Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 100
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM
1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong
Kanan 1 (Pent.) 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama. 4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara- perkara di atas. 5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM Pembangunan Diri Pelajar. Disiplin 1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai nilai murni 2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan 3. Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. 4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku. 5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar. 6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga. Program Perlindungan Pelajar. 1. Meracang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain diperingkat sekolah. 2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan. Kesihatan 1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar. 2. Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan 3. Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah. 4. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar. Skim Pinjaman Buku Teks 1. Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks. 2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT. 3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT. Biasiswa dan Bantuan. 1. Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan. 2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan 3. Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar. Pengurusan 1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar. 2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar. 3. Menguruskan pertukaran pelajar. 4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar. 5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah. 6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah 7. Membantu merancang takwim sekolah. Ko-Kurikulum Sukan dan Permainan 1. Membantu merancang , melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan pada semua perigkat. 2. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah. Kelab/Persatuan 1. Menyelaraskan dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik. Unit Beruniform 1. Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di peringkat sekolah. Pembanguna Organisasi 1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga. 2. Mengadakan kursus/ latihan untuk personal. Pembangunan Kendiri 1. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. 2. Menghadiri seminar, kursus dan bengkel 3. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. 4. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
LAMPIRAN:
BIDANG-BIDANG BERKAITAN PENGURUSAN HEM DI SEKOLAH
KEBAJIKAN PELAJAR
Kebajikan pelajar meliputi beberapa aspek berikut:
A. Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS)
B. Keselamatan Di Sekolah
C. Alam Sekitar Sekolah
D. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
E. Biasiswa
F. Asrama Sekolah
A. Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS)
Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) dilancarkan pada tahun 1968. Ianya merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang boleh dianggap sebagai sebahagian penting daripada perkhidmatan masyarakat.
1. Objektif RKS
Mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan di sekolah
Memberi rawatan penyakit/kecemasan kepada murid ketika di sekolah
Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
Menilai dan menafsir taraf kesihatan murid.
Menjalankan usaha-usaha untuk mengenal dan menentukan murid sekolah yang memerlukannya.
Menggalakkan hidup sihat di sekolah dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohaniah.
Menggalakkan kerjasama yang erat antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.
2. Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan
Hidup Sihat Di Sekolah
Kerjasama Antara Sekolah dan Masyarakat Untuk Kesihatan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Kantin Sekolah.
1. Perkhidmatan Kesihatan
1.1 Tujuan
Mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid.
Mengesan masalah kesihatan seawal yang mungkin serta membuat rujukan mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan.
Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
1.2 Aktiviti
Rawatan penyakit-penyakit (cacing, kutu dan lain-lain)
Rawatan kecemasan
Kawalan penyakit yang berjangkit
Penilaian kesihatan/pemeriksaan perubatan
- Ukuran berat badan dan tinggi
- Ujian awal penglihatan
- Taraf pertumbuhan
- Tabiat, kelakuan
Imunisasi (Tahun I - VI)
- Double antigen, B.C.G., Polio
- Rubella (pelajar perempuan)
Rujukan, rawatan dan susulan
Pemeriksaan kanak-kanak cacat
Rancangan kesihatan pergigian
* Pemeriksaan kesihatan pergigian
* Rawatan pergigian melalui:
- klinik pergigian sekolah
- klinik pergigian bergerak
- pasukan kesihatan pergigian
- klinik pergigian tempatan
Lain/demonstrasi memberus gigi
* Pengagihan berus gigi dan ubat gigi percuma
Bimbingan kesihatan
1.3 Peranan Guru Besar/Guru
Menggalakkan serta membantu murid mewujudkan tabiat kesihatan yang baik.
Menggalakkan murid menilai perlakuan sendiri dan bertanggungjawab memperbaikinya.
Menggiatkan pengalaman-pengalaman hidup dengan pendidikan kesihatan.
Merancang program dan kempen kesihatan yang menyeluruh dan komprehensif.
2. Pendidikan Kesihatan
2.1 Objektif
Membantu minat dan keinginan pelajar-pelajar untuk kemajuan dan kebaikan kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
2.2 Pengajaran Pendidikan Kesihatan
Diajar secara formal dan digabungjalinkan dalam KBSR melalui mata-mata pelajaran Bahasa, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Muzik.
Dijalankan secara tidak formal melalui aktiviti harian dan aktiviti kokurikulum (Program Susu Sekolah, Rancangan Makanan Tambahan, Kantin Sekolah, Alam Sekitar Sekolah dan lain-lain)
2.3 Peranan Guru Besar/Guru
Mengambil ukuran berat, tinggi dan membuat pengesanan awal screening penglihatan murid.
Menunjukkan minat dan membantu pasukan kesihatan ketika pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan pergigian diberikan kepada murid.
Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah kesihatan serta menunjukkan mereka kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
Memastikan kebenaran diperolehi daripada ibu bapa/penjaga sebelum pasukan kesihatan memulakan pemeriksaan/membuat penilaian.
Melengkapkan butir-butir berkenaan dalam buku rekod kesihatan murid.
Menyediakan bilik bagi menjalankan pemeriksaan penilaian kesihatan.
Mengawas murid ketika pemeriksaan/penilaian kesihatan dijalankan oleh pasukan kesihatan sambil mengambil peluang menambahkan pengetahuan dan kemahiran daripada pasukan kesihatan.
Mengambil tahu dan menyimpan rekod yang kemaskini mengenai masalah kesihatan murid dan mengambil tindakan selanjutnya seperti menghubungi ibu bapa/penjaga serta membuat rujukan kepada pihak berkenaan.
Membuat pemerhatian terhadap murid bagi mengesan masalah kesihatan mereka seawal yang mungkin.
Memberi kaunseling kesihatan bagi yang memerlukannya.
Membantu mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
3. Hidup Sihat Di Sekolah
3.1 Objektif
Mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan keselamatan masyarakat sekolah.
Menyemai tabiat kesihatan yang baik, sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat.
Mewujudkan keadaan kesejahteraan dan keselamatan di kalangan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang lain.
3.2 Alam Sekitar Fizikal Sekolah
Mempunyai kemudahan-kemudahan asas (cahaya, pengedaran udara, bekalan air dan elektrik)
Mempunyai ruang dan perabot yang mencukupi (bilik darjah, tandas, stor dan lain-lain).
3.3 Peranan Guru Besar/Guru
Mengenal pasti halangan-halangan yang menghindar hidup sihat di sekolah serta bertanggungjawab memastikan keadaan fizikal sekolah adalah menggalakkan bagi keselamatan dan kesejahteraan murid.
Menghayati budaya penyayang/ikram di sekolah.
Memberi khidmat kaunseling kesihatan dan membantu murid mengatasi masalah kesihatan yang mereka alami.
4. Kerjasama Sekolah Dengan Masyarakat Untuk Kesihatan
4.1 Objektif
Untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan masyarakat bagi mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan anak-anak.
4.2 Agensi-agensi Sukarela Yang Boleh Membantu
Persatuan Bulan Sabit Merah
St. John Ambulan
Kelab Rotary
Persatuan Ibu Bapa Guru/ibu bapa
Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung
Agensi Kerajaan/organisasi bukan kerajaan dan lain-lain
4.3 Peranan Guru Besar/Guru
Memberi maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai program-program kesihatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid.
Mendapatkan kerjasama dan sokongan organisasi, persatuan dan pertubuhan profesional dan kesihatan untuk menjayakan program-program kesihatan.
5. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
5.1 Objektif RMT
Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.
Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.
5.2 Peranan Guru Besar/Guru
Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh KPM.
Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid di hari-hari berkenaan.
Mengawas murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar akan budaya makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan secara tidak formal.
Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka sekurang-kurangnya di awal dan akhir tahun.
Mengawas pengurusan penghidangan makanan.
Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan secara kemaskini oleh pihak sekolah.
6. Program Susu Sekolah (PSS)
6.1 Objektif PSS
Meningkatkan taraf kesihaan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/sentiasa meminum susu.
6.2 Jenis Skim
Program ini mengandungi 2 skim, iaitu:
Skim Susu Percuma yang melibatkan bekalan susu percuma kepada beberapa orang murid sekolah yang terpilih.
