Cara Membina Taburan Kekerapan
Cara Membina Taburan Kekerapan
Cara Membina Taburan Kekerapan
DATA
Data dapatlah dianggapkan sebagai maklumat berangka yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan yang baik dalam situasi tertentu. Data terbahagi kepada 2 iaitu : Data Mentah : 1. Data yang dikumpul daripada kajian atau penyelidikan dan maklumat yang tidak mudah difahami, serta tidak boleh didapati dengan cepat. 2. Data yang direkodkan mengikut susunan ianya dikutip tanpa diproses atau dikelaskan dipanggil data mentah. Data Terkumpul 1. Data yang dikumpulkan dalam satu jadual yang dikenali sebagai Jadual Kekerapan
Contoh Data Mentah
Contohnya,kita mengumpul maklumat tentang markah Pepriksaan Akhir Subjek Statistik bagi 30 orang pelajar seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. 66 65 58 98 77 52 85 54 55 74 32 74 59 61 69 65 58 87 74 43 85 94 63 57 79 63 87 74 86 59
Contoh data mentah bagi markah Peperiksaan Akhir Subjek Statistik bagi 30 orang pelajar
Contoh : data-data urusniaga harian mungkin tidak dapat memberikan sebarang makna kepada seseorang pelabur jika data tidak dibentangkan dalam bentuk jadual kekerapan yang menunjukkan jumlah saham yang bertukar tangan pada sesuatu selang harga yang tertentu Pembentangan data secara graf pula dapat menunjukkan pergerakan turun naik harga di sepanjang masa urusniaga tersebut dijalankan. Dengan cara begini pelabur akan lebih faham tentang keadaan pasaran dan pergerakan harga pada sesuatu masa tertentu.
JENIS JENIS DATA
Terdapat dua jenis pembolehubah yang menghasilkan dua jenis data iaitu : 1. Data kualitatif 2. Data kuantitatif. Pembolehubah kualitatif akan memberikan data kualitatif Pembolehubah kuantitatif akan menghasilkan data kuantitatif Contohnya, jawapan kepada soalan Adakah anda melabur dalam skim Amanah Saham Bumiputera adalah kualitatif,sebab jawapan yang mungkin diberikan sama ada ya atau pun tidak. Sebaliknya jawapan kepada soalan Berapakah bilangan adik-beradik dalam keluarga anda atau Berapakah ketinggian anda? akan memberikan data kuantitatif. Bilangan adik beradik - .---- data yang diporolehi dipanggil data diskret Ketinggian -.---- data yang diporolehi dipanggil data selanjar MENGAPA PERLUNYA DATA DISUSUN? Satu set data yang tidak disusun dan dipersembahkan dalam bentuk mudah adalah tidak memberikan apa-apa faedah kepada penyelidik. Walau bagaimanapun, jika kita susunkan markah-markah berkenaan mengikut satu susunan daripada markah paling kecil ke markah yang paling tinggi (susunan menaik) memudahkan penyelidik membuat kesimpulan. Disamping itu adalah mudah bagi penyelidik mengeluarkan nilai-nilai ekstrim dan juga mengetahui dengan jelas nilai-nilai tumpuan bagi set data berkenaan
Sesuatu set data dapat disusun menggunakan jadual dan seterusnya bolehlah dipersembahkan dalam bentuk graf
SUMBER DATA
Terbahagi kepada 2 : 1. Data Primer : Sumber pertama, data yg diperolehi dari usaha penyelidik itu sendiri. Data masih fresh.Penyelidik @ org lain belum tahu. Data yang diperolehi secara langsung dpd sumber data.Data data primer merupakan data-dat a penting di dalam kajian. Tanpa data utama matlamat kajian tidak akan tercapai Pemungut: individu penyelidik (anda),Badan penyelidik (J/P, MIER, dll) 2. Data Sekunder : Data dari hasil suatu penyelidikan seperti dlm laporan teknik, laporan tahunan, bank data, akhbar-akhbar tempatan, journal dll. Boleh didapati dpd peprpustakaan, badan penyelidik (MIER, J/P, KP, KWSP, dll) Cepat/singkat & kurang kos
