Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Kesahan Dan Kebolehpercayaan
Kesahan Dan Kebolehpercayaan
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan menterjemahkan Instrumen Kesejahteraan Psikologi dalam versi Bahasa Melayu. Pengkaji
telah menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan menjalankan exploratory factor analysis (EFA).
Seramai 210 orang guru pendidikan khas yang sedang mengajar murid berkeperluan khas masalah pembelajaran
dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah terlibat dalam
kajian ini. Kesahan muka dan kandungan instrumen melibatkan enam orang pakar. Indeks Kesahan Kandungan
(Content Validation Index, CVI) digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan antara pakar dicapai. Keputusan
CVI menunjukkan nilai yang tinggi iaitu 0.94. Menerusi EFA pula telah membentuk enam faktor iaitu faktor
hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, penerimaan kendiri, autonomi, perkembangan peribadi,
dan menguasai persekitaran. Sementara itu anti imej menunjukkan nilai pekali korelasi melebihi nilai .5 dan
nilai communality item-item pula adalah antara .32 hingga .91. Seterusnya nilai Eigen adalah lebih besar dari 1.
Jumlah peratus kumulatif adalah sebanyak 50.61% dan dianggap kukuh. Bagi setiap faktor, nilai korelasi item
kepada skor keseluruhan (item-to-total correlation) adalah melebihi .30 iaitu antara .46 hingga .94. Keenam-
enam faktor ini mempunyai nilai ketekalan dalaman (Cronbach’s Alpha) masing-masing iaitu .90, .89, .86, .93,
.87 dan .86 dan nilai-nilai ini berada dalam julat yang boleh diterima. Kesemua item mempunyai nilai muatan
faktor melebihi .5. Jumlah keseluruhan item untuk instrumen ini adalah sebanyak 29 item. Terdapat 13 item
daripada 42 item asal telah dikeluarkan iaitu item 13, 18, 19, 23, 27, 31, 32, 34, 36, 38, 39, 40 dan 41 kerana
nilai muatan faktor adalah kurang daripada nilai .50. Kesimpulan daripada EFA yang dijalankan, dapat
dirumuskan bahawa instrumen kesejahteraan psikologi dalam versi Bahasa Melayu memenuhi kriteria kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen untuk digunakan oleh pengkaji akan datang dalam mengenal pasti
kesejahteraan psikologi guru pendidikan khas masalah pembelajaran.
Kata Kunci : kesahan, kebolehpercayaan, kesejahteraan psikologi, exploratory factor analysis.
PENDAHULUAN
Kesejahteraan psikologi merupakan satu aspek yang penting dalam penentuan kualiti hidup manusia (Asmawati
Desa, Asmah Ahmad, & Zaini Sharkawi, 2009). Kualiti hidup seseorang individu termasuklah memperoleh
kebahagiaan, keamanan, rasa dipenuhi, mendapat kepuasan hidup dan tidak mengalami gejala-gejala
kemurungan pada diri. Ryff (1989) menjelaskan bahawa kesejahteraan psikologi yang dimiliki seseorang
individu tidak hanya merasa bahagia ataupun terbebas daripada hal-hal yang berkaitan dengan perasaan negatif,
tetapi lebih terarah kepada sikap yang positif serta menerima dirinya, menguasai persekitaran, autonomi diri,
hubungan yang positif dengan orang lain, mempunyai tujuan dan makna hidup yang jelas serta adanya perasaan
pertumbuhan dan perkembangan peribadi yang berterusan. Oleh itu kesejahteraan psikologi perlu ditekankan
secara dalaman dan luaran kerana ia boleh mempengaruhi kesejahteraan diri sendiri, keluarga, persekitaran dan
masyarakat sosial serta akhirnya dapat menghasilkan kebahagiaan (happiness) yang merupakan tujuan tertinggi
yang ingin dicapai oleh setiap manusia (Ryff, 1989).
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan menterjemahkan Instrumen Kesejahteraan Psikologi dalam versi bahasa Melayu. Justeru itu
pengkaji telah menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan exploratory factor
analysis (EFA).
