Senarai bendera Malaysia
Laman ini memuatkan senarai bendera-bendera am di Malaysia.
Bendera kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
1963 - kini | Jalur Gemilang, bendera Malaysia | Empat belas jejalur mengufuk berwarna merah dan putih dengan kanton biru berlambangkan bulan dan bintang persekutuan. | ||
1963 - kini | Bendera gegantung Malaysia | Empat belas jejalur mencacang berwarna merah dan putih dengan pengepala biru berlambangkan bulan dan bintang persekutuan. | ||
1963 - kini | Bendera tetunggal awam Malaysia | Bendera merah dengan kanton bendera Jalur Gemilang bersempadan biru. | ||
1963 - kini | Bendera tetunggal kerajaan Malaysia | Bendera biru dengan kanton bendera Jalur Gemilang. |
Bendera diraja
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
1988 - kini | Panji rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Jata Negara dikelilingi 2 rangkai bunga padi kuning pada latar kuning. | ||
1988 - kini | Panji rasmi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong | Jata Negara dikelilingi 2 rangkai bunga padi kuning pada latar hijau. |
Versi Lengkap
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Penerangan |
---|---|---|---|
1963 - kini | Panji rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Jata Negara dikelilingi 2 rangkai bunga padi kuning pada latar kuning. | |
Panji rasmi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong | Jata Negara dikelilingi 2 rangkai bunga padi kuning pada latar hijau. | ||
Panji rasmi Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau Pemangku Raja | Jata Negara pada dua jalur mendatar yang sama kuning dan biru. | ||
Panji rasmi Sultan Johor | Latar putih dengan bulan sabit biru dan bintang berbucu sembilan. | ||
Panji rasmi Permaisuri Johor | Latar biru dengan tepi pepenjuru putih dengan bulan sabit putih dan bintang berbucu tujuh. | ||
Panji rasmi Sultan Kedah | Jata Kedah yang dikalungkan oleh dua rangkai bunga padi pada latar kuning. | ||
Panji rasmi Sultan Kelantan | Jata peribadi Sultan Kelantan pada dua jalur mendatar yang sama putih dan merah. | ||
Panji rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Jata peribadi Yang di-Pertuan Besar di dalam bulatan hitam yang dikelilingi oleh bentuk berlian merah pada latar kuning. | ||
Panji rasmi Sultan Pahang | Jata Negeri Pahang dikalung oleh dua rangkai bunga padi pada latar putih. | ||
Panji rasmi Sultan Perak | Jata peribadi Sultan Perak dikalung oleh dua rangkai bunga padi pada latar putih. Nisbah bendera 2:3 digunakan oleh kediaman rasmi dengan kehadiran Sultan, manakala nisbah bendera 1:2 digunakan oleh kediaman-kediaman rasmi Sultan akan bersemayam. | ||
Panji rasmi Raja Perlis | Jata Perlis berlatarbelakangkan warna kuning. | ||
Panji rasmi Raja Permaisuri Perlis | Latar kuning dengan Jata Negeri Perlis berwarna kuning dalam kanton biru di sebelah kiri atas. | ||
Panji rasmi Sultan Selangor | Latar kuning didepani oleh jata peribadi Sultan Selangor, dengan bulan sabit kuning dan bintang berbucu lima dalam kanton merah di sebelah kiri atas. | ||
Panji rasmi Tengku Permaisuri Selangor | Bulan sabit kuning dan bintang berbucu lima pada latar kuning dengan jalur berwarna merah di sebelah kiri. | ||
Panji rasmi Sultan Terengganu | Jata peribadi Sultan Terengganu dikalungkan oleh dua utas padi pada latar putih, dikelilingi sempadan berwarna perang. | ||
Panji rasmi Sultanah Terengganu | Jata peribadi Sultanah Terengganu dikalungkan oleh dua rangkai bunga padi di atas latar kuning. |
Bendera ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
