53 Potensi Manusia Menurut Pemikiran Hassan Langgulung
53 Potensi Manusia Menurut Pemikiran Hassan Langgulung
53 Potensi Manusia Menurut Pemikiran Hassan Langgulung
Rusleda binti Awang P.M Dr Wan Kamal bin Mujani Dr. Ruziah Sidek Dr. Kamaruzaman Abd Ghani ([email protected], [email protected]) Pelajar PascaSiswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Al-Mahrum Prof. Dr. Hassan Langgulung merupakan salah seorang tokoh pendidikan Islam moden yang telah banyak memberikan sumbangan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan pendidikan umat Islam di rantau ini. Beliau telah banyak mengemukan idea dan pemikiran pendidikan khususnya pendidikan Islam melalui penulisan-penulisannya yang kini menjadi rujukan oleh pakar-pakar pendidikan Islam. Beliau lebih terkenal dalam ideanya dalam pendidikan Islam berbanding dengan pendidikan lain. Maka artikel ini bertujuan untuk mengkaji idea dan pemikiran beliau berkaitan dengan pendidikan yang memberikan fokus kepada potensi manusia bertujuan untuk melihat kelainan idea beliau. Memandangkan potensi manusia adalah sebahagian daripada elemen penting dalam konteks pendidikan dan telah terdapat banyak kajian dan idea daripada Barat yang telah dibincangkan sebelum ini. Hasil daripada penelitian mendapati bahawa Hasan menyatakan bahawa manusia memiliki sebanyak 99, iaitu mewakili sifat-sifat asma al-husna. Dimana Allah telah meniupkan rohroh asma al-Husna ke dalam diri manusia saat pertama manusia diciptakanNya. Walaupun sifat-sifat Tuhan ini diberikan kepada manusia namun iainya dalam bentuk yang terbatas sahaja. Menurut Hasan di dalam Islam, mengakui pengaruh pengaruh persekitaran terhadap perkembangan fitrah potensi ini, seperti kata sebuah Haditsh yang bermakna Setiap anakanak dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Tetapi hal ini tidak bermakna bahwa manusia itu menjadi hamba kepada persekitaran, seperti pendapat ahli-ahli behaviorisme. Persekitaran memang memegang peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku dan pengembangan potensi seseorang, tetapi Al-Quran tidak menganggapnya satu-satunya faktor.
1.1 Pendahuluan
Potensi atau kecerdasan adalah bukan perkara baru dalam bidang pendidikan dan pengkajian sains sosial. Apabila mengkaji berkaitan dengan potensi atau kercerdasan, maka kita perlu mengkaji fitrah kejadian manusia itu sendiri. Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan oleh Allah. Sebagaimana Firman Allah S.W.T mafhumnya dalam surah At-tin: 4: sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Allah yang menciptakan manusia dengan keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Apa yang dimaksudkan dengan keistimewaan atau keunikan ini adalah kebolehan semulajadi yang terdapat dalam diri setiap manusia. Dengan keistimewaan dan kebolehan semulajadi inilah Allah memberikan amanah kepada manusia untuk mentadbirkan alam. Kebolehan semulajadi ini boleh dikesan sejak usia kanakkanak lagi. Namun masih terdapat individu yang tidak dapat mengenalpasti kebolehan semulajadi yang terdapat dalam diri mereka walaupun sudah meningkat dewasa. Ini akan menyebabkan individu tersebut tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana sering menganggap diri sebagai seorang yang lemah, tidak mempuyai keyakinan diri serta tidak mampu untuk bersaing dengan yang lain. Maka ini akan memberikan impak yang negatif dalam bidang pendidikan kerana tidak dapat menghasilkan insan yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan pelbagai perkara. Jika ini berlaku bagaimana untuk melahirkan
insan yang boleh mentadbirkan negara dan alam ciptaan Allah ini yang telah diamanahkan kepada manusia? Oleh kerana itu mengkaji berkaitan potensi atau kecerdasan manusia adalah satu isu penting dalam pendidikan. Kebolehan semulajadi yang dimaksudkan ialah kecerdasan atau potensi yang terdapat dalam diri seseorang individu. Terdapat banyak pandangan oleh tokohtokoh pendidikan sama ada daripada barat atau Islam yang berkaitan dengan potensi dan kecerdasan ini. Namun yang paling popular dalam pendidikan di Malaysia hari ialah teori kecerdasan Howard Gardner. Beliau berpendapat setiap manusia dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi manusia ini mempunyai lapan jenis kecerdasan dalam diri mereka iaitu kecerdasan verbal-linguistik (mahir menggunakan perkataan), kecerdasan