Skim Susu Bayaran yang melibatkan penyertaan murid-murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi Kerajaan.
6.3 Peranan Guru Besar/Guru
Memilih dan menyediakan senarai murid yang layak menerima susu Skim Percuma.
Menguruskan pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma dan Skim Bayaran.
Menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang PSS.
Menggalakkan tabiat meminum susu di kalangan murid dan menekankan khasiat susu untuk kesihatan murid.
Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan melalui PSS (kraftangan, karangan, kuiz dan lain-lain).
7. Kantin Sekolah
7.1 Peranan dan Fungsi Kantin Sekolah
Kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagai pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan amalan di kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan serta tabiat- tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun, dan amalan-amalan disiplin yang lain.
Di samping itu, kantin sekolah juga merupakan satu tempat berlakunya berbagai-bagai jenis interaksi dan aktiviti-aktiviti sama ada di kalangan murid-murid, guru-guru dan pekerja- pekerja sekolah seperti:
Penjualan dan pembelian makanan dan minuman.
Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan penggunaan makanan dan minuman yang dijual ataupun diberi secara percuma di bawah rancangan-rancangan tertentu.
Kegiatan-kegiatan rehat dan istirehat.
Permainan-permainan ringan seperti ping pong, catur dan lain- lain.
Majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibu bapa ataupun masyarakat.
Kantin sekolah juga boleh dijadikan sebagai suatu sumber yang berkesan bagi menggalakkan pendidikan pemakanan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Berbagai-bagai aktiviti boleh dijalankan bagi menggalakkan usaha-usaha pendidikan. Antaranya ialah:
Pengajaran yang terancang di bawah mata-mata pelajaran yang tertentu seperti Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan lain-lain.
Pelajaran yang tidak formal bersabit dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Penggunaan bahan-bahan media massa seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain.
Menjalankan kajian-kajian khas menerusi pemerhatian, soal selidik dan wawancara mengenai aspek-aspek tertentu.
Mengadakan tunjuk ajar, kerja-kerja amali dan sebagainya mengenai makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan, keindahan dan lain-lain.
Mengadakan ceramah, majlis dialog dan sebagainya.
Mengadakan peti cadangan atau peti bantahan diikuti dengan susulan yang sewajarnya, dan
Menubuhkan serta mewujudkan Jawatankuasa Kesihatan atau Kantin Sekolah bagi mengawasi kantin sekolah serta mengemukakan syor-syor atau mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membaiki lagi penggunaan dan perkhidmatan kantin oleh semua pihak.
7.2 Peranan Guru Besar/Pengetua
Guru Besar atau Pengetua adalah bertanggungjawab untuk mengawasi semua aspek yang berkaitan dengan kantin di sekolahnya. Mereka perlu memberi perhatian kepada perkara- perkara seperti yang berikut dan mengambil tindakan yang berkesan bagi memastikan prestasi yang paling tinggi dalam semua bidang seperti:
Bangunan dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada termasuk alat-alat dan kelengkapan dari segi kekesanan fungsinya.
Kebersihan bangunan kantin, kemudahan-kemudahan dan alam sekitar kantin sekolah.
Kebersihan makanan dan minuman
Keselamatan di kantin keseluruhannya
Kelakuan dan amalan pengusaha dan pekerja
Mutu dan kesesuaian makanan dan minuman yang dijual dari segi nilai pemakanan, harga, kepentingan agama dan lain-lain.
Pengurusan dan pentadbiran kantin sekolah pada jangka pendek serta pengelolaan dan penyeliaannya pada jangka panjang.
B. Keselamatan Di Sekolah
1. Tafsiran Keselamatan dan Punca Kemalangan
1.1 Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran di mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan.
1.2 Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah.
1.3 Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan.
1.4 Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan.
1.5 Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Kesemua ini bolehlah dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian.
1.6 Terdapat tiga faktor yang boleh dijadikan asas kepada punca berlakunya kemalangan iaitu, faktor manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi.
1.7 Kelemahan manusia merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambah pula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu mengenai keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang lain.
1.8 Faktor persekitaran sebagai satu punca berlakunya kemalangan sebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Ini disebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran. Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi meja murid tidak sedikitpun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah keselamatan sudah dipertimbangkan. Begitu juga di makmal sains atau di bengkel pertukangan tidak dipaparkan dengan jelas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi.
1.9 Selain daripada itu, keadaan padang yang tidak dijaga rapi, bahagian-bahagian usang bangunan sekolah yang perlu dibaikpulih, bahan-bahan mudah terbakar yang diletak sewenang-wenangnya di dapur kantin adalah di antara yang kerap tidak diberi perhatian. Begitulah juga halnya jarang terdapat sekolah yang menyediakan tempat menanti yang selamat bagi murid terutama yang sampai terlalu awal atau terpaksa pulang lewat sementara menanti kenderaan.
1.10 Faktor alam semulajadi sering diabaikan kerana manusia menganggapnya tidak begitu penting. Walau bagaimanapun apabila berlaku kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa manusia akan berusaha untuk mengatasinya.
2. Peranan Sekolah Menjaga Keselamatan Di Sekolah
2.1 Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan selamat.
2.2 Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat- alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih.
2.3 Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan misalnya untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup, setor sukan dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari.
2.4 Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia.
2.5 Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran.
2.6 Menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal.
2.7 Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di sekolah.
2.8 Menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di atas. (Dicadangkan jawatankuasa dipengerusikan oleh GPK(HEM) dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru kanan yang menjalankan pelbagai aktiviti sekolah. Elok jika ada seorang ahli PIBG dan GB/Pengetua berfungsi sebagai penasihat).
3. Tindakan Mencegah Kemalangan Di Beberapa Tempat Di Sekolah
3.1 Tempat Belajar - Bilik darjah, makmal sains, bengkel seni perusahaan, bilik sains rumahtangga, kebun sains pertanian, padang, gelanggang, gimnasium, pusat sumber dan lain-lain.
3.2 Tempat-tempat lain - Kantin, Dewan/Pentas, Tandas, Bangsal Basikal dan Motosikal, Perkarangan Sekolah, Asrama dan lain-lain.
3.3 Aktiviti Sekolah - Sukan, bergotong royong, perkhemahan, mandi laut/sungai.
4. Mencegah Kebakaran
Perhatian kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pencegahan kebakaran dan memastikan pelaksanaannya perlu diambil berat oleh pihak pentadbir sekolah dan semua guru.
5. Keselamatan Jalan Raya
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya perlu diperkenalkan kepada murid-murid dan pelajar sekolah memandangkan meningkatnya kemalangan di jalan raya. Oleh itu adalah wajar dari peringkat sekolah rendah lagi murid-murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dalam menjaga diri mereka semasa menggunakan jalan raya.
C. Alam Sekitar Sekolah
1. Pemeliharaan Alam Sekitar Sekolah
1.1 Suasana dan keadaan sekolah yang bersih dan indah adalah merupakan antara faktor penting yang dapat menjamin iklim dan persekitaran sekolah yang harmonis dan nyaman serta dapat membantu ke arah keberkesanan peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
1.2 Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, 4 komponen perlu diambil perhatian iaitu: kecantikan, keindahan, keselamatan dan keselesaan.
1.3 Dalam memelihara alam sekitar sekolah, kecantikan perlu diberi perhatian. Setiap anggota keluarga sekolah perlulah tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menentukan kecantikan sekolah berkekalan. Antara tempat-tempat yang perlu diberi perhatian utama memelihara kecantikan sekolah ialah bilik darjah, makmal sains, bilik seni perusahaan/lukisan, bilik sains rumahtangga, gimnasium, stor, asrama, kantin, pusat sumber, dewan dan pentas, pejabat, tandas, bangsal basikal, gelanggang dan padang sekolah.
1.4 Unsur-unsur kecantikan yang perlu dipelihara termasuk kebersihan, pemilihan warna, bentuk, susun atur bangunan, kedudukan, kombinasi, pemilihan alat dan sebagainya.