27
METODOLOGI
Instrumen Kesejahteraan Psikologi
Instrumen kesejahteraan psikologi dibina oleh Ryff (1989) dalam versi Bahasa Inggeris. Instrumen ini telah
diringkaskan kepada 42 item (Abbott et al., 2006), terdiri daripada enam dimensi dan setiap dimensi mempunyai
tujuh item. Dimensi-dimensi tersebut adalah autonomi, menguasai persekitaran, perkembangan peribadi,
hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, dan penerimaan kendiri seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1. Manakala terdapat 22 item positif dan 20 item negatif (rujuk Jadual 2). Oleh itu melalui instrumen ini
individu dapat mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi diri sendiri.
Jadual 1: Item Setiap Dimensi Instrumen Kesejahteraan Psikologi
Dimensi No. Item
Autonomi 1,7,13,19, 25, 31, 37
Menguasai Persekitaran 2, 8, 14, 20, 26, 32, 38
Perkembangan Peribadi 3, 9, 15, 21, 27, 33, 39
Hubungan Positif dengan Orang Lain 4, 10, 16, 22, 28, 34, 40
Matlamat Hidup 5, 11, 17, 23, 29, 35, 41
Penerimaan Kendiri 6, 12, 18, 24, 30, 36, 42
28
instrumen kesejahteraan psikologi serta kesesuaian item yang dibentuk telah dinilai oleh enam orang pakar,
sesuai dengan cadangan yang diberikan oleh Lynn (1986), dalam Polit, & Beck, & Owen, (2007) iaitu antara
tiga sehingga 10 orang. Pakar-pakar ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang berpengalaman di institusi
masing-masing iaitu seorang dalam bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Psikologi Islam
dan Kaunseling, Pengujian dan Pengukuran serta yang terakhir adalah dalam bidang Pendidikan Islam.
Panel pakar ini diminta untuk menilai serta memeriksa item-item dari segi kandungan serta objektif
yang hendak diukur (Ary et al., 2010). Penilaian item dibuat pada setiap item dalam soal selidik dari segi
kesesuaian kandungan, laras bahasa, susunan persembahan item, saiz huruf yang digunakan dan kesesuaian
pengukuran yang perlu diukur. Pakar-pakar ini telah menilai tahap kesesuaian item bagi setiap item berdasarkan
skala 10 tahap (1= sangat tidak sesuai, dan 10 = sangat sesuai). Cadangan pengubahsuaian dan pemurnian
instrumen turut diminta sekiranya terdapat kekeliruan. Segala cadangan, pendapat dan maklum balas yang
diterima daripada pakar-pakar ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan
kandungan soal selidik yang digunakan.
Seterusnya bagi menentukan kebolehpercayaan antara pakar dicapai, Indeks Kesahan Kandungan
(Content Validation Index, CVI) digunakan. CVI mengambil kira purata tahap kesesuaian yang diberikan oleh
pakar. Nilai CVI yang diterima pakai ialah ≥ 0.80 (Davis, 1992). Dalam kajian ini, CVI dianalisis mengikut
formula seperti berikut (Polit & Beck, 2006) dan keputusan ditunjukkan dalam Jadual 3.
Purata Indeks Kesahan Kandungan (CVI) setiap sub dimensi = Jumlah CVI
Bilangan pakar
Jadual 3 menunjukkan Indeks Kesahan Kandungan (CVI) adalah tinggi dan mempunyai kesahan
kandungan instrumen kesejahteraan psikologi seperti yang dinilai oleh pakar iaitu 0.94. Berdasarkan keputusan
dan maklum balas penilai, item-item diperbaiki dan diubahsuai sebelum ditadbir kepada responden kajian.
