Tugasan 2 (Hubungan Etnik)
Tugasan 2 (Hubungan Etnik)
Tugasan 2 (Hubungan Etnik)
: : : : : : :
MOLIZA BT. MAT YASIN MATEMATIK 4 / SEMESTER 2 JUN 2011 800222065244 2011162360135 0173035304 SK. SUNGAI MARONG 28700 BENTONG, PAHANG [email protected]
ALAMAT E-MAIL
TUGASAN 2
Soalan Bincangkan pembentukan masyarakat pluralistik : (i) (ii) pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada zaman penjajahan
PENGENALAN
Pluralisme ialah ideologi yang menyama ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluralisme budaya pula bukan sesuatu yang baru dalam Alam Melayu. Corak budaya bangsa Malaysia memiliki pluraliti budaya, etnik, dan agama hasil daripada interaksi dengan budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah yang terdiri daripada Portugis, Sepanyol, Belanda dan British. Pluraliti dan kemajmukan ini menunjukkan bahawa interaksi telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi lagi. Konsep masyarakat pluralistik pula merujuk kepada masyarakat majmuk yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan bangsa, yang mendiami sesuatu wilayah atau negara dengan mengamalkan pelbagai budaya dan tradisi. Tiupan angin dan arus laut bersatu membawa manusia dari seluruh dunia yang didorong oleh serampang tiga mata utama iaitu pengembangan agama, kemegahan dan kekayaan ( Gospel, Gold and Glory ). Hasilnya, di Jawa terdapat seorang raja Hindu yang menggunakan nama Arab dan melayani para pedagang Eropah. Di Champa, raja Melayu serta rakyat baginda yang beragama Hindu menjalankan urusan perniagaan dengan negara India, China, dan Kepulauan Melayu. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri masyarakat Alam Melayu hidup dalam kepluralitian semula jadi yang terjadi tanpa paksaan oleh mana-mana pihak atau kuasa. Ciri pluralisme Alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah yang fleksibel ini dirombak, diubah suai, dan sebahagiannya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah. Mereka seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Akibat daripada terlaksananya undangundang kolonial dan bertapaknya masyarakat pluralistik seterusnya diikuti dengan terbentuknya negara bangsa, rangka dan cara mengupas perkembangan baru ini juga turut mengalami perubahan. Pembentukan pola masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah berbeza berbanding sebelum kedatangan mereka ke Alam Melayu. Contohnya, penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu digalakkan oleh British bertujuan untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka.
Melaka merupakan sebuah negeri yang mencapai kegemilangan di bawah pemerintahan para sultan dan pembesar yang bijak serta berpandangan jauh semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahan sultan dan para pembesar pada zaman ini telah menyebabkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah digelar sebagai zaman keemasan dan zaman kemuncak kegemilangan Melayu Melaka. Empayar Melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia sehingga Melaka digelar The Venice of The East. Ini adalah disebabkan oleh pelabuhannya yang begitu sibuk dengan ribuan kapal berulang-alik melalui Selat Melaka. Melaka menjadi tumpuan para ulama dan pedagang Muslim dari kawasan nusantara dan juga dari India, Arab dan Parsi. Sebagai pelabuhan entrepot, Melaka menjadi orang tengah dalam proses pengumpulan dan penyebaran barang dagangan asing. Kedudukan yang strategik membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan. Ia menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur, barat dan selatan. Dari arah timur, Melaka didatangi oleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun Dari arah barat, pedagang India berpusu-pusu datang berdagang, manakala di sebelah selatan pula, datangnya pedagang dari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah jajahannya. Selain ia merupakan suatu kawasan yang amat strategik sebagai tempat persinggahan kapal-kapal pedagang yang belayar dari barat ke timur, keadaan geografinya yang terletak di garisan khatulistiwa juga menyebabkan Pelabuhan Melaka amat selamat daripada tiupan angina taufan mahupun gempa bumi. Keadaan ini telah menyebabkan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang amat sibuk di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kelancaran perdagangan di Melaka telah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu pertama, sistem pemerintahan yang mengamalkan konsep keterbukaan iaitu menerima sesiapa sahaja yang ingin berdagang di Melaka. Faktor kedua yang menyebabkan kelancaran perdagangan di Melaka adalah kerana kecekapan pentadbirannya yang memudahkan perdagangan dilakukan. Selain itu, keselamatan di sepanjang Selat Melaka yang dikawal oleh Laksamana Melaka yang proaktif juga telah menyebabkan pedagang berminat untuk berdagang di Melaka kerana selamat daripada ancaman serangan perompak dan lanun. Situasi ini menjadikan suasana di Pelabuhan Melaka selamat dan aman untuk para pedagang datang