logikal-matematikal (berfikir secara saintifik,logik serta berfikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah), kecerdasan visual-ruang (mahir menguruskan ruang secara berkesan), kecerdasan muzikal (mahir mengesan dan menghasilkan bunyi yang berirama), kecerdasan kinestetik (mahir mengawal pergerakan seperti menari dan bersukan), kecerdasan interpersonal (mahir dalam memahami perasaan orang lain), kecerdasan intrapersonal (kebolehan memahami perasaan, kelemahan, kekuatan dan potensi diri sendiri) serta kecerdasan naturalis (mahir dalam mengenalpasti bentuk alam sekitar serta sensitif terhadap perubahannya). Sebagaimana diketahui beliau menolak kecerdasan spritual. Sedangkan menurut Hassan Langgulung (1987), sepatutnya ahli-ahli pendidikan di dunia Islam mengkaji pendidikan Islam, mengkaji pemikiran pendidikan Islam, mengenal pemikir-pemikir Pendidikan Islam, dan bagaimana mereka berfikir daripada mengikuti saja arus pendidikan yang jauh dari jiwa, ruh dan hati kita, yang telah dibuktikan oleh sejarah mengenai kegagalannya ketika kita meminjamnya, kerana iannya jauh dari ideologi kita. Salah seorang tokoh pendidikan yang boleh dikaji mengenai pemikirannya tentang pendidikan
3
ialah Hassan Langgulung sendiri. Walaupun penulisan beliau banyak menumpukan kepada aspek pendidikan Islam secara khusus, namun dalam penulisannya terselit banyak idea dan pemikirannya berkaitan dengan pendidikan secara umum, seperti potensi atau kecerdasan kanak-kanak. Ini adalah tidak lengkap membicarakan pendidikan tanpa melihat potensi individu, kerana potensi dan pendidikan tidak boleh dipisahkan. Ianya saling berkait.
Jika menurut Dr. Howard Gardner kecerdasan adalah kemampuan untuk memecahkan masalah atau menciptakan suatu produk yang bernilai dalam satu latar belakang budaya atau lebih. Dengan kata lain kecerdasan dapat bervariasi menurut konteknya. Maka kertas kerja ini adalah untuk melihat kecerdasan atau potensi menurut idea dan pemikiran Hasan Langgulung berdasarkan penulisan beliau.
Hassan ialah anak kepada Langgulung, maka nama lengkap beliau ialah Hassan bin Langgulung. Ibunya pula bernama Amnah Tanrasuh. Beliau dilahirkan di Rappang, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 16 hb Oktober 1934 (Whos Who in the World: 1984). Hassan Langgulung mula mendapat pendidikan di daerah Sulawesi, Indonesia. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Rakyat (SR), di Rapang Sulawesi Selatan. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Islam dan Sekolah Guru Islam di Makasar sejak tahun 1949 hinggalah 1952, seterusnya belajar Bahasa Inggris di Ujung Pandang, Makasar. Menusuri sejarah pendidikan Hassan selain daripada mendapat pendidikan di tanah airnya Indonesia, beliau juga mendapat pendidikan dari Timur dan juga Barat. Apabila tamat pengajian di sekolah menengah, beliau seterusnya menyambungkan pelajaran ke Timur Tengah di Mesir, di mana beliau belajar di Fakulti Dar al-Ulum, Kairo dan memperolehi
4
ijazah pendidikan Sarjana Muda atau Bechelor of Arts (BA) dengan pengkhususan Islamic and Arabic Studies pada tahun 1962. Seterusnya setahun kemudian iaitu pada tahun 1963 beliau telah memperolehi Diploma of Education (General) dari Ein Shams Universiti, Kairo. Seterusnya memperolehi master dari universiti yang sama dalam bidang Psikologi dan Kesihatan Mental (Mental Hygiene) pada tahun 1967. Selain daripada itu beliau juga memiliki diploma dalam bidang Sastera Arab Moden dari Institute of Higher Arab Studies, Arab League, Kairo pada tahun 1964. Perjalanan menuntut ilmu bukan hanya terhenti di negara Timur Tengah, apabila beliau telah melanjutkan pelajaran di negara barat, untuk memperolehi gelaran doktor falsafah. Beliau telah melanjutkan pelajaran di University of Georgia, Amerika Syarikat dalam bidang Psikologi dan memperolehi gelaran Doctor of Philosophy (Ph.D) pada tahun 1971 (Syukri, 2006). Beliau bukan sahaja seorang yang memiliki daya intelek yang tinggi malah beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Di mana semasa menuntut di Cairo, beliau telah dilantik sebagai Ketua Mahasiswa Indonesia di Cairo pada tahun 1957. Beliau juga diamanahkan sebagai Ketua dan Pendidik Sekolah