1.5 Keindahan boleh dimaksudkan sebagai keadaan sesuatu yang menarik atau memuaskan hati. Untuk memelihara dan mempertingkatkan keindahan alam sekitar sekolah, pengetahuan dan pengalaman dalam seni taman serta bangunan amatlah diperlukan.
1.6 Antara pengetahuan seni taman dan bangunan yang perlu diberi kepada mereka yang bertanggungjawab ialah pengenalan kepada kerja-kerja seni taman di sekolah, pembaikan tanaman hiasan, perancangan awal seni taman, pengurusan dan penyelenggaraan tanaman hiasan, penyediaan tanaman campuran, pengenalan kepada senibina landskap, bentuk landskap lembut, bentuk landskap keras, memilih warna bangunan, menghias berdasarkan bentuk bangunan dan penggunaan konsep ruang.
1.7 Aspek keselamatan perlulah dipertimbangkan dengan teliti dalam pemeliharaan dan peningkatan alam sekitar yang cantik dan indah di sekolah. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah kawalan penanaman tanaman bercerun, penggunaan hiasan yang boleh mencederakan, hiasan yang menghalang laluan, ruangan yang tidak cukup, tanaman yang melindung pandangan, pemilihan alatan, kawalan dan baik pulih peralatan dan permukaan tanah yang tidak rata.
1.8 Bagi menjamin keselamatan dalam menjaga dan meningkatkan kecantikan dan keindahan alam sekitar sekolah, papan-papan tanda, notis serta arahan-arahan yang pendek dan tepat perlulah diletakkan di tempat-tempat yang difikirkan sesuai.
1.9 Keselesaan bolehlah dimaksudkan keadaan yang tidak sempit, luas, lega serta tenteram tanpa apa-apa gangguan yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian.
1.10 Antara perkara yang perlu diberi pertimbangan dalam penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar yang berkaitan dengan keselesaan ialah ruang, memenuhi keperluan, selamat dan tidak membahayakan, susun atur perabut kemas dan teratur, kebersihan, peralatan mencukupi, berkeadaan baik, terkawal dan mudah untuk penjagaan.
2. Projek Penjagaan Sekitar Sekolah
2.1 Projek Peningkatan Kebersihan dan Keceriaan Alam Sekitar Sekolah
2.2 Projek Kebersihan Sebagai Khidmat Masyarakat.
2.3 Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS) - Selangor/Kuala Lumpur.
2.4 Pusat Kajian Luar (Alam Sekitar Merentasi Kurikulum) seperti di SRK Dato Kelana Maamor, Seremban; SK Datuk Abdullah, Gemencheh, SK Serting Ulu, Bahau; Sk Ceneh Batu, Kemaman; SK Paloh, Kuala Terengganu dan lain-lain.
D. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
1. Latar Belakang dan Objektif
Skim Pinjaman Buku Teks ialah satu program kerajaan untuk memberi bantuan buku teks secara pinjaman kepada murid/pelajar yang layak di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Program ini dilaksanakan pada tahun 1975 dengan objektif seperti berikut:
Untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang kurang mampu.
Untuk memastikan murid/pelajar daripada keluarga kurang mampu tidak tercicir dalam pelajaran mereka.
2. Dasar Skim Pinjaman Buku Teks
Dasar Kelayakan Murid
Dasar Penggunaan Buku Teks
Dasar Pemilihan Buku Teks
Dasar Gantian
Dasar Pertukaran Buku Teks
3. Pelaksanaan dan Pengurusan SPBT Di Peringkat Sekolah
Satu sistem pengurusan buku teks yang cekap dan berkesan perlu diwujudkan bagi memastikan penjagaan dan pengawalan buku- buku teks SPBT baik dan sempurna.
3.1 Peranan Guru Besar/Pengetua
SPBT perlu diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. Guru Besar/Pengetua sekolah hendak memberi kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap pelaksanaan dan pengurusan SPBT kepada semua guru, murid dan kakitangan sekolah. Di antara tugas-tugas Guru Besar/Pengetua adalah seperti berikut:
Mengadakan semua kemudahan SPBT seperti stor, bantuan perkeranian, fail, buku stok, cop SPBT dan borang-borang maklumat.
Menubuhkan Jawatankuasa Kelayakan Murid, Jawatankuasa Khas Mata Pelajaran dan melantik Guru SPBT. Guru SPBT yang dilantik hendaklah cekap, dedikasi dan cepat bertindak.
Menjadi pengerusi Jawatankuasa Kelayakan Murid dan Jawatankuasa Khas Mata Pelajaran.
Memberi penerangan kepada Penolong Kanan, Guru SPBT dan semua guru mengenai dasar-dasar Skim Pinjaman Buku Teks.
Memastikan Borang-borang Kelayakan murid diproses.
Memastikan bekalan buku teks daripada pengedar/penerbit dan menandatangani akaun serahan/invois.
Memastikan buku teks Pasaran Terbuka mudah diperolehi.
Memberi penerangan mengenai SPBT kepada ibu bapa/penjaga melalui PIBG.
Menjadi Pengerusi Lembaga Pemeriksa bagi permohonan pelupusan buku teks yang bernilai lebih daripada RM50,000.00 bersama-sama Penolong Kanan dan Guru SPBT.
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala teguran dan laporan berhubung dengan SPBT.
3.2 Peranan Penolong Kanan
Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan dan pengurusan SPBT di sekolah. Tugas-tugas yang dijalankan adalah seperti berikut:
Meneliti dan melaksanakan semua pekeliling dan borang maklumat SPBT.
Mematuhi takwim SPBT.
Memastikan semua maklumat yang dikemukakan kepada Kementerian tepat dan betul.
Memastikan buku teks SPBT dicop, direkod dalam buku stok dan disimpan dengan baik.
Melaporkan kekurangan atau kelebihan buku teks di sekolah dari masa ke semasa.
Memastikan buku teks Pasaran Terbuka mudah diperolehi.
Memastikan semua murid yang layak, menerima buku teks pada minggu pertama persekolahan.
Memastikan buku stok SPBT dikemaskinikan dengan sempurna.
Mengawas dan mengendalikan stor buku teks.
Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT.
Mengawasi keselamatan buku teks sama ada di tangan murid atau dalam stor.
Memastikan agihan buku teks dilaksanakan seperti yang diarahkan.
Bekerjasama dengan JPN/MUIS/JAIN/PPD mengenai pentadbiran dan pengurusan SPBT.
Membuat tindakan susulan di atas segala teguran atau laporan berhubung dengan pelaksanaan dan pengurusan SPBT.
Menjadi ahli Lembaga Pemeriksaan Pelupusan Buku Teks.
Berhubung dengan JPN/Bahagian Kewangan dan Akaun mengenai pelupusan buku teks.
Melaporkan kepada Guru Besar/Pengetua sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.
E. Biasiswa
1. Objektif Biasiswa
Biasiswa disediakan oleh pihak-pihak tertentu bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu membiayai perbelanjaan persekolahan semoga mereka dapat mempertingkatkan pembelajaran mereka.
2. Jenis-jenis Biasiswa
Biasiswa Kecil Persekutuan II
Biasiswa Badan Amal
Biasiswa syarikat
Lain-lain biasiswa
3. Dasar Pemberian Biasiswa
Biasiswa Kecil Persekutuan dikhaskan untuk murid bumiputra sahaja. Pemilihan calon berdasarkan kepada had maksima pendapatan keluarga (RM750.00 sebulan), prestasi akademik dan gerak kerja kokurikulum.
4. Pelaksanaan dan Pengurusan Biasiswa Di Peringkat Sekolah
Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan calon yang terdiri daripada:
Pengerusi : Guru Besar/Pengetua
Setiausaha : Guru Biasiswa
Ahli : Penolong Kanan (HEM), Penyelia Petang
Jawatankuasa menggunakan/mengikuti format pembahagian markah untuk pemilihan calon:
Prestasi Akademik
:
Maksima 34 markah (39 atau 40 markah) Latar belakang dan kewangan keluarga :
Maksima 60 markah
Penglibatan Kokurikulum
:
Maksima 6 markah
Pihak sekolah mengasingkan dan menyimpan Kad Kemajuan pemegang biasiswa untuk mudah diperiksa bila-bila masa sahaja di pejabat.
