Estee Lauder 2011 Case Study

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

SEMESTER 9 / SEPT 2014

BBPS4103

PENGURUSAN STRATEGIK / STRATEGIC MANAGEMENT

KAJIAN KES ESTEE LAUDER 2011

NO. MATRIKULASI : 860904135099001

NO. KAD PENGENALAN : 860904135099

NO. TELEFON : 014-8982585

E-MEL : [email protected]

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BANGI


BBPS4103

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 ANALISIS LUARAN 3

3.0 ANALISIS DALAMAN 7

4.0 ANALISIS SWOT 9

5.0 CADANGAN 12

6.0 RUJUKAN 17

7.0 LAMPIRAN 18

1
BBPS4103

1.0 PENGENALAN

ABSTRAK

Kajian ini merupakan sebuah kajian terhadap industri kosmetik yang telah lama
menembusi pasaran global iaitu Syarikat Estee Lauder [Estee Lauder Companies, Inc.(EL)]
berkenaan perniagaan pada tahun 2011. EL diklasifikasikan sebagai sebuah syarikat dibawah
inndustri barangan persendirian dan isi rumah dimana mereka merupakan peneraju dalam
indutri kecantikan berprestijsebagai pengeluar alatan solek, produk penjagaan kulit, minyak
wangi dan produk penjagaan rambut yang telah diiktiraf di serata dunia. Syarikat yeng beribu
pejabat di Bandar New York, Amerika Syarikat ini telah beroperasi di Benua Amerika itu
sendiri, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan di rantau Asia Pasifik.

Syarikat Estee Lauder mula ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Puan Estee Lauder dan
suaminya, Joseph Lauder dengan memasarkan barangan kecantikan yang dibangunkan oleh
ahli kimia John Schotz yang merupakan pakciknya. Pada awal penubuhannya, EL gagal
meyakinkan Madison Avenue untuk memasarkan produk mereka. Tetapi itu tidak menghalang
mereka untuk memasarkan sendiri produk mereka terus kepada pelanggan dan seterusnya
mensasarkan butik-butik eksklusif dan kedai-kedai jualan sehingga dua tahun kemudian
berjaya membuka kedai jualan pertama mereka di Saks Fifth Avenue di New York. Kini, EL
mempunyai lebih 26 jenama produk dan dijual di lebih 150 negara di seluruh dunia. Biarpun
pada tahun 2004 syarikat ini kehilangan pengasas mereka iaitu Puan Estee Lauder,namun
beliau patut berbangga dengan pencapaian yang dicapai oleh syarikat yang bermula dari
sebuah perusahaan kecil kepada sebuah jenama yang dikenali di serata dunia.

Biarpun mengalami sedikit kejatuhan pada tahun 2009, syarikat ini memperbaiki
ekonominnya pada tahun kewangan 2010. Tahun kewangan bagi syarikat Estee Lauder
berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Kejayaan EL pada tahun 2010 ialah mereka berjaya
menggandakan pendapatan bersih dari $218 juta pada tahun 2009 ke $478 juta pada tahun
2010. Jualan bersih pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6.4 peratus berbanding tahun
kewangan 2009. Pendapatan pada tahun 2010 pula sebanyak $7,811.5 juta berbanding
$7331.9 juta pada tahun 2009.

KENYATAAN VISI

Bringing the best to everyone we touch and being the best in everything we do. By the
best we mean the best products, the best people and the best ideas.

2
BBPS4103

KENYATAAN MISI

Misi kami adalah untuk memasarkan produk berkualiti tinggi dalam penjagaan kulit, minyak
wangi,kosmetik dan produk penjagaan rambut (2) untuk lelaki dan wanita di semua peringkat
umur tanpa mengira bangsa (1) di seluruh dunia (3). Dengan menggunakan teknologi yang
terkini (4) dalam rekabentuk kosmetik, kami dapat memastikan permintaan tinggi pelanggan
untuk produk yang unggul dan selamat mampu dipenuhi atau lebih dalam setiap produk yang
dibeli (5). Menyediakan produk yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan membolehkan
falsafah kami (6) iaitu meningkatkan minda,badan dan jiwa diteruskan dari satu generasi ke
generasi (7). Dengan adanya ahli kimia yang berpengalaman (8) dalam mereka bentuk produk
baru yang selamat dan berkesan, kami berusaha untuk terus mengembangkan rangkaian
produk kami. Kami juga berusaha untuk menjalankan kesedaran sosial dengan menyediakan
produk yang yang mesra alam dan bebas dari ujian haiwan (9).