Indonesia di Cairo selama 10 tahun iaitu bermula tahun 1957 hingga 1967. Kemampuan sebagai pentadbir semakin menonjol dan matang setelah dia dilantik sebagai wakil ketua Mahasiswa Indonesia di Timur Tengah bermula 1966 sehingga 1967 (Ulul Fauziyah, 2009). Hasan Langgulng memang telah tiada, namun ketika hayatnya beliau bukan sahaja seorang pendidik namun telah menghasilkan puluhan karya ilmiah dengan menggunakan pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Peninggalan inilah merupakan satu peninggalan yang sangat mahal dan berharga, perlu diterokai oleh kita yang tinggal, kerana sudah pasti didalamnya merangkumi banyak idea dan pemikiran yang boleh digunapakai dan diaplikasikan oleh kita yang tinggal. Beliau merupakan seorang pendidik yang banyak berjasa dan universal kerana sepanjang hayatnya beliau lebih banyak
5
menghabiskan perjuangan pendidikan di negara Malaysia bukan di tanah airnya, Indonesia. Hal ini menunjukkan bahawa beliau tidak memilih anak didik tetapi membuktikan bahwa di dalam perjuangan pendidikan dan mendapatkan ilmu sesiapa sahaja perlu dididik sama ada bangsa sendiri atau lainnya. Ini menjadikan beliau adalah pendidik sejati. Sangat jarang sekali para pendidik yang sanggup melakukan sepertimana beliau. Terdapat juga karya beliau yang berupa terjemahan sama ada berbentuk buku, makalah, kertas kerja dan berbagai artikel sama ada tersebar di dalam maupun di luar negeri. Penulisan beliau adalah berkaitan dengan persoalan Pendidikan, Psikologi, Filsafat dan Islam dan sebagainya. Karya beliau adalah bermula dengan penulisan tesis master Tesis M.A : Al- Murahiq alIndonesiy; Ittihatuh wa Darajatutawafuq Indahu (Remaja Indonesia; Sikap dan
Penyesuaiannya) diikuti penulisan-penulisan lainnya sepanjang penglibatan beliau sebagai seorang pendidik dan juga penulis. Seterusnya setelah menamatkan pengajiannya di peringkat Master di Timur tengah beliau telah menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat dan
menyiapkan Disertasi Ph.D yang bertajuk A Cross-Cultural Stydy ofThe Childs Conception of Situational Causality in India, Western Samoa, Mexico, and The United States dan telah diterbitkan oleh Journal of Social Psychology: USA, 1973. Penulisan beliau tidak terhenti disitu, malah beliau terus menulis berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak iaitu bertajuk The Development of Causal Thinking of Children in Mexico and The United Stated, USA dan telah diterbitkan dalam The Journal of CrossCultural Studies, 1973. Pada tahun yang sama 1973 satu lagi penulisan beliau diterSosial Aim and Effects of Higher Education, Kuala Lumpur: Economic & Business Students Association in Southeast Asia, 1973 1. The Curriculum Reform of General Education in Higher Education in Southeats Asia, Bangkok: ASAIHL, 1974
6
2. The Self:Concept of Indonesian Adolescene, Malaysia: Jurnal Pendidikan, 1975 3. Sosial Aim and Effects of Higher Education, Kuala Lumpur: Economic & Business Students Association in Southeast Asia, 1973 4. Beberapa Aspek Pemikiran Pendidikan Ditinjau dari Segi Islam, Kuala Lumpur: Majalah Azzam, 1974 5. Belia, Pendidikan dan Moral, Kuala Lumpur: Dewan Masyarakat, 1977 6. Al-Ghazali dan Ibnu Thufail Vs Rousseau dan Piaget, Kuala lumpur: Majalah Jihad, 1976 7. Pendidikan Islam akan Ke mana?, Kuala Lumpur: Cahaya Islam, 1977 8. Peranan Ibu Bapa dalam Pendidikan Keluarga, Kuala Lumpur: Al-Ihsan, 1977 9. Falsafah Pendidikan Islam, terjemahan dari karya Omar Mohammad al-Toumy alSyaibany, Jakarta: Bulan Bintang, 1979 10. Beberapa Pemikiran Tentang Pendidikan Islam, Bandung: Al-Maarif,1980 11. Pendidikan dan peradaban Islam: Satu Analisa Sosio-Pskologi. Jakarta: Pustaka AlHusna, 1985, Cetakan III 12. Manusia dan Pendidikan; Satu Analisa Psikologi dan Pendidikan, Jakarta, Al-Husna Zikra, 1986 13. Teori-teori Kesehatan Mental, Jakarta:Pustaka Al-Husna, Jakarta.1992 14. Kreatifitas dan Pendidikan Islam; Analisis Psikologi dan Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Al-Husna, 1991 15. Peralihan Paradigma dalam Pendidikan Islam dan Sains Sosial, Jakarta: Gaya Media Pratama, 2002 16. Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Al-Husna Baru, 2003, Edisi Revisi (Cet. V)