Pembayaran/penggunaan wang biasiswa dikawal oleh pihak sekolah.
Mengadakan program khas untuk pemegang biasiswa.
DISIPLIN DALAM KONTEKS SEKOLAH DAN PENGURUSANNYA
PENGENALAN
Masalah disiplin ialah satu isu pendidikan
Liputan media kadangkala memaparkan ciri-ciri negatif atau sekadar pendedahan fenomena tidak berdisiplin di kalangan pelajar tanpa analisis yang objektif sebab-sebabnya berlaku demikian.
Kementerian Pendidikan telah menjalankan dua kajian tentang disiplin.
* Kajian disiplin pelajar oleh Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Terdapat 16 perakuan.
*. Kajian kedudukan disiplin murid oleh Jawatankuasa Penasihat Disiplin Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1987. Terdapat 10 perakuan.
1. Disiplin Dalam Konteks Sekolah
1.1 Definisi "disiplin"
".... Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain, dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada dan menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat." (Laporan J/K Kabinet, 1979).
1.2 Disiplin ialah
"... Struktur dan skima yang diwujudkan untuk menggerak kelicinan kerja/aktiviti sama ada untuk memperoleh pengetahuan oleh pelajar, kemahiran dalam bidang tertentu atau pembinaan hubungan antara individu (Turner, 1970).
1.3 Konsep Disiplin
1.3.1 Ada berkaitan dengan:
Peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh sesuatu kelompok manusia/masyarakat.
Cara berfikir
Tatatertib, tatasusila, keadaban, akhlak kesopanan, norma, nilai
Perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat sekolah, daerah, negara
Konsep bimbingan dan latihan
Proses pemasyarakatan/pembudayaan.
1.3.2 Disiplin dan Dendaan
Disiplin tidak sama dengan dendaan (bincangkan bezanya)
1.3.3 Disiplin dalam konteks pendidikan sekolah
Pemupukan disiplin perlu diamalkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran
Matlamat disiplin di sekolah bertujuan membina pelajar sewaktu bersekolah untuk lepas persekolahan.
Semua guru ialah guru disiplin
Proses disiplin perlu dihayati dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti-aktiviti dijalankan/diadakan di sekolah.
2. Ordinan Pelajaran
2.1 School (Societies) Regulations 1956
2.2 School (Tours) Regulations 1957
2.3 School (Magazines) Regulations 1958
2.4 Education (School Dicipline) Regulations 1959
2.5 School (General) Regulations 1951
2.6 School (Courses of Studies) Regulations 1956
2.7 Assisted School (Management) Rules 1962
2.8 Parent-Teacher Associations Role 1973
3. Taxonomi hipotesis sebab-sebab pelajar tidak berdisiplin
3.1 Faktor berkaitan sekolah
Pengajaran yang lemah
Kurikulum yang lemah
Penjadualan waktu mengajar yang tidak mudah luntur
Kurang penyesuaian program sekolah dengan keperluan individu
Pengaliran murid mengikut pencapaian
Syarat mengutamakan peperiksaan
Bentuk, struktur ganjaran dan hukuman
Sikap dan jangkaan guru
3.2 Faktor Persendirian
Pelajar tidak faham peraturan
Pelajar tidak faham mengapa peraturan diwujudkan
Latar belakang pendidikan yang lemah
Perhubungan sebaya yang tidak dikehendaki
Pelajar yang mengalami gangguan psikologi
Konflik personaliti antara pelajar dan guru
Kurang kemahiran-kemahiran menangani tuntutan sebagai pelajar
3.3 Faktor Alam Sekitar Rumah dan Komuniti
Perawakan autoriti yang lemah serta hubungan dalam rumah
Tahap ilmu keibubapaan yang rendah
Sekitar yang banyak jenayah
Aktiviti pelajar selepas sekolah tidak dikawal
4. Strategi Am Pemupukan dan Pengukuhan Disiplin Di Sekolah
4.1 Semua pendidik seharusnya memberi tumpuan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.
4.2 Semua pendidik harus tahu dan memahami kuasa-kuasa yang diperuntukkan, prosedur tindakan dan jenis hukuman.
4.3 Guru Besar/Pengetua perlu ambil tahu dan mempunyai kuasa mengawal organisasi sekolah dan menentukan disiplin. (Ruj. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986).
4.4 Perlu kordinasi peranan antara Guru Besar/Pengetua, guru, staf sokongan, pengawas, murid, ibu bapa.
4.5 Sekolah membentuk Jawatankuasa Penasihat HEM di peringkat sekolah.
4.6 Bimbingan dan kaunseling sebagai strategi pencegahan dan pemupukan disiplin dari dalam diri murid.
4.7 Semua pendidik menyedari dan menggunakan sebaik-baiknya kuasa perhubungan peribadi dalam pemupukan dan pengukuhan disiplin.
5. Model Operasi Kepimpinan Guru/Guru Besar/Pengetua dalam Pengurusan Disiplin Murid/Sekolah
Stail dan sistem pengurusan Guru/Guru Besar/Pengetua
Budaya/Iklim Sekolah
Nilai-nilai Murni: Nilai: "pegangan yang diterima baik"
Perlakuan Perlakuan "Manifestasi baik"
Disiplin Baik Sebagai Hasilan Disiplin: "fenomena perlakuan"
6. Disiplin: Aspek Pencegahan
Tindakan-tindakan pencegahan:
Pencegahan asas (primary prevention) program menyeluruh berasaskan institusi sekolah dan komuniti. Kumpulan sasaran tidak spesifik - ia adalah untuk semua murid/pelajar. Institusi/sekolah wajar mengadakan rancangan bertindak yang bersepadu melibatkan semua pihak.
Pencegahan secondary
Kumpulan sasaran dikenal pasti oleh pihak institusi/sekolah melalui proses menyelesai masalah - mengenal pasti masalah, analisis masalah, intervention dan penilaian. Boleh gunakan pendekatan pasukan (team approach) e.g. nominal group technique.
Pencegahan tertiary
Kumpulan sasaran lebih spesifik - iaitu murid/pelajar yang didapati bermasalah dan mengganggu suasana pengajaran pembelajaran dan perkembangan individu yang terlibat dan kelompok/individu lain. Boleh digunakan proses menyelesai masalah komunikasi dari bawah ke atas - guru kepada pihak pengurusan.
7. Disiplin: Beberapa pendekatan
Kontinum
Pusatan
Murid/Pelajar
Guru
(1)
(2)
(3)
(4)
Aliran Pemikiran
Perhubungan manusia (humanistik)
Bimbing nasihat/ajar
Pengubahan tingkahlaku
Hukuman
Model
Model Kaunseling
Model Pedagogi
Model Behavioral
Model Kawalan
Proses
Dalaman diri
Pengajaran (instructional)
Peneguhan
Luaran diri
Teknik-teknik
Mendengar
Memerhati
Reflect feelings
Lain-lain teknik kaunseling
Teknik-teknik motivasi
kawal suara
pelbagai aktiviti dalam teknik-teknik diri
lain-lain teknik pedagogi
sistem ganjaran
kontrak
peneguhan positif & negatif
lain-lain teknik pengubahan tingkah laku
intervensi fizikal misalnya pengasingan, rotan, kelas denda,
gantung persekolahan
lain-lain teknik menghukum
(1) hingga (3) adalah pendekatan-pendekatan
alternatif kepada hukuman
8. Ciri-ciri Institusi Yang Mempunyai Disiplin Baik
Di antara ciri-ciri itu:
8.1 Semua pihak (staf, pelajar, pengurus dan masyarakat) terlibat dalam usaha membina disiplin yang baik.
8.2 Peraturan-peraturan formal dan bukan formal yang jelas dan difaham dan dikongsi oleh semua pihak.
8.3 Penekanan kepada perlakuan-perlakuan positif dan langkah- langkah pencegahan.
8.4 Sekolah mewujudkan sekitaran yang dirasakan dapat memberi pengalaman-pengalaman kejayaan kepada semua.
8.5 Penyelesaian masalah menumpu kepada punca-punca (sebab- sebab) bukan petanda-petanda.
8.6 Staf dan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran-kemahiran menolong yang tinggi.
Pengurusan Disiplin: Satu Garis Panduan Am
9.1 Perancangan
Pentaksiran keperluan - mentaksir status pengurusan disiplin semasa dan keperluan yang mendesak dan bina prioriti utama
Visi pengurusan disiplin iaitu apa yang hendak dicapai secara jangka panjang dan secara idealnya.