1. Pelanggan
2. Produk atau perkhidmatan
3. Pasaran
4. Teknologi
5. Konsep kendiri
6. Falsafah
7. Kebimbangan untuk terus bersaing, keuntungan dan pembangunan
8. Keprihatinan terhadap pekerja
9. Keprihatinan terhadap masyarakat dan tanggungjawab sosial.

2.0 ANALISIS LUARAN

CPM MATRIK PROFIL PESAING ( COMPETITIVE PROFILE MATRIX)

Matrik profil pesaing menunjukkan pesaing utama syarikat dalam industri yang sama
dan kekuatan serta kelemahan berhubung dengan kedudukan strategik syarikat. Tujuan matrik
ini adalah untuk menilai kedudukan daya saing syarikat dalam industri. Syarikat Estee Lauder
bersaing secara terus dalam industri ini dengan jenama lain seperti Avon Product, Inc.,
kumpulan Loreal dan syarikat Procter & Gamble (P&G).

Syarikat Avon

3
BBPS4103

Syarikat ini menjual produk kecantikan dan berkaitan yang terdiri daripada kosmetik,
minyak wangi, penjagaan kulit dan kelengkapan peribadi. Pejabat utama terletak di
New York dan merupakan sebuah syarikat jualan langsung produk peribadi yang
terbesar. Pasaran Avon di lebih 100 negara menerusi lebih 5 juta wakil jualan bebas di
seluruh dunia. Ini membuatkan Avon merupakan salah satu pesaing yang
menggerunkan.

Kumpulan Loreal

Kumpulan Loreal merupakan salah satu peneraju di seluruh dunia dalam industri
kosmetik dan mengedarkan produk di lebih 130 buah negara dengan 19 jenama global
dan pejabat di 58 buah negara. Memiliki banyak jenama produk pengguna, produk
profesional dan produk mewah.

Syarikat Procter & Gamble (P&G)

P&G secara konsisten dalam mengejar globalisasi dengan lebih 127,000 pekerja di
lebih 80 buah negara dan pengedaran produk di 140 negara. Syarikat ini merupakan
syarikat yang memiliki kepelbagaian dalam barisan produk, berterusan menunjukkan
pertumbuhan dalam jualan dan keuntungan.

Estee Lauder Avon Loreal P&G


Faktor-faktor Kadar Skor Kadar Skor Kadar Skor Kadar Skor
Wajaran
kejayaan kritikal wajaran wajaran wajaran wajaran
Kualiti Produk 0.1 4 0.4 3 0.3 4 0.4 3 0.3
Kesetiaan
0.1 4 0.4 4 0.4 4 0.4 4 0.4
pelanggan
Nilai jenama 0.1 4 0.4 4 0.4 4 0.4 4 0.4
Pengiklanan 0.1 4 0.4 4 0.4 4 0.4 4 0.4
Harga 0.1 3 0.3 3 0.3 4 0.4 4 0.4
Penyelidikan dan
Pembangunan 0.1 4 0.4 3 0.3 4 0.4 4 0.4
(R&D)
Pasaran Global 0.1 4 0.4 3 0.3 4 0.4 4 0.4
Rangkaian
0.1 2 0.2 4 0.4 3 0.3 4 0.4
pengedaran
Kedudukan
0.05 2 0.1 3 0.15 3 0.15 4 0.2
Kewangan

4
BBPS4103

Bahagian dalam
0.1 2 0.2 3 0.3 3 0.3 3 0.3
pasaran
Pengurusan 0.05 3 0.15 3 0.15 3 0.15 4 0.2
1.00 3.35 3.4 3.7 3.8

Analisis matrik profil pesaing diatas menunjukkan bahawa syarikat Procter & Gamble
(P&G) mendominasi dalam faktor-faktor kejayaan kritikan dengan nilai wajaran sebanyak
3.8. Syarikat Estee Lauder mencatatkan nilai wajaran yang paling rendah. Justeru itu, strategi
yang perlu dirancang untuk kejayaan syarikat ini haruslah merangkumi faktor pengembangan
rangkaian pengedaran, bahagian dalam pasaran, kedudukan kewangan dan pengurusan yang
lebih sistematik.