17. Pendidikan Islam dalam Abad 21, Jakarta: Pustaka Al-Husna Baru, 2003, Edisi Revisi (Cet. III). 18. Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke 21, Shah alam: Hizbi, 1991 19. Knowledge and Truth as Core-Values in Science and Religion, Jurnal Pendidikan Islam, Petaling Jaya, 3:1, April 1990 20. Measuring the Unmeasurable: Maternal Piety Scales, Pertanika Journal Social, Science & Human, Vol. 16 (1) 2008, ISBN: 0128-7702, Universiti Putra Malaysia Press 21. Dr. Ibnu Sina as An Educationist, Jurnal Pendidikan Islam, Kuala Lumpur 1:2, Oktober 1984 22. Konsep Ilmu Menurut Al-Ghazali, Jurnal Pendidikan Islam, Kuala Lumpur 1:3, September 1985 23. Pendidikan dan Peradaban Islam, Pustaka Al-Husna, Jakarta, 1985. 24. Pendidikan daqn Peradaban Islam: Satu Analisia Sosio psikologi.Cet. 3 25. Pendidikan Islam.1979. Pustaka Antara: Kuala Lumpur. 26. Penghayatan Nilai-nilai Islam ditinjau dari Proses Pembelajaran dalam Konteks Pendidikan Masa Kini, Jurnal Pendidikan Islam, Kuala Lumpur 2:5, September 1987 27. Manusia dan Pendidikan: Satu Analisis Psikologi dan pendidikan, Pustaka Al_Husna, Jakarta, 1989 28. New Theories in Psychology: An Analyis from the Islamic Perpective, Jurnal pendidikan Islam, Petaling Jaya, 3:3 Disember 1990 29. Islamisasi Pendidikan Islam Dari Perspektif Metodologi, Jurnal Pendidikan Islam, Jld. 9, Bil 3, 30. Bentuk dan Falsafah 3M, Koleksi Persidangan, Seminar 3M (30-31 Mar 1981) UKM Bangi, 1991
8
31. Bila dan Masalah Pendidikan, Koleksi Persidangan, Seminar Pembangunan Islam Terengganu (14-16 April 1977), Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977 32. Masalah Pendidikan Kanak-kanak Prasekolah, Koleksi Persidangan, Seminar Pembangunan Islam Terengganu (14-16 April 1977), Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977 33. Teachers Orientation to Students Note Taking Strategy to Faciliatate Thoughful Learning, Kuala Lumpur, 2005 34. Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi, Siposium Pendidikan dan Dawah (6 th Feb 1977. 35. Pengajaran Ugama di Sekolah-Sekolah Menengah, Konvensyen Pendidikan (2nd:30 Jul -1 Ogos), 1977 36. Kaedah-Kaedah Kaunseling: Aplikasi dalam Dakwah, Seminar Dakwah dan Kepimpinan Peringkat Kebangsaan (Ke-II: 2-3 Oktober 1993: Bangi) 37. Pendidikan Bersepadu dan Paradigm Ilmu, Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1994. 38. Examining The Social Aims and Effects of Higher Education, Seminar for Student Leaders, 1973, Kuala Lumpur 39. Kaunseling dalam Masyarakat Islam, Seminar kebangsaan Kaunseling dalam Masyarakat Islam, 25-26 Sep. 1990, Kuala Lumpur 40. Masyarakat Bermotivasi dan Berdisiplin: Tinjauan Kembali Orientasi Pendidikan Agama Konvensyen Pendidikan Ke 7, Kuala lumpur, 1982 41. Dari Falsafah ke Teori Pendidikan: Sudut Pandangan Islam, Simposium Falsafah Islam, Bangi, 1983
42. Penyusunan Kurikulum Pendidikan Bakal Guru Sains: Dasar, Matlamat dan Masalah, Seminar Perguruan: Kea rah Menyelesaikan Isu-Isu Masa Kini, 14 Dec 1993, Bangi, Selangor 43. Universities and National Development in Egypt and Indonesia: A Comparative Analysis, Interanational Conference on The Role of Universities in Developing Nations, 18-22 Nov 1980, Bangi, Selangor. 44. Reserch in Psychology: Toword an Ummatic Paradigm, Interanational Conference of Islamization of Knowledge, 3rd: 1984, Kuala lumpur. 45. Perspektif Baru dalam Perkembangan Psikologi Moden: Sumbangan Islam, Seminar Sains Sosial dari perspektif Islam, 13-14 Januari 1984, Bangi 46. Falsafah pendidikan di Malaysia Menghadapi Abad ke-21, UKM, Bangi, 1992. 47. The Muslim World and Weat: The Potential of Educational Institutions in Building Bridges in The Context of Malaysia, Bulliten of Education and Research, Dec. 2007, Vol. 29, No. 2 48. Islam Religions Curriculum in Muslim Countries: The Experiences of Indonesia and Malaysia, Bulletin of Eduvation and Research, June 2008, Vol. 30, No. 1 49. Reasons for Schools Childrens Poor Attitude Toward Islamic Education: A Pilot Inquiry , Jurnal Pendidikan Islam,Jilid 8, Bil. 3 Jun 1999/Safar 1420 50. Menghadapi Abad ke 21, 1990. Syarahan Perdana UKM. Penerbitan UKM.:Bangi ISBN 967-942-176-7 64 hlm. 51. Kreativiti dan Pendidikan: Satu Kajian Psikologi dan Falsafah. Cet. Pertama.DBP: KPM. 52. Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam dan Sains.2002 Jakarta:Gaya Media Pratama.
