Pedagogi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Soalan 1 Pengajaran di sekolah-sekolah masih berpusatkan guru. Bincangkan secara kritis bagaimana Pengajaran Berpusatkan Murid dapat diperluaskan.

Pengajaran berpusatkan murid merupakan suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran ini.Pembelajaran ini bertujuan menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi muird peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat,menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid. Pelbagai strategi boleh dijalankan semasa pembelajaran berpusatkan murid. Kesemua strategi-strategi ini adalah untuk menjadikan murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara strategi-strategi pembelajaran berpusatkan pelajar adalah : i)kaedah koperatif Pendekatan koperatif adalah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar bersama ahli kumpulannya. Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang saja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi di kalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendaklah memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bertolak ansur dan boleh tidak mementingkan diri agar objektif tercapai serta guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kmpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif. ii)Pendekatan kumpulan Pembelajaran secara berkumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Antara ciri-ciri aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlu memilih prosedur pembelajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran. Spesifikasikan tanggungjawab guru untuk mengenalpasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara

aktif dalam kumpulan, kerja berkumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab. Semangat kerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar-pelajar mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan masalah secara koperatif. iii)Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri

pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat atau idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar pula akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindak balas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawalan guru. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. iv)Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan langkahlangkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, menyelesaikan sesuatu yang rumit. Aspek penting yang perlu diketahui ialah tujuan penyelesaian masalah akan membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran. v)Kaedah Simulasi Ia merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri pentingnya, ia merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada peserta-peserta yang membuat keputusan. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamik dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tujuan simulasi

ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang lebih berfungsi dan memberi peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Kebaikan teknik ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. vi)Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah di mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti di dalam situasi yang sebenar untuk menghasilkan sesuatu. Ia merupakan suatu aktiviti yang dijalankan oleh pelajar di dalam kelas atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri pentingnya tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman belajar semasa menjalankan projek. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat harus bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi,projek haruslah yang sesuai dengan objektif pelajaran. Kelebihan kaedah projek ialah daripada kejayaan, pelajar akan merasai kepuasan jika dapat menyelesaikan projek serta pengetahuan yang diperolehi kekal dan berkesan. vii)Kaedah Lawatan Lawatan ialah aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang telah dipelajari dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung menggalakkan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran dan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses yang berlaku. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah. viii)Kaedah Inkuiri Penemuan Proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip. Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuhan, meramal, menerangkan dan membuat inferens. Pembelajaran ini adalah pendekatan penerokaan yang mendorong murid membuat pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman baru.Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu da keinginan memahami sesuatu adaupun menyelesaikan masalah.Proses ini bermula daripada suatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan.

Inkuiri adalah satu proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek atau proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab soalan dan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan atau pun penyelesaian. Inkuiri juga adalah proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, merekebentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan menyelesaikan masalah. ix)Kaedah Pembelajaran Konstektual Di dalam kaedah pembelajaran ini, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut, ia dapat diringkaskan menjadi R E A C T. Perkataan ini adalah singkatan bagi Relating(menghubungkait), Experiencing(mengalami), Applying(mengaplikasi), Cooperating(bekerjasama) dan

Transfering(memindahkan). Pembelajaran akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda pelajar akan mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Pembelajaran ini menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Guru memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya,fizilkal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Kesemua strategi dan kaedah pembelajaran ini melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya dijalankan semasa pengajarandan pembelajaran yang sememangkan memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan untuk menarik minat murid menyertai aktiviti pembelajaran dengan mewujudkan iklim bilik darjah dan dapat memperkembangkan kreativiti pelajar. Komunikasi dua hala atau pelbagai hala antara guru dan murid dapat memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis secara kreatif. Pelbagai kaedah digunakan untuk membuat penilaian terhadap pelajar. Ianya adalah merupakan kaedah penilaian yang selaras dengan pengajaran berpusatkan pelajar. Di antara kaedah penillaian yang sesuai dijalankan ialah pemerhatian menggunakan borang senarai semak, latihan bertulis seperti lembaran kerja, ujian formatif, laporan, temu bual dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan seiring dengan Program KSSR yang