MATRIK PENILAIAN FAKTOR LUARAN

Skor
Faktor Luaran Wajaran Kadar
Wajaran
Peluang (opportunities)
Nilai mata wang Dollar Amerika Syarikat yang
lemah berbanding mata wang Euro menjadikan
0.07 3 0.21
barangan berasaskan Amerika Syarikat lebih
berpatutan untuk pelanggan di Eropah
Kadar faedah yang kekal rendah di Amerika Syarikat 0.09 3 0.27
Semakin ramai orang membeli produk dalam talian
0.12 3 0.36
untuk kemudahan, penjimatan kos dan kerahsiaan
Peningkatan golongan lelaki yang semakin prihatin
dalam penjagaan kulit dan streotype lelaki
0.07 4 0.28
menggunkan barangan penjagaan kulit semakin
berkurangan
Peningkatan dalam penjualan kosmetik di rantau asia 0.05 3 0.15
Peningkatan populasi golongan hispanic di
Amerika Syarikat (hispanic- keturunan amerika latin 0.05 3 0.15
yang tinggal di Amerika Syarikat)
Permintaan pelanggan terhadap produk yang tidak
0.05 3 0.15
diuji terhadap haiwan dan mesra alam
Pelanggan berminat terhadap produk herba yang
0.05 4 0.2
berasaskan sumber semulajadi
Ancaman (Threats)
Pelanggan mengadu mengenai penghasilan produk 0.03 3 0.09

5
BBPS4103

baru yang diuji terhadap haiwan


FDA (Food and Drug Administration for US)
merancang utk menguatkuasakan bahawa setiap
0.02 1 0.02
syarikat kosmetik perlu menyatakan label
keselamatan produk ini belum ditentukan
Banyak syarikat yang baru dengan kepakaran
0.05 2 0.1
pelbagai barangan kosmetik ditubuhkan setiap tahun
Kebimbangan kegunaan bahan terlarang dalam
0.05 4 0.2
produk
Pesaing dalam industri yang sama mempelbagaikan
0.10 2 0.2
jenama produk dan mengembangkan pasaran
Produk boleh didapati dalam jualan atas talian
dengan harga yang lebih rendah menghadkan 0.10 1 0.1
keuntungan
Kecenderungan masyarakat untuk tampil tanpa
0.05 3 0.15
solekan
Kesetiaan pelanggan terhadap jenama yang biasa
0.05 3 0.15
digunakan dan sukar untuk mencuba jenama lain
JUMLAH 1.00 2.78

Keputusan daripada Matrik Penilaian Faktor Luaran menunjukkan bahawa syarikat ini
adalah di bawah purata (skor purata=3.00). Syarikat Estee Lauder mempunyai peluang besar
kerana peningkatan golongan lelaki dalam penjagaan kulit selain golongan wanita yang telah
sekian lama mengutamakan kecantikan. Selain itu, peningkatan minat pelanggan terhadap
produk berasaskan sumber semulajadi. Walaubagaimanapun, ancaman adalah kebimbangan
pengguna terhadap penggunaan bahan terlarang dalam produk dan pertambahan pelanggan
yang mengadu tentang ujian terhadap haiwan. Hal ini boleh menjejaskan imej dan keyakinan
pelanggan terhadap rangkaian produk keluaran syarikat ini.

3.0 ANALISIS DALAMAN

MATRIK PENILAIAN FAKTOR DALAMAN

Skor
Faktor Dalaman Wajaran Kadar
Wajaran
Kekuatan (strenghts)
Mempunyai pejabat jualan di lebih 48 negara dan
0.13 5 0.65
dijual di 130 negara seluruh dunia