berdagang. Sikap penuh diplomasi dan keterbukaan pemerintahnya juga menyebabkan Melaka menjadi tumpuan para pedagang. Hal ini dibuktikan dengan pelantikan pegawai istana yang bukan hanya terdiri daripada kalangan orang Melayu tempatan sahaja, malahan juga bangsa-bangsa asing yang datang berdagang seterusnya menetap di Melaka. Malah, perkahwinan campur telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China seperti perkahwinan antara Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po yang didakwa sebagai Puteri Raja China. Proses penghijrahan yang berlaku secara alamiah tanpa ada paksaan daripada manamana pihak ini telah menyebabkan zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka menjadi zaman pluraliti. Zaman Kesultanan Melayu Melaka bukan zaman negara bangsa sebagaimana yang diperkenalkan oleh Inggeris yang seterusnya mewujudkan masyarakat plural. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Ini membolehkan para pedagang daripada China, India, Arab dan lain-lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik sekali. Proses asimilasi ini secara tidak langsung telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya di Tanah Melayu seperti masyarakat Baba, Mamak dan Chitty. Masyarakat Baba yang lebih dikenali sebagai Masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya di Melaka wujud hasil daripada perkahwinan antara pedagang China dengan masyarakat tempatan. Mereka bertutur dalam dialek Hokkien bercampur Melayu yang dikenali sebagai dialek Melayu-Baba. Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat Chitty ini juga wujud hasil daripada perkahwinan campur antara pedagang dari India Selatan dengan orang-orang tempatan seperti orang Melayu dan Cina. Sejarah ada membuktikan bahawa disebabkan terlalu ramai pedagang India tertumpu ke Melaka, pemerintah Melaka pada ketika itu telah menyediakan satu penempatan untuk mereka tinggal yang dikenali sebagai Kampung Keling untuk memudahkan pedagangpedagang terbabit berurus niaga seterusnya terus kekal tinggal dan menetap di Melaka. Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat Arab yang berhijrah ke Melaka dan terdiri daripada pedagang dan pendakwah. Mereka lebih dikenali dengan gelaran syed. Kebanyakan golongan syed yang menetap di Tanah Melayu berasal dari Hadramaut di selatan Semenanjung Arab. Golongan syed yang rapat dengan golongan istana muncul sebagai kerabat pemerintah apabila mereka berkahwin dengan wanita daripada keturunan diraja atau puteri sultan. Di samping itu, wujud juga masyarakat lain seperti Sikh dan Jawa.
Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu telah menjalankan kegiatan ekonomi tradisional atau sara diri. Kegiatan ekonomi yang dimaksudkan adalah seperti bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan melombong. Dalam ekonomi tradisional, pengeluaran hasil yang diusahakan adalah sedikit. Teknologi yang digunakan juga tidak hebat dan penggunaan buruh juga adalah terhad di samping modal yang kecil. Masyarakat Melayu menternak haiwan seperti lembu, kerbau, ayam dan itik. Tujuan aktiviti yang dijalankan adalah untuk kegunaan dan keperluan sendiri. Penangkapan ikan pula dilakukan di sungai, sawah padi, dan laut yang mana hanya menggunakan alat-alat tradisional seperti jala, bubu dan kail. Selain itu, masyarakat Melayu juga telah menjalankan aktiviti melombong bijih timah. Lombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Dato Kelana Putera dan Datuk Muda Linggi di Sungai Ujong, Negeri Sembilan menggunakan teknik mendulang untuk memperoleh hasil. Setelah British menguasai Tanah Melayu, mereka telah menggunakan satu rangkaian ekonomi dagangan yang khususnya di kawasan pengeluaran bijih timah dan tanaman getah. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pertanian tradisional yang diusahakan oleh orang-orang Melayu telah ketinggalan. Malah, dasar Britih juga telah mewujudkan ekonomi duaan ( dwiekonomi ) yang mana ia bermksud wujud dua ekonomi secara serentak, iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Perkembangan pesat yang dibawa oleh British ini telah menyebabkan timbulnya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu. Bagi menangani masalah ini, kerajaan British terpaksa membawa masuk tenaga buruh dari luar terutamanya dari negara China dan India. Faktor utama kemasukan buruh dari negara China ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh peranan British yang membawa masuk buruh Cina untuk bekerja di sektor perlombongan. Penghijrahan orang India pula adalah untuk bekerja di ladang-ladang getah. Ia bertujuan untuk memenuhi permintaan buruh yang tidak mencukupi dalam sektor ini. Hanya mereka sahaja dibawa masuk secara paksa ke Tanah Melayu tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak-anak. Akibatnya, hasrat untuk kembali ke tanah air masingmasing tidak pernah padam. Hasilnya, mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam
sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud. Oleh kerana hasrat untuk kembali ke tanah air tidak tercapai maka mereka mewujudkan kelompok masyarakat beserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Keadaan ini telah mewujudkan kelompok-kelompok masyarakat yang hidup dalam dunia mereka sendiri dan terasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat yang sama. Kebanyakan buruh Cina yang dibawa masuk adalah berasal dari Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Selain itu, kemasukan buruh dari China juga disebabkan oleh penerimaan orang Melayu terhadap mereka dan tiada penentangan daripada pembesar Melayu terhadap mereka. Malah, keamanan dan kemakmuran Tanah Melayu serta kestabilan politik juga mempengaruhi kedatangan buruh dari China ke Tanah Melayu. Kedatangan buruh Cina telah dilakukan melalui beberapa cara, iaitu melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Kemasukan buruh dari India pula telah dilakukan semenjak tahun 1857 lagi. Antara cara yang digunakan adalah melalui sistem buruh bebas dimana kedatangan buruh India ke Tanah Melayu dibiayai sendiri oleh mereka. Walau bagaimanapun, penghijrahan mereka diuruskan oleh kumpulan tertentu. Apabila tiba di Tanah Melayu, mereka bebas bekerja dimana-mana ladang yang mereka suka. Selain itu, kedatangan mereka ke Tanah Melayu juga adalah melalui sistem kontrak yang diuruskan oleh majikan serta melalui sistem kangani yang diuruskan oleh kangani ( ketua ). Kesan daripada penghijrahan orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan ini telah menyebabkan populasi penduduk semakin bertambah dengan peningkatan dua kali ganda. Menyedari keadaan ini, British telah memperkenalkan Dasar Pecah Perintah. Melalui Dasar pecah perintah ini. Masyarakat di Tanah Melayu telah dibahagikan mengikut peranan ekonomi dan tempat kediaman. Kesannya, orang Melayu telah ditempatkan di kampong-kampung dan digalakkan menjalankan aktiviti bercucuk tanam. Orang Cina pula ditempatkan di kawasan bandar dan menjalankan aktiviti perdagangan, perniagaan dan perlombongan manakala orang India ditempatkan di estet-estet bagi menjalankan kegiatan perladangan dan buruh. Walau bagaimanapun, faktor yang menyebabkan terbentuknya masyarakat pluralistik di Tanah Melayu bukan hanya disebabkan oleh faktor ekonomi sahaja tetapi turut disebabkan oleh sistem pendidikan vernakular yang diperkenalkan oleh British. Sistem pendidikan vernakular yang diperkenalkan telah membawa kepada pengasingan kaum di Tanah Melayu. Dalam usaha mengasingkan kaum di Tanah Melayu, pihak British telah menggalakkan pertumbuhan sekolah vernakular yang mana bahasa penghantar yang digunakan di sekolah adalah bahasa ibunda masing-masing dengan kurikulum yang berlainan.
Semasa zaman pemerintahan British, sekolah aliran Inggeris telah diwujudkan di Tanah Melayu. Kewujudan sekolah ini adalah hasil daripada usaha mubaligh Kristian dan badan-badan sukarela. Sekolah Inggeris yang dianggap elit pada ketika itu kerana ianya hanya terdapat di Bandar dan pelajarnya terdiri daripada golongan atasan dan sistem pendidikan yang digunakan juga berdasarkan sistem pendidikan yang dibawa dari Eropah. Justeru itu, peluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi di Tanah Melayu adalah terhad. Bahasa dan pertuturan yang digunakan juga adalah berbeza antara satu sama lain. Pada zaman penjajahan British ini, kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas dan bermakna tidak wujud sama sekali. Kesannya, perpaduan nasional dan pembentukan negara bangsa di Tanah Melayu sukar dicapai setelah kemerdekaan.
RUMUSAN
Kegemilangan Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dimainkan oleh dua aspek utama iaitu sebagai pusat pemerintahan dan perdagangan telah mendedahkan masyarakat Melayu kepada unsur-unsur budaya daripada Arab, China dan India. Percampuran unsur-unsur ini ditapis oleh kebijaksanaan masyarakat yang menerima unsur daripada budaya luar. Kedatangan golongan pedagang dari seluruh pelusuk dunia ke Melaka dan Tanah Melayu telah mewujudkan masyarakat pluralistik yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umunya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat juga semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membawa negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Masyarakat pluralistik memerlukan komponen perpaduan dan integrasi bagi memastikan keamanan negara yang dicapai akan berterusan dan seterusnya kejayaan serta kemakmuran yang dicapai dapat dikongsi bersama.
RUJUKAN
Shamsul Amri Baharuddin ( 2012 ). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur : Penerbit Press Universiti Teknologi Mara.
Norizan Yusoff ( 2011 ). Teks Lengkap Sejarah STPM Sejarah Malaysia. Shah Alam, Selangor : Marshall Cavendish Education ( Malaysia ) Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/49821656/PEMBENTUKAN-MASYARAKAT-PLURALITIDI-ZAMAN-KESULTANAN-MELAYU-MELAKA
http://salmahipda.blogspot.com/2009/06/kuliah-3-pluraliti-dan-masyarakat.html
http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/pluraliti-dan-masyarakat-pluralistikdi.html