Kemudiannya, soal selidik ditadbir pula kepada enam orang guru yang berpengalaman secara berkumpulan
untuk mengenal pasti sekiranya masih terdapat kekeliruan serta mencatatnya di ruang yang disediakan untuk
penambahbaikan atau terus digugurkan (Johnson & Christensen, 2008; Flowers, 2006). Kumpulan ini terdiri
dari dua orang pensyarah pendidikan khas di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan empat orang guru pendidikan
khas masalah pembelajaran (GPKMP). Kaedah ini bertujuan menambah baik soal selidik dan memastikan ianya
sesuai digunakan kepada GPKMP di Zon Utara. Justeru itu, adalah penting untuk mendapat maklum balas
berkaitan kualiti soal selidik sama ada mudah difahami dan sesuai dari segi laras bahasa yang digunakan.
Pandangan dan cadangan turut diminta untuk mendapatkan reaksi serta maklum balas berkaitan soalan yang
dirasakan boleh mendatangkan masalah seperti kekeliruan, bahasa yang kurang sesuai dan perkataan yang
kurang tepat (Mertens, 2005) bagi tujuan memantapkan lagi soal selidik.
Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk bagi instrumen kajian ini telah dijalankan menerusi EFA dan menggunakan kaedah Principal
Component Analysis (PCA) seperti yang dicadangkan oleh Hair et al. (2010), Coakes, Steed dan Ang (2010),
Tabachnick dan Fidell (2007), serta Henson dan Roberts (2006). Antara objektif penting melaksanakan EFA
adalah untuk mengurangkan bilangan variabel, menentukan struktur atau hubungan antara variabel, mengesan
dan mengukur sama ada sesuatu konstruk itu bersifat unidimensi dan menilai kesahan konstruk sesuatu skala,
ujian atau instrumen (Williams, Brown & Onsman, 2012).
Menurut Hair et. al. (2010), Williams, Brown dan Onsman (2012), laporan keputusan EFA perlu
mengambil kira kriteria berikut, iaitu: (a) item-item yang mempunyai nilai korelasi anti imej (anti-image
correlation) ≥ dari 0.5 sahaja yang diterima; (b) Ujian Bartlett’s Test of Sphericity hendaklah signifikan (p <
0.05) bagi menunjukkan wujudnya korelasi antara item atau variabel yang mencukupi dan sesuai untuk
melaksanakan analisis EFA; (c) Ujian kecukupan sampel Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) yang tinggi iaitu ≥ 0.5
digunakan dalam menentukan sama ada saiz sampel mencukupi untuk menjalankan analisis EFA; (d) Nilai
Eigen lebih besar dari 1 (> 1); (e) Item-item yang mempunyai nilai muatan faktor (factor loading) yang lebih
29
besar atau sama dengan 0.5 sahaja dikekalkan; (f) nilai peratus perubahan varian lebih besar dari 8%; dan (g)
bilangan faktor berdasarkan kesesuaian item, teori dan kajian-kajian lepas.
Sementara itu, ketekalan dalaman setiap skala ditentukan dengan menggunakan pekali Cronbach Alpha
untuk menunjukkan setiap item atau indikator dalam sesuatu dimensi sepatutnya mengukur konstruk yang sama
dan mempunyai korelasi antara item yang tinggi. Julat nilai Alpha, ∝ = 0.65 hingga 0.95 diterima untuk
menunjukkan bahawa sesuatu alat ukur itu mempunyai ketekalan dalaman (Nunnally & Bernstien, 1994).
Menurut Hair et al. (2010), nilai “∝” (Alfa Cronbach) mempunyai hubungan yang positif dengan bilangan item
dalam instrumen iaitu sekiranya bilangan item bertambah, maka nilai ∝ juga meningkat. Selain itu, sumbangan
setiap item kepada konstruk kajian yang diukur juga ditentukan dengan memastikan setiap item mempunyai
nilai korelasi item kepada skor (item-to-total correlation) dalam julat yang boleh diterima iaitu melebihi 0.30
(Hair et al., 2010). Penyingkiran item-item yang kurang daripada 0.30 boleh meningkatkan nilai
kebolehpercayaan konstruk yang diukur.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan Jadual 4 ujian KMO menunjukkan nilai .72 bagi pemboleh ubah kesejahteraan psikologi dan
membuktikan bahawa jumlah sampel yang digunakan dalam analisis faktor adalah mencukupi dan dikategorikan
pada tahap baik (Hair et al., 2010). Kesesuaian analisis faktor juga ditunjukkan oleh ujian Bartlett’s Test of
Sphericity yang signifikan iaitu p = .00 menandakan wujud korelasi antara item dalam pemboleh ubah ini.