6
BBPS4103

Produk diuji terhadap haiwan bila dibenarkan oleh


0.05 4 0.2
undang-undang
Mempunyai 26 jenama terkenal dan beroperasi
dibawah pelbagai jenama tersebut seperti Clinique, 0.12 5 0.6
Origins dan Bobbi Brown.
Rancangan Penggantian yang terperinci untuk
kejayaan syarikat setelah perlantikan Fabrizio Freda 0.05 3 0.15
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula Mac 2010
Hak global syarikat terhadap produk yang dijual
dibawah beberapa jenama seperti Tommy Hilfiger, 0.10 4 0.4
Donna Kara dan Sean John
Kesinambungan syarikat dalam membeli
kepentingan dalam syarikat yang diiktiraf seperti 0.05 4 0.2
Bumble&Bumble Product LLC
Keuntungan naik sekali ganda bagi tahun kewangan
2010 ($478juta) berbanding tahun kewangan 2009 0.15 4 0.6
($218juta)
Keupayaan syarikat dalam pengkhususan
penghasilan peringkat atas dan pertengahan produk 0.05 4 0.2
kosmetik; pasaran lebih 9000 produk
Kelemahan (Weaknesses)
Pengurangan kedai-kedai jualan diseluruh dunia 0.10 2 0.2
Harga saham terperangkap diantara USD25 dan
0.05 1 0.05
USD50 julat dagangan sejak 1996.
Kuasa dalam syarikat banyak dimiliki oleh ahli
0.05 2 0.1
keluarga
Penurunan pendapatan dari sektor minyak wangi
0.05 1 0.05
iaitu $1150.9 juta (2009) kepada $1136.9 juta (2010)
Syarikat tidak menawarkan jenama yang mencukupi
0.05 1 0.05
untuk disesuaikan dengan bajet pelanggan
JUMLAH 1.00 3.45

Keputusan yang ditunjukkan oleh Matrik Penilaian faktor Dalaman diatas


menunjukkan yang syarikat mempunyai kekuatan dalam memiliki 26 jenama dan beroperasi
dengan pejabat di 48 buah negara serta lebih 130 buah negara di seluruh dunia. Ini
menunjukkan Estee Lauder mempunyai bahagian pasaran yang besar. Walaubagaimanapun,
dari segi kelemahan, syarikat perlu menambahkan bilangan kedai-kedai jualan di seluruh

7
BBPS4103

dunia bagi meningkatkan lagi jualan. Selain itu, dominasi kuasa di kalangan keluarga juga
perlu ditangani bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

ANALISIS NISBAH KEWANGAN

ESTEE LAUDER
2008 2009 2010 CATATAN
Nisbah keuntungan :
(Profitable Ratios)
Margin keuntungan kasar 74.76 74.31 76.53 %
Margin keuntungan bersih 5.99 2.98 6.14 %
Pulangan terhadap aset 10.37 4.29 9.10 %
Pulangan terhadap ekuiti 33.22 13.26 26.66 %
Nisbah aktiviti:
(Activity Ratios)
Pusingan inventori 2.17 2.11 2.26 kali
Pusingan aset 1.73 1.44 1.48 kali
Pusingan aset tetap 8.22 7.08 7.60 kali
Nisbah Kecairan:
(Liquidity Ratios)
Nisbah semasa (current ratio) 1.64 2.00 1.99
Nisbah cepat (quick ratio) 0.85 1.18 1.19
Nisbah Leverage :
(Leverage ratios)
Leverage Kewangan 3.03 3.16 2.74
Nisbah hutang/ekuiti 0.65 0.85 0.62
Nisbah Pertumbuhan:
(Growth Ratios)
Pendapatan bersih 47.3 218.4 478.3 USD/ million
Pendapatan sesaham 1.20 0.55 1.19 USD
Dividen sesaham 0.28 0.28 0.28 USD

4.0 ANALISIS SWOT

Kekuatan (Strenghts)

Jenama Yang Kukuh

Jenama di bawah Estee Lauder biasanya dikaitkan dengan kemewahan dan kualiti.
Syarikat ini menghasil dan memasarkan produk yang diyakini terbaik dimata dunia
seperti Clinique, M.A.C dan Origins. Selain itu, mereka juga mempunyai lesen global
pada jenama ternama lain seperti Tommy Hilfiger, Donna Kara dan Sean John. Setiap

8
BBPS4103

dari jenama ini mensasarkan penguasaan di pasaran produk kecantikan. Ini dibuktikan
dengan penguasaan M.A.C sebagai pendahulu di pasaran alatan solek di Amerika
Syarikat. Kekuatan sesuatu jenama ini memberikan ruang kepada syarikat untuk
menambah rangkaian produk dibawah jenama tersebut.

Fokus Terhadap Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Estee lauder adalah pendahulu dalam pembangunan produk baru. Dari sektor
pemasaran sehingga ke kumpulan pembungkusan bekerjasama dengan pasukan R&D
dalam mengkaji keinginan dan minat pengguna, pembangunan produk baru,
rekabentuk dan kajian penghasilan semula produk sedia ada. Kesungguhan syarikat ini
dibuktikan melalui tindakan memperuntukkan sejumlah 1.1% daripada jumlah
pendapatan untuk tujuan R&D dalam tahun kewangan 2007.

