Hunan
27°30′N 111°30′E / 27.500°N 111.500°E
Hunan | |||||||||
| |||||||||
Singkatan: 湘 (Pinyin: Xiāng) | |||||||||
Asal-usul nama | 湖Z hú - tasik 南 nán - selatan "di selatan Tasik Dongting" | ||||||||
Jenis pentadbiran | Wilayah | ||||||||
Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Changsha | ||||||||
Setiausaha Jwk CPC | Zhang Chunxian | ||||||||
Gabenor | Zhou Qiang | ||||||||
Luas | [convert: needs a number] (10) | ||||||||
- Latitud | {{{Latitude}}} | ||||||||
- Longitud | {{{Longitude}}} | ||||||||
Penduduk (2004) - Kepadatan |
66,980,000 (7) [convert: needs a number] (13) | ||||||||
KDNK (2006) - per kapita |
CNY 749.3 bilion (13) CNY 11,830 (20) | ||||||||
HDI (2005) | 0.751 (sederhana) (17) | ||||||||
Bangsa-bangsa utama | Han - 90% Tujia - 4% Miao - 3% Dong - 1% Yao - 1% | ||||||||
Peringkat prefektur | 14 bahagian | ||||||||
Peringkat daerah | 122 bahagian | ||||||||
Peringkat perbandaran† | 2576 bahagian | ||||||||
ISO 3166-2 | CN-43 | ||||||||
Laman web rasmi http://www.hunan.gov.cn (Cina) | |||||||||
Sumber untuk data penduduk dan GDP:Sumber untuk data bangsa-bangsa:*Seperti pada 31 Disember, 2004 | |||||||||
Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China |
Hunan (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 湖南 ; pinyin: Húnán) ialah sebuah wilayah China yang terletak di kawasan tengah Sungai Yangtze dan selatan Tasik Dongting (maka dinamakannya Hunan, iaitu "selatan tasik"). Hunan kadang-kala dipanggil 湘 (pinyin: Xiāng), sempena Sungai Xiang yang mengalir melalui wilayah ini.
Hunan bersempadan dengan Hubei di utara, Jiangxi di timur, Guangdong di selatan, Guangxi di barat daya, Guizhou di barat, dan Chongqing di barat laut. Ibu wilayahnya ialah Changsha.
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Hunan terbahagi kepada 14 bahagian peringkat prefektur, iaitu 13 bandaraya peringkat prefektur dan satu prefektur autonomi. Bandaraya-bandaraya peringkat prefekturnya ialah:
- Changsha (Cina Ringkas: 长沙市 ; pinyin: Chángshā Shì)
- Zhangjiajie (张家界市 Zhāngjiājiè Shì)
- Changde (常德市 Chángdé Shì)
- Yiyang (益阳市 Yìyáng Shì)
- Yueyang (岳阳市 Yuèyáng Shì)
- Zhuzhou (株州市 Zhūzhōu Shì)
- Xiangtan (湘潭市 Xiāngtán Shì)
- Hengyang (衡阳市 Héngyáng Shì)
- Chenzhou (郴州市 Chénzhōu Shì)
- Yongzhou (永州市 Yǒngzhōu Shì)
- Shaoyang (邵阳市 Shàoyáng Shì)
- Huaihua (怀化市 Huáihuà Shì)
- Loudi (娄底市 Lóudǐ Shì)
Prefektur autonomi:
- Prefektur Autonomi Tujia dan Miao Xiangxi (湘西土家族苗族自治州 Xiāngxī Tǔjiāzú Miáozú Zìzhìzhōu)
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Hasil tani tradisi Hunan ialah beras. Kawasan Tasik Dongting ialah pusat penghasilan rami yang penting, dan Hunan juga merupakan pusat penanaman teh yang penting.
Kawasan Lengshuijiang dikenali kerana lombong-lombong stibnitnya, dan merupakan salah sebuah pusat utama penggalian antimoni di China.
KDNK nominalnya untuk tahun 2006 ialah 749.3 bilion yuan (AS$96.8 bilion). Pada tahun 2006, KDNK per kapitanya ialah 11,830 yuan (AS$1,530). [1]
Pelancongan
[sunting | sunting sumber]- Shaoshan chong, tempat kelahiran Mao Zedong.
- Kawasan Kepentingan Pemandangan dan Sejarah Wulingyuan (Tapak Warisan Dunia)
- Pagoda Yueyang di Yueyang.
- Hengshan di Hengyang.
- Zhangjiajie.
- Feng Huang.
- Hong Jiang.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Hunan. |