Bahagian di Sarawak
Berdasarkan data yang dikeluarkan pada tahun 2018, wilayah Sarawak kini mempunyai sebanyak 12 buah bahagian. Setiap bahagian di wilayah Sarawak ada mempunyai 47 buah daerah secara keseluruhannya. Yang terbaharu adalah bahagian Serian yang diisytiharkan sebagai bahagian wilayah baharu Sarawak.
Wilayah Sarawak terdiri daripada 12 bahagian (divisions), iaitu :-
- Bahagian Kapit
- Bahagian Miri
- Bahagian Bintulu
- Bahagian Sibu
- Bahagian Limbang
- Bahagian Mukah
- Bahagian Sri Aman
- Bahagian Kuching
- Bahagian Sarikei
- Bahagian Betong
- Bahagian Samarahan
- Bahagian Serian
Setiap kawasan bahagian di Sarawak diwakili oleh seorang Pegawai Residen (Resident Officer), dan setiap kawasan bahagian akan dipecahkan antara 2 hingga 4 kawasan daerah (district areas). Namun begitu, setiap daerah di wilayah Sarawak akan diketuai oleh seorang Pegawai Daerah (District Officer).
Senarai Bahagian dan Daerah di Sarawak
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai bahagian-bahagian wilayah dan juga kawasan daerah masing-masing di Wilayah Sarawak.[1]