Pernyataan misi/tujuan utama pengurusan disiplin
Pernyataan-pernyataan nilai-nilai atau falsafah mengenai disiplin.
Membina ke angka konsepsi/model operasi pengurusan disiplin.
Objektif-objektif (am dan khusus) pengurusan disiplin.
9.2 Fasa Pembinaan (designing phase)
Membina struktur
- Kenal pasti resos-resos dan kekangan-kekangan
- Fungsi-fungsi dan peranan, misalnya: komponen dan bimbingan kaunseling.
Carta organisasi: jelas bidang tugas, serta fungsi
Strategi-strategi untuk mencapai objektif-objektif
Adakan carta gantt dan pelan tindakan.
9.3 Pelaksanaan
Orientasi staf kepada visi dan misi pengurusan disiplin. Jika perlu staf menjalani kursus supaya berkemampuan memainkan peranan dan menjalankan tugas seperti dikehendaki.
Mekanisme kordinasi
Rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti dilaksanakan.
9.4 Monitoring/Pelaksanaan
Bina mekanisma monitoring - gunakan standard-standard tertentu (Rujuk kriteria-kriteria untuk bina standard)
Penyesuaian
Maintenance
Dapatan-dapatan dari penilaian dikongsikan
PERKHIDMATAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
1. Pendahuluan
Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu konsep yang baru. Ramai berpendapat bahawa dalam keadaan dunia yang serba kompleks dan sentiasa berubah-ubah, seseorang murid/pelajar perlu mendapat peluang untuk mengembangkan dan memajukan segala kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya untuk menghadapi cabaran-cabaran hidup. Tetapi tidak ramai yang benar-benar memahami program- program dan proses-proses Bimbingan dan Kaunseling yang dapat membantu pelajar-pelajar ke arah perkembangan dan kemajuan diri. Di Malaysia, aktiviti-aktiviti Bimbingan dan Kaunseling secara amnya masih kurang tersusun. Usaha-usaha untuk menjadikan program Bimbingan dan kaunseling supaya lebih tersusun bermula sejak tahun 1960 an lagi.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah.
2. Falsafah Bimbingan dan Kaunseling
Falsafah Bimbingan dan kaunseling boleh didasarkan kepada 3 bidang:
a. Etika Kemanusiaan
b. Sosiologi
c. Psikologi
6. Matlamat-matlamat Kaunseling
Guru Kaunseling harus memahami matlamat yang perlu dicapai bila hubungan kaunseling dibina:
Supaya klien/pelajar faham dirinya dan situasi yang dialaminya.
Supaya klen/pelajar berupaya mengenal pasti keperluannya.
Supaya klien/pelajar dapat menerima dirinya dan keadaanya supaya ia lebih objektif.
Supaya klien/pelajar belajar hidup bertanggungjawab terhadap perlakuannya.
Supaya pada akhir sesi klien/pelajar dapat berfungsi sebagai individu yang normal.
Oleh kerana kaunseling merupakan proses pembelajaran antara dua pihak dan memberi faedah yang timbal balik kepada dua pihak, kaunselor juga perlu mempunyai sifat, sikap dan kemahiran tertentu dalam menjalankan proses kaunseling. Antaranya ialah:
Jujur dan tulin (genuine & congruent)
Empati - melihat sesuatu situasi dari kerangka dalaman murid iaitu berfikir dan merasai apa sebenar dialami oleh pelajar
Mesra dan ambil berat
Ikhlas
Menghargai dengan positif
Hormat dan percaya mempercayai
Memberi motivasi
Menyediakan peluang-peluang kepada pelajar untuk mengalami dan mempelajari sesuatu yang baru atau menggerakkan perubahan perlakuan.
Dapat menyimpan rahsia/patuh kepada etika kaunseling.
7. Fokus Kaunseling Di Sekolah
Peningkatan pembelajaran akademik dan penyesuaian dengan budaya dan iklim sekolah
Peningkatan pertumbuhan diri pelajar sebagai persediaan untuk hidup semasa dewasa dan selepasnya.
8. Pendekatan-pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah.
8.1 Pendekatan Krisis
Ia melibatkan situasi-situasi yang memerlukan tindakan segera daripada guru kaunseling. Contohnya bila berlaku pergaduhan, perasugut, dadah dan sebagainya. Ia bersifat reaktif.
8.2 Pendekatan Memulih
Ia memberi fokus kepada mengenal pasti kekurangan- kekurangan pelajar seperti pelajar-pelajar yang kekurangan kemahiran sosial - mungkin disebabkan latar belakang sosio- ekonominya dan sebagainya. Kekurangan ini perlu diperbaiki supaya kerencatan itu dapat diatasi dan tidak mengganggu fungsinya.
8.3 Pendekatan Mencegah
Ianya sebagai satu langkah untuk mencegah masalah-masalah dari berlaku di sekolah. Ianya bersifat reaktif dan menjangka (anticipate).
Contohnya:
merosak harta sekolah
penyalahgunaan dadah
merokok
kegagalan akademik dan sebagainya
8.4 Pendekatan Perkembangan (Development)
Kemahiran-kemahiran dan keperluan-keperluan pelajar dikenal pasti sebagai sebahagian dari pengalaman-pengalaman sekolah yang mendatangkan kejayaan. Pelajar-pelajar berpeluang mempelajari.
Carta Organisasi Unit Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah
Pengetua/Guru Besar
Pen. Ken. I/Pen. Kanan (HEM(/Penyelia Petang)
Guru Bimbingan & Kaunseling
Guru Pembantu
Guru Pembantu
Guru Pembantu
Pembimbing Rakan Sebaya
Pembimbing Rakan Sebaya
Pembimbing Rakan Sebaya
P E L A J A R
8.5 Menyediakan kemudahan-kemudahan asas dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kemudahan- kemudahan ini termasuklah:
Bilik atau sudut Bimbingan dan Kaunseling sebagai pusat operasi
- Kerusi, meja, almari, rak, pita rakaman, bangku panjang dan sebagainya. Kalau mampu boleh sediakan - set kerusi, telefon, tikar/rug, slide, projektor dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan lain.
- Kad 001 dan 002
- Kad kemajuan
- Buku temujanji
- Barang-barang keluar kelas, personel dan temu ramah.
Instrumen penilaian dan pengukuran program
Bahan bacaan/rujukan - perpustakaan maklumat. (contoh plan bilik Bimbingan dan Kaunseling diedarkan).dan mengetahui kemahiran-kemahiran ini dengan lebih awal sebagai persediaan ke alam dewasa.
8.6 Pendekatan "Optimization"
Ianya lebih menyerupai pendekatan "developmental" tetapi di samping pelajar-pelajar dibekalkan dengan kemahiran- kemahrian dan pengetahuan lebih awal, mereka diberi peluang untuk mengamalkan sepenuhnya dalam suasana sebenar. Misalnya: melalui latihan kepekaan (sensitiviti) dan kemahiran latihan.
9. Prinsip-prinsip Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
B & K adalah proses pendidikan - dirancang dan berterusan. Pelajar dididik untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.
B & K adalah untuk semua pelajar.
Pelajar-pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila memerlukannya.
B & K menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan hidupnya, memilih, merancang hidupnya dengan berkesan.
B & K berorientasikan kepada masa depan dan masa sekarang. Usaha-usaha dijalankan untuk pelajar lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan sekarang dan lain-lain jangkamasa panjang.
B & K menolong individu menyedari kelemahan-kelemahan dan memberi fokus kepada kekuatannya. B & K fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan-kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti percegahan.
B & K adalah tanggungjawab bersama - semua pihak sekolah patut bekerjasama dan saling berunding.
B & K memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Maklumat pelajar diperlukan.
B & K - perlu dasar individu berbeza-beza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.
Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman-pengalaman. B & K adalah untuk individu berkemampuan membuat penyesuaian dan pengubahan tingkahlaku.
