Komunikasi Korporat
Komunikasi Korporat
Komunikasi Korporat
NO 01 02 03 04
MUKA SURAT 2 5 8 11
ARTIKEL 1 | TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DAN PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI: KAJIAN KES PERSPEKTIF KOMUNITI PENERIMA Sarmila MS, Zaimah R, N. Lyndon, Azimah AM, Suhana Saad, Selvadurai S (2012) PENDAHULUAN Artikel ini merupakan hasil kajian dan dapatan tentang kepentingan Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) dalam pembangunan ekonomi komuniti. Ia memberikan fokus kepada komuniti penerima yang terlibat dengan projek TSK yang telah dilaksanakan oleh sebuah syarikat korporat di Pasir Puteh, Kelantan. Seramai 45 orang ahli komuniti peladang yang telah terlibat dalam projek ini telah dikaji selidik. Hasil dari kajian, dapat disimpulkan menjadi 3 tema utama iaitu peluang pekerjaan, penjanaan sumber pendapatan dan penjanaan aset. Ketiga-tiga tema ini menunjukkan makna pembangunan ekonomi hasil respons daripada komuniti yang terlibat dalam program TSK ini. Tanggungjawab Sosial Korporat telah dibincangkan sebagai salah satu cara bagi syarikat korporat khususnya untuk menyumbang kepada komuniti (Iedamudia 2008). Pelaksanaan dan kesedaran terhadap pentingnya TSK ini telah berkembang ke peringkat global kerana kebanyakkan negara sama ada kerajaan mahupun NGO menganggap TSK sebagai satu hubungan antara institut perniagaan dan pembangunan. Merujuk kepada konsep Matlamat Pembangunan Alaf Baru oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengharapkan agar syarikat korporat terlibat dalam usaha pembangunan negara. Namun, sejauh mana harapan ini dapat dipenuhi masih lagi belum terjawab. Oleh yang demikian, artikel ini telah ditulis bagi memberi pendedahan tentang keberkesanan TSK dari perspektif komuniti penerima projek.
2
ULASAN Tanggungjawab Sosial Korporat boleh didefinisikan sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh syarikat korporat seperti yang diunjurkan oleh teori pemegang taruh selain daripada tanggungjawab mempertingkatkan keuntungan dan nilai faedah para pemegang saham sesebuah syarikat. TSK juga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi mampan, berusaha bersama pekerja, keluarga mereka, komuniti tempatan serta masyarakat umum bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Antara usaha syarikat korporat dalam memenuhi tanggungjawab di bawah TSK ini ialah meningkatkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja, usaha pemuliharaan alam sekitar, membangunkan laporan kewangan (triple bottom-line), membangunkan skema pensijilan dan label bagi produk dan perkhidmatan, menganjurkan dialog dengan para pemegang taruh, melaksanakan perkongsian usaha dengan NGO serta meningkatkan sokongan bagi projek dan program pembangunan komuniti. Pembangunan ekonomi komuniti pula didefinisikan sebagai suatu keadaan apabila individu dalam komuniti mampu menganalisis keadaan ekonomi tersebut, mengenalpasti keperluan dan juga peluang ekonomi yang ada, membuat keputusan perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keadaan ekonomi dan seterusnya berusaha mencapai tujuan serta objektif ekonomi yang telah disepakati bersama. Objektif umum bagi model pembangunan ekonomi komuniti ini ialah membangunkan aset dalam komuniti yang boleh digunakan untuk menambah baik komuniti. Seterusnya, tujuan pembangunan ekonomi komuniti pula ialah untuk menggerakkan aset tersebut untuk memberi manfaat kepada komuniti.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat 3 tema utama bagi kajian ini iaitu TU1 peluang pekerjaan, TU2 menjana pendapatan dan TU3 pembinaan aset. Bagi TU1, projek perladangan cili dijalankan dapat membantu membawa perubahan kepada ekonomi komuniti peladang. Seterusnya TU2, sumber pendapatan dapat dijana daripada peluang bekerja sambilan. Akhir sekali, TU3 pula telah dicapai apabila projek TSK perladangan cili kontrak telah berjaya membuka peluang kepada komuniti ladang untuk memiliki aset sendiri seperti tanah, rumah dan wang simpanan. PENUTUP Artikel ini telah ditulis hasil daripada kajian ke atas beberapa orang penduduk yang terdiri daripada peladang di Pasir Puteh, Kelantan. Projek yang diasaskan oleh sebuah syarikat korporat ini menetapkan tiga tema utama dalam menjayakan projek penanaman cili kontrak iaitu TU1 peluang pekerjaan, TU2 menjana pendapatan dan TU3 pula sebagai pembinaan aset. Ketiga-tiga TU dapat dipenuhi pada akhir projek. Ini menunjukkan bahawa projek TSK ini telah berjaya dijalankan bersama penglibatan komuniti. Selain itu, penglibatan komuniti juga telah mendapat kelebihan dan kebaikan hasil daripada projek TSK ini.