10
Menurut Hasan (1986) pendidikan hanyalah sebagai satu alat yang digunakan oleh manusia untuk memelihara kelanjutan hidupnya samada sebagai individu atau masyarakat, untuk mengembangkan potensi-potensi yang dimiliki oleh individu. Dalam membuktikan bahawa pendidikan hanya alat yang digunakan oleh manusia untuk memelihara hidup beliau telah memberikan contoh sepertimana pernyataan beliau: Seperti pengembangan akal kanak-kanak di sekolah menyebabkan ia dapat mencipta alat-alat moden untuk mengatasi, misalnya, banjir, gempa bumi udara dingin, angin beliung, gunung berapi, merempuh jarak yang jauh dan lain-lain dengan mencipta teknologi moden untuk mengurangi masalah tersebut. Salah satu wadah pendidikan adalah mengembangkan potensi individu. Berdasarkan pernyataan di atas dapat dilihat bahawa kurikulum dalam pendidikan dapat mengembangkan potensi yang sedia ada dalam diri seseorang kanak-kanak atau pelajar bagi membantu perkembangan jasmani, emosi, rohani akal atau intelek dan sosial yang membolehkan mereka meneruskan kehidupan di dunia ini. Menurut Hasan (1986) apabila menyentuh berkaitan dengan pendidikan dan potensi atau kecerdasan manusia maka hakikat fitrah kejadian manusia dan alam perlu diberikan pemahaman terlebih dahulu. Menurut Hasan (1981) apa yang disebut fitrah di dalam al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan sifat-sifat dan potensi manusia. Di dalam menyebut tentang hal ini beliau bersandarkan kepada ayat al-Quran daripada surah 30:30 yang bermaksud Hadapkan lah wajah mu kepada agama yang suci, yang merupakan fitrah Allah yang sesuai dengan kejadian manusia.
11
diwahyukan Allah kepada para nabi adalah sesuai dengan fitrah atau sifat-sifat semula jadi manusia. Dengan itu bermakna seseorang manusia itu mempunyai ruang untuk menerima agama yang diwahyukan Allah kerana mereka sifat dan potensi yang semula jadi wujud pada jiwa manusia. Persoalannya adakah tempatnya pengembangan potensi dalam pemikiran Isalm sepertimana yang dipopularkan oleh teori Barat? Jawapnnya ada. Dimana menurut Hasan (1986) Islam terlebih dahulu membincangkan berkaitan dengan potensi manusia bermula dengan penciptaan nabi Adam a.s (ketika mula-mula manusia diciptakan) dimana Allah telah meniupkan rohNya. Sepertimana pernyataan beliau yang mengemukakan ayat al-Quran (15:29) yang bermaksud: Takkala Aku telah membentuknya dan menghembuskan kepada rohku..... Hasan telah mengaitkan potensi yang dimiliki oleh seseorang dengan sifat-sifat ketuhanan. Dimana menurut Hasan (1981) potensi ini telah diberikan oleh Allah kepada manusia sejak mereka dilahirkan. Berdasarkan ayat di atas menurut Hasan (1986) potensi manusia yang dimaksudkan ialah dimana Allah telah memberikan sifat-sifatNya sebanyak 99 sifat, yang diberikan nama Asma al-Husna, seperti Maha Pengasih (ar-Rahman), Maha Penyayang (al-Rahim), Maha Suci (al-Quddus), Maha Hidup (al-Hayy), Maha Memberi Hidup al-Muhyi), Maha Tahu (al-Alim), Maha Berkuasa (al-Qawiyy), Maha Pencipta (alKhaliq), Maha Memiliki segala kekuasaan (Malik al-Mulk) Raja Yang Teraggung (al-Malik) dan lain-lain lagi. Jika manusia mempunyai potensi yang mewakili roh-roh 99 sifat-sifat Allah itu bagaimanakah cara untuk mengembangkan potensi yang banyak tersebut ?. Oleh kerana agama dan potensi itu adalah fitrah Allah kepada manusia, maka manusia diciptakan ini adalah sesuai dengan fitrahnya. Oleh itu tidak ada kesukaran dan luar biasa untuk
12