Bendera Tentera Darat Diraja Malaysia | Bendera merah berlambangkan jata Tendera Darat Diraja Malaysia di bahagian bawah ekor bendera dengan kanton bendera Jalur Gemilang bersempadan hitam. | |||
Bendera Tentera Udara Diraja Malaysia | Bendera biru muda berlambangkan bintang persekutuan di bahagian bawah ekor bendera dengan kanton bendera Jalur Gemilang. | |||
Bendera tetunggal Tentera Laut Diraja Malaysia | Bendera putih berlambangkan sauh kapal dan keris bersilang biru di bahagian bawah ekor bendera dengan kanton bendera Jalur Gemilang bersempadan merah. | |||
1963 – 1968 | Bendera tetunggal Tentera Laut Diraja Malaysia | Palang simetrik merah pada latar putih dengan kanton bendera Jalur Gemilang bersempadan hitam. | ||
1957 – 1963 | Bendera tetunggal Tentera Laut Diraja Malaya | Palang simetrik merah pada latar putih dengan kanton bendera Persekutuan Tanah Melayu bersempadan hitam. |
Versi Lengkap
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Penerangan |
---|---|---|---|
Piawaian Panglima Angkatan Tentera Malaysia | Tiga jalur mendatar yang sama biru langit, merah dan biru, dikelilingi oleh lima bintang berbucu lima emas. | ||
Piawaian the Ketua Angkatan Pertahanan Malaysia | Tiga jalur mendatar sama biru langit, merah dan biru, dengan empat bintang berbucu lima emas. | ||
Bendera Angkatan Tentera Malaysia | Tiga jalur mendatar sama biru langit, merah dan biru, dengan lambang Angkatan Tentera Malaysia. | ||
Bendera Tentera Darat Malaysia | Padang merah dicemari dengan lambang Tentera Darat Malaysia, dengan bendera Malaysia dengan fimbriation hitam di kanton. | ||
Bendera Bukan Istiadat Tentera Darat Malaysia | Padang merah dengan lambang Tentera Darat Malaysia | ||
Bendera Tentera Udara Diraja Malaysia | Padang biru langit dicemari dengan Bintang Persekutuan, dengan bendera Malaysia di kanton. | ||
Standard of the Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia | Sebuah padang biru langit dengan Puncak Tentera Udara dan empat bintang, dengan bendera Malaysia di kanton. | ||
1968 - kini | Panji tentera laut Tentera Laut Diraja Malaysia | Padang putih dengan keris (Kris) silang biru dan sauh, dengan bendera Malaysia di canton. | |
Standard Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia | Ladang putih dengan keris (Kris) silang biru dan sauh di tengah dengan empat bintang biru di setiap tepi. | ||
1963 – 1968 | Panji tentera laut Tentera Laut Diraja Malaysia | Salib St. George di atas padang putih dengan bendera Malaysia di canton. | |
1957 – 1963 | Panji Tentera Laut Tentera Laut Diraja Malaya | Salib St. George di atas padang putih dengan bendera Malaya di canton. | |
1963 - kini | Pentauliahan panji-panji Tentera Laut Malaysia |
Bendera Penguatkuasaan Undang-undang
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Penerangan |
---|---|---|---|
1998–kini | Bendera Polis Diraja Malaysia | Padang biru tua dengan lambang Polis Diraja Malaysia. | |
2005–kini | Ensign Pengawal Pantai Malaysia | Padang biru dengan Puncak Pengawal Pantai Malaysia, dengan bendera Malaysia di kanton. |
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
sejak 1870 hingga Kini | Bendera negeri Perlis. | Bendera dwiwarna mengufuk berwarna kuning dan biru. | Warna kuning melambangkan Raja.
Warna biru melambangkan rakyat. Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda. | |
sejak 1912 hingga Kini | Bendera negeri Kedah. | Bendera merah berlambangkan jata negeri Kedah di bahagian atas kepala bendera. | Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang diwarisi secara turun-temurun.