Rangkaian Pengedaran Yang Luas

Tidak dinafikan lagi, Estee Lauder menjual produk mereka melalui rangkaian yang
besar dengan adanya pejabat milikan sendiri di 48 buah negara dan pasaran di lebih
130 buah negara di seluruh dunia. Dengan adanya rangkaian pengedaran yang meluas
ini, Estee Lauder mampu mewujudkan kedekatan dengan pelanggan sasaran dan
meningkatkan peluang penembusan pasaran.

Kelemahan (Weaknesses)

Prestasi Kurang Memberansangkan

Pendapatan operasi telah menunjukkan penurunan dalam segmen tertentu. Begitu juga
dengan keuntungan dalam beberapa kawasan geografi. Pendapatan operasi dalam
minyak wangi telah menurun dari $60.8 juta pada 2009 kepada $26.3 juta pada 2010.
Selain itu, pendapatan operasi dari perkara lain juga menunjukkan penurunan.
Keuntungan dari benua Eropah menunjukkan penurunan sebanyak $345.4 juta pada
tahun 2009 berbanding 2008. Benua Amerika juga menunjukkan penurunan; $3711.5
juta (2008) dan $3421.2 juta (2009). Penurunan dalam pendapatan operasi di kategori
produk dan kawasan geografi tertentu menunjukkan kelemahan dalam struktur kos
syarikat.

Peluang (Opportunities)

9
BBPS4103

Kemunculan Pasaran Kosmetik Di Beberapa Negara

Kemunculan pasaran baru di beberapa buah negara seperti China dan India yang telah
didorong oleh peningkatan populariti pertandingan kecantikan mendorong kepada
kebangkitan syarikat kosmetik. Ini dibuktikan melalui peningkatan pendapatan
syarikat Estee Lauder di rantau Asia Pasifik; $1,192.6 juta (2008), $1299.4 juta (2009)
dan $1510.1 juta (2010). Syarikat ini telah bertapak dalam pasaran di rantau ini sekian
lama, dengan kemunculan pasaran baru ini membantu memperbaiki kedudukan Estee
Lauder disamping merupakan peluang yang baik untuk mendapat manfaat daripada
permintaan yang dijangka meningkat bagi pasaran di negara-negara ini.

Kesedaran Tentang Kecantikan

Dewasa ini kesedaran mengenai kepentingan menjaga kecantikan semakin meningkat


bukan sahaja di Amerika Syarikat malahan seluruh dunia. Kesedaran ini juga meliputi
semua peringkat umur dengan tumpuan terhadap golongan yang berumur. Menurut
Biro Perangkaan dan Banci Amerika Syarikat, penduduk di negara tersebut yang
berumur 65 tahun ke atas sekurang-kurangnya ada 13 peratus daripada jumlah
populasi pada tahun 2006 dan dijangka meningkat kepada 20 peratus menjelang 2030.
Estee Lauder perlu meningkatkan pengeluaran terhadap segmen berkaitan dengan
alatan kosmetik yang tertumpu terhadap golongan berumur ini khususnya dan semua
penduduk di seluruh dunia amnya.

Ancaman (Threats)

Persaingan Sengit

Industri kosmetik global merupakan medan persaingan yang sengit dengan penglibatan
beberapa syarikat besar di samping sekumpulan besar syarikat kecil berlumba-lumba
untuk mendapat tempat dalam pasaran. Antaranya ialah Syarikat Esteen Lauder itu
sendiri, Kumpulan Loreal, Syarikat Procter&Gamble, Avon Product. Kesungguhan
syarikat-syarikat ini untuk kekal beroperasi mendorong mereka untuk merencanakan
strategi perniagaan yang berkesan antaranya melalui pembesaran rangkaian
pengedaran, mempelbagaikan rangkaian produk dan memperkukuhkan kekuatan
penawaran mengimbangi permintaan. Peningkatan persaingan ini memberikan
implikasi terhadap penurunan harga produk, penurunan keuntungan dan kehilangan
tempat dalam pasaran.
10
BBPS4103

Peningkatan Penguatkuasaan Undang-undang

Beberapa kumpulan perlindungan pengguna secara terbuka menyatakan kebimbangan


terhadap penggunaan bahan yang terlarang dalam produk kosmetik. Sehubungan
dengan peningkatan kebimbangan ini, FDA (US Food and Drug Administration)
bercadang menguatkan undang-undang berkaitan produk kosmetik. Penguatkuasaan
ini dijangka melengahkan masa untuk penghasilan dan pelancaran produk baru dan
peningkatan perbenjaan program R&D. Sudah pasti juag mendatangkan keburukan
kepada struktur kos syarikat Estee Lauder.