mengembangkan fitrah ini. Menurut Hasan (1997), menyatakan jalan atau cara untuk mengembangkan potensi tersebut ialah melalui menyembah Allah iaitu beribadat dengan melaksanakan perintah Allah dengan petujuk Allah. Menurut beliau lagi sebagai contoh Allah memerintah manusia bersolat kepadaNya, dengan berbuat sedemikian manusia menjadi lebih suci. Secara tidak langsung manusia meniru dan mengembangkan sifat Tuhan dalam kesucian, iaitu al-Quddus. Di mana menurut Hasan (1997) manusia akan menjadi suci dari semua iaitu sudut rohani, pemikiran dan jasmani melalui ibadat solat ini. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, sebagaimana pernyataan Hasan seperti berikut: Bukankah sebelum sembahyang kita harus bersuci diri mereka dari hadas besar dan besar. Kita juga tidak boleh sembahyang pura-pura atau riya (Quran 107:6). Selain dari itu roh kita menjadi suci sebab kita terhindar dari perbuatan jahat dan mungkar (Quran 29:45).
Oleh kerana salah satu cara untuk mengembangkan potensi ialah melalui pendidikan maka mendapat pendidikan adalah satu perkara wajib. Untuk mendidik anak Hasan (1981) tidak menafikan bahawa tanggungjawab untuk mencoraki potensi semula jadi yang wujud sejak anak-anak dilahirkan adalah dipikul oleh kedua ibu dan bapa mereka, iaitu penjaga mereka. Dalam menegaskan hal ini beliau telah mengemukakan sebuah hadis Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :Setiap bayi itu dilahirkan dengan fitrah (potensi semula jadi). Hanya ibu apalah yang menjadikan Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi. Oleh kerana tugas dan tanggunjawab mendidik anak adalah terletak dibahu ibu bapa, maka mereka perlulah bijak memilih pendidikan yang sesuai untuk anak-anak mengembangkan fitrah atau potensi mereka sehingga mencapai konsep mengenali Allah. Maka menurut Hasan (1977) ibu bapa perlulah menyediakan persekitaran dan rangsangan
13
yang menggalakkan perkembangan potensi anak-anak itu terlebih dahulu. Sebagaimana pandangan beliau: ..........bakat hanya bisa menjadi berketerampilan (skill) yang akan dinikmati kalau ia disokong oleh alam sekitar (environment) yang sesuai dengan bakat tersebut. Maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengembangkan potensi tersebut dengan menyediakan rangsangan yang positif seperti memuji dan memberikan ganjaran sekiranya anak-anak melakukan ibadat. Selain daripada itu ibu bapa juga perlu menyediakan persekitaran yang menggalakan anak-anak melakukan ibadat seperti solat berjemaah, menonton rancangan televisyen yang bercorak islam, menunjukkan role model mencontohi akhlak Rasulullah saw dan sebagainya. Menurut Hasan (1986), persekitaran memang memegang peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku dan pengembangan potensi seseorang, tetapi Al-Quran tidak
menganggapnya satu-satunya faktor. Menurut Hasan (1997) lagi untuk melaksanakan dan memperolehi ibadat dan menurut perintah Allah adalah dengan sentiasa menuntut ilmu dan berdoa. Melalui belajar manusia memperolehi ilmu sehingga mereka mengenali Tuhannya. Manakala melalui doa pula manusia boleh memohon pertolongan daripada Allah agar di tambahkan ilmu untuk mendekati diri kepada Allah. Bagi menguatkan hujah ini beliau mengemukakan ayat al-Quran (20:114) yang bermaksud: Wahai Tuhanku, tambahkan ilmuku. Ayat di atas bermaksud bahawa seseorang yang ini mengembangkan potensi mereka sehingga mencapai darjat mengenali Allah sang pencipta alam ini ialah melalui menuntut ilmu dan memohon pertolongan Allah melalui doa agar ditambahkan difahamkan segala ilmu yang mereka pelajari. Selain daripada itu maka ibu bapa juga hendaklah sentiasa berdoa kepada anak-anak mereka untuk mencapai konsep mengenali Allah itu.Ini adalah hanya
14