sedang dijalankan untuk murid-murid di Tahun 1 dan 2 dan pelajar-pelajar Tingkatan 1 di sekolah menengah. Perkataan pemerhatian membawa maksud perbuatan melihat perilaku sesorang tanpa perlu menyertainya. Pemerhatian dilakukan bagi mendapat informasi, bukan hanya melihat dengan pandangan yang kosong. Sebagai contoh,sekiranya kita memerhati pada jam dinding, sebenarnya kita bukan hanya melihat ukiran atau pun corak, tetapi bagi menentukan atau mengetahui berkenaan masa.Semasa pemerhatian kita harus memastikan aspek yang ingin diperhatikan supaya memperoleh informasi yang sesuai daripadanya. Setiap pemerhatian memerlukan interprestasi tersendiri pada maksud perlakuan pelajar. Interprestasi penilaian akan memberi keputusan sama ada bertindak atau tidak membuat apa-apa pun. Guru boleh mengembangkan potensi individu murid ke tahap optima dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Segala data dan informasi akan di kumpul serta dinilai. Penilaian dibuat bukan hanya pada perkembangan pelajar secara keseluruhan tetapi juga perkembangan individu secara khusus.Ia digunakan bagi membuat tindakan susulan ke atas pelajar itu. Pemerhatian dilakukan bagi memahami tingkah laku pelajar serta menilai perkembangan mereka.Oleh itu pemerhatian dalam membuat penilaian adalah supaya guru dapat: 1. Memberi bantuan segera 2. Mengetahui minat dan potensi 3. Melakukan aktiviti pemulihan dan pengukuhan 4. Melakukan intervensi 5. Mengukur pencapaian dan mengesan perkembangan pelajar 6. Membuat oenilaian 7. Berkongsi maklumat berkomunikasi bersama ibubapa Penilaian berdasarkan ujian pula merupakan salah satu kaedah yang dijalankan di sekolahsekolah di negara ini. Ujian pensel dan kertas yang dijalankan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu : 1. Ujian objektif 2. Ujian esei dan ujian berstruktur 3. Ujian lisan (PBS) Ujian objektif memberi maklum balas segera kepada pelajar mengenai perkembangan dirinya daripada aspek kognitif, afektif dan kemahiran ciri-ciri personaliti. Dengan itu pelajar

tersebut boleh meneruskan aktiviti penilaian dan pengayaan. Ujian objektif juga dapat menunjukkan status pencapaian pelajar. Terdapat beberapa jenis ujian objektif yang dijalankan : 1. Ujian aneka pilihan 2. Ujian aneka pelengkap 3. Ujian salah / betul 4. Padanan 5. Isi tempat kosong Ujian esei pula dijalankan untuk menguji pengetahuan pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.Melihat kebolehan pelajar mengeluarkan pendapat dan menganalisis secara lebih mendalam tentang idea yang diberikan.Aras soalan perlu dikenalpasti kerana item esei amat bergantung kepada hasil atau bentuk jawapan yang dikehendaki. Begitu juga ujian struktur yang mengandungi maklumat dalam pokok item. Pelajar dikehendaki mengkaji maklumat tersebut dan seterusnya memberi respon kepada maklumat tersebut dan menjawab beberapa item untuk menguji kefahamannya terhadap situasi yang diberi. Penilaian yang seterusnya yang boleh dijalankan ketika pembelajaran berpusatkan pelajar ialah penilaian secara lisan / temu bual. Ia digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran. Antara aspek yang dinilai secara lisan ialah kefahaman konsep, pengetahuan fakta, kecekapan mendengar, penggunaan bahasa yang tepat, kefasihan menghafaz, sebutan dalam berbahasa, kecekapan mencongak, gaya persembahan dalam pengajaran Pendidikan Muzik dan penilaian pertuturan dan sikap. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah yang dijalankan dalam program KSSR adalah antara kaedah penilaian yang dijalankan di sekolah pada masa kini. Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti bacaan kuat, syarahan, perbahasan, bercerita, perbincangan, hafazan, temu bual, soal jawab, nyanyian, deklamasi sajak dan mendengar serta memberi respon secara lisan daripadanya. Daripada penilaian lisan ini ia membolehkan guru mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. Mendapat maklumat serta merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. Mengesan kebolehan murid dalam