B & K adalah untuk pengetahuan dan persepaduan psikofizikal pelajar. Pelajar tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif, tetapi sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, akal dan rohani. Sebarang aktiviti/program bimbingan adalah untuk mewujudkan persepaduan ini.
B & K hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan pelajar supaya tidak teraniya oleh yang menolongnya.
10. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah
Perkara-perkara di bawah perlu diberi pertimbangan dalam menguruskan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah:
Mengiktiraf penubuhan sebuah unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk memberi perkhidmatan kepada semua pelajar di sekolah dan bukan ditubuhkan sebagai sebuah kelab yang hanya memberi khidmat kepada beberapa orang ahli sahaja.
Menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dan menyediakan carta aliran pentadbiran yang jelas seperti contoh di bawah:
11. Proses Pengurusan
11.1 Perancangan:
Merancang dengan teliti program Bimbingan dan Kaunseling
- apa, siapa, bila dan bagaimana
- objektif
- kumpulan data
- cara operasi
- alternatif
11.2 Pengelolaan:
Mengadakan prosedur-prosedur dalam pengelolaan program
- pembahagian tugas
- menyelaras jentera pelaksanaan
- membuat rangka dasar kerja
- mendapatkan sumber dan resos dan sebagainya
11.3 Pengarahan/Halarah:
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengetuai program yang dijalankan, membuat keputusan dan mengeluarkan garis panduan, meningkatkan motivasi dan sebagainya.
11.4 Pengawalan/Penilaian:
Menilai keberkesanan program/khidmat
- hadapi dan ambil tindakan untuk mengatasinya.
12. Kemahiran Asas Pengurus/Pengetua
Konsepsi (Conceptual Skills)
Kemahiran memahami hal ehwal keselamatan organisasi dan melihat bagaimana tindakan seseorang itu bersesuaian atau tidak dengan matlamat organisasi yang hendak dicapai.
Kemanusiaan (Human Skills)
Kemahiran bergantung dengan dan melalui manusia termasuk keupayaan memahami dan mengaplikasikan motivasi dan kepimpinan yang berkesan.
Teknikal (Technical Skills)
Kemahiran menggunakan pengetahuan, kaedah, teknik-teknik dan peralatan-peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan tugas.
Adalah dianggapkan bahawa pengetua/guru besar perlu mempunyai lebih kemahiran konsepsi daripada orang lain dalam ketiga-tiga kemahiran di atas. Penolong Kanan atau Penyelia Petang mungkin lebih condong kepada kemahiran kemanusiaan manakala guru mata pelajaran perlu mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang teknikal. Tetapi sebagai pentadbir sekolah, ketiga-tiga kemahiran itu perlu dimiliki.
13. Matlamat Program Bimbingan dan Kaunseling
Memahami alam persekitaran sekolah - supaya pelajar mengetahui dan faham akan kemudahan-kemudahan, prosedur- prosedur dan program-program yang ada di sekolah.
Memahami diri sendiri dan orang lain
Memahami sikap dan perlakuan
Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Kemahiran komunikasi
Kemahiran belajar
Kesedaran kerjaya dan merancang keperluan pendidikan
Penglibatan dalam masyarakat.
Semua di atas menuju kepada pertumbuhan insan/individu secara menyeluruh, bersepadu, harmonis dan seimbang berlandaskan prinsip-prinsip ketuhanan.
14. Bentuk (Model) Program
Program menyeluruh - khidmat yang ditujukan kepada semua kelompok sasaran
Program perkembangan, pemulihan dan pembaikan
Program berbentuk pengajaran (instructional) kepada individu atau kelompok.
Program terbuka, melibatkan rakan sebaya dan guru-guru terlatih.
Program bersepadu - input bimbingan dan kaunseling disalurkan melalui kurikulum dan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Program bersifat pelbagai modaliti iaitu dalam bidang-bidang seperti moral, agama, psikososial (afektif), kognitif, fizikal/seksual, vokasional/kerjaya.
15. Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah
Orientasi atau suaikenal
Perkhidmatan inventori individu dan rekod - pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penyebaran maklumat individu.
Perkhidmatan memberi maklumat
Bimbingan pelajaran
Bimbingan kerjaya
Perkhidmatan kaunseling
Perkhidmatan perbandingan dan rujukan - sekolah ibu bapa atau penjaga
Perkhidmatan penempatan Educational Placement
Perkhidmatan koordinasi resos - koordinasi tentang penggunaan resos sekolah yang ada dan ahli-ahli komuniti.
Perkhidmatan penilaian dan penyelidikan mengadakan penilaian- penilaian ke atas khidmat-khidmat bimbingan yang diberikan seperti mengadakan tindakan susulun, kajiselidik untuk mengesan sejauhmana sesuatu program berkesan.
16. Intervansi-intervansi Guru Bimbingan dan Kaunseling Untuk Menjayakan Program.
Kaunseling individu - 4/6 kes seminggu
Kaunseling kelompok - 4/5 kelompok dalam masa 8.6 minggu
Bimbingan kelompok - 1/2 kali seminggu (2/3 kelompok)
Program Pembimbing Rakan Sebaya
Perundingan/konsultasi guru kaunseling memberi pertolongan melalui guru atau ibu bapa yang berhubung terus dengan pelajar.
Kordinasi khidmat bimbingan - guru kaunseling sebagai penyelaras khidmat-khidmat bimbingan dan kaunseling.
17. Fokus Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
Fokus aktiviti Bimbingan dan Kaunseling perlu mengambilkira matlamat program dan keperluan individu. Keperluan-keperluan individu di sekolah lebih bertumpu kepada keperluan-keperluan remaja umur antara 12 - 18 tahun. Bidang-bidang perkembangan berikut perlu dititikberatkan:
17.1 Kerohanian (Agama dan Moral)
Bidang ini harus dijadikan teras kepada perkembangan bidang- bidang lain. Aspek-aspek berikut perlu dipupuk:
penghayatan dan perbezaan antara benar dan salah
ketuhanan dan keimanan
amalan-amalan hidup mulia
akhlak dan perlakuan yang menuju ke arah pembangunan umah
17.2 Psikososial
Perkembangan ke arah kesihatan mental yang wholistic/menyeluruh dan berpadu. Aspek-aspek yang perlu ditumpukan.
Kerjasama sosial
Harga diri - menilai diri sendiri
Kemahiran untuk hidup secara kelompok
Nilai estatik (cinta kepada keindahan kesenian)
Penyertaan dalam kelompok rakan sebaya
17.3 Kognitif/Afektif
Pembentukan sikap
Pemupukan struktur hubungan yang sihat
Pemikiran secara konseptual
Pemikiran kreatif dan kritikal
17.4 Fizikal
Penyesuaian diri dengan perubahan fizikal
Memahami naluri seksual dan dikaitkan dengan kehendak agama
Kebersihan diri
Penyediaan untuk jadi seorang dewasa
17.5 Kerjaya/Vokasional
Pembinaan halarah dalam kerjaya selaras dengan kebolehan, minat dan bakat
Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kerjaya
Pembinaan diri ke arah berdikari
Membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya
18. Tanggungjawab Guru Besar/Penolong Kanan/Penyelia Petang
Dalam B & K
Penggerak, pembaiki, pemberi pengiktirafan dan pembantu dalam rancangan-rancangan untuk memupuk semangat guru, murid dan ibu bapa.
Menubuhkan majlis Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua/Guru Besar sebagai Pengerusi.
Mewujudkan bimbingan individu dan kelompok
Menentukan adanya sistem maklumat pelajar yang lengkap dan kemaskini
Memilih dan menentukan cukup kakitangan yang layak dan sesuai
Menentukan adanya peruntukan wang untuk bekalan bahan- bahan bimbingan.
Menetap dan mengagihkan tugas dan tanggungjawab Bimbingan dan Kaunseling kepada guru.