Padi membawa maksud negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan hijau melambangkan bahawa negeri ini beragama Islam. Perisai pula bermaksud Raja sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman. | |
sejak 1957 hingga Kini | Bendera negeri Pulau Pinang. | Bendera triwarna mencacang berwarna biru muda, putih dan kuning, berlambangkan pohon pinang. | Warna biru muda melambangkan laut yang indah di sekeliling Pulau Pinang.
Warna putih melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana negeri dan pulau itu mendapat namanya. | |
sejak 1879 hingga Kini | Bendera negeri Perak. | Bendera triwarna mengufuk berwarna putih, kuning dan hitam. | Warna putih melambangkan kebesaran Sultan Perak.
Warna kuning melambangkan kebesaran Raja Muda Perak. Warna hitam melambangkan kebesaran Raja Di Hilir Perak. | |
sejak 1924 hingga Kini | Bendera negeri Kelantan. | Bendera merah berlambangkan lambang kebesaran negeri berwarna putih. | Warna merah melambangkan kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah.
Lambang kebesaran berwarna putih melambangkan kesucian Raja. | |
sejak 1947 hingga Kini | Bendera negeri Terengganu. | Bendera hitam berbingkai putih berlambangkan anak bulan dan bintang berwarna putih. | Bingkai berwarna putih melambangkan kedaulatan Sultan Terengganu.
Ia melingkari latar hitam yang bermaksud rakyat dan tanah. Anak bulan dan bintang berwarna putih melambangkan agama Islam iaitu agama negeri. Ini membawa maksud Sultan memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda serta memelihara agama Islam. Warna hitam juga merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja Terengganu. | |
sejak 1903 hingga Kini | Bendera negeri Pahang. | Bendera dwiwarna mengufuk berwarna putih dan hitam. | Hitam ialah warna wangsa Bendahara, melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di negeri Pahang ialah seorang yang bertaraf Bendahara, dan kerabat diraja Pahang juga berasal daripada keturunan Bendahara.
Putih melambangkan kedaulatan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini bermaksud negeri Pahang ialah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ia turut membawa erti bahawa negeri ini mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa tertentu yang ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. | |
sejak 1965 hingga Kini | Bendera negeri Selangor. | Bendera bersuku menegak berwarna merah dan kuning berlambangkan anak bulan dan bintang putih pada suku pertama. | Warna kuning dan merah melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam yang merupakan agama negeri. Warna putih melambangkan kesucian agama Islam. | |
sejak 1895 hingga Kini | Bendera Negeri Sembilan. | Bendera kuning dengan kotak berbelah dua secara serong berwarna merah dan hitam. | Warna kuning melambangkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Warna merah melambangkan rakyat. Warna hitam melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.[2] | |
sejak 1961 hingga Kini | Bendera negeri Melaka. | Bendera berbelah dua secara mengufuk berwarna merah dan putih dengan kanton biru berlambangkan anak bulan dan bintang kuning. | Warna-warna merah, putih, kuning dan biru ialah warna-warna dari Jalur Gemilang, menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Malaysia.
Anak bulan dan bintang pecah lima membawa maksud agama Islam iaitu agama negeri dan Malaysia. | |
sejak 1871 hingga Kini | Bendera negeri Johor. | Bendera biru tua dengan kanton merah berlambangkan anak bulan dan bintang putih. | Anak bulan dan bintang berwarna putih menandakan Raja yang berdaulat dan agama Islam iaitu agama negeri.
Warna merah melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan negeri. Warna merah dan biru tua juga merupakan warna wangsa Temenggong, asal usul kerabat diraja Johor moden. | |
sejak 1988 hingga Kini | Bendera wilayah Sarawak. | Bendera kuning berjalur serong berbelah dua berwarna hitam dan merah berlambangkan bintang pecah sembilan kuning. | Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan perundangan dan peraturan, perpaduan, serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang pecah sembilan berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmoni. Lambang bintang juga menggambarkan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka. | |
sejak 1988 hingga Kini | Bendera wilayah Sabah. | Bendera berbelah tiga berwarna biru, putih dan merah, dengan kanton biru muda berlambangkan lakaran Gunung Kinabalu berwarna biru tua. | Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan.