kemahiran membaca dan menghafaz. Ia juga dapat mengesan kelancaran dalam sebutan. Di samping itu ia boleh mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon pelajar dalam bentuk lisan. Semasa menyediakan instrumen, guru perlu pastikan segala soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. Aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. Terdapat pelbagai kaedah yang masih boleh dijalankan yang bersesuaian dengan pengajaran berpusatkan pelajar. Tidak dinafikan laporan juga termasuk di dalam kaedah latihan bertulis yang diberi kepada pelajar selain lembaran kerja, ujian kertas dan pensel serta ujian lisan. Di dalam program KSSR juga terdapat kaedah PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang sedang berjalan untuk menguji pelajar di Tahun 1 dan Tahun 2 serta pelajarpelajar di Tingkatan 1. Terdapat isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran berpusatkan guru yang melanda sistem pembelajaran di sekolah-sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru selama ini sudah tidak sesuai dijalankan kerana ia mempunyai banyak kelemahan dan kurang memberi faedah kepada pelajar-pelajar. Antara kelemahan-kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah guru banyak bersyarah sementara pelajar hanya mendengar tanpa diberi peluang mengeluarkan idea dan pendapat di dalam proses pembelajaran. Selain itu bahan bantu mengajar tidak banyak digunakan dan kebanyakannya ada yang sudah tidak sesuai. Pendekatan yang tidak pelbagai dan lebih mengutamakan peranan guru menulis di papan hitam. Murid hanya menjadi pendengar. Murid tidak melibatkan diri secara langsung dan ada yang tertidur semasa guru mengajar. Di dalam rancangan program KBSR, aktiviti pemulihan dan pengayaan dicadangkan untuk dilaksanakan tetapi ianya kurang dilaksanakan oleh guru. Guru tidak mengambil kira kepelbagaian prestasi pelajar di dalam sesuatu kelas pembelajaran. Pelajar kurang didekati untuk diambil tindakan susulan selepas sesuatu kemahiran kurang atau tidak dikuasainya. Guru-guru banyak menggunakan stimulusresponse-conditioning tanpa menjalankan prinsip-prinsip utama pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga murid kurang diberi peluang mengeluarkan pendapat dan untuk soaljawab. Pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus kepada mengingat pengetahuan tambah. Murid tidak dirangsang untuk berfikir mengenai sesuatu perkara. Pelajar juga kurang dilatih dan tidak sedar apa yang dipelajari. Mereka tidak dapat mengingat perkara-perkara yang dipelajari untuk tempoh masa yang lama.

Kesemua isu-isu yang dijelaskan tadi telah dijadikan titik tolak untuk memperbaiki kaedah pengajaran guru di sekolah bagi meningkatkan penguasaan murid kepada pembelajaran. Pengajaran berpusatkan pelajar lebih menampakkan perubahan baik apabila banyak aktiviti yang dilakukan oleh pelajar seperti interaksi pelajar dan pelajar. Banyak penerimaan dan penggunaan idea pelajar. Pelajar dapat menentukan bagaimana hendak meneruskan tugasan pembelajaran. Ujian dan gred bukan merupakan produk utama pembelajaran. Pelajar dapat mengongsi peranan dan tanggungjawab dalam penilaian. Begitu juga teknik pengajaran lebih mengutamakan pengibatan murid seperti perbincangan, induksi / inkuiri dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya walaupun masih terdapat pengajaran di sekolah-sekolah yang berpusatkan guru tetapi ia akan diperbaiki dari masa ke semasa untuk kebaikan semua pelajar dan faedah masyarakat seluruhnya. Pihak-pihak yang bertanggungjawab sedang berusaha untuk memastikan kaedah pengajaran yang dilakukan di sekolah diperbaiki ke arah penggunaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Terdapat perhatian dan pemantauan daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran yang sering berkunjung ke sekolah-sekolah untuk memastikan pelaksanaan segala rancangan yang dirancang oleh pihak kementerian berjalan seperti yang diharapkan.

RUJUKAN Mok Soon Sang (2008) Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur : Karya Bistari. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995).Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Kuala Lumpur : Heinemann, ctk. 4. Atan Long (1981).Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. http://www.scribd.com/doc/21849091/kepelbagaian-pelajar-di-sekolah

Soalan 2 Sediakan satu RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF. yang memberi tumpuan kepada

Masa mengajar yang dicadangkan ialah dua masa

(35 +35 minit). Gunakan bahan pembelajaran sebagai panduan. RANCANGAN PELAJARAN Tajuk Peringkat Kelas Masa Hasil Pembelajaran : Pokok Seribu Guna Tahun 3 Iman 2 waktu ( 70 minit ) 1. Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca bahan satera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Pada akhir pembelajaran murid boleh menyatakan sekurangkurangnya 4 kegunaan pokok kelapa. 3. Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca teks tentang kegunaan pokok kelapa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Konsep / Prinsip / Teori / Hukum Kaedah Koperatif , Kaedah Kolaboratif, Perbincangan, Pendekatan Kumpulan, Pembentangan Laporan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran: Gambar, slaid power point, bahan maujud seperti lidi, daun kelapa, sabut kelapa dan lembaran kerja. Prosedur atau Langkah-langkah : Pembukaan ( 5 minit ) (Set Induksi) 1. Guru menunjukkan gambar-gambar kuih-muih yang dibuat menggunakan santan kelapa. 2. Murid meneka nama-nama kuih-kuih tersebut. -kuih lapis

