Ibnu Sa'ad
Ibnu Sa'ad |
---|
Abu Abdullah Muhammad bin Sa'ad bin Mani al-Baghdadi[2], (Arab: أبو عبد الله محمد بن سعد بن منيع البغدادى ) atau Ibnu Sa'ad (Arab:ابن سعد), sering kali dipanggil Katib ul-Waqidi, penulis (katib) al-Waqidi.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Ibnu Sa'ad dilahirkan pada tahun 168 H/784 M[3] dan meninggal dunia pada tahun 230 H/845 M.[3] Beliau seorang sarjana Muslim Sunah dalam bidang pengajian Islam dan penulis biografi. Beliau mendapat latihan daripada al-Waqidi dan beberapa guru lain. Ibnu Sa'ad tinggal di Baghdad dan memiliki nama kerana penulisan beliau persis dan boleh dipercayai. Oleh sebab ini juga karya-karya beliau digunakan oleh ramai penulis lain yang terkemudian daripadanya.
Ibnu Sa'ad berasal dari Basrah, Iraq,[4] dan kemudian tiggal di Baghdad pada kurun ke-9. Dikatakan beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun di Baghdad dan dikebumikan di Get Syria di kota itu.
Kelas-kelas Utama
[sunting | sunting sumber]Karya beliau, Kitab Kelas-kelas Utama (Arab: Kitab Tabaqat al-Kubra) merupakan himpunan sebesar lapan jilid yang mengandungi penulisan tentang kalumat biografi tokoh-tokoh Islam. Karya ini mengandungi biografi (sirah) Nabi Muhammad SAW, para Sahabat dan orang Ansar, termasuk mereka yang berjuang dalam Perang Badar yang dimasukkan ke dalam kelas khas, dan juga para Tabi'in, yang menerima Sunah daripada para Sahabat. Ibnu Sa'ad disahkan sebagai pengarang karya ini dalam sebuah catatan tambahan yang ditambah oleh seorang penulis yang terkemudian. Dalam catatan ini beliau diperikan sebagai "seorang yang bernaungkan al-Husain bin Abdullah daripada keluarga Abbasiyah.".[5]
Kandungan
[sunting | sunting sumber]- Buku-buku 1 dan 2 mengandungi biografi Nabi Muhammad.
- Buku-buku 3 dan 4 mengandungi biografi para Sahabat
- Buku-buku 5, 6 dan 7 mengandungi maklumat biografi tentang para sarjana Islam yang terkemudian
- Buku 8 mengandungi maklumat biografi wanita-wanita Islam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Siyar A'lam al-Nubala (10/664) .
- ^ "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Usc.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-07. Dicapai pada 2010-05-19.
- ^ a b MM. "Imamate". Al-islam.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-21. Dicapai pada 2010-05-19.
- ^ Ibn Hajar, Taqrib al-Tahdhib"
- ^ "Muhammad Ibn Sa'ad Ibn al-Hyder Abadee Blogspot". Ibnalhyderabadee.blogspot.com. 2006-04-20. Dicapai pada 2010-05-19.