Penyelesaian Masalah (F4)
Penyelesaian Masalah (F4)
Penyelesaian Masalah (F4)
Objektif Pembelajaran Menganalisa kaedah penulenan bahan Hasil Pembelajaran Menerangkan dengan contoh kaedah penulenan yang digunakan untuk menghasilkan bahan dalam kehidupan seharian. Fasa Persediaan Mengenalpasti Masalah Menjelaskan masalah 1. Menunjukkan sebuah bateri basah yang mempunyai aras air yang telah berkurang atau gambar sebuah bateri basah yang mempunyai aras air yang berkurang. 2. Selepas pelajar menjawab bateri basah digunakan di dalam kereta, guru menunjukkan gambar kedudukan bateri kereta pada bonet kereta / motosikal / van / bas / lori. a. Apakah alat ini? b. Di manakah kita boleh menjumpainya? Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi
3. Murid bersoal jawab dengan guru mengenai keperluan menggunakan air tulen untuk dimasukkan ke dalam bateri kereta.
c. Apakah fungsi bateri kereta ini? d. Cuba anda perhatikan paras air dalam bateri ini. Adakah air dalam bateri ini mencukupi? e. Apakah akan terjadi jika air di dalam bateri ini dibiarkan kering? f. Apakah jenis air yang dimasukkan ke dalam bateri kereta? g. Apa akan jadi kalau air yang dimasukkan ke dalam bateri itu tidak tulen?
4. Guru menyatakan masalah di dalam makmal tiada air tulen. Guru meminta pelajar mencadangkan bagaimana cara menulenkan air paip
h. Masalah kita sekarang, di dalam makmal ini tiada air bateri. Bolehkah kita menggunakan air paip? i. Apakah yang kita perlu buat pada air paip supaya ianya boleh digunakan untuk diisi dalam bateri ini?
Imaginasi Mencari alternatif penyelesaian Mencari penyelesaian Perkembangan Melakukan operasi Menilaian penyelesaian masalah
Perbincangan antara murid dan guru untuk menjana idea bagi mengenal pasti kaedah penulenan air paip.
a. Apakah kaedah-kaedah penulenan bahan yang anda tahu. b. Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menulenkan air paip?
1. Murid dibahagikan dalam kumpulan. 2. Murid dibekalkan dengan alat radas untuk proses penyulingan air paip. 3. Murid memasang alat radas berpandukan buku amali sains. 4. Murid menjalankan menjalankan eksperimen menulenkan air paip. 5. Murid menentukan takat didih hasil penyulingan.
a. Berapakah takat didih hasil penyulingan anda ? b. Apakah nama hasil sulingan anda? c. Bolehkah kita gunakan air ini untuk diisi ke dalam bateri.
1. Murid menggumpulkan hasil sulingan daripada setiap kumpulan dan memasukkan ke dalam bateri yang kekurangan air tadi. 2. Perbincangan antara murid dan guru untuk menyatakan contohcontoh lain sumber air yang boleh ditulenkan dengan menggunakan kaedah yang sama.
a. Air tulen yang telah berjaya anda hasilkan dalam proses penyulingan ini telah dapat menyelesaikan masalah kekurangan air pada bateri. Ini menyebabkan bateri kereta dapat berfungsi dengan baik. b. Cuba anda cadangkan contohcontoh sumber air lain yang boleh ditulenkan dengan menggunakan kaedah ini.
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menyelesaikan masalah penulenan sumber-sumber air 1. Saling bekerjasama untuk menjalankan aktiviti kumpulan. 2. Menghargai kepentingan air suling.