Warna putih melambangkan kesucian dan keadilan. Warna merah melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru menunjukkan perpaduan dan kemakmuran Warna biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam negeri Sabah. Lambang Gunung Kinabalu pula melambangkan kerajaan negeri Sabah. |
Wilayah Persekutuan
[sunting | sunting sumber]Bendera rasmi bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia telah diperakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia pada 20 Ogos 2006. Bendera ini digunakan dan dikibarkan di banyak majlis rasmi yang diadakan di Wilayah Persekutuan misalnya ketika hari sukan negara, pembarisan kontinjen dan Hari Wilayah Persekutuan.[3]
Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
sejak 2006 | Bendera Wilayah Persekutuan | Bendera triwarna mengufuk berwarna kuning, biru dan merah berlambangkan jata negara dan tiga bintang persekutuan. | Ketiga-tiga warna utama dan tiga bintang persekutuan melambangkan tiga Wilayah Persekutuan. | |
sejak 1990 | Bendera Kuala Lumpur | Empat belas jejalur mengufuk merah dan putih dibahagi oleh jalur biru berlambangkan bulan dan bintang persekutuan di bahagian kepala bendera. | ||
sejak 1984 | Bendera Labuan | Bendera triwarna mengufuk berwarna merah, putih dan biru berlambangkan bulan dan bintang persekutuan. | ||
sejak 2001 | Bendera Putrajaya | Bendera biru berjalur mencacang berwarna kuning berlambangkan jata negara. |
Bendera bersejarah
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
1950 – 1963 | Bendera Persekutuan Tanah Melayu | Sebelas jejalur mengufuk merah dan putih dengan kanton biru berlambangkan anak bulan dan bintang pecah sebelas berwarna kuning. | ||
1950 – 1963 | Bendera gegantung Persekutuan Tanah Melayu | Sebelas jejalur mencacang merah dan putih dengan pengepala biru berlambangkan anak bulan dan bintang pecah sebelas berwarna kuning. |
Bendera-bendera Kesultanan yang pernah menakluki bahagian-bahagian tertentu di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
abad ke-15 – 1888 | Bendera Empayar Brunei, memerintah di kebanyakan tempat di Borneo sehingga Seludong (kini Manila) dan Banjarmasin di Kalimantan | Bendera berlatar kuning. | Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja. | |
abad ke-16 - 18 | Bendera Kesultanan Sulu, pernah suatu ketika mentadbir bahagian timur Sabah, selepas wilayah tersebut diserahkan oleh Kesultanan Brunei kerana membantu Brunei dalam meredakan perang saudara di sabah, walaubagaimanapun berdasarkan beberapa sumber, hal ini tidak pernah terjadi[4] | Bendera ungu berlambangkan lambang kebesaran putih dengan jalur mencacang dwiwarna berwarna putih dan biru di bahagian kepala bendera. | Mewakili identiti Suluk. | |
abad ke-18 - 1821 | Bendera Kesultanan Kedah | Bendera berlatar merah. | Warna merah melambangkan penguasaan Kesultanan Kedah. | |
1821 - 1912 | Bendera Kesultanan Kedah | Bendera berlatar merah berlambangkan harimau menerkam. | Warna merah melambangkan penguasaan Kesultanan Kedah. Warna kuning merupakan warna diraja yang melambangkan kedaulatan raja. | |
1731 – 1881 | Bendera Kesultanan Bulungan, kawasan sekitar Tawau di Sabah pernah berada dibawah pengaruh kesultanan ini | Bendera triwarna mengufuk berwarna biru muda, kuning dan hitam. | ||
1853 – 1887 | Bendera pertama Kesultanan Pahang ketika penyatuan dengan Kerajaan Johor | Bendera berlatar hitam. | Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara yang memerintah negeri itu. | |
1887 – 1903 | Bendera kedua Kesultanan Pahang | Bendera hitam berjalur mencacang putih pada bahagian kepala bendera. | Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu.
Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan. | |
1855 abad ke-18 – 1912 abad ke-18 – 1879 |
Bendera Kesultanan Johor Bendera Kesultanan Kelantan Bendera Kesultanan Perak |
Bendera berlatar putih. | Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan. | |
1855 – 1865 | Bendera Kesultanan Johor dari tahun 1855 hingga 1865 | Bendera hitam dengan kanton berwarna putih. | Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu.
Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan. | |
1865 – 1871 | Bendera Kesultanan Johor dari tahun 1865 hingga 1871 | Bendera hitam dengan kanton palang serong putih pada latar merah. | Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu.
Warna merah melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri. Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan. | |
1784 – 1859 | Bendera Kesultanan Selangor | Bendera merah berjalur kuning. | Warna kuning dan merah melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. | |
1859 – 1965 | Bendera Kesultanan Selangor | Bendera bersuku menegak berwarna merah dan kuning berlambangkan anak bulan dan bintang kuning pada suku pertama. | Warna kuning dan merah melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam. | |
1912 – 1923 | Bendera Kesultanan Kelantan dari tahun 1912 hingga 1923 | Bendera putih berbingkai biru di sisi dan atas bendera berlambangkan lakaran harimau biru di atas bentuk sampan biru. | Lambang harimau dilakar dengan tulisan Jawi menulis petikan ayat Al-Quran dari ayat ke-13 Surah As-Saff (نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين) pada bahagian badan dan kepala harimau, dan istilah "Kerajaan Kelantan" (کراجاءن کلنتن) pada bahagian ekor harimau. | |
1912 – 1933 | Bendera Kesultanan Terengganu dari tahun 1912 hingga 1933 | Bendera hitam berjalur mencacang putih pada bahagian kepala bendera. | Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu.
Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan. | |
1933 – 1947 | Bendera Kesultanan Terengganu dari tahun 1933 hingga 1947 | Bendera hitam berlambangkan anak bulan dan bintang putih dengan jalur mencacang putih pada bahagian kepala bendera. | Warna hitam merupakan warna wangsa Bendahara, melambangkan asal usul kerabat diraja negeri itu.
Warna putih melambangkan kedaulatan Sultan. Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam. |
Bendera kolonial
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunnaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
1511 – 1641 | Bendera Melaka Portugis, koloni Empayar Portugis | Bendera berlatar putih berlambangkan lambang kebesaran Empayar Portugis iaitu jata dengan 5 kota pada ovigal, dikelilingi mahkota raja terbuka. | ||
1641 – 1795 | Bendera VOC di Melaka Belanda | Bendera triwarna mengufuk berwarna merah, putih dan biru berlambangkan lambang VOC. | ||
1795 – 1801 | Union Jack, bendera United Kingdom Great Britain. Digunakan oleh Pasukan Pertahanan British ketika kemasukan pendudukan British ketika Perang Napoleon | Bendera biru berpalang serong putih dan palang simetrik merah bersempadan putih. | ||
1801 – 1818 | Union Jack, bendera United Kingdom | Bendera biru berpalang serong putih, palang serong merah terbelah dan palang simetrik merah bersempadan putih. | ||
1818 – 1825 | Bendera Belanda. Setelah kependudukan dan pengembalikan kuasa Belanda di Melaka, VOC mengalami muflis besar, segala aset dan keperluan di pindahkan ke Betawi, dimaan membawa kepada kesudahan Belanda dalam Perang Napoleon. Meneyebabkan penggunaan bendera penuh Belanda di Melaka Belanda | Bendera triwarna mengufuk berwarna merah, putih dan biru. | ||
1826 – 1895 | Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris. Dengan penubuhan Negeri-negeri Selat, Syarikat Hindia Timur Inggeris mentadbir Tanah Melayu sehinggalah terciptanya Tanah Jajahan Mahkota British pada 1867. Reka bentuk bendera mempunyai elemen bendera Union Jack yang jelas di belah sisi atas kiri dan garisan melintang selari berwarna merah putih bergilir-gilir, serupa bendera kebangsaan Malaysia sekarang. | Tiga belas jejalur mengufuk merah dan putih dengan kanton bendera Union Jack. | ||
1826 – 1946 | Bendera Negeri-negeri Selat | Bendera biru berlambangkan cakera putih pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack.