ARTIKEL 2 | MERAWAT REPUTASI KORPORAT Dr. Hifni Alifahmi (September, 2012) Reputasi korporat terbentuk daripada dua aspek dalam bidang korporat iaitu identiti korporat dan imej korporat. Ketiga-tiga aspek ini bergabung dan melahirkan satu aktiviti kemanusiaan atau komunikasi korporat yang komprehensif. Daripada ketiga-tiga bidang ini juga akan melahirkan pelbagai jenama korporat seperti Balanced Brand, Corporat Brand Architecture dan Citizen Brand. Dari segi imej korporat, satu istilah yang mencerminkan kepakaran profesional di seluruh imej yang diperoleh daripada pakar-pakar pemasaran korporat, bangunan imej korporat, pemulihan imej korporat / pemulihan, dan pemasaran imej. Profesion yang berkaitan adalah komunikasi korporat, dan pemasaran atau pengiklanan. Walaupun dari segi reputasi korporat terdapat pelbagai istilah seperti corporate reputation quotient, reputational capital, reputation performance, reputation marketing atau reputation management. Artikel ini telah ditulis oleh Dr. Hifni Alifahmi yang berasal daripada Indonesi pada September 2012 bagi majalah BUMN TRACK. Beliau membincangkan tentang kepentingan untuk menjaga reputasi korporat terutamanya bagi syarikat-syarikat korporat. Beliau merupakan seorang Senior Consultant di Spirit Public Relations dan sebagai pensyarah di Magister Manajemen Komunikasi UI. Beliau telah menulis tentang bagaimana pembentukan reputasi korporat yang sihat yang pada asalnya di asaskan oleh dua bidang utama iaitu imej korporat dan identiti korporat. Menurutnya lagi, kedua-dua bahagian ini haruslah terjalin sempurna dalam mewujudkan satu reputasi korporat yang maju.
5
ULASAN Beliau berpendapat bahawa identity korporat dan strategi penjenamaan korporat tidak boleh dijalankan berasingan. Jenama korporat tidak terhad kepada nama, paparan fizikan, logo dan identiti syarikat sahaja. Ia meliputi juga aspek seperti tatacara yang mengandungi nilai teras dan budaya syarikat. Bahkan ia juga termasuk sejarah pembangunan syarikat, falsafah, kepimpinan dan keunikan sifat para pekerja. Budaya korporat harus dibentuk di dalam organisasi atau syarikat terlebih dahulu. Ia bermula dengan sifat fizikal seperti logo, warna korporat, rekaan dalaman pejabat, pakaian seragam pekerja, iklan dan sebagainya serta nilai-nilai, filosofi, budaya perusahaan, standard perkhidmatan dan mutu pekerjaan haruslah selaras dengan budaya korporat yang hendak dibentuk. Beliau juga berpendapat bahawa komunikasi dalaman menjadi semakin penting sekiranya terdapat perubahan pada logo, nilai-nilai perusahaan, dan sebagainya. Ini kerana, komunikasi dalaman haruslah seragam dengan logo yang telah diuar-uarkan. Sebagai contoh, bagi syarikat laman web seperti Google yang menggunakan moto seperti Dont be evil seharusnya menepati moto ini. Ia tidak boleh direka semata-mata untuk memenuhi kriteria moto tersebut tetapi haruslah dibentuk menerusi peringkat dalam pejabat. Selain itu, beliau juga menulis tentang kaitan di antara reputasi dan imej korporat. Imej merupakan kesan awal yang terbentuk pada pandangan awal. Manakala reputasi pula ialah satu kesimpulan dan penilaian yang dibuat oleh orang ramai setelah terlibat dengan syarikat pada satu jangka masa yang panjang, contohnya para pengguna produk Maybelline. Sekiranya telah