melalui ibadah iaitu menyembah Allah manusia boleh memperolehi dan mengembangkan lagi potensi mereka. Menurut Hasan (1986) Allah yang telah menganugerahkan kepada manusia sifatsifatNya sendiri sebanyak 99 sifat sebagai potensi atau kecerdasan manusia, dengan harapan potensi-potensi yang dimiliki oleh manusia ini akan dikembangkan untuk kegunaan kehidupan manusia di dunia sebagai khalifah Allah. Dimana amanah sebagai khalifah adalah salah satu daripada agenda manusia diciptakan dan dilengkapi dengan potensi sifat-sifat Allah ini. Potensi yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia itu meliputi keseluruhan potensi yang diperlukan oleh manusia seperti kecerdasan intelektual, jasmani, emosi, rohani dan sosial. Ini bertujuan untuk merealisasikan tugasan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Maka dengan itu Hasan (1997) menyelar pandangan yang menyamakan potensi dengan akal. Ini adalah menurut beliau akal adalah sebahagian sahaja daripada potensi, tetapi potensi atau kecerdasan itu lebih luas ruang lingkup nya yang mana mewakili 99 sifat Allah. Sebagaimana dinyatakan oleh beliau: Aqal hanyalah salah satu bahagian kecil potensi itu. Sedang sifat-sifat Allah ada 99, dan itu merupakan potensi, dan masing-masing sifat berdiri sendiri. Potensi yang dianugerahkan oleh Allah ini perlu digilap dan dikembangkan agar dapat mencapai potensi yang seoptimum mungkin. Ini adalah kerana menurut Hasan (1987) potensi seseorang manusia jika digilap dengan sewajarnya maka mereka akan mencapai potensi yang berganda-ganda dan semaksimum mungkin. Sepertimana pernyataan beliau: Kalau kita gabungkan (combination) antara berbagai sifat itu dengan menggunakan formula yang digunakan dalam statistik iaitu nCr = n!/r!(n-
15
r)! maka kita memperoleh mungkin jutaan sifat-sifat atau potensi pada manusia. Oleh kerana manusia memiliki potensi sifat-sifat Allah dan memiliki keupayaan pula untuk mengembangkan dan mengaktualisasikan potensi tersesebut seoptimum mungkin, maka menurut Hasan (1997) manusia boleh menjalani proses kehidupan mereka dalam pelbagai suasana dan corak bumi yang mereka duduki. Namun sebaliknya pula akan berlaku sekiranya potensi-potensi tidak diaktualisasikan seoptimum mungkin. Malah potensi yang dimiliki oleh manusia jika dikembangkan boleh membawa kemajuan kepada sesebuah negara dan jika tidak dikembangkan berlakulah kemunduran. Seperimana pernyataan beliau: Ini juga dibuktikan oleh berbagai-bagai negara yang tidak memiliki sumber alam yang kaya, seperti Jepun, tetapi dapat menjadi negara negara adi-kuasa dalam ekonomi sebab potens-potensi orangnya diaktualisasikan. Sebaliknya ada juga berbagai-bagai negara yang kaya alamnya, tetapi sebab potensi-potensi manusia tidak dikembangkan, maka negaranya tetap saja tidak berkembang atau negara miskin. Pernyataan ini menunjukkan bahawa jika seseorang individu ingin maju dalam kehidupan mereka sehingga mencapai tahap mengenali Allah, maka mereka perlulah mengembangkan potensi tersebut. Malah jika tidak dikembangkan maka manusia tidak akan maju dan tidak akan dapat mengenali sang Maha Pencipta iaitu Allah. Maka sebagai hamba Allah manusia hendaklah berusaha untuk mengembangkan potensi tersebut dengan apa cara sekalipun mengikut petunjuk dan perintah Allah iaitu beribadat, sehingga mereka mengenali Allah.Kerana menurut Hasan (1997), tujuan penciptaan manusia adalah menyembah Allah yang satu. Bagi menguatkan hujah ini beliau mengemukakan ayat al-Quran (51:56) yang bermaksud: Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusi kecuali agar mereka menyembah (ibadat) kepada-Ku.