Cakera putih tersebut berlambangkan segi empat serong berwarna merah dengan pal putih berlambangkan tiga buah mahkota kuning. | ||
1946 – 1949 | Bendera Pulau Pinang | Bendera biru berlambangkan cakera putih pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack.
Cakera putih tersebut berlambangkan jata Pulau Pinang. | ||
1946 – 1957 | Bendera Melaka | Bendera biru berlambangkan cakera putih pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack.
Cakera putih tersebut berlambangkan Pintu Santiaga, A Famosa berwarna merah. | ||
1946 – 1959 | Bendera Singapura | Bendera biru berlambangkan cakera putih pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack.
Cakera putih tersebut berlambangkan segi empat serong berwarna merah dengan pal putih berlambangkan mahkota kuning. | ||
1896 – 1946 1946 – 1948 1948 – 1950 |
Bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu Bendera Malayan Union Bendera Persekutuan Tanah Melayu |
Empat belas jejalur mengufuk berwarna putih, merah, kuning dan hitam berlambangkan cakera putih dengan lakaran harimau. | Jejalur berwarna putih, merah, kuning dan hitam melambangkan setiap negeri Melayu bersekutu iaitu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.
Lakaran harimau melambangkan Tanah Melayu. | |
1895 – 1946 | Bendera tetunggal Tentera Laut Negeri-negeri Melayu Bersekutu | Bendera bersuku serong berwarna putih, hitam, kuning dan merah. | ||
1942 – 1945 | Bendera Empayar Jepun. Digunakan ketika Penddukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Labuan dimana dibawah pengaruh pentadbiran ketenteraan Jepun, Pendudukan Jepun di Singapura (kemudian dinamakan Shōnantō). | Cakera merah pada latar putih. | ||
Bendera perang Tentera Imperial Jepun | Cakera dan enam belas pancaran merah pada latar putih. | |||
1848 – 1870 | Bendera Kerajaan Sarawak | Palang simetrik merah berbelah dua secara mencacang berwarna biru dan merah pada latar kuning.[5][6] | ||
1870 – 1946 1963 – 1973 |
Bendera Kerajaan Sarawak kemudian menjadi bendera bagi negeri Sarawak | Palang simetrik merah berbelah dua secara mencacang berwarna hitam dan merah pada latar kuning berlambangkan lakaran mahkota. | Warna hitam melambangkan kelas pemerintahan.
Warna merah melambangkan masyarakat. Mahkota merupakan simbol kepada Raja Putih Sarawak. | |
1946 – 1963 | Bendera Tanah Jajahan Mahkota British di Sarawak | Bendera biru berlambangkan perisai kuning pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack. Perisai kuning tersebut berlambangkan palang simetrik merah berbelah dua secara mencacang berwarna hitam dan merah berlambangkan lakaran mahkota. | ||
1882 – 1948 | Bendera Borneo Utara | Bendera biru berlambangkan cakera kuning pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack. Cakera kuning tersebut berlambangkan lakaran singa merah. | Cakera tersebut merupakan lencana Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. | |
Bendera awam Borneo Utara | Bendera merah berlambangkan cakera kuning pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack. Cakera kuning tersebut berlambangkan lakaran singa merah. | Cakera tersebut merupakan lencana Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. | ||
1948 – 1963 | Bendera Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara | Bendera biru berlambangkan cakera putih pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack. Cakera putih tersebut berlambangkan dua tangan memegang bendera kuning berlambangkan lakaran singa merah. | Dua tangan berwarna berbeza melambangkan warga peribumi dan penjajah.