Analisis korelasi anti imej pula menunjukkan nilai pekali korelasi melebihi nilai .5. Nilai-nilai ini memberi
petunjuk bahawa analisis faktor boleh diteruskan.
Nilai communality item-item pula adalah di antara .32 hingga .91. Jumlah varians yang disumbangkan
oleh faktor-faktor ialah 50.61% dan telah dianggap kukuh oleh Tabachnick dan Fidell (2007). Putaran secara
`orthogonal` dengan kaedah ‘varimax’ telah menghasilkan enam faktor bagi menerangkan jumlah varian
tersebut di mana nilai Eigen lebih besar dari 1. Hasil analisis mendapati Faktor 1 terdiri daripada 5 item dengan
peratus varian sebanyak 8.74%, Faktor 2 terdiri daripada 5 item dengan peratus varian sebanyak 8.63%, Faktor
3 terdiri daripada 5 item dengan peratus varian sebanyak 8.49%, Faktor 4 terdiri daripada 4 item dengan peratus
varian 8.46%, Faktor 5 terdiri daripada 5 item dengan peratus varian 8.20% dan Faktor 6 mempunyai 5 item
dengan peratus varian 8.08%.
Item-item dalam Faktor 1, mempunyai nilai muatan faktor dalam julat .74 hingga .93, Faktor 2 pula
antara .72 hingga .91, manakala Faktor 3 adalah antara .52 hingga .84, Faktor 4 adalah antara .82 hingga .95,
Faktor 5 mempunyai julat antara .71 hingga .88 dan Faktor 6 adalah antara .73 hingga .86. Muatan faktor
memenuhi nilai yang dicadangkan oleh Hair et al., (2010) iaitu melebihi .5 (˃ .5) bagi setiap faktor dan sesuai
untuk analisis faktor seterusnya. Bagi setiap komponen faktor, nilai korelasi item kepada skor keseluruhan
(item-to-total correlation) adalah melebihi .30 iaitu antara .46 hingga .94 dan nilai ini menunjukkan setiap item
memberi sumbangan bermakna dalam membina setiap faktor tersebut.
Berdasarkan kepada makna setiap item yang membina setiap faktor dalam Pemboleh Ubah
Kesejahteraan Psikologi maka faktor-faktor yang terhasil dilabelkan. Faktor 1 dilabelkan sebagai Hubungan
Positif dengan Orang Lain, Faktor 2 dilabelkan sebagai Matlamat Hidup, Faktor 3 dilabelkan sebagai
Penerimaan Kendiri, Faktor 4 dilabelkan sebagai Autonomi, Faktor 5 dilabelkan sebagai Perkembangan peribadi
dan Faktor 6 dilabelkan sebagai Menguasai Persekitaran. Keenam-enam faktor ini masing-masing mempunyai
nilai ketekalan dalaman (Cronbach’s Alpha) yang baik iaitu masing-masing .90, .89, .86, .93, .87 dan .86 dan
nilai-nilai tersebut berada dalam julat yang boleh diterima (Cohen et al., 2007). Terdapat 13 item daripada 42
item asal telah dikeluarkan iaitu item 13, 18, 19, 23, 27, 31, 32, 34, 36, 38, 39, 40, dan 41 kerana nilai muatan
faktor adalah kurang daripada nilai .50 (< .05). Oleh itu jumlah item untuk pemboleh ubah Kesejahteraan
Psikologi adalah sebanyak 29 item. Jadual 4 meringkaskan keputusan analisis faktor pemboleh ubah
Kesejahteraan Psikologi.