-seri muka -limas -bengkang -bahulu kemboja 3. Guru menyoal murid apakah bahan yang sama digunakan terdapat dalam kesemua kuih-kuih tersebut. 4. Murid meneka untuk menjawab soalan guru.Ada murid yang menjawab betul dan guru memberi penegasan bahawa bahan tersebut ialah santan. Aktiviti Guru 1. Guru menunjukkan gambar kuihmuih. 2. Guru menyoal murid nama bahan yang sama digunakan untuk membuat kesemua jenis kuih yang ditunjukkan. Aktiviti Murid 1. Murid meneka nama kuih-muih daripada gambar yang guru tunjukkan. 2. Murid menjawab soalan guru tentang bahan yang sama digunakan dalam setiap jenis kuih. Langkah 1 ( 15 minit ) 1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diminta berbincang dan cuba menyenaraikan kegunaan setiap bahagian pokok kelapa. Kumpulan 1 - bahagian lidi Kumpulan 2 bahagian batang Kumpulan 3 bahagian tempurung

Kumpulan 4 bahagian isi kelapa Kumpulan 5 - bahagian daun 2. Murid berbincang dalam kumpulan. 3. Guru memantau aktiviti murid. Aktiviti Guru 1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan perbincangan. 2. Guru memantau murid menjalankan aktiviti kumpulan Aktiviti Murid 1. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing. 2. Murid melantik ketua bagi kumpulan masing-masing.

Langkah 2 ( 25 minit )

1. Murid melaporkan dapatan mereka dalam kumpulan kepada kelas. Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan mengikut tajuk kumpulan masing-masing. 2. Guru membuat peneguhan terhadap jawapan setiap kumpulan. 3. Guru menunjukkan slaid power point tentang kegunaan bahagian-bahagian pokok kelapa. kegunaan-pokok-kelapa.pptx 4. Murid membaca ayat daripada skrin tentang kegunaan bahagian-bahagian pokok kelapa 5. Murid membuat penambahan kepada dapatan hasil perbincangan kumpulan. Aktiviti Guru 1. Guru membuat peneguhan kepada

setiap jawapan murid. 2. Guru menunjukkan slaid power point tentang kegunaan pokok kelapa. Aktiviti Murid 1. Murid dari setiap kumpulan membuat laporan tentang kegunaan bahagian pokok kelapa. 2. Murid membaca dari skrin nota yang disediakan guru tentang kegunaan pokok kelapa 3. Murid membuat penambahan untuk memurnikan lagi hasil dapatan perbincangan berpandukan slaid power point yang dibentang oleh guru pada skrin besar dalam kelas. Langkah 3 ( 15 minit ) 1. Semua murid membaca petikan yang diberi oleh guru secara bacaan akaliah (baca senyap). 2. Guru meminta murid membaca kuat petikan yang diberi di dalam kumpulan masing-masing secara giliran. 3. Murid menjawab soalan lisan daripada guru tentang isi bahan yang dibaca. Aktiviti Guru 1. Guru meminta semua murid membaca petikan yang diberi secara bacaan akaliah. 2. Guru mengarahkan setiap kumpulan membaca kuat petikan yang diberi secara bergilir-gilir.

Aktiviti Murid 1. Murid membaca petikan secara bacaan akaliah untuk memahami isi petikan 2. Murid membaca petikan secara beramai-ramai dalam kumpulan masing-masing. 3. Murid menjawab soalan-soalan lisan yang dikemukakan oleh guru semasa pembelajaran. Penutup (10 minit) 1. Guru memberi murid kertas lembaran kerja untuk aktiviti penulisan. 2. Murid menulis latihan di dalam kertas lembaran kerja yang diberi oleh guru. Penilaian Penilaian dijalankan secara formatif berdasarkan: 1. Soal-jawab antara guru dan murid 2. Laporan murid dalam kerja kumpulan 3. Kerja bertulis dalam lembaran kerja. Refleksi 1.Pengetahuan sedia ada murid tentang pokok kelapa membolehkan pembelajaran berjalan lancar. 2.Murid gembira mengikuti pembelajaran kerana tajuk hari ini lebih dekat dengan persekitaran mereka.

Lembaran Kerja

Nama : ______________________________ Jawab semua soalan

Kelas 3 Iman

1. Pokok kelapa juga dikenali sebagai ______________________________ 2. Apakah negara yang sesuai untuk pokok kelapa hidup subur? i) ii) iii) iv) 3. Tuliskan kegunaan bahagia-bahagian pokok kelapa yang berikut: _________________________ _________________________ _________________________

Batang kelapa boleh dibuat _____________________________

Isi kelapa boleh dibuat i)_______________________________ ii)_______________________________

Air kelapa boleh dibuat_________________________________

Tempurung kelapa boleh dijadikan i) ______________________ ii) _______________________ iii)________________________

Sabut kelapa boleh dibuat _______________________________

Lidi kelapa boleh dijadikan

i)___________________________ ii)___________________________

Daun kelapa boleh dibuat________________________________

LAMPIRAN

You might also like