5.0 CADANGAN

GSM-MATRIK STRATEGI BESAR(GRAND STRATEGY MATRIX)

Pertumbuhan Pasaran Pesat

Kuadran II Kuadran I
Estee Lauder

Berdasarkan Matrik Strategi Besar


Kedudukan Kedudukan
Kuadran III Kuadran IV diatas, Syarikat Estee Lauder
Persaingan Persaingan
dicadangkan pada kuadran II. Berikut
Kuat
Lemah merupakan cadangan strategi yang
perlu dilaksanakan:

Pembangunan pasaran
Penembusan pasaran
Pembangunan produk
Integrasi ke hadapan,
Pertumbuhan mendatar
Pasaran Perlahandan ke belakang.
Kepelbagaian berpusat

QPSM

Alternatif strategik
Faktor Dalaman Wajaran Memperkenalkan Meneruskan
produk baru untuk
untuk pelanggan mengembangkan
baru pasaran ke
kawasan geografi
baru
Kekuatan SDT JSDT SDT JSDT
11
BBPS4103

Mempunyai pejabat jualan di lebih 48


negara dan dijual di 130 negara seluruh 0.10 2 0.3 4 0.5
dunia
Produk diuji terhadap haiwan bila
0.05 - - - -
dibenarkan oleh undang-undang
Mempunyai 26 jenama terkenal dan
beroperasi dibawah pelbagai jenama
0.10 3 0.3 2 0.25
tersebut seperti Clinique, Origins dan
Bobbi Brown.
Rancangan Penggantian yang terperinci
untuk kejayaan syarikat setelah perlantikan
0.05 - - - -
Fabrizio Freda sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif bermula Mac 2010
Hak global syarikat terhadap produk yang
dijual dibawah beberapa jenama seperti
0.15 4 0.35 4 0.4
Tommy Hilfiger, Donna Kara dan Sean
John
Kesinambungan syarikat dalam membeli
kepentingan dalam syarikat yang diiktiraf - - - - -
seperti Bumble&Bumble Product LLC
Keuntungan naik sekali ganda bagi tahun
kewangan 2010 ($478juta) berbanding 0.15 3 0.45 4 0.6
tahun kewangan 2009 ($218juta)
Keupayaan syarikat dalam pengkhususan
penghasilan peringkat atas dan
0.10 4 0.25 4 0.2
pertengahan produk kosmetik; pasaran
lebih 9000 produk
Kelemahan
Pengurangan kedai-kedai jualan diseluruh
0.05 - - - -
dunia
Harga saham terperangkap diantara
USD25 dan USD50 julat dagangan sejak 0.05 - - - -
1996.
Kuasa dalam syarikat banyak dimiliki oleh
0.05 - - - -
ahli keluarga
Penurunan pendapatan dari sektor minyak 0.05 - - - -
wangi iaitu $1150.9 juta (2009) kepada

12
BBPS4103

$1136.9 juta (2010)


Syarikat tidak menawarkan jenama yang
mencukupi untuk disesuaikan dengan bajet 0.10 4 0.20 2 0.10
pelanggan
JUMLAH 1.00 1.85 2.05