Jadual 4 : Keputusan Analisis Faktor Eksploratori Pemboleh Ubah Kesejahteraan Psikologi
Muatan Korelasi Nilai
Faktor Item Deskripsi Item
Faktor Item-skor (r) (α)
Faktor 1 KP4 Kebanyakan orang berpendapat saya seorang yang
.93 .89 .90
Hubungan pengasih dan penyayang.
positif dengan KP10 Sukar dan mengecewakan bagi saya untuk mengekalkan
.90 .84
orang lain hubungan yang akrab dengan seseorang.
KP28 Saya sering digambarkan sebagai seorang yang
bermurah hati dan bersedia berkongsi masa dengan .82 .71
orang lain.
KP16 Saya sering berasa sunyi kerana kurang mempunyai
.81 .71
kawan rapat untuk berkongsi masalah.
KP22 Saya suka berbual mengenai perkara peribadi dan
.74 .63
beramah mesra dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.
30
Faktor 2 KP11 Saya mempunyai hala tuju dalam kehidupan. .91 .86 .89
Matlamat KP17 Aktiviti harian saya sering kelihatan remeh dan tidak
.89 .84
hidup penting.
KP5 Saya kurang memikirkan tentang masa depan. .82 .72
KP35 Sesetengah manusia tiada haluan hidup tetapi saya
.76 .64
bukan salah seorang daripada mereka.
KP29 Saya suka membuat perancangan masa depan dan
.72 .59
berusaha untuk menjadikan ia realiti.
Faktor 3 KP24 Saya suka kebanyakan aspek personaliti saya. .84 .80 .86
Penerimaan KP12 Secara umum, saya yakin dan positif terhadap diri
.84 .83
kendiri sendiri.
KP30 Dalam pelbagai segi, saya kecewa dengan pencapaian
.82 .73
dalam kehidupan saya.
KP6 Apabila mengimbas kembali kisah hidup, saya berpuas
.70 .62
hati dengan perkara yang telah berlaku.
KP42 Apabila membandingkan diri dengan rakan dan kenalan,
.52 .46
ia membuatkan saya berasa selesa dengan diri sendiri.
Faktor 4 KP1 Saya tidak takut untuk menyuarakan pendapat,
.95 .94 .93
Autonomi walaupun bertentangan dengan kebanyakan orang lain.
KP37 Pertimbangan saya berdasarkan perkara yang saya fikir
penting dan bukannya berdasarkan nilai yang orang lain .90 .85
fikir penting.
KP25 Saya berkeyakinan terhadap pandangan saya walaupun
.90 .86
ia berbeza dengan orang lain.
KP7 Biasanya keputusan saya tidak dipengaruhi oleh orang
.82 .73
lain.
Faktor 5 KP9 Saya berpendapat adalah penting mempunyai
Perkembangan pengalaman baru yang dapat mencabar cara berfikir .88 .80 .87
peribadi tentang diri dan dunia.
KP3 Saya tidak berminat dengan aktiviti-aktiviti yang akan
.80 .71
membataskan kehidupan saya.
KP21 Saya merasakan bahawa saya menjadi lebih matang
.79 .68
sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia.
KP15 Bila difikirkan selama beberapa tahun, saya tidak
.77 .68
banyak berubah.
KP33 Pada saya, kehidupan merupakan satu proses
pembelajaran, perubahan dan perkembangan yang .71 .56
berterusan.
Faktor 6 KP26 Saya sering berasa terbeban dengan tanggungjawab
.86 .76 .86
Menguasai saya.
persekitaran KP20 Saya boleh menguruskan pelbagai tanggung jawab
.85 .74
dalam kehidupan harian dengan agak baik.
KP2 Secara umum, saya merasa bertanggungjawab dengan
.76 .65
situasi kehidupan saya.
KP8 Tuntutan kehidupan seharian sering kali membuatkan
.75 .62
saya kecewa.
KP14 Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik
.73 .60
dengan orang ramai dan komuniti di sekeliling saya.