lama menggunakannya produk ini, pelanggan akan dapat merasai kebaikan produk ini dan inilah yang dipanggil reputasi. Terdapat empat peringkat yang perlu dilakukan untuk memperbaiki imej dan reputasi syarikat. Pertama, menerusi para pekerja dan eksekutif, imej dan reputasi bagi jenama dan produk, imej dan reputasi syarikat serta imej dan reputasi bagi industri dan sektor. PENUTUP Dalam membincangkan tentang reputasi dan imej sebuah syarikat korporat, kita haruslah sedar bahawa ia adalah aspek yang sangat penting dalam memastikan sesebuah perniagaan berjalan lancar dan sentiasa membangun. Kedua-dua bidang ini mempunyai kekuatan masing-masing. Imej merupakan apa yang diperlihatkan kepada umum pada pertama kali (first time impression). Manakala reputasi pula ialah sesuatu yang terbentuk daripada kepercayaan para pelanggan terhadap penggunaan sesuatu produk atau servis. Kedua-duanya harus bergerak seiring dan menepati budaya korporat yang sesuai. Menurut Dr. Hifni, bagi memperbaiki mutu imej dan reputasi korporat sesebuah syarikat, harus menerusi empat peringkat iaitu budaya pekerja dan eksekutif, jenama dan produk, imej dan reputasi serta imej dan reputasi bahagian industry dan sektor. Sekiranya keempat-empat peringkat ini dapat diperbaiki, maka akan terhasillah satu imej dan reputasi yang cemerlang bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi.
ARTIKEL 3 | IDENTITI, IMEJ DAN REPUTASI KORPORAT PERSATUAN NELAYAN KAWASAN PERLIS SELATAN Bahtiar bin Mohamad, Rosli bin Mohammed, Hassan bin Abu Bakar (2012) PENGENALAN Artikel ini membincangkan tentang kepentingan identiti, imej dan reputasi korporat terutamanya bagi Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan. 3 orang penulisnya telah menjalankan kajian berkaitan hal ini. Ketiga-tiga orang penyelidik ini telah mengenalpasti beberapa masalah. Antaranya ialah cabaran dalam mengekalkan imej positif bagi sesebuah syarikat. Selain itu, mereka juga merujuk kepada hasil kajian Abratt (1998) yang menyatakan bahawa personaliti korporat merupakan satu isyarat secara sedar yang terdiri daripada beberapa elemen yang berbeza seperti perlakuan pekerja, perkhidmatan pelanggan, kepuasan pelanggan, servis dan produk, serta nama, logo dan slogan korporat. Antara objektif kajian ialah mengenalpasti identiti korporat yang dimiliki oleh Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, menilai imej daripada perspektif ahli-ahli persatuan dan menilai tahap reputasi korporat mereka. Bagi memastikan kajian ini berjalan lancar, persatuan nelayan harus bergerak mengarah kepada perubahan semasa. Kajian ini amat penting bagi menilai pendapat umum terhadap sesebuah organisasi korporat. Para penyelidik juga berpendapat bahawa memiliki imej korporat yang cemerlang dan baik merupakan impian bagi setiap syarikat dan organisasi korporat. Ini adalah bagi memastikan mereka mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar.