Bendera kuning tersebut merupakan bendera Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. | |
1912 – 1946 | Bendera Tanah Jajahan Mahkota Labuan | Bendera biru berlambangkan cakera pada bahagian ekor bendera dengan kanton bendera Union Jack. Cakera tersebut berlambangkan sebuah bahtera. |
Bendera negeri
[sunting | sunting sumber]Bendera | Tarikh (abad) | Kegunaan | Keterangan | Maksud |
---|---|---|---|---|
1949 – 1957 | Bendera negeri Pulau Pinang (1949-1957) | Bendera triwarna mencacang berwarna biru muda, putih dan kuning, berlambangkan pohon pinang di atas bentuk air berwarna biru muda dan putih. | ||
1973 – 1988 | Bendera negeri Sarawak (1973-1988). Bendera 'Trisakti' dicadangkan untuk menggantikan bendera era kolonial | Bendera dwiwarna mengufuk berwarna merah dan putih dengan sevron biru di bahagian kepala bendera. | ||
1963 – 1982 | Bendera negeri Sabah | Empat jejalur mengufuk berwarna merah, putih, kuning dan biru dengan kanton hijau berlambangkan lakaran Gunung Kinabalu berwarna perang. | ||
1982 – 1988 | Bendera dwiwarna mengufuk berwarna biru dan putih dengan sevron merah di bahagian kepala bendera. | |||
1959 – 1965 | Bendera negeri Singapura (Negeri Singapura). Apabila Singapura berpisah dari Persekutuan Malaysia, bendera ini terus kekal sebagai bendera Republik Singapura. Sebelum pemisahannya, ia merupakan bendera negeri tunggal yang tidak mempunyai nisbah 1:2. | Bendera dwiwarna mengufuk berwarna merah dan putih berlambangkan anak bulan dan lima bintang putih pada bahagian atas kepala bendera. |
Bandar, daerah, wilayah dan perbandaran
[sunting | sunting sumber]Nota: Tiada bendera perbandaran Melaka yang diketahui.
Nota:Tiada bendera perbandaran Perlis yang diketahui.
Nota:Tiada bendera perbandaran Sarawak yang diketahui.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Bendera Negara Persekutuan Malaysia
-
Bendera Negeri Johor Darul Takzim
-
Bendera Negeri Kedah Darul Aman
-
Bendera Negeri Kelantan Darul Naim
-
Bendera Negeri Melaka Negeri Bersejarah
-
Bendera Negeri Sembilan Darul Khusus
-
Bendera Negeri Pahang Darul Makmur
-
Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan
-
Bendera Negeri Perlis Indera Kayangan
-
Bendera Negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara
-
Bendera Wilayah Sabah Negeri Dibawah Bayu
-
Bendera Wilayah Sarawak Bumi Kenyalang
-
Bendera Negeri Selangor Darul Eshan
-
Bendera Negeri Terengganu Darul Iman
-
Bendera Wilayah Persekutuan
-
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan
-
Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya
Detail Bendera
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [1]
- ^ Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan
- ^ "Wilayah Persekutuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-27. Dicapai pada 2015-08-22.
- ^ Rozan Yunos (7 March 2013). "Sabah and the Sulu claims". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-17. Dicapai pada 20 September 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Brooke, James. "Transcript of letter written by James Brooke to Lord Palmerston 14 March 1849". The Brooke Trust. Dicapai pada 2022-07-24.
- ^ Brooke, James. "Photostat of original letter written by James Brooke to Lord Palmerston 14 March 1849". Trove. Dicapai pada 2022-07-24.
Rujukan bagi terbitan tarikh bendera
[sunting | sunting sumber]- (Ben Cahoon) Malay States on worldstatesmen.org
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Malaysia Senarai bendera-bendera di dunia
- Maklumat tentang bendera Malaysia di Kementerian Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia (Melayu)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Senarai bendera Malaysia |