Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8
1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1 (KSSR)
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kecergasan Aspek : 3 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Standard Kandungan : Kapasiti Aerobik 3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti yang membina kapasiti aerobik. Standard Pembelajaran : 3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan. 4.2.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung. 5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan. Tarikh : 26 JULAI 2013 Masa : 8.10 pagi 8.40 pagi Tahun : 1 Cergas Bilangan Murid : L - 9 P - 8 Penerapan nilai : Memberikan kerjasama kepada rakan dan guru. Kemahiran berfikir : Memberikan sebab terhadap kejayaan dalam permainan. Strategi utama : Teori Kecerdasan Pelbagai Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahan Sumber P & P Bilangan Bahan Sumber P & P Bilangan Sarung tangan 17 Bangku 1 Skitel besar 14 Batang kayu 3 Skitel kecil 16 Gelung 5 Laptop & pembesar suara 1 Bakul 2 Boneka lidi 2 Bola 15 Dadu 4 Tali 8 2 Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan Permulaan ( 5 minit ) 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian
Hidup Mati
Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.
Fokus Pembelajaran Memanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan kesediaan diri.
Organisasi Kelas Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas. Guru memperkenalkan permainan Hidup Mati kepada semua murid. Tiga orang murid akan dilantik sebagai pengejar. Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang ditetapkan. Apabila wisel ditiupkan, murid-murid dibenarkan berlari anak bebas dalam kawasan aktiviti. Apabila seorang murid itu disentuh oleh pengejar akan dikira sebagai Mati. Murid yang Mati tersebut hendaklah berduduk diam sahaja di tempat itu sehingga disentuh oleh seorang kawan lain yang berlari. Pengejar-pengejar itu hendaklah menjaga orang yang dimatikannya supaya tidak dilepaskan oleh kawan- kawannya. Aktiviti dijalankan selama lima minit.
Catatan: Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengetahui kepentingan perkara- perkara berikut: a. mewujudkan kesediaan diri. b. mematuhi arahan guru.
3 Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan
Murid-murid belari bebas dalam kawasan yang ditetapkan.
Petunjuk: Skitel besar Pengejar Murid-murid
Perkembangan ( 7 minit )
Lemak Jantung
Fokus Pembelajaran Melakukan pelbagai jenis pergerakan anggota badan mengikut lagu secara berterusan dalam jangka masa tertentu.
Organisasi Kelas Guru menggunakan dua boneka lidi keadaan kecergasan manusia yang berbeza untuk murid-murid membanding beza. Selepas itu, guru akan memberitahu murid-murid tentang kebaikan melakukan senaman sebagai rutin harian yang dapat menguatkan jantung dan membina badan yang sihat untuk memberikan satu gambaran secara menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Murid-murid berdiri secara bebas di kawasan kon yang Ciri Strategi 1. Intrapersonal 2. Kinestetik 3. Muzik 4. Visual-ruang
BSPP 1. Laptop 2. Pembesar suara 3. Skitel besar 4. Boneka lidi
4 Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan
telah ditetapkan. Guru memimpin murid melakukan pelbagai jenis pergerakan anggota badan dengan iringan lirik muzik The Exercise Song. Seterusnya, guru memimpin murid melakukan aktiviti senamrobik mengikut irama lagu Jantungku.
Dua boneka lidi gambar digunakan untuk menunjukkan keadaan kecergasan fizikal dua manusia untuk murid-murid membanding beza.
Murid-murid melakukan pelbagai jenis pergerakan anggota badan mengikut pergerakan guru. Catatan: Melalui aktiviti ini, murid-murid berpeluang untuk mengalami: a. perbuatan pelbagai jenis pergerakan anggota badan mengikut lirik lagu dan aktiviti senamrobik mengikut irama lagu secara berterusan dalam jangka masa tertentu. b. kebaikan senaman untuk menguatkan jantung dan membina badan yang sihat.
5 Bahagian / Masa Aktiviti
Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas
Petunjuk: Skitel besar Guru Murid-murid
Catatan Kemuncak ( 14 minit )
Heart Rate
Fokus Pembelajaran Permainan bersyarat.
Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang murid. Salah seorang murid daripada kumpulan masing-masing akan dilantik sebagai wakil kumpulan. Guru memperkenalkan permainan Heart Rate kepada semua murid. Ahli kumpulan masing-masing diminta berada di kawasan permulaan. Apabila wisel dibunyikan, permainan akan bermula. Setiap wakil kumpulan perlu pergi ke kawasan tengah untuk melontar dadu. Selepas itu, ahli kumpulan masing-masing perlu bergerak mengikut nombor dadu yang dilontar ke kawasan yang disediakan. Seterusnya, mereka perlu bertindak mengikut arahan di atas kertas A4 kawasan tersebut seperti Lompat bintang secara berterusan sehingga wisel dibunyikan oleh guru. Kemudian, setiap wakil kumpulan perlu pergi ke kawasan tengah untuk melontar dadu lagi dan begitu dengan seterusnya. Sekiranya kumpulan tersebut bergerak ke kawasan yang sama dengan kumpulan lain, maka kumpulan tersebut diminta melontar sekali lagi dadu.
BSPP 1. Skitel 2. Tilam nipis 3. Dadu 4. Bangku 5. Batang kayu 6. Gelung 7. Bakul 8. Bola 9. Tali
Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat: a. Melakukan pelbagai pergerakan secara berterusan yang dapat membantu dalam menguatkan jantung.
6 Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan
Petunjuk: 1. Naik turun bangku 2. Lompat sisi 3. Memutar gelung 4. Lompat ketingting secara ulang-alik 5. Burpee 6. Merangkak buaya sambil menggolekkan bola dengan sebelah tangan 7. Lompat tali dengan ayunan ke hadapan 8. High knee 9. Lompat bintang 10. Sit ups 11. Lari secara ulang-alik 12. Lari sisi secara ulang-alik
7 Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan Penutup (4 minit )
Immunity vs. Virus
Fokus Pembelajaran Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan.
Organisasi Kelas Dua orang murid dipilih menjadi virus. Mereka perlu memegang kedua-dua belah tangan antara satu sama lain di hadapan atas kepala mereka. Murid-murid lain berperanan sebagai sel-sel badan. Semasa muzik dimainkan, sel-sel badan perlu berjalan mengikut rentak muzik yang perlahan dalam satu barisan untuk melalui di bawah tangan virus. Apabila muzik diberhentikan, sel-sel badan yang ditangkap oleh virus akan bertukar menjadi virus dan virus itu akan bertukar menjadi sel-sel badan.
Petunjuk: Skitel besar Virus Sel-sel badan
Ciri Strategi 1. Intrapersonal 2. Kinestetik 3. Muzik 4. Visual-ruang
BSPP 1. Laptop 2. Pembesar suara 3. Skitel besar
Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai: a. kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan. b. kepentingan senaman untuk meningkatkan imuniti badan.
Murid bergerak secara perlahan dalam kawasan yang ditetapkan.
8
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Catatan
Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran
Antara soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut: i. Apakah jenis senaman yang dapat menguatkan jantung? ii. Apakah kebaikan senaman? Isi pelajaran tentang kapasiti aerobik dihuraikan.
Ciri Strategi 1. Verbal-linguistik
Catatan: Melalui aktiviti ini, murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai: a. jenis senaman yang dapat menguatkan jantung b. kebaikan senaman yang dibelajari