Ajaran Haji Ghazali

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

FATWA

Ajaran Haji Ghazali Bin Othman


Bahasa Asal Melayu Jumlah Pembaca 531 Negara Asal Malaysia Tarikh Isu 1995-08-26 Tahun 1995 Pengarang Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom, Mufti, Negeri Selangor Rujukan Jabatan Mufti Negeri Selangor Nota Nota: 28th September 1995 LATAR BELAKANG 1. Nama sebenarnya ialah Hj. Ghazali bin Othman dan berasal dari Kedah, dikenali juga dengan nama Syeikh Razali ibni Othman atau abang Ramli. 2. Beliau tinggal di No. 559, Jalan J 13, Fasa 6, Taman Melawati, Hulu Klang. 3. Beliau dikatakan mempelajari ilmu tarikat daripada Hj. Shamsuddin bin Alang Akib di Hulu Klang (telah meninggal dunia pada tahun 1992) 4. Beliau dikatakan menyuruh orang-orang tertentu mengajak orang lain belajar dengan beliau. Oleh itu ramai dikalangan korporat dan pekerja Zoo Negara yang terlibat

5. Pengikutnya berjumlah 100 orang di sekitar lembah Klang yang terdiri dari kalangan bujang dan yang telah berumahtangga. Selain daripada aktiviti berzikir di Surau Zoo Negara pada setiap malam Jumaat, beliau juga mengadakan aktiviti di rumahnya. Beliau juga mengadakan lawatan ke Kelantan, Sarawak dan Kedah, juga mengadakan lawatan tahunan ke Nagore, India. AJARAN HAJI GHAZALI BIN OTHMAN CIRI-CIRI KESALAHAN 1. Berdasarkan ajaran tasawuf, ia terbahagi kepada 4 iaitu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Syariat dilaksanakan oleh orang Islam peringkat awam dengan melaksanakan fardufardu, tarikat dan wirid serta zikir pada setiap malam Jumaat dan waktu-waktu yang lain. Apabila sudah sampai peringkat hakikat, syariat tidak dipakai lagi, sembahyang dan puasa tidak payah dibuat lagi. Apabila seseorang itu sampai kepada hakikat tidak ada salah semuanya betul. 2. Membawa ajaran Wahdatul Wujud dan Martabat Tujuh. 3. Mengamalkan taubat hakikat sekali seumur hidup. 4. Hajar Aswad di Baitullah, pada hakikat ialah kemaluan perempuan. 5. Matahari pada hakikatnya kemaluan lelaki. 6. Nabi Adam di turunkan ke bumi bukan kerana hukuman tetapi kerana dinaikkan pangkat kepada sufi. 7. Mengamalkan nikah batin dan mempunyai isteri hakikat. Kalau mendapat anak melalui nikah batin dinamakan anak hakikat. 8. Dosa pahala tidak ada bagi orang hakikat. 9. Mengajar ilmu secara rahsia dan menyatakan mana-mana orang yang membuka rahsia ajarannya kepada orang lain dikatakan akan diturunkan bala. 10. Lebih suka mengajar orang perempuan, seorang sama seorang di dalam bilik. Perempuanperempuan pernah dikucup dahi didepan suami. 11. Murid-murid perempuan disuruh megurus dirinya dan melakukan perkara-perkara curang hingga ramai perempuan-perempuan yang terpengaruh dengan beliau dan melupakan tanggungjawab kepada suami. 12. Pernah menyuruh isteri murid (isteri seseorang) menggugurkan anak yang berumur 2 bulan kerana untuk mendapatkan benih baru anak hakikat TINDAKAN 1. Pada 23 April 1995, Jabatan Agama Islam Selangor telah melakukan tangkapan jam 3.00 pagi di rumah beliau yang ketika itu bersama dengan seorang isteri pengikutnya.

2. Pada 12 Mei 1995, dua orang pengikutnya telah melaporkan kepada BAHEIS dan JAIS secara detail ajaran beliau. Hasil daripada perjumpaan dan maklumat diberikan didapati bahawa pengikut terlalu taksub dengan guru hingga mengancam keselamatan dan menghancurkan agama dan membawa porak peranda kepada rumahtangga, melakukan penghinaan terhadap agama, memesongkan akidah dan boleh membawa kepada keluar Islam kerana menghalalkan yang haram dan tidak menganggap wajib perkara yang wajib dalam agama. NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Sel. P.U. 33 ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989 FATWA TENTANG AJARAN HAJI GHAZALI BIN OTHMAN En. 21/1989PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. JADUAL (1) Amalan Haji Ghazali bin Othman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. (2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Haji Ghazali bin Othman di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla. Dibuat pada 15hb September 1995.[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/OOO7]

You might also like