing pemburu bau ini memburu buruannya sepenuhnya melalui bau dan digunakan terutamanya untuk pemburuan rakun.

Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang
Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang

Menurut piawaian baka FCI, anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang jantan patut berukuran setinggi 25–27 inci (64–69 cm) manakala betinanya pula lebih kecil setinggi 23–25 inci (58–64 cm), namun julat berat tidak tersebut.[1] Walau bagaimanapun, United Kennel Club menyertakan garis panduan untuk berat jantan, iaitu 50–75 paun (23–34 kg) manakala betinanya seberat 40–65 paun (18–29 kg).[2] Perkadaran ketinggian yang dipetik oleh UKC berbeza daripada FCI dan mengizinkan jantannya untuk berukuran setinggi 23–27 inci (58–69 cm) dan betinanya pula setinggi 21–26 inci (53–66 cm).[2] Lapis bulunya pendek, padat, dan berkilat.

Matanya antara hazel dengan perang, telinganya panjang, lebar, tipis, dan terletak rendah dan jauh di belakang di kepala anjing, dan tergantung jauh ke bawah paras leher. Tanda-tanda hitam dan sawo matang adalah serupa dengan yang pada anjing Dobermann dan yang pada anjing Rottweil. Salakan anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang adalah lantang dan berpanjangan seperti lolongan; salakannya telah diperihalkan sebagai lolongan dalam. Piawaian baka menyertakan tungkai berotot yang panjang secara perkadaran dengan panjang tubuh. Ekornya terletak sedikit ke bawah garis belakang semula jadi. Jika anjingnya berwaspada atau teruja, ia mengangkat ekornya pada sudut tegak.

Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang merupakan anjing peliharaan sesuai: ia lunak, ramah, tenang, dan tidak menghalang di ruang dalaman; di ruang luaran pula, naluri perburuan kuatnya mengambil alih dan bakal ada kesukaran untuk mengalih anjing daripada menjejak jika penjejakan sudah bermula. Sebagai anjing yang sesuai dengan warisannya, ia kuat, berdikari, dan degil. Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang adalah lembut dan bertolak ansur terhadap kanak-kanak, namun ia mungkin terlalu berdikari untuk memuaskan kanak-kanak yang suka bermain. Ia berat hati terhadap orang asing dan mungkin melolong dalam kehadiran orang asing. Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang mampu berlari berbatu-batu jauh walaupun ia biasanya cukup puas dengan joging sederhana atau sesi berjalan panjang, kadang-kadang dengan riadah ke padang. Ia dapat merayau-rayau jika menangkap bau. Oleh itu, kawasan selamat adalah wajib.[3][4]

Keberanian anjing pemburu rakun juga menjadikannya cekap dalam pemburuan rusa, beruang, serigala, kugar, dan buruan besar lain walaupun banyak negeri di Amerika Syarikat telah membatasi pemburuan haiwan bertanduk dengan anjing. Walau bagaimanapun, tujuan utama anjing pemburu rakun adalah sebagai anjing yang memburu rakun.[5] Penampilan umumnya ialah penampilan kuasa, ketangkasan, kewaspadaan, serta kebolehan untuk meliputi kawasan dengan pantas dengan gaya langkah berentak yang berkuasa. Setiap anjing mempunyai suara tersendirinya yang kerap dapat dikenal pasti oleh pemiliknya dari jarak jauh.

Penjagaan umum

[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya hanya memerlukan pemberusan kadang-kadang. Kebanyakan anjing pemburu rakun berliur hingga takat tertentu dan mukanya mungkin memerlukan pengelapan kerap. Telinganya patut juga diperiksa dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan telinga.[4]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu rakun hitam dan sawo matang pada umumnya sihat, walaupun ada sedikit risiko displasia pinggul, kanser telinga, dan jangkitan telinga lain, dan masalah mata. Saiz perinduk pada umumnya ialah lapan ekor anak anjing. Kelanjutan usia jangkaan ialah 10–12 tahun.

Coonhound hitam dan sawo matang diturunkan daripada Talbot hound yang ditemukan di England Zaman Pertengahan selepas abad ke-11. Keleluhurannya kemudian dijejak kembali melalui bloodhound dan foxhound hingga foxhound hitam dan sawo matang Virginia.[6][7]

Pada tahun 1945, coonhound hitam dan sawo matang menjadi baka pertama antara enam baka coonhound yang diiktiraf oleh American Kennel Club dalam Kumpulan Hound.[8] Baka-baka lain, yang tidak diiktiraf sehingga tahun 2010-an, merupakan anjing pemburu rakun Redbone, anjing pemburu Plott, anjing pemburu rakun berbintik biru, anjing pemburu rakun Inggeris Amerika, dan treeing Walker coonhound.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو راکون هيتم دان ساوو ماتڠ; کونهاءون هيتم دان ساوو ماتڠ; bahasa Inggeris: black and tan coonhound
  1. ^ "FCI-Standard N° 300 BLACK AND TAN COONHOUND" [Piawaian FCI No. 300 Anjing Pemburu Rakun Hitam dan Sawo Matang] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 4 Oktober 2002. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  2. ^ a b "Black and Tan Coonhound" [Anjing Pemburu Rakun Hitam dan Sawo Matang] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2015. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  3. ^ American Kennel Club (18 Disember 2007). The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-20). New York, New York, Amerika Syarikat: Ballantine Books. m/s. 203. ISBN 9780307416995. OCLC 681630333.
  4. ^ a b American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-21). Irvine, California, Amerika Syarikat: I-5 Publishing. m/s. 203. ISBN 9781621870913. OCLC 880122472.
  5. ^ Gilbert, Edward M. Jr.; Gilbert, Patricia H. (10 Disember 2013). Encyclopedia of K-9 Terminology [Ensiklopedia Peristilahan K-9] (dalam bahasa Inggeris). Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat: Dogwise Publishing. ISBN 9781617811357.
  6. ^ Clark, Ross D.; Stainer, Joan R., penyunting (1994). Medical & Genetic Aspects of Purebred Dogs [Aspek-aspek Perubatan dan Genetik Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Fairway, Kansas, Amerika Syarikat: Forum Publications. ISBN 9780964160903. OCLC 874877295.
  7. ^ American Kennel Club (1992). The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-18). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876054642. OCLC 1725429.
  8. ^ American Kennel Club – Black and Tan Coonhound History (dalam bahasa Inggeris)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]