16
Kesimpulan Perbincangan di atas secara ringkas telah memberikan kita beberapa maklumat penting tentang pemikiran seorang tokoh pendidik Muslim moden. Hassan Langgulung yang selama ini lebih dikenali dalam bidang pendidikan Islam, kini setelah dianalisis idea penulisan beliau, ternyata beliau bukan sahaja menumpukan penulisan terhadap bidang pendidikan Islam secara keseluruhannya, namun beliau juga menyumbang idea dalam pendidikan kanak-kanak, khususnya pendidikan prasekolah. Hassan telah memberikan beberapa idea yang dapat dikongsi bersama oleh pakar-pakar pendidikan prasekolah dari seluruh dunia, khususnya kepada pakar pendidikan di negara umat Islam hari ini. Idea-idea pendidikan prasekolah yang menekankan Islamisasi pendidikan yang dicadangkan oleh beliau perlu diberi perhatian oleh dunia pendidikan, kerana pengaruh pendidikan sekular-liberal sentiasa dipromosikan oleh tokoh-tokoh pendidikan Barat ke atas umat Islam diseluruh dunia. Idea Hasan melihat fitrah dalam dua sudut, pertama dari sudut sifat semula jadi manusia atau sifat-sifat Tuhan yang menjadi potensi manusia semenjak lahir. Kedua fitrah itu adalah wahyu daripada Tuhan kepada para nabi. Jadi fitrah dilihat sebagai potensi manusia dan juga wahyu. Potensi-potensi yang dimiliki oleh individu itu adalah menwakili 99 sifat Allah. Malah potensi manusia boleh digilap terutama sejak umur kanakkanak lagi oleh ibu bapa. Jika potensi 99 sifat ketuhanan itu berjaya digilap dan dirangsangkan dengan sewajarnya maka seseorang itu boleh berjaya dengan cemerlang dalam hidupnya sehingga mencapai konsep mengenali pencipta alam iaitu Allah, kerana mengenali Allah dan menyembah Allah adalah tujuan manusia diciptakan. Manusia hendaklah mengembangkan potensi-potensi yang dimilik dengan mengikut lunas-lunas Islam dan petunjuk Allah swt. Amat jelas bahawa dalam penulisan dan ideanya, beliau lebih cenderung kepada Islam berbanding Barat, dalam membincangkan berkaitan dengan potensi manusia.
17
Malah beliau menolak pendapat yang menyata potensi hanya berkaitan dengan akal sematamata.
BIBLOGRAFI
Ad. Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2003. Analisa Konsep Pendidikan Menurut Syed Ali Ashraf dan Pendidikan di Malaysia. Dlm. Ramlee Musthapa, Norlena Salamuddin, Faridah Serajul Haq & Tajul Ariffin Noordin (pnyt). Pemikiran dalam Pendidikan, hlm 141-155. Fakulti Pendidikan: UKM
Erikson, E.H. 1975. Life History and the Historical Moment. New York: Norton
Faridah Hussien. 2007. Pendidikan Seumur Hidup Berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Kertas Kerja Sarjana Pendidikan. UKM
Hassan Langgulung. 1977. Masalah Pendidikan Kanak-kanak Prasekolah. Kertas Kerja Seminar Pembangunan Islam Terengganu. Anjuran Persatuan Mahasiswa UKM & PERMATA& Kerajaan Negeri Terengganu. Kerjasama UKM, Sek. Men. Keb. Seberang Takir, Terengganu. 14-16 April.
_________________.1987. Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_________________. 1986. Pengenalan Tamadun Islam dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
18
_________________. 1992. Falsafah Pendidikan Tinggi Negara. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Tinggi Sains Ke Arah Reformasi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. _________________. 1993. Menghadapi Abad kedua puluh satu. Bangi: Penerbitan UKM. _________________.1997.Kreativiti dan Pendidikan: Satu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid. 2006. Didik Anak Cara Rasulullah s.a.w. Terj. Drs Harun Ar Rashid, Wan Iqbal Afdzan Wan Abd. Hamid, Rahman Awang Nor, Ustazah Aishah Bakar & Zurina Salleh. Kuala Lumpur: Klang Book Centre.
Roopnarine, J. & Johnson, J. 1997. Approaches to Early Education. Columbus OH: Merill. Syukri Rifai .2006. Strategi Pendidikan dalam Meningkatkan Kualitas Sumber Daya Manusia (Studi Atas Pemikiran Hassan Langgulung). Tesis Sarjana, Pendidikan Agama Islam UIN Jakarta. Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Prasekolah) Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jun 2007. Whos Who in The World, 7th Edition 1984-1985. Chicago Illioniois: Marquis Whos Who Incorporated:1984. Ulul Fauziyah, 2009. Pendidikan Islam dalam Perspektif Hasan Langgulung. Skripsi Sarjana. Jurusan Pendidikan Agama Islam. Fakultas Tarbiyah, Universitas Islam Negeri (UIN) Malang, Indonesia.
19
20