TABURAN/JADUAL KEKERAPAN
Malumat ini bolehlah disusun dalam satu jadual yang dipanggil taburan kekerapan atau jadual kekerapan. Sesuatu taburan kekerapan akan memaparkan bagaimana kekerapan atau frenkuensi tertabur bagi setiap kategori
JADUAL KEKERAPAN DATA KUALITATIF
Taburan kekerapan untuk data kualitatif akan menyenaraikan semua kategori dan bilangan elemen bagi setiap kategori berkenaan JENIS PEKERJAAN Sektor Swasta Sektor Awam Kerajaan Negeri Perniagaan Sendiri Jumlah BILANGAN PELAJAR 42 18 27 13 100
Manakala bagi sesuatu taburan kekerapan bagi data kuantitatif menyenaraikan semua kelas dan bilangan cerapan dalam setiap kelas. PENDAPATAN BULANAN (RM) 300-400 400-500 500-600 600-700 700-800 BILANGAN PEKERJA 42 18 27 13 100
Data yang dipersembahkan dalam bentuk ini dipanggil data terkumpul berbanding data mentah yang disebut juga data tak terkumpul. Pengumpulan data dalam kategori yang menunjukkan bilangan pemerhatian dalam setiap kategori yang saling eksklusif. Suatu kumpulan data yang diringkaskan bagi memaparkan kekerapan sesuatu item dalam setiap kelas Paparan secara berjadual Memaparkan maklumat yang lebih bermakna berbanding data mentah Menyediakan lebih maklumat dan mudah difahami
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JADUAL KEKERAPAN
Biasanya : 5-20 Bergantung kepada bilangan cerapan yang terdapat dalam sesuatu set data Lebih banyak data lebih banyak bilangan kelas Panduan : gunakan Peraturan Stueges
k = 1 + 3.3 log n
Selang kelas : perbezaan diantara sempadan atas dengan sempadan bawah sesuatu kelas Untuk mencari kelas yang sama saiz i = Julat Bilangan kelas Julat = nilai tertinggi dan nilai terendah dalam set data
i = symbol selang kelas Dibulatkan kepada angka yang sesuai 3. Dimana perlu mula Bebas memilih angka sebagai titik mula @ nilai had bawah kelas pertama asalkan i. nilai /angka tersebut adalah sama ii. nilai/angka kurang dari nilai terendah dalam sesuatu data 4. Bagaimana proses menyusun data dalam kelas masing-masing Proses mudah : gundalan
Contoh :
5. Mengira bilangan item dalam setiap kelas
TABURAN KEKERAPAN Data mentah Pendapatan Bulanan 30 orang pekerja Kilang 689 497 809 819 783 954 723 524 673 927 919 876 777 791 598 619 824 633 580 666 481 787 654 643 918 823 654 548 883 724
Membina Taburan/Jadual Kekerapan (i) (ii)
(i) Lajur pertama : menyenaraikan beberapa kelas (bilangan kelas) yang mewakili pembolehubah kuantitatif
= Pendapatan Bulanan (RM) Kelas : satu selang yang mengandungi semua cerapan diantara 2 nilai iaitu had bawah dan had atas
(ii) Lajur kedua : menyenaraikan angka /kekerapan (f)
Contoh : bilangan pekerja yang memperolehi pendapatan dalam setiap kelas Angka : kekerapan / symbol (f) Kekerapan sesuatu kelas mewakili bilangan nilai-nilai yang terdapat dalam sesuatu set data. Had bawah : nilai yang paling kecil dalam sesuatu kelas Had atas : nilai yang paling besar dalam sesuatu kelas
Titik tengah/tanda kelas : satu nilai yang berada di tengah-tengah setiap kelas Contoh : Data mentah Pendapatan Bulanan 30 orang pekerja Kilang 689 497 809 819 783 954 723 524 673 927 919 876 777 791 598 619 824 633 580 666 481 787 654 643 918 823 654 548 883 724