Etnik Jawapan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bab 2 Potret Hubungan Etnik

Bab 3 Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

C. Soalan Esei
1. Zaman Empayar Melaka merupakan era keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu
Islam sehingga ia digelar The Venice of The East.
a. Jelaskan tiga bentuk proses asimilasi pelbagai etnik dalam masyarakat Melayu Islam di Melaka.
Pluraliti dalam Alam Melayu terjadi melalui pertembungan pedagang ke Alam Melayu dan ia
berlaku tanpa paksaan. Keadaan ini berubah apabila kuasa Eropah datang dan menguasai Alam
Melayu. Mereka telah menggunakan sistem pemerintahan sehingga mengubah sistem pemerintahan
tempatan, menggalakan kedatangan kaum lain ke Alam Melayu untuk kepentingan diri sendiri.
Secara tidak langsung masyarakat pluralistic telah diwujudkan oleh penjajah dari Eropah tanpa
kerelaan penduduk tempatan. Ia berlaku pada zaman pluraliti. Iaitu pada Zaman Kesultanan
Melayu Melaka (KMM). KMM adalah zaman keagungan dan keemasan kerajaan Melayu. KMM
diperintah oleh sultan dan pembesar yang sentiasa mempunyai pandangan jauh sehingga. Berjaya
menarik perhatian pedagang dari seluruh dunia berdagang di Melaka. Melaka akhirnya dikenali
sebagai The Venice of the East. Faktor menarik KMM menjadi terkenal ialah Pemimpin bersikap
diplomasi dan sentiasa berfikiran terbuka, Para pegawai istana terdiri dari kaum Melayu tempatan
dan India. Ada orang India yang menjadi pegawai dalam istana sultan Melaka, Perkahwinan
campur antara anak perempuan pemerintah Cina dan sultan Melaka Pemerintah mementingkan
keharmonian kaum di Melaka, Melaksanakan sistem terbuka iaitu menerima sesiapa saja untuk
berdagang, Pentadbiran pelabuhan yang cekap, Keselamatan laut terjamin daripada ancaman
lanun kerana adanya peranan laksamana Melaka yang cekap. Adanya Undang-undang Laut Melaka
yang berteraskan agama Islam .Zaman pluraliti KMM iaitu proses penghijarahan berlaku secara
semulajadi tanpa paksaan. Pada masa ini bukan zaman negara bangsa seperti yang dikemukakan
oleh British sehingga memerlukan visa dan passport untuk berhijrah..Keadaan di KMM
menyebabkan ramai pedagang China dan India berdagang secara sukarela, berakomodasi dengan
penduduk tempatan sehingga melahirkan keturunan masyarakat Baba di Melaka.
b. Bincangkan tiga faktor utama menjadikan Melaka sebagai kota metropolitan.
1) kedudukan geografi yang strategik

kedudukan Melaka yang strategik menjadikan ia tumpuan pedagang dari kawasan Asia
Tenggara dan Barat.
terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China
pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya
bakau.

Bab 2 Potret Hubungan Etnik


Bab 3 Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik
2) pemimpin yang berwibawa

3)

Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah
berjaya memajukan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia
Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik
dan ekonomi kesultanan Melayu Melaka.

Peranan dan pengaruh agama

Empayar Melaka merupakan empayar Islam


Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam memindahkan
kegiatan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara

c. Huraikan empat elemen utama yang membuktikan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah
kerajaan Islam.
Islam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari
Makkah. Setelah Pameswara memeluk Islam, Islam berkembang dengan giatnya. Pedagang Islam
dari Arab dan India mula memainkan peranan dalam pengembangan Islam sambil berdagang. Ada
juga yang mengahwini penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam di
rantau ini. Institusi keagaman seperti masjid, surau, madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah
pondok mula tertubuh. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana dijadikan sebagai pusat kegiatan
intelektual, Di situlah berkumpulnya golongan cerdik pandai, jurutulis, pengarang dan ulama
tersohor.Melaka terus berkembang sebagai pusat ilmu pengetahuan. Pengenalan sistem tulisan jawi
juga turut membantu pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil penulisan dilakukan termasuk dua
buah buku undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut dilakukan seperti buku-buku sastera hikayat dan
saduran. seperti Hikayat Amir Hamzah , Hikayat Bualn Belah dan Hikayat Nabi Bercukur.
Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus maju dan
berkembang. Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama yang berpengetahuan tinggi.
Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu pengetahuan maka ramai cendikiawan datang ke
Melaka dan menjadikan Melaka sebagai pusat rujukan dan keilmuan.

You might also like