Faktor Luaran Wajaran Memperkenalkan Meneruskan


produk baru untuk
untuk pelanggan mengembangkan
baru pasaran ke
kawasan geografi
baru
Peluang SDT JSDT SDT JSDT
Nilai mata wang Dollar Amerika Syarikat
yang lemah berbanding mata wang Euro
menjadikan barangan berasaskan Amerika 0.07 1 0.07 4 0.2
Syarikat lebih berpatutan untuk pelanggan
di Eropah
Kadar faedah yang kekal rendah di
0.09 2 0.2 4 0.24
Amerika Syarikat
Semakin ramai orang membeli produk
dalam talian untuk kemudahan, penjimatan 0.12 3 0.4 1 0.16
kos dan kerahsiaan
Peningkatan golongan lelaki yang semakin
prihatin dalam penjagaan kulit dan
0.05 4 0.2 1 0.05
streotype lelaki menggunkan barangan
penjagaan kulit semakin berkurangan
Peningkatan dalam penjualan kosmetik di
0.05 2 0.1 4 0.2
rantau asia
Peningkatan populasi golongan hispanic
di Amerika Syarikat (hispanic- keturunan
0.05 1 0.05 4 0.2
amerika latin yang tinggal di Amerika
Syarikat)
Permintaan pelanggan terhadap produk
yang tidak diuji terhadap haiwan dan 0.07 - - - -
mesra alam
Pelanggan berminat terhadap produk herba 0.05 3 0.10 1 0.05

13
BBPS4103

yang berasaskan sumber semulajadi


Ancaman
Pelanggan mengadu mengenai penghasilan
0.03 - - - -
produk baru yang diuji terhadap haiwan
FDA (Food and Drug Administration for
US) merancang utk menguatkuasakan
bahawa setiap syarikat kosmetik perlu 0.02 - - - -
menyatakan label keselamatan produk ini
belum ditentukan
Banyak syarikat yang baru dengan
kepakaran pelbagai barangan kosmetik 0.05 - - - -
ditubuhkan setiap tahun
Kebimbangan kegunaan bahan terlarang
0.05 - - - -
dalam produk
Pesaing dalam industri yang sama
mempelbagaikan jenama produk dan 0.10 - - - -
mengembangkan pasaran
Produk boleh didapati dalam jualan atas
talian dengan harga yang lebih rendah 0.10 - - - -
menghadkan keuntungan
Kecenderungan masyarakat untuk tampil
0.05 4 0.2 1 0.05
tanpa solekan
Kesetiaan pelanggan terhadap jenama yang
biasa digunakan dan sukar untuk mencuba 0.05 - - - -
jenama lain
JUMLAH 1.00 1.32 1.15
JUMLAH KESELURUHAN SKOR
3.17 3.2
DAYA TARIKAN (SDT)

Antara beberapa cadangan adalah:

Syarikat perlu membangunkan imej jenama yang jelas dan menyediakan sesuatu yang
unik kepada pelanggan. Kemungkinan untuk membentuk imej baru adalah melalui
pelancaran sub-jenama.
Syarikat perlu mengambil langkah untuk membendung pemalsuan produk kerana jelas
pemalsuan ini mengancam perniagaan serta imej jenama Estee Lauder. Selain itu
menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna seterusnya membawa kepada
kemerosotan perniagaan.
14
BBPS4103

Estee lauder boleh memperkenalkan sub-jenama yang disesuaikan untuk situasi


pasaran yang berbeza yang mana menyediakan fleksibiliti untuk menikmati pelbagai
jenama tanpa memberi kesan negatif kepada satu sama lain.
Oleh kerana Estee Lauder merupakan jenama yang global, ia seharusnya memberi
tumpuan yang sama pada setiap pasaran untuk memberi kestabilan global dalam
perniagaan syarikat secara menyeluruh.
Sikap kesedaran mengenai persaingan. Meskipun Estee Lauder mempunyai pasaran
yang luas dan kepelbagaian produk, ia harus sedar persaingan yang semakin sengit dan
tidak sambil lewa bagi meneruskan kelancaran operasi syarikat.

6.0 RUJUKAN

http://en.wikipedia.org/wiki/Estee_Lauder_Companies capaian pada 18 Disember 2014

http://www.esteelauder.my/ capaian pada 18 Disember 2014

http://www.my.avon.com/ capaian pada 19 Disember 2014

http://en.wikipedia.org/wiki/Avon_Product capaian pada 19 Disember 2014

http://www.loreal.com/ capaian pada 19 Disember 2014

http://www.pg.com/ capaian pada 19 Disember 2014

15
BBPS4103

http://financials.morningstar.com/ratios/r.html?t=EL&region=usa&culture=en-US capaian
pada 19 Disember 2014

Estee lauder 2011 Case Studi di http://www.academia.edu/ capaian 18 Disember 2014

7.0 LAMPIRAN

16
BBPS4103

17
BBPS4103

18
BBPS4103

19
BBPS4103

20
BBPS4103

21
BBPS4103

22

You might also like