% Varian Selepas Putaran 50.61
Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy .72
Bartlett’s Test of
Approx. Chi-Square 4826.55
Sphericity
df 861
Sig. .000
KESIMPULAN
Dapatan kajian menghasilkan enam faktor iaitu faktor Hubungan Positif dengan Orang Lain, Matlamat Hidup,
Penerimaan Kendiri, Autonomi, Perkembangan Peribadi dan Menguasai Persekitaran. Hasil EFA ini
menunjukkan bahawa item yang dimuatkan pada enam faktor berkenaan adalah selaras dengan struktur faktor
yang terdapat dalam instrumen asal walau pun terdapat 13 item daripada 42 item asal telah dikeluarkan dan
menjadikan jumlah keseluruhan item untuk Instrumen Kesejahteraan Psikologi ini sebanyak 29 item. Hasil
dapatan ini juga turut menunjukkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kesejahteraan Psikologi
dalam versi Bahasa Melayu memenuhi kriteria kesahan dan kebolehpercayaan serta berada pada tahap yang
tinggi. Hasil daripada dapatan ini menjelaskan bahawa instrumen ini adalah sesuai dengan budaya Malaysia dan
boleh digunakan oleh pengkaji akan datang dalam mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi GPKMP.
RUJUKAN
Abbott, R. A., Ploubidis, G. B., Huppert, F. A., Kuh, D., Wadsworth, M. E. J., & Croudace, T. J. (2006).
Psychometric evaluation and predictive validity of Ryff’s psychological well-being items in a UK birth
cohort sample of women. Health and Quality of Life Outcomes, 4, 76. https://doi.org/10.1186/1477-7525-
31
4-76
Ary, D., Jacobs, L., C., & Sorensen, C. (2010). Introduction to research in education. Canada: Wadsworth
Cengage Learning.: Wadsworth Cengage Learning.
Asmawati Desa, Asmah Ahmad, Z. S. (2009). Kesejahteraan Psikologi Orang Asli Di Pertak dan Gerachi Jaya.
Jurnal Psikologi Malaysia, 23, 19–25.
Creswell, J. W. (2008). Educational research. New Jersey: Pearson-Merrill Prentice Hall.
Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from your panel of experts. Applied Nursing Research,
5, 194–197.
Flowers, C. (2006). Confirmatory factor analysis of scores on the clinical experiance rubric: A measure of
dispositions for preservice teachers. Educational and Psycological Measurement, 66(3), 478–488.
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2011). Educational research: Competencies for analysis and
applications (10th editi). Upper Saddle Ridge, NJ: Pearson Publishing.
Hair, J., F., Black, W., C., Babin, B., J., Anderson, R., E., & Tatham R., L. (2010). Multivariate data analysis
New Jersey: Pearson Prentice Hall. (7th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Henson, R.K., Roberts, J. K. (2006). Use of Exploratory Factor Analysis in Published Research: Common
Errors and Some Comment on Improved Practice. Educational and Psychological Measurement, 66(3).
Mertens, D. M. (2005). Research and evaluation in education and psychology: Integrating diversity with
quantitative, qualitative, and mixed methods. Thousand Oaks: Sage Publications: Sage Publications.
Polit, D. F., & Beck, C.T., & Owen, S. V. (2007). Is the CVI an acceptable indicator of content validity?
Appraisal and recommendations. Research in Nursing and Health, 30, 459–467.
Ryff, C. D. (1989). Happiness is everything, or is it? Explorations on the meaning of psychological well-being.
Journal of Personality and Social Psychology, 57, 1069–1081.
Sireci, S. G., Yang, Y., Harter, J., & Ehrlich, E. J. (2006). Evaluating guidelines for test adaptations: A
methodological analysis of translation quality. Journal of Cross-Cultural Psychology, 37(5), 557–567.
https://doi.org/doi:10.1177/0022022106290478
Tabachnick, G. B., & Fidell, S. L. (2007). Using Multivariate Statistics (5th ed.). New York: Pearson
Educational Inc. (5th ed.). New York: Pearson Educational Inc.
Williams, B., Brown, T., & Onsman, A. (2012). Exploratory factor analysis: A five-step guide for novices.
Australasian Journal of Paramedicine, 8(3)
32