ULASAN Dalam artikel ini, ada dinyatakan bahawa identiti korporat haruslah dibina dan dibentuk seiring dengan persekitaran dan objektifnya. Ia mengambil masa yang lama dan panjang. Pembentukan imej yang positif akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kualiti dan pencapaian syarikat. Tetapi, sekiranya identiti syarikat sedia ada tidak diuar-uarkan dengan baik dan sistematik, ianya tidak membawa sebarang kebaikan. Oleh itu, proses mengiklankan dan pemberitahuan haruslah dilakukan dengan baik agar umum dapat melihat dengan lebih jelas lagi imej yang dibawa oleh sesebuah syarikat. Terdapat pelbagai definisi Imej daripada ahli falsafah dan filosofi terkemuka. Daripada semua definisi, bolehlah kita simpulkan definisi imej kepada tiga elemen yang jelas iaitu kognitif, perasaan dan tindakan. Kognitif bolehlah disamakan ertikan dengan pengetahuan atau maklumat yang tersimpan dalam pemikiran individu. Perasaan pula adalah untuk memperkuatkan penyokongan ataupun arah perasaan yang ada pada seseorang terhadap sesuatu objek. Manakala tindakan pula adalah tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap sesuatu objek Imej merupakan tanggapan umum terhadap identiti yang telah dibentuk oleh Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan. Imej ini dibentuk dengan pelbagai cara bagi memudahkan umum membuat tanggapan yang tepat terhadap Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan. Imej biasanya diterjemahkan oleh Persatuan Nelayan melalui aktiviti komunikasinya. Antara aktiviti komunikasi tersebut adalah yang berbentuk tangible seperti simbol, warna, budaya, mercu tanda, lagu, arkitektur dan lain-lain manakala yang bukan tangible pula adalah dalam aspek hubungan media, hubungan komuniti dan beberapa acara khas yang lain.
9
Seterusnya, artikel ini juga membincangkan tentang reputasi korporat bagi sesebuah syarikat. Terdapat beberapa ahli falsafah yang memberikan pengertian yang sama bagi imej korporat dan reputasi korporat antaranya ialah Abratt (1989), Alvesson (1998), Bernstein (1984) dan Dowling (1986). Bagi Winfrey (1989), reputasi korporat ialah persepsi individu atau kumpulan terhadap keberkesanan korporat. Reputasi, yang mana merujuk kepada sifat objektif organisasi yang ditanggap oleh orang luar (Fombrun dan Shanley, 1990). Menurut Vergin dan Qoronfleh (1998), reputasi dianugerahkan kepada seseorang oleh orang lain. Ia timbul daripada tanggapan mereka dalam pelbagai dimensi daripada ciri-ciri peribadi, seperti kecerdikan atau kebolehan menyelesaikan masalah hinggalah kepada faktor fizikal, seperti penampilan diri dan kerapian. Kebanyakan pemerhati dipengaruhi kuat oleh sifat professional individu dan kejayaan dalam bentuk kewangan. Ada juga yang mencadangkan penentuan reputasi yang paling kuat adalah etika seseorang individu dalam tindakannya. PENUTUP Reputasi dan imej korporat merupakan dua elemen yang sangat penting dalam membentuk persepsi umum terhadap sesebuah syarikat. Kedua-duanya harus bergerak seiring dalam usaha menaikkan nama syarikat ke peringkat yang lebih tinggi. Kedua-dua elemen ini saling berkait. Sekiranya imej sesebuah syarikat digembar-gemburkan dengan begitu baik sekali, tetapi apabila seorang pengguna memberikan testimoni yang kurang baik, maka ia akan menjejaskan reputasi syarikat. Sebaliknya jika pengguna memberikan respons yang baik terhadap produk tetapi imej syarikat tidak terjaga seperti tidak mempunyai logo, moto,
10
ruangan pejabat yang tidak menarik, orang ramai akan mempersoalkan produk yang dihasilkan. Oleh yang demikian, imej dan reputasi korporat haruslah sentiasa dititikberatkan. Dalam kajian ini, Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan seharusnya memberikan imej yang baik kepada pelanggan mereka agar reputasi korporat sentiasa terjaga. Ini akan membawa kepada keberuntungan bagi setiap ahli persatuan.
RUJUKAN Sarmila MS, Zaimah R, N. Lyndon, Azimah AM, Suhana Saad, Selvadurai S (2012). Tanggungjawab Sosial Korporat Dan Pembangunan Ekonomi Komuniti: Kajian Kes Perspektif Komuniti Penerima. Dr. Hifni Alifahmi (September, 2012). Merawat Reputasi Korporat. Diperolehi daaripada http://theprworld.com/insight/expert/342-merawat-reputasi-korporat pada 3 November 2013. Bahtiar Bin Mohamad, Rosli Bin Mohammed, Hassan Bin Abu Bakar (2012). Identiti, Imej Dan Reputasi Korporat Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan.
11