Menyelia keseluruhan rancangan atau aktiviti dan membuat penilaian
Sensitif terhadap perkembangan B & K
Menyediakan kemudahan-kemudahan asas Bimbingan dan Kaunseling
Lampiran II:
Senarai Perakuan-perakuan Tentang Disiplin Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
1. Dalam usaha untuk merapatkan hubungan di antara sekolah dengan masyarakat, adalah diperakukan supaya diperkemaskan lagi kegiatan-kegiatan PIBG agar tujuan-tujuan pertubuhan itu dapat dicapai dengan lebih memuaskan, dan ini termasuklah soal mewujudkan disiplin yang diingini di kalangan murid-murid.
2. Sungguhpun pengaruh luar itu tidak kesemuanya buruk, adalah diperakukan langkah-langkah hendaklah diambil agar murid- murid sekolah tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir kebudayaan luar yang kurang sihat.
3. Memandangkan bahawa mematuhi peraturan-peraturan sekolah itu merupakan satu latihan disiplin yang baik kepada murid-murid, maka adalah sangat-sangat mustahak segala peraturan di sekolah diterangkan kepada murid-murid supaya mereka betul-betul faham dan mematuhi peraturan-peraturan itu dengan penuh tanggungjawab.
4. Untuk menghindarkan kekeliruan di kalangan murid-murid, adalah diperakukan langkah-langkah diambil untuk menjelaskan kenapa kadang-kadang terdapat perbezaan antara amalan orang dewasa dengan nilai yang diajar di sekolah. Murid-murid perlu tahu bahawa geraklaku dan perbuatan yang sesuai bagi alam orang dewasa ada kalanya dianggap tidak sesuai bagi kanak- kanak atau murid-murid.
5. Namun demikian, mereka yang sentiasa rapat berdamping dengan murid-murid seperti ibu bapa dan guru-guru hendaklah seboleh-bolehnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik.
6. Adalah diperakukan bahawa semua sekolah hendaklah menggunakan perhimpunan murid-murid untuk menyemai, menanam dan memupuk perasaan cintakan negara di kalangan murid-murid.
7. Adalah diperakukan bahawa semua sekolah memperkemaskan lagi program-program kokurikulum dan dalam pelaksanaan program-program ini keutamaan hendaklah juga diberikan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh memupuk disiplin di kalangan murid-murid. Di samping itu, guru-guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka lebih bergiat lagi terutama dari segi penyeliaan kegiatan-kegiatan tersebut.
8. Adalah diperakukan bahawa:
Langkah-langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai dan mengawas disiplin murid-murid di sekolah dengan melibatkan semua guru, dan bukan setakat guru-guru pengawas disiplin dan pengawas murid-murid sahaja.
Hukuman dera kepada murid-murid seperti merotan hendaklah dikekalkan. Guru Besar dan guru-guru lain yang tertentu diberi kuasa untuk merotan. Di samping itu guru-guru tersebut hendaklah diberi garis-garis panduan dalam menggunakan hukuman dera serta cara dan bila hukuman itu boleh dikenakan.
9. Oleh kerana disiplin merupakan satu masalah di sekolah- sekolah pada hari ini, maka adalah diperakukan Kementerian Pelajaran menyegerakan perancangan untuk:
Mengkaji semula nisbah guru/kelas seperti yang diperakukan dalam Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67
Mengkaji semula saiz kelas dan sekolah
Mengkaji semula kedudukan sekolah-sekolah yang mengadakan dua sidang.
10. Adalah diperakukan bahawa guru-guru hendaklah menunjukkan teladan yang baik supaya murid-murid sentiasa dapat mencontohi mereka. Guru Besar hendaklah memainkan peanannya memperbaiki sikap guru-guru yang kurang memberi sumbangan dalam pembentukan persekitaran pendidikkan yang baik di sekolah. Jika perlu, tindakan disiplin hendaklah diambil terhadap guru-guru yang menunjukkan tingkahlaku dan sifat peribadi yang tidak diingini.
11. Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan dan Kerjaya di sekolah-sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan-kegiatan panduan kerjaya sahaja.
12. Adalah diperakukan murid-murid sendiri hendaklah dilibatkan dalam tanggungjawab membentuk disiplin di kalangan mereka. Hubungan antara murid dengan guru hendaklah sentiasa rapat dan saling bantu membantu khasnya apabila murid-murid menghadapi suasana kemusykilan.
13. Adalah diperakukan bahawa langkah-langkah hendaklah diambil supaya peranan peperiksaan dalam sistem persekolahan tidak melibatkan kemerosotan disiplin. Bentuk dan corak peperiksaan awam hendaklah dikaji semula supaya bukan sahaja murid-murid yang pandai merasai kejayaan dalam sesuatu peperiksaan bahkan murid-murid yang lemah juga boleh merasainya.
14. Dari segi pembentukan disiplin pertumbuhan sifat-sifat yang diingini mengenai sikap, perasaan, semangat dan sebagainya (bidang afektif) lebih penting daripada penguasaan bidang ilmu pengetahuan semata-mata (bidang kognitif). Oleh yang demikian adalah diperakukan kurikulum sekolah hendaklah juga menitikberatkan perkembangan sikap, minat, perasaan, value judgement, dan semangat yang diingini dari segi disiplin.
15. Adalah diperakukan bahawa kurikulum Sekolah Menengah hendaklah jangan terlalu ketat dan terlampau terikat kepada jadual waktu supaya membolehkan murid-murid di peringkat sekolah menengah meneroka, mengkaji dan memahami isu-isu yang berkaitan dengan moral dan etika. Rancangan-rancangan Radio dan TV Pendidikan serta bahan-bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai moral hendaklah juga digunakan untuk mencapai matlamat ini.
16. Adalah diperakukan supaya konsep kebebasan individu, hendaklah dinilai semula dalam konteks kehidupan rumahtangga, sekolah dan masyarakat sekeliling murid-murid supaya kebebasan individu yang diberikan kepada mereka dapat digunakan dengan sepenuh kebijaksanaan. Di samping itu nilai- nilai tradisional yang menggalakkan sikap bersopan-santun dan sikap hormat menghormati di antara golongan muda dengan golongan tua hendaklah terus disemai dan dipupuk.
Lampiran II
Perakuan-perakuan Tentang Disiplin dari "Laporan Mengenai Kedudukan Disiplin Murid" - 1987
1. Sekolah-sekolah perlu menjalankan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan lebih meluas dan berkesan lagi. Ini adalah selaras dengan konsep bahawa bimbingan dan latihan dapat menimbulkan keinsafan betapa mustahaknya sifat berdisiplin itu dalam kehidupan kemanusiaan.
2. Disiplin adalah sesuatu yang dipelajari dan dihayati hasil daripada latihan dan asuhan yang berterusan. Dengan itu segala peraturan yang dibuat hendaklah jelas dan dihayati oleh murid- murid supaya tujuan membina disiplin kendiri tercapai.
3. Masalah disiplin di kalangan murid memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak terbatas kepada tanggungjawab sekolah atau ibu bapa semata-mata. Selain daripada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), lain-lain agensi serta pertubuhan-pertubuhan masyarakat hendaklah turut sama memberi bantuan serta bimbingan untuk mempertingkatkan disiplin di kalangan murid- murid sekolah.
4. Di samping pendekatan-pendekatan seperti melalui nasihat, psikologi, bimbingan dan kaunseling adalah dipersetujui bahawa deraan dan hukuman rotan perlu dikekalkan. Walau bagaimanapun tindakan merotan di khalayak ramai tidak seharusnya menjadi satu amalan biasa di sekolah-sekolah sehingga meninggalkan kesan yang merosakkan ke atas diri murid-murid yang dihukum.
5. Disiplin adalah sifat dalaman murid-murid, iaitu mengenai peribadi dan sahsiah, maka perkara pokok kepada masalah disiplin adalah pendidikan rohani. Penyelesaian masalah disiplin murid boleh dilakukan melalui pendidikan agama dan moral kerana melaluinya dapat membina akhlak yang baik dan mulia di kalangan murid sekolah.
6. Semua pihak bukan sahaja guru-guru tetapi juga ibu bapa dan ahli-ahli masyarakat harus mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan pada setiap masa keana apa yang dipelajari oleh murid-murid dari orang dewasa akan dianggap sebagai sesuatu yang wajar dan akan diamalkan oleh mereka sehingga amalan itu menjadi sebati dan kekal sebagai sebahagian dari perwatakan mereka.
7. Nilai-nilai positif yang dititikberatkan di sekolah seharusnya juga diberi penekanan yang sama di rumah dan di tempat-tempat lain di luar sekolah. Jika nilai yang sama tidak dipupuk di luar sekolah maka sebarang nilai positif yang ingin diserapkan di sekolah tidak akan membawa kesan.
8. Keperluan memperbaiki perhubungan sesama manusia (interpersonal relations) yang meliputi corak dan perhubungan masyarakat sekolah, pengendalian masalah-masalah peribadi, perhubungan sekolah dengan masyarakat luar, amalan pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan peraturan dan sebagainya perlu disedari dan diberi tumpuan sewajarnya.
9. Segala perancangan yang dibuat dalam pembangunan iklim sekolah ke arah peningkatan disiplin seharusnya dengan matlamat meningkatkan lagi bidang-bidang berikut:
Iklim sekolah yang harmonis dan menyeronokkan
Persekitaran sekolah yang indah, nyaman dan bersih
Pembentukan akhlak dan pembinaan sahsiah yang mulia
Peraturan sekolah mengasuh disiplin kendiri
Prestasi akademik para pelajar
Prestasi sekolah dalam bidang kokurikulum
Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum
Penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat dalam pendidikan pelajar; dan yang kesemuanya itu mencakupi apa yang dikatakan sebagai good schools atau effective schools.
10. Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid masih lagi mengancam dan perlu diawasi oleh pihak sekolah. Namun demikian usaha membantu murid-murid yang berisiko hendaklah dipertingkatkan melalui aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling, kerjaya diri dan lain-lain aktiviti kerohanian/moral.
KOMPONEN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
SENARAI RUJUKAN
A. PENGURUSAN HEM:
1. Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979.
Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1979
Perkhidmatan Kebajikan Sekolah
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1979
Surat Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981
Jualan makanan dan Minuman di kantin-kantin sekolah untuk murid-murid berbilang agama.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas No. 4/1981
Kebersihan di sekolah.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983
Kantin Sekolah.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1983
Garis Panduan Kempen Anti Merokok di sekolah-sekolah.
8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah.
10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1985
Rancangan Mencantik dan mengindahkan Sekolah dan kawasannya.
11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986
Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.
12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986
Penyalahgunaan Inhalan.
13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1987
Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian
14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988
Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1989
Rancangan Kesihatan Sekolah.
16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/1989
Kebersihan Sekolah.
B. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Ball, B.. (1982) Career Counseling in Practice. London: The Falmer Press.
2. Brammer, D.H. The helping relationships: process and skills: Prentice Hall: New Jersey, 1986.
3. Hansen, .J.C., Stevic, R.R., & Warner, R.W. Jr. (1977) Counselling Theory & Practice (2nd. end). Boston: Allyn & Bacon.
4. Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka.
5. Jemes, M. (1977). A New Self Therapy with Transactional Analysis, California: Addison Wesley Publishing Co.
6. Kementerian Pendidikan (1984). Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Keunseling Sekolah, DBP: K.L.
7. Osipow, H.S. (1968). Theories of Career Development, New York: Appleton Century Crofts.
8. Patterson, L.E. & Lesenberg, S. (1983) The Counselling Process, Houghton Mifflin Co: Boston.
9. Pease, A. (1985). Body Language: How to Read Others Thoughts by their gestures. Australia: Camel Publishing Co.
10. Rudestan K.E. (1982). Experiential Groups in Theory and Practice, California: Brooks/Cole Publishing Co.
11. Shaw, C.H. (1970) School Guidance Systems: Objective Functions, Evaluations and change; Houghton Mifflin: Boston.
12. Tang Chee Yee (1992) Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran- Kumpulan Budiman.
5. PANDUAN DAN PEKELILING DISIPLIN
Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Am Disiplin Sekolah- sekolah, Kuala Lumpur, Adabi, 1981.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu/Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, 1982.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Displin Sekolah Untuk Guru Besar, dan Guru, K.L. DBP, 1983.
Rohaty Mohd Majzub; T. Subahan Mohd Meerah, Faridah Karim and Ahmad Jeffni Hassan. Disiplin Dalam Perkhidmatan, K.L.: Nurin Enterprise, 1991
4. Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991.
5. The Education (School Discipline) Regulations 1959 dan Terjemahannya.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang, Bertarikh 10 September, 1968.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/68. Tatatertib di Sekolah- sekolah, Bertarikh 18 September 1968.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68 dan 8/68 - Tambahan kepada Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan), bertarikh 12 Oktober 1968.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959 bertarikh 4 Februari 1972.
10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin: Murid-murid Menghisap Rokok bertarikh 5 September 1975.
11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975 Salah Guna Dadah, Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar, bertarikh 19 Ogos 1975.
12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975 Disiplin di sekolah: Peraturan-peraturan sekolah untuk murid-murid, bertarikh 4 November 1975.
13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2976. Potongan Rambut Murid- murid, bertarikh 7 Oktober 1976.
14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976. Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi di sekolah-sekolah bertarikh 9 Oktober 1976.
15. KP(BS) 8786-51/Jld.III/(34).
Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah bertarikh 27 Jun 1978.
16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979 Laporan Murid-murid dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan, bertarikh 26 Mac 1979.
17. Pelaksanaan Risalah Panduan Am Disiplin Sekolah-sekolah bertarikh 25 Julai 1981. KP(BS)8548/12B/(27)
18. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983. Garis Panduan Kempen anti merokok di Sekolah-sekolah, bertarikh 25 Februari 1983.
19. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku yang Tidak Dinyatakan dalam peraturan-peraturan Pelajaran, bertarikh 7 November 1983.
20. Surat Pekeliling Ikthisas 7/1986. Langkah-langkah keberkesanan Disiplin Sekolah, bertarikh 1 Ogos 1986.
21. Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1984.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1991 Tatakelakuan pelajar Ketika Di Masjid
SPI Bil.4/1991 Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah
SPI Bil.3/1992 Pemakaian Tudung /Mini Telekung Pelajar Perempuan
SPI Bil.7/1992 Pengharaman pensil berbentuk alat suntikan
SPI Bil.3/1993 Laporan kepada Polis Salahlaku Berbentuk Jenayah
SPI Bil.4/1997 dan 5/1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok dan Hukuman Ke atas Murid Menghisap Rokok
SPI Bil 16/1998 Menangani Kegiatan Gangster Di Sekolah
SPI Bil. 4/1996 Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah
Surat Siaran JPNJ/AM/003/A2 bertarikh 1 DISEMBER 1993 Pakaian Murid-Murid Islam Pada Hari Jumaat (Sekolah Rendah & Menengah)
SPI Bil.7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah
D. KEBAJIKAN MURID/KECERIAAN SEKOLAH/KELAS PEMULIHAN
1. KP(BS)8591/Jld.II(52). Pegawai Kebajikan Sekolah, Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia bertarikh 22 Julai 1986.
2. KP:8613/Jld.3(6). Asrama Sekolah (selain daripada asrama- asrama Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Sains), bertarikh 2 Oktober 1973.
3. Garis Panduan Kantin Sekolah: Usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia 1989.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1979. Perkhidmatan Kebajikan Sekolah bertarikh 10 Ogos 1979.
5. Buku Panduan Pengurusan Biasiswa-Seksyen Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid.
6. Pelaksanaan dan Penggunaan SPBT-Biro Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983.
7. Pelaksanaan dan Penggunaan SPBT- Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991.
8. Arpah Hj. Mohamad. Kesihatan Sekolah - peranan dan tanggungjawab Guru Besar dan Guru, 1991.
9. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (1992) - Biasiswa Kecil Persekutuan.
10. Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajran (1969) - Rancangan Kesihatan Sekolah,.
11. Kementerian Pendidikan Malaysia (1987) - Buku Panduan Program Sekolah.
12. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) - Keselamatan di sekolah.
13. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) - Kesihatan Sekolah.
14. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) - Pendidikan Kesihatan Sekolah.
15. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) - Peningkatan Kebersihan dan Alam Sekitar Sekolah.
16. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) - Program Susu Sekolah.
17. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) - Rancangan Makanan Tambahan di sekolah.